Tuesday, November 20, 2012

11 Syahid Dalam Pembunuhan Di Gaza

Angkatan Bersenjata Israil (IOF) pada petang Ahad telah menjalankan pembunuhan besar-besaran yang dahsyat di Bandar Gaza, mereka mengebom kediaman keluarga Dalo yang membunuh dan mencederakan seluruh anggota keluarga.

Sumber tempatan mengatakan pesawat udara Israil mengebom kediaman keluarga Dalo di al-Nasser Street di barat Bandar Gaza pada tengahari Ahad yang menyebabkannya musnah.

Sumber perubatan mengatakan krew ambulan dan pertahanan awam telah menemui jenazah 11 syuhada yang kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai tambahan kepada 11 yang cedera dan jumlah dijangka bertambah.

Dengan kesyahidan 11 lagi warga Palestin tersebut, jumlah mangsa keganasan Israil kini meningkat kepada 66 orang sejak ia bermula pada hari Rabu lepas.


Rakyat Palestin dapat kemenangan atau syahid

Gaza dan Palestin terus diserang, selepas serangan demi serangan berlangsung sejak 1948 sehingga kembali meletus sejak Rabu (14 Nov) lepas. Israel yang bertanggungjawab ke atas serangan ini terus rakus bertindak di luar batas kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa demi menjayakan agenda pembentukan wilayah Israel raya. Amerika Syarikat (AS) pasti sekali bersekutu dan bekerjasama dalam hal ini demi memastikan kepentingannya terpelihara.

Terbaru, Israel telah menyatakan komitmennya untuk melancarkan serangan ke atas hampir 1000 sasaran melibatkan pejabat, rumah pejuang dan pusat ketenteraan Hamas di Gaza. Dalam serangan sejak Rabu lalu itu, kini telah mengorbankan lebih 50 orang penduduk Gaza dan ratusan yang lain cedera teruk.

Gaza kini berada dalam keadaan yang sangat kritikal. Dengan bilangan penduduk mencecah 1.7 juta orang di dalam kawasan berkeluasan 140 batus persegi menjadikan Gaza sebagai salah satu tempat paling padat di dunia. Lebih 10% kanak-kanak berusia dalam lingkungan 5 tahun terbantut tumbesaran mereka, lebih 30% hidup tanpa pekerjaan, setiap 1 daripada 5 kanak-kanaknya mengalami Post-Traumatic Stress Disorder, 45% rakyatnya hidup di bawah paras kemiskinan, hak asasi mereka khususnya makanan dan tempat tinggal diragut kejam oleh perbuatan durjana tentera Israel.

Perkembangan terkini ini sangat membimbangkan. Israel dan sekutunya tidak mustahil akan melakukan seperti dalam 'Six Days War' pada tahun 1967 sehingga terjajahnya sebahagian besar bumi Palestin, semenanjung Sinai dan Bukit Golan, atau juga 'Operation Cast Lead' pada tahun 2008 yang mengorbankan lebih 1,000 orang penduduk Gaza, bahkan mereka pasti bersiap siaga untuk melakukan lebih daripada itu.

Jika tiada peranan masyarakat dunia, negara-negara umat Islam yang berjiran dengan Palestin, dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa untuk membendung konflik ini, perang besar pasti akan meletus lagi.

Alhamdulillah, pelbagai pihak telah memainkan peranan masing-masing.

Di peringat antarabangsa, kebijakan dan komitmen Mesir dan Turki dalam menangani krisis ini amat diharapkan oleh muslim seluruh dunia.

Liga Arab, OIC dan EU perlu lebih tegas dan melakukan tindakan secara lebih komprehensif dan kolektif.

PBB pula mesti bersikap adil menjalankan fungsinya dan tidak menjadi budak suruhan Israel dan AS dengan tunduk kepada kemahuan mereka bersandar kepada alasan "....hak dan tanggungjawab Israel untuk melindungi rakyatnya... Di Malaysia pula, kerajaan, parti politik, NGO Islam, pertubuhan hak asasi manusia, media dan masyarakat perlu berpakat berpadu tenaga menyelamatkan warga Gaza dan tanah air Palestin.

Insya Allah, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dengan upaya yang ada akan turut serta berpartisipasi menangani isu ini khususnya dalam memberi kefahaman dan maklumat semasa kepada masyarakat, dan akan mengadakan pertemuan serta kerjasama dengan pelbagai pihak untuk mengatur tindakan yang lebih efektif.

Selepas mengadakan pertemuan dengan duta Mesir Jumaat lalu, Selasa ini Gamis akan bertemu pula dengan duta Turki untuk mendapat maklum balas terkini perkembangan peranan Turki dalam isu ini dan juga bertujuan untuk menyerahkan beberapa cadangan kepada pihak kedutaan. Rabu ini pula Gamis bercadang untuk mengadakan piket mega di hadapan pejabat United Nations (UN) di Kuala Lumpur.

