Tuesday, September 11, 2012
Soi Lek terima 'wang kertas orang mati'
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menerima dua keping 'wang kertas orang mati' - yang setiap satu bernilai 'lapan bilion' - bersama dengan keratan akhbar yang dihantar kepadanya dalam satu sampul surat pagi semalam.
Sambil menunjukkan wang kertas itu serta keratan akhbar berkenaan kepada pihak media petang tadi, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA, Chua menyifatkan tindakan itu sebagai satu "ancaman mati" terhadapnya.
NONEKeratan akhbar itu, dipercayai dari akhbar Sin Chew Daily, adalah mengenai komen Presiden organisasi pendidikan Cina, Dong Zong, Yap Sin Tian (kanan) mengenai pewujudan semula sekolah tinggi persendirian Cina di Segamat.
Chua berkata wang kertas itu adalah ancaman mati terhadapnya kerana ianya dihantar kepadanya sekarang - iaitu pada bulan ketujuh kalendar Cina, yang merupakan bulan 'Hantu Lapar'.
"Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.
Bagaimanapun, Chua menegaskan bahawa beliau tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu. -MK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lakon filem porno pun tak heran...inikan pulak terima ugutan dlm bentuk wang. Jadi president MCA pulak tuh dab brda dlm BN,disokong lagih oleh org melayu.Lepas tuh alih cerita DS Anwar telah meliwat si anu. Giler betui melayu skrang yer.
ReplyDeletesiasat siapa beri ugutan seperti itu.
ReplyDelete
ReplyDelete("Setiap kali saya berkata sesuatu, mereka akan marahi saya. Jika saya tidak berhati-hati, saya boleh menjadi hantu," katanya.)
haha hantu porno jadinya.
Baguslah macam itu duit itu boleh guna selepas mati nanti.
ReplyDeleteMelampau. Bagi wang kertas orang mati umpama memberi amaran. Pelaku tu sangat2 melampau.
ReplyDeleteSiasat dan tangkap siapa punya kerja
ReplyDeleteHarap sesiapa yang menghantar wang kertas orang mati kepada Chua Soi Lek akan disiasat dan diberkas.
ReplyDeleteNasib baik Chua Soi Lek tidak merasa terancam dengan taktik kotor seumpama itu
ReplyDeletetidak hairanlah ada pihak yang dengki dengan beliau.
ReplyDeleteBiarkan saja itu yang penting sekali teruskan menumpukan tugasan yang lebih penting daripada perkara tersebut.
ReplyDeleteTidak apa bah itu ada orang buat perkara hampir serupa dengan Lim Guang Eng tak di siasatpun! Inilah BN mulakan kepada pembangkang bila kena balas cepat suruh polis siasat! Jadi itu budaya BN.
ReplyDeletesiapa yang buat begitu? tidak boleh begitu.. adakah diberi hanya lapan bilion saja sepatutnya tiga puluh dua bilion 4 x ganda dari diberi baru dia diam-diam!
ReplyDeletecara ugutan dan ancaman pun makin terkenal sekarang ni. makin ramai pemjenayah di negara ni sebenarnya.
ReplyDeletePasti ini salah satu luahan tidak puas hati pihak tertentu terhadap tindakan Soi Lek.
ReplyDeleteCSL; offer utk buat blowjob sj bah itu...
ReplyDeleteAnonymous said...
ReplyDeleteSeptember 12, 2012 1:16 PM
perenggan mana dalam artikel ni yang menunjukkan soi lek minta kes ini disiasat??
gara2 pembangkang negara tidak aman.. dulu, sebaik Anwar selesai mengadakan ceramah kepada mahasiswa, timbul pula kes mahasiswa buat ugutan bunuh kepada pemimpin negara..
ReplyDelete