Monday, September 10, 2012

Najib akan pastikan Taib letak jawatan?

Pemimpin parlimen DAP Lim Kit Siang berkata tempoh untuk Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan bakal berakhir pada bulan April, namun tidak banyak petanda yang menunjukkan perkara itu akan berlaku.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata Taib semalam mengumumkan bahawa peralihan kepimpinan di Sarawak tidak perlu dibuat tergesa-gesa kerana negeri itu kini "menikmati keamanan, kestabilan politik dan pembangunan yang terancang".

Lim memberi amaran, sekiranya Taib enggan meletak jawatan pada April depan, perkara itu akan menjejaskan Najib yang sebelum ini mendedahkan bahawa beliau mengatur tarikh persaraan Taib.

"Nampaknya, ucapan Taib hari ini khas untuk Najib menilai, dengan satu pesanan yang kukuh bahawa beliau tiada hasrat untuk menunaikan kesefahamannya bersama perdana menteri dengan meletak jawatan sebagai ketua menteri sarawak.

"Ujian kecekalan politik diantara Taib dan Najib kini menggunung, dengan tindakan Taib yang memperli perdana menteri, serta menyangkal Najib untuk melihat siapa yang akan muncul sebagai juara bertahan dalam medan politik.

"Taib nampaknya yakin bahawa Najib merupakan seorang yang lemah untuk menguatkuasakan persefahaman sebelum pilihan raya negeri Sarawak bahawa beliau hanya akan berkhidmat sebagai ketua menteri Sarawak bagi tempoh dua tahun lagi," kata Lim.

Dalam kempen pilihan raya negeri lalu, Najib hadir untuk memberi sokongan apabila BN semakin jelas terjejas di beberapa kawasan.

Dalam kempen tersebut juga, Pakatan Rakyat memfokuskan pemerintahan Taib selama 30 tahun sebagai ketua menteri dan dakwaan pemilikan harta yang besar.

Sepanjang kempen itu, Najib berusaha memujuk pengundi Sarawak dengan kenyataan bahawa beliau telah merundingkan tempoh persaraan Taib.

Taib kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan meletak jawatan dalam tempoh "dua tahun" namun kemudiannya berkata beliau akan berbuat demikian di "pertengahan penggal".

Lim berkata, tumpuan pada tarikh 16 September nanti adalah bagaimana Najib menangani isu berkenaan.

Najib akan mengetuai barisan kabinetnya ke Bintulu, Sarawak untuk sambutan Hari Malaysia dan Taib juga pasti akan hadir.

Katanya, majlis berkenaan akan menjelaskan sama ada Taib benar-benar akan melepaskan jawatan dalam tempoh yang dirungdingkan itu.

-MK

25 comments:
Write comments
  1. Sewaktu Taib dah trkenal seantero Malaya, Najib belum jejak kaki lagi ke Persekutuan. Itulah aura yg ada pd Taib Mamuk nih. So, Najib nak syor Taib utk brundur,cehh ada berani ke ?

    ReplyDelete
  2. Kalau Taib masih mampu untum membangunkan Sarawak rasanya tidak patut untuk dijatuhkan kedudukan beliau.

    ReplyDelete
  3. Apa pun pilihlah yang terbaik. Buatlah keputusan untuk semua.

    ReplyDelete
  4. Taib masih mampu mbah. Masih mampu utk kaut harta negeri S'wak. Kanapa mau djatuhkan mbah. Negara2 luar ada ke ketua mereka memimpin negara sampai brpuloh2 tahun ? tapi mereka jauh lebih maju walau saban tahun ada shj pertukaran PM / President. Kena tipu dgn UMNo jer mbah.

    ReplyDelete
  5. rasanya mereka akan merancang plan yg terbaik demi memberi perkhimatan yg berkualiti kpd rakyat..

    ReplyDelete
  6. Ganti saja bah. Sudah terlalu lama Taib jadi KM.

    ReplyDelete
  7. Sarawak tentu ada calon yang berkaliber juga untuk jadi KM.

    ReplyDelete
  8. Apa salah Tan Sri Taib? Setahu aku, dia tak curi duit Sarawak!! Dia cukup jaga peruntukan2 & pembangunan2 Sarawak! Bandar2 spt Kuching, Sri Aman, Bintulu, Sarikei, Sibu, Miri, Limbang, Lawas mmg maju, kemas & cantik (aku mmg pernah berada di sana). Kampung2 mmg lambat sikit atas factor keluasan daerah. Tapi, ok lah!!

