Monday, September 10, 2012

Team Najib-Muhyiddin retak menanti belah?

NONESemenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN paNONEda 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.

Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.

Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14 Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.

Malaysiakini difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.

Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada 28 Ogos.

Walaupun dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya,

Perkara ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan.

Menteri undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan tersebut kepada Saifuddin dan Gan.

Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan.

Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd.

PKR menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent.

Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib.

Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui.

Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat.

"Kesemua dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi.

-M/kini

36 comments:
Write comments
  1. kita tunggu dan lihatlah.. masakan pohon berguyang kalu tiada angin..!

    ReplyDelete
  2. kelemahan dalam pentadbiran patut diatasi dengan cara profesional.

    ReplyDelete
  3. Pokok bergoyang kerana kena tiup kipas besar hahaha

    ReplyDelete
  4. TPM ini tak sabar nak jadi PM macam tak sabar jadi TPM semasa Pak Lah jadi PM.

    ReplyDelete

  5. Muhyiddin mana boleh tunggu.
    Tempoh hayat jawatan PM untuk UMNO/BN hanya ada tak sampai tujuh bulan sebelum tamat tempoh, April 2013. Mereka juga sedar itu juga hayat ponopoli kuasa UMNO/BN sebelum terguling sendiri atau digulingkan rakyat.
    Itu pasallah muhyidin and the gang tak duduk diam. Najib and the gang-nya pulak belum ada finishing lagi. Hal-hal berkaitan gadis monggol, kes di peracis dan lain-lain belun setel.

    Kendati yang DIBANGANGKAN ialah ahli-ahli dan pencacai-pencacai UMNO/BN sahaja. Biarkan mereka hanyut dengan parti Syaitan olahan Mahadir itu.

    Bagi kita rakyat terbanyak, PRU-13 masa rakyat merakyatkan kerajaan melalui Pakatan Rakyat. Jika bukan sekarang bila lagi..?

    ReplyDelete
  6. muhiddin tak la sebodoh yg reka2 cerita ni.dia bukan mcm c anua tu yg gelojoh sangat jadi pm dan nak jatuhkan dr.m waktu tu tapi akhirnya dia yg tersungkur.

    ReplyDelete
  7. apapun cerita, muhyidin lebih bagus jadi PM berbanding najib. najib tamak jawatan. tak cukup dgn jawatan PM, menteri kewangan 1 dan mentri wanita pun dibolot juga. aparahh...''' tengok tu sahan felda dah nak mampos gara2 tranformasi najib.

    ReplyDelete
  8. DS Anwar jatuh bukan gelojoh nak jadi PM. Dia jatuh angkara kerja durjana Mahathir kerana DS Anwar tu banyak menghalang tindak tanduk umno yg mahu rompak hasil negara. Kalau pemegang konsesi tol nak naikkan harga tol, beliau minta 10 sebab kenapa tol harus dinaikkan. Hasilnya semenjak DS Anwar berada dlm kabinet, sekali jer kot tol trpaksa naik. Selebihnya ditolak mentah2. Zaman beliau, ada naik harga barang2 utk rakyat, seingat aku TIADA pun. Yg paling penting, UMNO serta Tun M kering kontang dek penangan anwar. So apa lagi, kasi jatuh le si Anwar tu...congakkan mahathir. Biar nampak cerdik sikit.

    Ruj; ANONYMOUS Sept 11; 9.57 am

    ReplyDelete
  9. Rasanya Anwar tidak sabar inginkan jawatan Perdana Menteri ini. Tapi rasanya mimpi saja untuk Anwar.

    ReplyDelete
  10. Dr M sedar yang mana ada pihak ingin sabotaj beliau pada masa itu. Nasib Dr M cepat menyedari siapakah orang tersebut.

