Friday, September 14, 2012

Daya tahan ekonomi negara makin membimbangkan

MERUJUK kepada laporan yang dikeluarkan agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P) bertarikh 5 September terhadap kedudukan penarafan kredit dan kewangan negara, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggesa pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah segera untuk memastikan khazanah wang rakyat diurus secara lebih berhemah, demi kelangsungan daya saing dan dayatahan negara.

Kerisauan terhadap kadar defisit fiskal dan hutang negara yang tinggi, hasil daripada perbelanjaan kerajaan yang tidak berhemah menjadi alasan utama laporan tersebut yang memberikan amaran risiko penurunan penarafan kredit dan kewangan Malaysia.

Laporan S&P ini dilihat senada dengan sebuah laporan yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit antarabangsa terkemuka yang lain, antaranya agensi Fitch Ratings yang turut menzahirkan kebimbangan yang sama terhadap kedudukan kewangan Malaysia dalam senario ekonomi global dan serantau yang tidak menentu.

Pemuda PAS berpendapat, jika rakyat ditegur untuk membuang tabiat gemar berhutang dan berbelanja melebihi pendapatan, seruan yang sama adalah lebih wajib kepada pihak kerajaan supaya tabiat buruk ini diberhentikan.

Tindakan berhutang untuk menampung perbelanjaan kerajaan dilihat umpama tabiat yang sukar dihakis apabila Laporan Perbendahaan Persekutuan mencatatkan hutang kerajaan persekutuan meningkat 70 peratus dalam tempoh 5 tahun, daripada RM247 bilion pada tahun 2007 kepada RM421 bilion pada tahun 2011, berbanding pendapatan negara yang meningkat sebanyak 30 peratus daripada RM140 bilion kepada RM183 bilion bagi tahun yang sama.

Pemuda PAS mendesak kerajaan Malaysia memberikan perhatian serius terhadap aspek perbelanjaan kerajaan dan beban defisit fiskal selama 14 tahun berturut-turut ini, natijah daripada sikap kerajaan yang berbelanja melebihi pendapatan sejak tahun 1998, malah rekod defisit yang sama turut diunjurkan bagi tahun 2012 dan 2013.

Apa yang lebih membimbangkan, kadar hutang negara yang kian meruncing di paras 52 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun 2011 diunjurkan terus meningkat ke paras kritikal 55 peratus jika tidak dibendung secara drastik dan holistik.

Pemuda PAS berpendapat, kerajaan perlu memberikan perhatian terhadap aspek dayatahan ekonomi negara (economic resilience) secara komprehensif, bukannya pemberian populis sementara (one-off contribution) yang tidak mampu mengeluarkan rakyat daripada belenggu bebanan sara hidup yang kian menghimpit.

Pemuda PAS menyarankan agar kerajaan Malaysia meneroka sumber pendapatan yang baru agar tidak terus bergantung kepada hasil petroleum, mengkaji mekanisme agihan subsidi dan bantuan kebajikan yang lebih efektif, penyusunan semula agihan peruntukan kepada sektor produktif khususnya pendidikan dan perubatan, serta pelaksanaan sistem tender yang telus untuk menghentikan ketirisan wang rakyat.

Malah, Pemuda PAS sekali lagi mengulang saranan yang sama agar jawatan Menteri Kewangan tidak lagi dipegang oleh Perdana Menteri untuk mewujudkan fungsi ‘semak dan timbang’ (check and balance) kerana mengikut rekod, Malaysia menanggung defisit fiskal yang berterusan sejak 1998 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, diteruskan oleh Tun Abdullah dan dikekalkan oleh Perdana Menteri sekarang.

Justeru, sebelum Bajet 2013 dibentangkan, Pemuda PAS mengajak seluruh rakyat menilai kejayaan Bajet 2012 dengan memberikan pertanyaan berikut, “Adakah peruntukan Bajet 2012 ditepati?

Adakah matlamat Bajet 2012 dicapai?” dan yang lebih penting, “Adakah Bajet 2013 membawa masa depan yang sejahtera kepada anak cucu kita?” Selamatkan Malaysia!

>> Penulis adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan

23 comments:
Write comments
  1. Malaysia's economy grew a faster than expected 5.4 percent in the second quarter as robust domestic demand helped offset the impact of the global economic woes.

    ReplyDelete
  2. Solid foreign demand for key Malaysian export commodities such as oil, natural gas, and palm oil also contributed to the pick-up in pace for Southeast Asia's third-largest economy, which grew a revised 4.9 percent in the first quarter.

    ReplyDelete

  3. For the Malaysian economy, the strong support provided by domestic demand, underpinned by activities in both the private and public sectors, have ensured higher growth amidst the challenging global environment

    ReplyDelete

  4. Analysts had been expecting growth to come in at around 4.6 percent for the April-June period, said Yeah Kim Leng, chief economist with financial research firm RAM Holdings.