    Utk makluman, Rizab Cair (simpanan tunai) Sarawak lebih 15 billion (paling tinggi di Malaysia & dipuji coz sts tinggi dari negeri2 lain sejak dari Dr M, Abdullah dan Najib), kedua, adalah Sabah (lebih 3 billion, wp banyak berhabis utk pendidikan & jalan raya yg sts bertanah runtuh). Fakta dari JPM.

    Mengenai projek2 besar yang didakwa dia sapu, lantaklah asalkan ok & cantik!! Peguam & Akauntan Sarawak ini terlalu cintakan Sarawak..macam Nik Aziz yg berjaya di Kelantan!

    Go on, Tan Sri! I `m proud of u! Najib pastinya akan kehilangan besar jika u tiada. peribumi tiada masalah. Iban & Penan pun makin menghormati Tan Sri. cuma imigran Cina adalah masalah atas faktor sikap & makin besar kepala!

    *pernah tinggal di RPR, Astana Lot

    ReplyDelete
  9. Memang dia tak curi duit Sarawak, tapi kebas segala projek2 negeri yg beliau hasilkan jugak pon. Maknanya projek tu masuk balik poket puak2 mereka. Curi le tu namanya cuma caranya professional.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  10. sapa cakap taib nda merompak??buduh punya org...banyak suda kesnya berlegar2 didalam internet ini..cari dan baca lah,jgan baca baca dr akhbar pemgampu saja..nik aziz ada harta berbilion2 ka??ada rumah besar ka??kalau itu duit suma datg dari duit mak dan bapa taib ko la,sapa yang mau marah??...ini duit hasil mahsul ngeri..sepatut diagih secara adil pada suma rakyat..bodh sungguh org yang bg komen astana lot...kenapa??ko kroni projek si taib ni ka??kahkah

    ReplyDelete
  11. Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud meletak jawatan bakal berakhir pada bulan April, kita tunggulah dan lihat sama ada Taib Mahmud akan meletak jawatan pada April depan seperti dijangka.

    ReplyDelete
  12. Sudahkah Taib Mahmud menamakan pewaris jawatan Ketua Menteri beliau?

    ReplyDelete
  13. kalau PR menang memerinth,taib ni adalah rakan satu sel mahader di penjara sg buloh nanti...kahkah

    ReplyDelete
  14. jika Taib masih relevan dia boleh terus menjadi KM.

    ReplyDelete
  15. tapi baik beri peluang kepada orang baru.

    ReplyDelete
  16. Taib memberi jaminan mahu lihat balik kedudukan beliau sbg KM jika rakyat beri mandat lagi kpd BN utk mamarintah S'wak. Maknanya spt mau undur ler tu. Elok jer BN diistihar menang oleh Suruhnajya Penipu Rakyat ( SPR ), mlm tu jugak dikejutkan TYT yg sedang beradu di istana kayangan utk upacara Angkat Sumpah KM. Kenapa tak tunggu esok je ??

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  17. sudah cukup lama Taib memerintah Sarawak.rasanya sudah sampai masa berikan laluan pada pemimpin lain.

    ReplyDelete
  18. skandal rasuah Taib memang harus segera berakhir. pemimpin baru dengan cara pentadbiran yang baru.

    ReplyDelete
  19. kenapa Lim Kit Siang tidak memberikan amaran sekali kepada Anwar memandangkan Anwar juga telah mengumumkan janji beliau bahawa beliau akan bersara dari politik jika gagal merampas kerajaan?

    ReplyDelete
  20. Lim Kit Siang juga patut bersara saja dari politik.. sudah tua2 pun masih lagi sibuk pasal merampas kerajaan..

    ReplyDelete
  21. Lim K Siang tu tak curi apa2 duit negarah malah tolong lawan kejahatan BN. Lim K Siang pulak yg dsuroh bersara, tolol punya orang2.

    ReplyDelete
  22. kita bagi taib kerja KM utk sarawak. gaji nya satu billion sebulan. oklah tuh. Najib 500billion sebulan! Anwar 1 billion sabulan! Jefri satu yayasan sabah utk dia! ndak adalah org busuk ati.

    atas pagar mambaitu

    ReplyDelete
  23. Suara2 pembangkang yang mahu mengasi panas para pemimpin

    ReplyDelete
  24. Sama-sama kita tunggu PRU13, sama ada Taib akan letak jawatan atau tidak

    ReplyDelete
  25. memang patut pak uban letak jawatan,kenapa taib mahmud susah sangat mahu letak jawatan ya?beliau sudah terlampau tua fikiran pun kurang tajam.Saya bukan tidak suka beliau tapi kalau sudah lama tu,faham aja lah.Bagi saya pengganti kepada beliau biarlah bumiptra juga.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.