Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.
Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.
“Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,
“beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,”ujarnya menceritakan kepada para hadirin.
Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.
Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut mengandung dan telah pun melahirkan anak.
Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.
Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September, mengesahkan perkara tersebut.
Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.
Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin. -Buletin Online
Friday, September 14, 2012
Sumbang Mahram: Setiausaha Kerja Umno Ditahan Polis?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNOkan suka yang porno-porno seperti menayang video lucah di Carcosa seri negara!
ReplyDeleteYg nih bagus. Tentu orang UMngok suka. Syaitan yg dkenali lebih baik dr malaikat yg tk dkenali. Maknanya UMNO walau tak brsunggoh dgn agama lebih baik dr tok guru PAS yg hari2 ngajar kitab agama.
ReplyDeletepemimpin perlu bagi contoh yang baik kepada rakyat dan orang sekitarnya. perlu diingat keburukan orang amat mudah tersebar berbanding dengan kebaikan yang seseorang lakukan.
ReplyDeleteSalah tetap salah. Jadi harap kes ini akan diadili dengan sebaiknya.
ReplyDeleteHarapkan pagar, makan makan padi. Nafsu kuda punya manusia.
ReplyDeleteaikk? macam nak alih berita jew!!
ReplyDeleteok. ADUN PAS Selising (kelantan) berzina! 2 Exco PAS Kedah kantoi lalu cpt2 kawin! Bekas pemimpin PKR Pahang & anak lelaki didakwa rogol & liwat, anak dah keluar di hospital selangor! beberapa org kuat PAS adalah Syiah!
itu belum lagi kes rasuah2 balak dan tanah di Kelantan! belum lagi pasal air dan U di Selangor & Kedah! aku belum buka kes penjaja..tanah orang2 miskin di Kg Pala, kg genting dan tanah wakaf Sg 2 di penang..
canang itu & ini mmg seronok, terbangkitlah amarah rakyat! jasa2 yg dibuat mmg ndak nampak sudah. tapi tengok jugalah kudis di depan mata, bro. jangan nanti jadi spt isu arak dan kelab2 malam.
yang salah, tetap salah sama ada sebelah A / B tapi muhasabah jugalah dlu..
Salah tetap salah tapi kes macam ni bukan dari pihak Umno saja kita pernah dengar daripada pembangkang pun ada.
ReplyDeleteMenggunakan isu ni untuk menjatuhkan seseorang memang berkesan tapi harus diingat rakyat bukan semuanya mengambil info bulat2 saja.
ReplyDeletehanya berdasarkan sumber dari bisikan ke telinga?? tidak rasa bersalahkan jika pemuda PAS jika semua ini hanya fitnah??
ReplyDeletesebelum ini ada juga kisah sumbang mahram dikaitkan dengan seorang pemimpin kanan pembangkang dari Pahang.. bermakna, sumbang mahram yang di bawa oleh pemimpin PAS ini tentulah ada matlamat disebaliknya sama ada untuk meneutralkan impak negatif sebelumnya atau sekadar untuk mencemar imej lawannya.
ReplyDeleteagak aneh, pelik bin ajaib dan cukup unik kerana dengan hanya sumber bisikan pun sudah cukup untuk ‘USTAZ’ PAS itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para bloggers PAS PKR..
ReplyDelete