    ReplyDelete
  11. deii..dr mahatir singkir anwar sebab anwar akan cabar mahathir untuk jawatan PM dan dijangkakan anwar akan menang pada masa tu. nahh..inilah sebab utama mahathir singkir anwar. org dah cerdik sekarang bukan mcm org dulu2. mahathir bilang BN syaitan yg dikenali. mimang betul la tu''

    ReplyDelete
  12. JGN LAYAN SI BATRESIAL TUH...ITU HANYA CORETAN DANGKAL BELIAU PON. PENGETAHUAN XDER CUMA NAK BRFORUM JER..

    ReplyDelete
  13. Semua pembaca yg mempunyai political knowledge mengetahui bahawa Najib sebenarnya mengharapkan Ali Rustam sebagai TPM bukannya Muhyiddin..kerana itu Muhyiddin jarang-jarang mempertahankan Najib bila menyentuh isu sensitive seperti Scorpene...perpecahan yg berlaku didalam kepimpinan tertinggi.. dapat dilihat bila pemimpin dari team johor yang rapat dgn beliau seperti Azlina Osman Saad dan Hamid Albar disingkirkan dari kabinet..ini memberi israyat jelas pada Muhyiddin bahawa masanya akan sampai..

    ReplyDelete
  14. untuk BATRESIAL

    Biarlah United Malay National Organisation nak bergolak, yg penting PR tidak campur tangan dan memandang ringan, sebaliknya PR hendaklah terus bekerja keras meningkatkan sokongan rakya agar Putrajaya dpt ditawan dlm PRU ke-13 nanti.InsyaALLAH

    ReplyDelete
  15. Ramalan RAHMAN sudah dikatahui.. ada satu lagi ramalan, cuba teka 2 PM dari Kedah, 2 PM dari Pahang, 1 dari Johor 1 dari P.Pinang. persoalannya, adakah PM ke 7 datang Johor atau dari P.Pinang.. kalau Muhyiddin tidak ambil kesepatan ini kempunanlah ada 2 PM dari Johor sebab selepas PRU 13 nanti kemungkinan PM dari P.Pinang..

    ReplyDelete
  16. Banyak sekali Menteri2 dan Timbalan2 Menteri dari Johor semasa Badawi digugurkan oleh Najib. UMNO Johor marah tuh...

    ReplyDelete
  17. Orang umno mesti xcaya yg Najib-Mahyuddin bagai retak menanti belah, tapi org2 yg dekat dgn Mahyuddin sgt mengetahui hakikat ini, Mahyuddin xdisenangi oleh najib Razak dalam banyak hal...Sekarang ni penyokong mahyuddin berusaha kuat untuk melobi Tun Madey je...jika mereka dah berjaya menyakinkan Tun untuk penggal kepala Najib dalam politik, Najib akan terus menjunam ke bawah. Sekarang ini Tun punyai kuasa untuk naikkan Mahyuddin dan hempaskan Najib ke lantai...semalam Tun dah bagi tanda2 awal kat Najib bahawa kerajaan dia lemah. Tun kata semasa pemerintahannya, xada org berani tunjuk punggung dan pijak gambar dia. bayangkan kalau Tun tambah sikit lagi kata2 yg mcm ini: "Lebih untuk Datuk Sri Najib meletakkan jawatan kalau dah berani untuk bertegas dgn pakatan rakyat". Maka di kala itu Najib bagaikan pelepah sawit yg dicantas dari bawah, melayang dan meluncur ke tanah semahu2 nya.

    ReplyDelete
  18. Dulu dgn mendapat berkenaan sokongan matan Tun Maha, mahyudin mendesak Matan Tun Paklah cepat2 lepas jawatan. kini tiba giliran episod yg sama akan berlaku..