Meneliti sejarah panjang Gaza dan Palestin ini, Gamis yakin dan percaya bahawa pendekatan 'two state solution' pun tidak mampu mengembalikan keamanan di wilayah yang telah bergolak sejak berabad lamanya ini.

Gamis menyokong penuh perjuangan Hamas dan rakyat Palestin untuk terus berurusan dengan Israel dengan 'bahasa darah'. Hamas dan rakyat Palestin pasti sekali akan mendapat salah satu dari dua kemuliaan; menang atau mati syahid. Allahuakbar.

Penulis ialah Presiden Gamis.

Oleh Azan Safar

5 comments:
Write comments
  1. Liga Arab atau OIC diseru lebih tegas?? Bangang punya artikel. Dari tahun 1948 lagi hingga sekarang Palestine digasak oleh rejim yahudi..kau minta Liga arab dan OIC kena tegas. Sebenarnya bukan masalah ketegasan ke hape ke...masalah ialah umat Islam tiada KETUA utk melawan mustakbirin zionist tu dan mereka TIDAK sesekali boleh bersatu. Iran dgn dunianya, UAE dgn kemewahannya, Iraq dgn ketololannya sebab tu hancur sudah, Mesir dgn kelembapannya...Turki dgn suaranya. itu semua tidak mnggentarkan Yahudi tu. Pernah sekali Ben Laden nak ugut nak serang Israel kerana kezalimannya trhadap Palestin...Presidnt mahmud Abbas marah kat Ben laden,"aku tak perlu bantuan kamu". Mcm tu ke ?? Palestine tu ada Fatah dan Hamas. Dua puak tu tak leh brsatu walau 1Palestine utk gasak Yahudi tu. Yg sebenarnya Ben Laden tu boleh djulang sebagai KETUA uamt islam sejagat, tapi bukan kata Yahudi yg marah. Negara Islam tumpang marah sama malah tolong cari nak bunoh. Begitu ke??

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. israel benar2 kebal sbb ada US di belakangnya!!!

    ReplyDelete
  3. mari kita saksi & rekodkan komen2 proksi Zionis spt Azmin Ali, Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah, Khalid Samad, N Surendran, Dr. Kua Kia Soong, Nurul Izzah, Nurul Iman; Tan Seng Hin, Arumugam Kalimuthu, Cynthia Gabriel, Fadiah Nadwa Fikri, Dr Xaxier Jayakumar, Tian Chua, Elizabeth Wong, Theresa Kok, Dr. Mohd Nasir bin Hashim, deceased Fan Yew Teng, Charles Hector, Sarah Devaraj, Nalini Elumalai, Danapakiam Savari, Irene Fernandez, Kamaruddin Jaafar..

    mereka takutkah `dijeling` Al Gore, Martin Indynk, Madeline Albright, James Wolfenshon, Soros, Wolfowitz, Joseph Breham; Elliots Abrams; William Bourdon, Paul Martin, Michel Camdessus, William Cohen, Richard N.Haass, Haim Saban, Dr. Surin Pitsuwan; Vin Weber, Alvin Toffler; Carl Gershman ?

    atau betul2 lantang meneriak kesalahan Zionis di mata dunia!!!?? bukan setakat marah tertutup 2,3 orang wakil Zionis ni dalam parlimen..

    ReplyDelete
  4. semalam, McDonald`s Restaurant di Tawau beri `dinner free` pada semua pelanggan atas kehebatan Israel menakluk Gaza

    inilah wajah McD, kan!!?? menyokong Zionis dalam senyap. bila restaurant ini ditanya, dah tentu ada alasannya. siap nak saman `Utusan` lahh!!

    ReplyDelete
  5. Hallo.. Israel bukan penjahat! Bukan semua bangsa Yahudi ini Zionis. Sepeti kata2 tok guru yang celik - yg iblis tu adalah ZIONIS. Bahkan Yahudi sendiri tunjuk perasaan & marah2 Zionis sebab kejam kepada org2 Islam.

    Bila da faham, aku mmg sokongYahudi membina Israel sbg sebuah negara. Malaysia harus terbuka, berniaga & ada hubungan diplomatic dgn pihak Yahudi. Kita mmg lebih untung bila produk2 petronas, palm oil, gaharu, balak, senjata, proton, elektronik, buah2an dieksport ke Israel. Kita semua harus menyambut salam dengan pihak Yahudi yang aku Nampak sebenarnya teraniaya dgn emosi Hamas & Syria! Dr. Mahathir buat salah cz lantang mencerca Israel yg didakwa JAHAT! Actly, yg jahat ZIONIS!! Malaysia perlu minta maaf pada Israel & berbaik2 lah..hopfly Anwar yg bijak jadi PM Malaysia & berani salam & berdamai dgn Israel. sokongan McD atas Israel adalah hak dia!

    Orang Palestin ni solat tak betul! Buat salah banyak. So, pikirlah elok2… aku mmg dah tak simpati dgn mereka. Tok guru sendiri ok – bahawa mereka inilah mati mmg dapat syahid! Sapa nak bagi??

    *pk.. pk r..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.