Thursday, September 6, 2012

Siasat Juga Insiden Hina Pemimpin Pakatan


Angkatan Muda Keadilan hari ini membuat laporan polis di balai Polis Rawang terhadap insiden-insiden yang melibat gambar-gambar pemimpin Pakatan Rakyat yang dipijak, dikencing dan dibakar oleh sekumpulan manusia yang dipercayai penyokong parti Kerajaan.

Polis perlu menyegerakan siasatan dan tidak boleh lagi berdalih dengan menyatakan bahawa tidak ada laporan polis dilakukan maka dengan sebab itu tiada siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar perdana menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang, lapor malaysiakini.

Beliau menegaskan, polis akan menyiasat semua laporan sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

"Kita kena ingat apa-apa tindakan polis berdasarkan laporan yang dibuat.

"Kalau tiada orang buat laporan kita tak tahu dan bagaimana kita hendak siasat," katanya sewaktu ditemui pada rumah terbuka polis Kuala Lumpur di Pasar Seni dekat ibu negara.


22 comments:
Write comments
  1. apa sj yg dibuat govt/UMNgOk x akan dianggap jenayah!!!

    ReplyDelete
  2. Laporan sudah dibuat kalau tak siasat juga namanya DOUBLE STANDARD

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya UMNO memang kuat, tetapi unsur2 sebegini yg banyak melemahkan mereka dr dalam. UMNO Kelantan sbg contoh,kuat dan utuh tetapi kerana mereka bodoh dlm brpolitik, sebab itu mereka gagal me- rampas Kelantan hingga kini. Sama dgn isu pijk memijak gambor pmimpin samada pemimpin BN atau PR. Jika mereka tidak bodoh dlm brpolitik, tindakan sudah tntu akan diambil trhadap mana2 individu yg melakukan kelakuan biadap spt itu. Itu hakikat kebodohan UMNO/BN yg mereka gagal kesan sebenarnya. Dua isu besar yg dilihat banyak melemahkan UMNO ialah isu bantuan kpd negeri2 pembangkang yg mana JKKK juga trserlah tindkan mereka menekan penyokong PR disamping isu double- standard dlm mengambil tindkan kepada PR atau BN.

    ReplyDelete
  4. Laporan sudah dibuat tunggu saja la hasil siasatan

    ReplyDelete
  5. Pembangkang terlalu emosi sehinggakan mencetus huru hara

    ReplyDelete
  6. Jangan buang masalah. Sudah tau kesudahannya. Ini negara double standard. Terima ajalah. Tunggulah kerajaan baru. Bersabarlah.

    ReplyDelete
  7. Anak-anak muda memijak gambar para pemimpin kerajaan kerana terpengaruhi dengan penyokong kerajaan memijak gambar2 para pemimpin pembangkang. Kerana teda tindakan maka mereka menyangka hal itu berlaku juga bagi mereka tetapi mereka lupa, siapa yang berkuasa hari ini!!!!

    ReplyDelete
  8. Macam mana mereka tahu sekumpulan manusia ini adalah penyokong parti Kerajaan? Mungkin mereka benci Pakatan saja.

    ReplyDelete
  9. Baik siasat dulu sebelum membuat penilaian.

    ReplyDelete
  10. salahkan individu2 yang lakukan perbuatan ni bukannya salahkan parti.

    ReplyDelete
  11. Siasat dan ambil tindakan dengan adil. Tidak kira apa latar belakang parti yang disokong.

    ReplyDelete
  12. Adakah rakyat Msia semakin hilang nilai kesopannya?

    ReplyDelete
  13. (Macam mana mereka tahu sekumpulan manusia ini adalah penyokong parti Kerajaan? Mungkin mereka benci Pakatan saja. ) Yang pijak gambar Malaikat najib dan Rosmah pun mungkin mereka benci dengan Najib dan Rosmah saja!

