Monday, April 9, 2012

GMI Tuntut Najib Tunaikan Janji Hapuskan ISA

Gerakan Mansuh ISA (GMI) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya melaksanakan janji untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta merta seperti yang diumumkan pada 15 September tahun lalu.

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, keutamaan sekarang adalah membatalkan ISA yang digunapakai sehingga mengakibatkan tahanan terpaksa menunggu begitu lama tanpa mengetahui status bersalah atau tidak.

Katanya, jika penggubalan akta baru bagi menggantikan akta sedia ada masih mengekalkan tindakan tahan tanpa bicara, beliau menyifatkan kerajaan sekadar melaungkan ‘cakap-cakap kosong semata-mata’.

Hampir 50 orang penyokong hadir ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bertajuk Janji Ditepati Atau Mungkir Janji? dengan tujuh tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh Perdana Menteri dan kerajaan.

Tujuh tuntutan tersebut adalah :

* Segera memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat 1969 (EO) dan Akta Dadah Berbahaya (DDA) 1985-Langkah-langkah Pencegahan Khas

*Melupakan cadangan mewujudkan undang-undang baru yang mempertahankan konsep tahan tanpa bicara

*Melaksanakan rundingan awam yang benar dan munasabah terhadap penggubalan undang-undang baru yang melibatkan semua pihak

*Menubuhkan satu Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi bagi menegakkan keadilan untuk setiap tahanan ISA dan membolehkan pihak yang bertanggungjawab dihadapkan ke muka pengadilan.

*Menutup segera Kem Tahanan Kemunting ( KEMTA) dan diwartakan sebagai Warisan Negara atau muzium seperti mana Pulau Robben, Afrika Selatan.

*Membayar pampasan kepada semua mangsa ISA setara dengan penyeksaan dan penderitaan yang dialami oleh tahanan dan ahli keluarga

*Mematuhi piagam hak asasi manusia antarabangsa dalam soal berkaitan dengan aktiviti anti-keganasan dan membentuk mekanisme baru menangani keganasan tanoa menjejaskan hak-hak asas dan prinsip keadilan. Oleh itu, kerajaan Malaysia seharusnya bersedia untuk menandatangani dan meratifikasi ‘International Convenant on Civil and Political Rights (ICCPR) dan Convrntion Against Torture and Other Cruel, Inhuman or Degrading Treatment or Punishment (CAT)’.

Tegas beliau, kewujudan ISA akan menyukarkan negara untuk mencapai status negara maju dan akan memberikan kesan kepada ekonomi khususnya pelaburan asing dan masa depan rakyat.

“GMI berpandangan kegagalan PM dalam mematuhi janji untuk memansuhkan ISA akan mencalar imej dan kredibiliti beliau.

“Malah lebih buruk lagi akan mencemar rasa hormat masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia dalam melindungi hak asasi manusia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili pihak pembangkang menerima memorundum yang diserahkan oleh Pengerusi GMI namun tiada wakil penerima daripada pihak kerajaan.

Anwar dalam reaksinya menyatakan sokongan terhadap pemansuhan ISA dan akan membawa perkara ini untuk dibahaskan di Parlimen.

Turut hadir sama memberikan sokongan adalah MP Pakatan Rakyat, Fuziah Salleh, Nurul Izzah, Dr Siti Mariah Mahmud, Michael Jeyakumar dan Datuk Mahfuz Omar.















SUMBER GAMBAR : Facebook JKKK Fan Club

7 comments:
Write comments
  1. isa telahpun dimansuhkan.

    ReplyDelete
  2. ISA sudah dimansukan. lama sudah kan tu.

    ReplyDelete
  3. Bila dah cakap SUKAR, maka jadilah SUKAR. Cuba cakap MUDAH, maka ia akan jadi MUDAH.

    Perkara yang sesukar mana sekalipun, sekiranya ada KESUNGGUHAN ia akan mendatangkan hasil.

    Kenapa BN komited nak senaraikan FGVH dalam bursa saham yang ternyata ia memerlukan kajian yang amat mendalam, sedangkan ISA ini sudah terbukti menzalimi Rakyat, BN cakap sukar?

    Jawapannya kerana, BN hanyalah PARTI yang mementingkan KEUNTUNGAN dari KEBAJIKAN.

    Di mana ada DUIT, disitu ada BN. Maka, perkara yang TIDAK MENDATANGKAN HASIL, BN akan cakap SUKAR.

    TUMBANGKAN BN pada PRU ke13!!

    ReplyDelete
  4. Bukan Mudah nak hapuskan ISA buat masa ini tetapi dengan hapuskan UMNO/BN dlm PRU13 nanti.. dengan senang dan mudah ISA dimansuhkan.

    ReplyDelete
  5. ISA pasti akan dimansuhkan. Datuk Najib telah mengatakan akan memansuhkannya.

    ReplyDelete
  6. kalau boleh GMI mahu mansuhkan semua undang2.. sebab semua undang2 yang ada sekarang ini menyukarkan pemimpin2 pembangkang melakukan kekecohan, melakukan jenayah dan sebagainya.. kenapa perlu takut dengan undang2 kalau tidak buat salah??

    ReplyDelete
  7. kalau tidak suka dengan undang2 yang ditubuhkan oleh kerajaan sedia ada, guna saja la undi masing2..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.