    ReplyDelete
  5. The 5.4 percent growth in the second quarter suggests that Malaysia is able to weather the recession in Europe.

    ReplyDelete

  6. However, he added the second half of 2012 will be "challenging" as the impact of the European economic problems begin to be felt more acutely around the world.

    ReplyDelete
  7. Bank Negara has previously forecast full-year growth between four and five percent this year, slower than the 5.1 percent seen in 2011.

    ReplyDelete
  8. Inflation moderated to 1.7 percent in the second quarter from 2.3 percent in the previous period on declining prices of meat and vegetables, the central bank said.

    ReplyDelete
  9. Prime Minister Najib Razak, who must call fresh elections by mid-2013 and faces a strengthening opposition, has set a goal of Malaysia becoming a "high-income developed nation" by 2020.

    ReplyDelete

  10. He said last year that annual growth of at least 6.0 percent was needed to achieve that.

    ReplyDelete

  11. The government has promised major infrastructure projects and financial market liberalisation to attract foreign investment and boost growth, but critics say the results have been limited.

    ReplyDelete
  12. Never mind, our beloved PM can urged the Finance Ministry or Accountant General to make A DUMMY declaration of our KDNK , low inflation or to make another PEOPLE'S BUDGET to get SHIT.

    **Raja sulu'

    ReplyDelete
  13. Pengurusan kewangan negara sangat penting untuk memastikan tidak berlaku pembaziran, defisit dan hutang yang berlebihan.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan harus menjaga ekonomi Negara ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  15. Rakyat percaya yang mana kerajaan akan memastikan yang terbaik untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  16. Biar kerajaan sendiri keluarkan kenyataan tentang status sebenar ekonomi negara.

    ReplyDelete
  17. kahkah...kalu mau ditunggu kerajaan sendiri yang keluarkan kenyataan..semua bagus ja,tiada defisit,kadar pertumbuhan ekonomi 8 peratus..kahkah..ekonomi malaysia lebih cemerlang berbanding negara kenya dan zimbabwe..kahkahkah....cari la bukti graf terkini penurunan ekonomi malaysia sekarang,ada banyak dlm internet,jgn buta2 ja kena tipu dgn BN...kahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  18. Ekonomi Malaysia berkembang cepat daripada yang dijangkakan 5.4% pada suku kedua kerana permintaan domestik yang kukuh membantu mengimbangi kesan daripada masalah ekonomi global

    ReplyDelete
  19. Bagi ekonomi Malaysia, sokongan padu yang diberikan oleh permintaan domestik, disokong oleh aktiviti dalam kedua-dua sektor awam dan swasta, telah memastikan pertumbuhan yang lebih tinggi di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar, "Bank Negara, bank pusat, berkata dalam satu kenyataan.

    ReplyDelete
  20. Untuk pengetahuan Tuan, sejak Noh Omar menjadi Menteri Pertanian banyak berlaku penyalahgunaan kuasa. Pemberian beras ST15 juga diselewengkan menyebabkan beras ini tidak ada di pasaran. 5,000kg kuota menteri diselewengkan. Hanya beberapa pengilang kroni dia yang diberi. Beras ini kemudian diupgrade oleh pengilang-pengilang ini. Mereka dan Noh Omar mendapat keuntungan berjuta-juta ringgit.

    Banyak lagi penyelewengan yang berlaku di MOA, termasuklah tender baja yang bernilai beratus juta yang diagihkan kepada kroni-kroni beliau sahaja. Begitu jugalah dengan isu sarang burung walit. Syarat penggunaan RFID sebenarnya ditetapkan oleh Noh Omar sendiri, bukan seperti dakwaan beliau menyatakan syarat ini telah ditetapkan oleh Kerajaan Cina (rujuk akhbar Harian Metro betraikh 19 Julai 2012, dibawah tajuk “China tetap tiga syarat eksport sarang burung walet).
    Noh ada syarikat yang akan membekalkan RFID ini. Dia akan buat duit lagi disini. Dia kata Kerajaan Cina yang tetapkan untuk menghalalkan kerja menyamun beliau. (sila lihat lampiran disertakan)

    ReplyDelete
  21. Gaji operator pengeluaran salah satu kilang dTGanu sekitar RM430 sebulan. Tapi Kem. Sumber Manusia mahu mana2 majikan yg mahu guna khidmat pembantu rumah warga Indon kena bayar RM700 sebulan dgn 1Kerja shj. Tak bole suruh 2Kerja dan kena bayar OT. Giler punya menteri opss gila punya BN.

    **888

    ReplyDelete
  22. Dewan Pemuda PAS Malaysia pandai pula bagi nasihat.. macam mana dengan ekonomi kelantan?

    ReplyDelete
  23. macam mana pula dengan kenyataan nik aziz kononnya beliau sanggup menggunakan dana negeri untuk membayar peserta2 perhimpunan?? itukah yang dikatakan cekap dan berhemah dalam menguruskan wang rakyat?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.