Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics berkata ia tidak akan berkompromi dengan sebarang tingkah laku pelajarnya yang menyalahi undang-undang negara.
Justeru, Lembaga Disiplin dan Lembaga Akademik kolej memutuskan untuk memberhentikan seorang pelajarnya yang didapati terbabit dalam perbuatan menghina pemimpin negara baru-baru ini, kata kolej itu dalam kenyataan hari ini.
Menurut kenyataan itu, perbuatan pelajar semester ketiga jurusan Diploma Kreatif Multimedia terbabit adalah atas kapasitinya sebagai individu.
"Ia sama sekali tidak mewakili budaya ilmu yang dipraktikkan di Cybernetics," kata kenyataan itu.
Cybernetics juga mengambil langkah proaktif bagi membantu pihak polis sepanjang proses siasatan kes.
"Cybernetics sentiasa menyokong dan mendukung aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ini untuk melahirkan modal insan yang berilmu, bertatasusila, dan menjunjung keluhuran perlembagaan untuk pembangunan Malaysia dan kesejahteraan rakyat," kata kenyataan itu.
Pelajar terbabit adalah antara 11 individu yang dikenal pasti polis dalam insiden memijak gambar Perdana Menteri dan isteri serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka, pada malam 30 Ogos lepas.
- Bernama
Thursday, September 6, 2012
Kolej pecat pelajar tunjuk punggung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dia diajar oleh PVTM ( Veteran Tentera ) tempohari. Jadi, sepatutnya kalau UMNO/BN tidak sewel,veteran tak laku yg tunjuk punggung depan rumah S.Ambiga baru2 nih sepatut diambil tindakan. Sebenarnya jika pelajar IPTA/S yg ada dMalaysia nih semua seperti pelajar yg sorang nih, dah lama BN tumbang.
ReplyDeleteTu la displin tu harus dijaga. free2 dikeluarkan dari kolej.
ReplyDeleteIni sebagai pengajaran kepada semua rakyat
ReplyDeleteMemang memalukan diri saja dengan perbuatan macam tu.
ReplyDeleteInilah akibat berpolitik walaupun fikiran pun belum matang lagi.
ReplyDeleteTapi jika dparhatikan isu nih, bukan tidak matang tapi naluri yg meninggi utk hapuskan kezaliman UMNO/BN ke atas rakyat jelata. Cuma tafsirannya jadi begitu. Ini budak tapi yg dok senaman punggong depan rumah Ambiga tu lagi teruk. Tua2 bangka tapi fikiran belum matang.
ReplyDelete**yassir arafat
sia-saia saja pengajian pelajar ni.
ReplyDeleteMakin tidak takut undang2 pula pelajar sekarang ni.
ReplyDeletejgn nak salahkan pelajar tunjukan punggung ...yg tua2 bangka yg jadi mentor pd anak2 muda ...apa nak heran ..tulah 1 msia ...
ReplyDeleteanak muda tunjuk punggung pun ...belajar dari mentor tua tunjuk punggung depan umah ambiga ...
ReplyDeletePadan muka.
ReplyDeleteFikir sebelum bertindak.
ReplyDeleteKerajaan BN/UMNO sebenarnya yang menggalakan perbuatan seperti ini. Kalau awal-awal kerajaan bertindak pada veteran tentera depan rumah Ambiga dulu kejadian pelajar tunjuk punggung pada gambar najib ini tidak akan berlaku. Tapi kerana kerajaan tak ambil tindakan pada veteran tentera itu maka remaja menganggap kerajaan memberi lampu hijau kepada mereka meneruskan perbuatan veteran tentera itu. Jadi salah siapa sekarang KERAJAAN BN sebenarnya yang dipersalahkan kerana gagal mengambil tindakan peda veteran tentera itu. Kepimpinan melalui tauladan katakan!
ReplyDeletePelajar ini bukannya dibuang macam sampah,ia harus dibimbing untuk menjadi rakyat yang berguna.Kalaupun keterlanguran buat salah,jangan buat hukuman melulu,mestipun ada yang buat kesalahan serupa nemun dipandang sebalah mata.sejahat jahatnya perbuatan Tuhan sesunggohnya maha pengampun dan penyayang.
ReplyDeleteTuhan Maha Pengampun dan Penyayang....tapi sifat tu kita tak boleh minta UMNO laksanakan. Kan meeka tu separuh YAHUDI. Kalau Tuhan Jalla wa azza boleh ampun manusia kafir brpuloh2 tahun yg masuk islam kerana memilih jln benar, hairan ye UMNO nih...perbuatan pelajar yg macam tu pun sampai nak buang kolej. Agaknya jika tonggeng punggung pada Nik Aziz, mcm mana? Tak de masalah kot..
ReplyDeleteumno separuh yahudi? tayang punggung pada pemimpin?
ReplyDeletebagaimana dgn PAS yg makin menyokong wahhabi & syiah? n ajis & hadi sendiri mengetahui & membenar pergerakan Syiah di Malaysia. aku ada bukti2nya! kau orang marah sebab mendakwa dia ulama,kan? padahal n ajis akan memandang rendah pada pengkritiknya dan mencaci meraka ini seteruk2nya!! siapa yg cium, peluk, sokong dan bersama dia akan disayang dan disenyum oleh dia!!
apa komen kamu pula apabila ada orang umno buat statement bahawa PR yang lebam & bermata satu itu adalah Dajjal??
tonggek punggung pada pemimpin adalah ndak betul & pelajar ini ditegur oleh keluarganya..suu dzon dgn pemimpin yg sentiasa solat adalah perkara yg ndak betul. mana nilai beragama kamu?
jangan bagi orang2 marah, bahh..nanti habis rahsia besar si jefry akan aku kaluarkan!!!
SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianugerahkan sebagai Tokoh Pendidikan Nusantara di Himpunan Pendidik Islam 2012 yang berlangsung di Dewan Unisel hari ini.
ReplyDeleteTuan Guru Nik Abdul Aziz, antara tokoh agama yang cukup disegani baik peringkat negara mahupun antarabangsa.
Malah beliau di antara 50 tokoh paling berpengaruh di dunia di mana beliau menduduki tangga ke-42 dari keseluruhan senarai 500 muslim yang berpengaruh.
Jgn kita barsama UMNO/BN kelak kita akan dhumban kdalam neraka jahanam yg menolak hukum Tuhan dan melakukan kerosakna dmuka bumi.
ReplyDeletepadan dengan muka dia.. tunjuk punggung ingat dapat sorakan macam hero? nah.. rasa la masuk lokap..
ReplyDeletemakin tinggi belajar, makin rendah akhlak.. tau juga malu sampai tutup muka.. tapi masa dia buka seluar, tidak pula malu..
ReplyDeleteinilah akibatnya bersikap kurang ajar. padan muka.
ReplyDelete