Sunday, September 9, 2012

1 Malaysia 2 Undang-undang

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara mengamalkan dua undang-undang yang berbeza ketikamengulas tindakan pantas pihak berkuasa ke atas individu-individu yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Malaysia mengamalkan konsep ’1 Malaysia 2 undang-undang’,” katanya pada majlis ceramah ‘Jelajah Merdeka Rakyat’ di Rantau dekat sini malam tadi.

Tegas beliau, “saya tidak setuju tindakan anak muda yang memijak gambar Najib. Tapi kalau orang lain kencing gambar Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, tak apa? Tunjuk punggung kepada Pengerusi Bersih, Dato’ S Ambiga tak apa?

“Baling batu di ceramah saya dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen Lembah Pantai) di Lembah Pantai. Pecah cermin kereta saya….pasal apa?

Apa jenis manusia macam ini? Kamu ingat kamu orang besar hukum lain?,” soal Ketua Umum PKR itu.

“Hukum ini tidak kenal pangkat. Ini 1 Malaysia! 1 Malaysia apa? Satu undang-undang untuk orang kaya, satu undang-undang untuk orang miskin.

“Satu undang-undang untuk menteri Umno, rasuah pun tidak apa, tutup semua. Satu undang-undang untuk orang dibawah. Polis ambil 100 ringgit, ‘charge’,’ katanya.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sepatutnya undang-undang ini tidak kenal keturunan dan pangkat.

“Seperti saya kata rasuah 200 ringgit polis, tangkap! Rasuah setengah bilion ringgit kapal selam, lepas!

“Orang kecil dan miskin namanya ‘corruption’ (rasuah). Orang besar curi namanya ‘komisyen’. Komisyen halal. ’Corruption’ haram.

“Pemimpin yang tidak sanggup laksanakan ilmu ‘rule of law’ tetapi ikut ‘law of the jungle’ mesti diturunkan ke bawah dan ditumbangkan”, kata Anwar.

Anwar juga berkata perangai pemimpin Umno ibarat ‘baling batu sembunyi tangan’ dan seterusnya rakaman video perbahasan di parlimen ditayangkan kepada orang ramai.

Beliau menegaskan, “mereka menfitnah saya memiliki RM3 bilion, ketika saya berbahas di parlimen ada di antara mereka menjerit tiga bilion!

Sebar fitnah

“Saya beri laluan kepada mereka untuk berbahas atas tuduhan itu, tetapi mereka tidak berani dan tidak mahu berbahas.

“Itulah cara mereka menyebarkan fitnah. Bila kita cabar dia bangun dan dia tidak berani bangun. Inilah satu contoh gambaran yang berlaku di parlimen.

Anwar turut menyentuh isu hutang negara apabila mendakwa Najib mewarisi hutang lebih daripada RM500 bilion dewasa ini.

“Ketika saya menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1993 hingga 1997, negara tidak menambah hutang, kita hanya bayar hutang lama.

“1997 sampai sekarang kita berhutang. Rekod hutang negara paling banyak ialah di bawah Najib. Ada cerita isu ini di dalam Utusan Malaysia, tidak ada! Ada cerita di dalam TV3? Tidak ada! Ada cerita di dalam RTM? Tidak ada!,” ujar Anwar.

Lebih seribu penyokong hadir di ceramah tersebut dan komposisi kaum yang hadir pada malam tadi adalah seimbang. -FMT

9 comments:
Write comments
  1. Noh Omar kata rakyat Selangor yang masih tidak menikmati subsidi air percuma seperti yang dijanjikan kerajaan negeri berhak untuk membuat tuntutan di Mahkamah.
    Ayuh rakyat Sabah khususnya rakyat Tenom mari kita membuat tuntutan di mahkamah lebuhraya Tenom Beaufort yang telah dilakukan pecah tanah oleh Mahathir semasa menjadi PM sebagaimana diajarkan oleh UMNO ini. Terima kasih Noh Omar dan UMNO yang memberi kami ilham menuntut pembinaan lebuh raya Tenom Beaufort di Mahkamah.

    ReplyDelete
  2. Kami penduduk Telipok juga mahu menuntut pembinaan SMK Telipok yang dijanjikan oleh BN itu di mahkamah.

    ReplyDelete
  3. Semua penduduk Sabah yang belum menerima peruntukan sesebuah projek dan telah dijanjikan oleh UMNO/BN sila bawa ke mahkamah seperti yang disarankan oleh Noh Omar.

    ReplyDelete
  4. Betul statement 1Malaysia 2Undang-undang, dimana satu undang2 utk tangkap pemimpin pambangkang dan satu undang2 utk bela UMNO. Tepat sekali.

    ReplyDelete
  5. KAMI ORANG BATU SAPI JUGA MAHU MENUNTUT JANJI BUAT SMK BATU SAPI 2 DAN MESJID DI PARLIMEN INI,MANA LINDA TSEN DAN YB2 YANG DATANG KE BATU SAPI DULU SEMASA PRK?JANJI DI KHIANATI,BUKAN DITEPATI.PEMBOHONG BESAR.

    ReplyDelete

  6. PRU-13 jangan ulang kesilapan lalu.
    Gula-gula UMNO/BN penoh racun muslihat.
    Sape termakan lazimnya akan terbangang tujuh keturunan.
    Mahadir dengan senyum dan selamber je suruh orang Sabah sabar. Daripada apa yang dapat dilihat dan terjadi maka perkataan sabar mahadir tuh maksudnya 'bodoh'. Jadi boleh ditafsirkan ayat mahadir tuh supaya orang sabah 'bodoh' lagi selama lima tahun dengan kekal mengundi BN.

    Jangan marah aku guna peribahasa orang melayu nih: 'Akal Keling'. Aku tak arif ertinya. Tapi aku suka sebab ada perkataan 'keling' tuh.

    Pandai-pandai cina berniaga, takdelah pulak peribahasa yang kata 'akal cina' lagi-lagilah tak akan wujud peri bahasa 'akal melayu'. betul tak...?

    Orang Sabah mana pandai marah kepada mantam PM tuh. Jasa Mahadir cukup besar ke atas sebahagian besar rakyat Sabah yang bukan berasal dari Sabah. Kebanyakan mereka 'berlonggok' dalam parti yang Mahadir sendiri kata 'Syaitan Yang Dikenali. Tak tentu pasal kena gelar 'syaitan' oleh Mahadir. Betul tak...?

    ReplyDelete
  7. Jasa Mahathir kepada PATI sabah memang besar tetapi tidak kepada rakyat Sabah. Kalau saya orang Sabah, sudah lama saya tembak Mahathir ini dengan bakakuk. Biar si pengkhianat ini mampus...

    ReplyDelete
  8. Syabas DS Anwar..kamulah pembela rakyat yg agung. Semuga Allah Taala memberkati prjuangan suci dan menghapus kan UMporno lahanat

    ReplyDelete
  9. Nah.. begitu juga dengan Najib. Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.

    Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu.

    Bagaimana pun saya yakin nama Shariat tidak akan dicalonkan pada pilihan raya akan datang. Namanya di Lembah Pantai sudah pasti akan diganti dengan nama kawan Najib, Raja Nong Chik. Apa yang kita hendak tenguk selepas ini, apakah Shariat akan bertindak balas dengan mendedahkan apa yang dia tahu mengenai Rosmah kalau tidak dicalonkan? Apakah Sharizat seorang pendendam? Tunggulah... tidak akan lari gunung dikejar hilang kabus nampaklah ia.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.