    ReplyDelete
  19. Persaingan antara BN dan PR umpama pelari 100mtr, PR dlm latihan sdh dpt memecahkan rekod yg dipegang BN.Manakala BN berusaha utk pecah rekod yg dibtnya sendiri selama lbh 50thn tp stemina tdk ada, umur sdh tua hanya gagah pd nama.Menjadi masaalah skg mejoriti rakyat sdh tdk mh cara begini menguruskan negara.Mana ada rakyat suka pemimpin2/kebenet/MB/exco yg tdk bersih, bkn saja dimalaysia tp seluruh dunia.Dahulu tdk ada pebandingan hanya kelantan jd coth mereka tp skg ada 3 lg negeri yg blh dijdkan cth utk mereka.Kes2 seperti NFC, FELDA, ROYALTI, kapal selam ini isu2 yg rakyat tdk blh terima utk pilih Bn sekali lg.Pembrian wang cara BRIM tdk resional dan gn lah kaedah lain yg tdk diketawkan rakyat, mereka ambil wang tp hati tdk setuju.Pemimpin2 Bn kn berkorban dan jgn mengharapakan hanya pengorbanan patut dilakukan pemimpin diperingkat Bhg/cawangan saja.

    ReplyDelete
  20. PKR menggesa National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga bekas menteri wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil disiasat atas dakwaan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

    Pengarah strateginya Rafizi Ramli mendakwa, NFC terlibat dalam transaksi menggunakan syarikat lain dengan pemilik sama untuk pembelian lembu dan melibatkan pelanggaran Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.

    Beliau mendakwa, surat kredit yang dikeluarkan NFC digunakan oleh National Meat & Livestock Corporation (NMLC) untuk membayar pembelian lembu.

    Bagaimanapun, pembelian ini, dakwa Rafizi, dibuat oleh Global Biofuture Pte Ltd, sebuah lagi syarikat milik anggota keluarga Shahrizat.

    “Bagaimana sebuah syarikat boleh membuat pembayaran terhadap invois syarikat lain?” soal Rafizi.

    ReplyDelete
  21. Pihak PR juga sedang mengalami keretakan atas kegagalan mencapai satu persetujuan antara parti komponen mengenai isu hukum Hudud. Baik mereka selesaikan isu sendiri terlebih dulu.

    ReplyDelete
  22. Baru-baru saja ini ada kebocoran minit mesyuarat pembangkang, ada pemimpin PR yang menyatakan bahawa ketua DAP angkuh dan sebagainya. Keretakan dan tidak sepakat jelas dinampak.

    ReplyDelete
  23. Baik kita tunggu sahaja PRU-13 dan lihat keretakan parti yang mana membawa kekalahan?

    ReplyDelete
  24. Masih ingat komen Pak Lah dulu, " Dah tak sabar jadi Timbalan Perdana Menteri kah"

    ReplyDelete
  25. Semua tu daripada tafsiran saja, masih tiada kenyataan rasmi yang boleh dijadikan pengukur keretakan Najib dan Muhyiddin.

    ReplyDelete
  26. PKR asyik nak memecah belahkan UMNO, lebih baiki dahulu keretakan yang ada dalam PKR.

    ReplyDelete
  27. Datuk Seri Hishammuddin Hussein today rejected claims by critics that Datuk Seri Najib Razak is alone in his leadership, saying the prime minister’s transformation agenda has the unwavering support of all Umno members. Hishammuddin was cited saying that Umno has got its act together.

    The Umno vice-president pointed out that delegates had proven this today when they passed the motion on Najib’s presidential address during the annual general assembly earlier.

    Hishammuddin added the mandate is significant as the delegates present during the assembly are leaders representing the party’s branches and divisions nationwide as well as its grassroots leaders.

    Hishammuddin added that the passing of today’s motion was a clear indication that party members were now ready to unite under Najib’s leadership.

    Critics have often claimed that Najib is alone in his transformation agenda as conservatives in the ruling party he leads are resistant to the changes he has mooted.

    They have particularly singled out Najib’s deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin as a leader of the conservative faction in Umno, constantly drawing to attention the latter’s famous declaration of being “Malay first and Malaysian next”.

    Since the prime minister took over the reins of the country, he has embarked on numerous transformation initiatives, promising to implement reforms aimed at increasing individual freedom, weed out corruption, improve the public delivery system and create a more challenging and competitive business environment.