    ReplyDelete
  14. polis menganggap rakyat yg mengkritik kepimpinan UMNO dan BN aalah penjenayah.. dan mereka yg membakar dan menghina gambar pemimpin PR adalah rakyat yg cintakan keamanan dan perlu dilindungi.. sebenarnya polis melakukan kesilapan kerana memilih menjadi HAMBA pada UMNO dari berkhidmat pada rakyat...

    ReplyDelete
  15. BAHLOL....CUBA LIHAT GAMBAR INI.....KENAPA POLIS TAK AMBIL TINDAKAN SEDANGKAN SUDAH DUAT LAPORAN POLIS.......MACAM ORANG TAK CAKAP PILIH KASIH ......ORANG YANG KENCING GAMBAR TG NIK AZIZ......CUBA LIHAT KOTE KAMU ADA TUMBUK KANSER TAK....AKAN MATI POLIS JANGAN MARAH KALUAPUCUKLAH KOTE KAMU....AMIN....POLIS JANGAN MARAH KALAU ORANG KATA BODOH....

    ReplyDelete
  16. didalam melaksanakan undang2 negara demi kesejahteraan rakyat..pihak berkuasa seharusnya lebih telus tanpa memilih bulu. sejak kebelakangan ini (menghampiri pilihanraya) jelas memperlihatkan tindakan pihak berkuasa lebih kepada "double standart"..ini adalah kerana di pihak berkuasa sendiri telah wujud budaya pengampu yang diamalkan oleh BN. perjawatan tinggi dididalam kerajaan juga dipengaruhi oleh orang2 politik..
    polis diraja malaysia bukan polis politikan BN..

    ReplyDelete
  17. Gambar PM lebih suci dari masjid?, Kenapa JAKIM tak tegur Rakyat yg baling kasut dalam Masjid?.. Kalau compare yg pijak gambar itu CHINESE memang kita akui salah juga & TAPI yang baling kasut dalam Masjid itu org ISLAM.. tak salahkah? sampai orang ISLAM dah tak kenal tempat suci agama sendiri?

    ReplyDelete
  18. Rumah ALLAH VS Gambar Pemimpin
    Rumah Allah = adalah nyata dan konkrik
    Gambar Pemimpin = hanya gambar dan bukan betul2 muka pemimpin

    Kenyataannya = dua-dua perbuatan adalah salah
    Persoalannya = kenapa gambar pemimpin saja bising , tapi isu masjid kena baling selipar xpun bisng..

    Kesimpulan : ini lah dia apabila politik mengatasi kepentingan agama..

    ReplyDelete
  19. elok lah kutbah jakim selar perkara tu ..tak ada salahnya...cuma yang hairannya..cepat sangat ada kutbah macam tu...jika dibanding dengan kes lempar kasut dlm rumah suci Allah..tak ada kutbah selar perkara tu.....tu je yang pelik..selebih lu fikirlah sendiri masing2 dan besar..pandai menilai

    ReplyDelete
  20. Juga tak pernah barlaku dlm sejarag dunia, tok imam ditangkap dan digari depan makmum hanya kerana mahu pihak brkenaan siasat kemana hilangnya wang masijd brnilai ratusan ribu ringgit. Tapi contoh dah barlaku pd Imam Hoslan yg tlh dpenjara baru2 ini. Wang itu confirm hilang dek kerakusan seseorg yg trpengaruh dlm masjid tu yg dlantik sebg Pengerusi ke Bendahari ke atau apa2 jawatan ciptaan umno. Tapi yg dgari adalah tok imamnya yg buat laporan.Pelikkan? Sebenarnya jawatankuasa masjid tak wujud pun dKelantan hanya negeri 2 yg sebelum ini dbawah UMNo jer.

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  21. tangkap saja semua pemimpin2 Pakatan,, barulah aman negara ni.. tidak ada demo, tidak ada provokasi dan tidak ada pengganas..

    ReplyDelete
  22. jika ada laporan, pasti tindakan akan diambil.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.