    Najib had also introduced his “1 Malaysia: People first, performance now” slogan that is meant to be form the backdrop of his transformation agenda.

    Over recent months, the prime minister announced a series of significant reforms, including the repeal of the Internal Security Act (ISA), the lifting of three Emergency declarations, the formation of a parliamentary select committee for electoral reforms, the lifting of the ban on student politics and the introduction of the Peaceful Assembly Act, a law to regulate public assemblies.

    ReplyDelete
  28. Macam keling ! Tapi itulah hakikat sebenar yang sedang berlaku. Umno pun tak mampu untuk nafikan. Zamry ? MB Pasola tu ? Punggung dia sedang 'terbakar' sekarang. Panassss...!! Hebat juga penangan MIC Perak. Akhirnya Umno yang 'kerek' terpaksa juga mengalah dan melepaskan kerusi Parlimen Sungai Siput biarpun pada PRU12 yang lalu, bos besar MIC kalah kepada pembangkang sekaligus membungkus MIC Perak. Itu kisah 4 tahun lepas. Samy pun dah hilang terus, balik India jadi Duta kerajaan. Kesian pada MIC Perak.

    Terkini, 4 kerusi DUN milik MIC pula nak dirompak Umno. Alasan kuat..kerana pada PRU12 semua kerusi yang ditandingi oleh MIC, semua kalah, kalah teruk dan ditolak oleh kaum sendiri. DUN Behrang, DUN Pasir Panjang, DUN Sungkai dan DUN Hutan Melintang.

    Ironinya DUN Behrang dan DUN Pasir Panjang yang majoriti pengundi adalah pengundi melayu benar-benar beri masalah kepada MIC. G Palanivel makin 'hitam' wajahnya merayu agar Umno jangan rampas 2 kerusi DUN yang diberikan kepada MIC sebelum ini. Kesian dengan MIC. Tapi MIC lupa..bahawa setakat 'hitam' wajah Palanivel, 'hitam' lagi wajah Zamry...dan se'hitam' itu juga niat Umno berkeras mahu rampas 2 kerusi DUN yang mereka ada harapan boleh letak calon Umno bertanding pada PRU13 nanti. Umno semakin terdesak sangat sekarang.

    ReplyDelete
  29. hubungan mereka sebenarnya tidak ada masalah. cuma ada pihak cuba melagakan mereka.

    ReplyDelete
  30. usaha nak melagakan mereka takkan berjaya.

    ReplyDelete
  31. "Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd."

    sumber PKR adalah yang paling tidak boleh dipercayai di dunia..

    ReplyDelete
  32. "pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui."

    individu itu adalah ahli PKR sendiri.. saja lakonan dimainkan supaya wujud jalan cerita bagi tuduhan ini..

    ReplyDelete
  33. Sumber Utusan Sex lagi tidak boleh dipercayai di dunia asyik kalah di mahkamah kerana menabur fitnah hasil didikan tuannya UMNO

    ReplyDelete
  34. AMSS (UK) LIFETIME ACHIEVEMENT AWARD 2010 to be presented to DR ANWAR IBRAHIM. The Award will be presented by the Chair of AMSS UK Dr. Anas S. Al-Shaikh-Ali, CBE, FRSA, in recognition of long and distinguished service in the field of politics and economic thought, the promotion of the cause of good governance, and commitment to the principles of freedom, tolerance and justice. To be presented at a lecture by Dr Anwar Ibrahim, on 4th October 2012 at Sorbonne, Malesherbes,108 Boulevard Malesherbes 75850 Paris cedex 17, FRANCE.

    ReplyDelete
  35. Kenapa award yg nak dianugerah pd DS Anwar tu tak dserah kpd PETER SABAHAN atau HEADHUNTER? 2 org ni lebih layak dr DS Anwar tu saya rasa.

    ReplyDelete
  36. team Pembangkang Sabah pun retak menanti belah.. masing2 parti mahu berjuang sendiri untuk mendapatkan jawatan kabinet negeri..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.