RENTETAN daripada aduan rasmi yang dibuat oleh anak guam kepada Tetuan Aisah Ahmad & Co iaitu Noraini Binti Nahar, Sabahkini.Net akan membongkar segala perkara songsang yang dilakukan tertuduh, Rugayah Ahmad.
Dalam kenyataannya, Aisah memaklumkan bahawa pada tarikh 19 November 2012, anak guamnya, Noraini Bte Nahar memberitahu beliau bahawa Rugayah Ahmad datang ke rumahnya dengan niat berikut;
01) Memohon maaf kepada Noraini Nahar kerana telah membuat tuntutan waris palsu terhadap harta beliau sedangkan beliau tahu Noraini masih hidup lagi. Rugayah menyatakan sepatutnya dia menuntut waris atas nama orang lain dan tidak berniat menuntut di atas nama Noraini.
02) Mahu membayar semula wang yang telah diperolehinya sebanyak RM1,500 dan mengadakan kenduri atau sogit kaum Sungai kerana menyatakan Noraini telah meninggal dunia.
03) Bertanya kepada Noraini sama ada telah membayar dan melantik Tetuan Aisah Ahmad & Co?
04) Mencadangkan Noraini menukar peguam dan menamakan Ansar untuk menguruskan tuntutan.
05) Mencadangkan agar Peguam Aisah sebagai Penasihat Undang-Undang mengadakan perjumpaan dengan Inspektor Andrew di Balai Polis berhampiran.
06) Pihak Polis telah menerangkan bahawa kes ini melibatkan penipuan dokumen. Berharap semua pihak dapat memberi kerjasama untuk menyerahkan dokumen-dokuken berkaitan kepada pihak Polis agar siasatan dapat dijalankan dengan segera.
07) Proses penyiapan kertas pertuduhan mengambil masa tiga hingga enam bulan, oleh itu semua pihak dapat memberi kerjasama yang sewajarnya.
Apapun tegas Aisah, Abdullah Japar dan Isterinya Rugayah Ahmad yang terlibat secara terang dan jelas menipu Noraini Nahar agar bersiap sedia dari sekarang kerana jika sabit kesalahan mereka boleh dijatuhi hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun.
Begitu juga dengan Ismail Tarandan, kata Aisah kemungkinan akan menerima nasib yang sama dengan Abdullah dan Rugayah kerana bukti-bukti penipuan yang cukup kukuh dan berasas; kini telah sampai ke tangan jabatan-jabatan berkaitan antara Jabatan Tanah dan Ukur Kota Kinabalu, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FAIRUL ZAMAN
-Sabahkini
Tuesday, November 27, 2012
Penipu Tanah Tidak Akan Terlepas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bermula dr rentetan IC Palsu dan juga lamanya KERAjaan BN/OMNO yg mamarintah,bah. Lain2 puncanya aku rasa ndak ada.
ReplyDeleteKerajaan Sabah memandang serius terhadap isu Tanah Hak Adat Negeri (NCR) dan akan mencari penyelesaian terbaik yang menguntungkan semua.
ReplyDelete“Saya secara peribadi akan memastikan prinsip ini,iaitu menjaga, memelihara dan melindungi kepentingan hak-hak orang asal, akan sentiasa didahulukan,” kata Musa.
ReplyDeleteMusa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata jumlah keseluruhan keluasan tanah kerajaan yang diperuntuk kepada anak negeri Sabah melalui lima kaedah sama ada dalam bentuk hakmilik tanah Native Title (NT), ekuiti dan pewartaan adalah seluas 890,626.47 hektar atau 45 peratus daripada keluasan tanah kerajaan yang telah diberimilik di Sabah.
ReplyDelete“Keluasan ini lebih besar daripada keluasan negeri Selangor Darul Ehsan yang berukuran seluas 795,600.00 hektar sahaja. Dengan pencapaian tersebut, adalah jelas membuktikan bahawa kerajaan negeri serius untuk meningkatkan pemilikan tanah oleh anak negeri Sabah,” katanya.
ReplyDeleteSehubungan itu, katanya, pada tahun lepas, sebanyak 17,501 permohonan tanah diproses dan 6,872 permohonan telah disokong untuk diluluskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah (LUC).
ReplyDelete“Daripada sebanyak 6,872 permohonan tanah yang disokong untuk kelulusan, sebanyak 6,218 terdiri daripada permohonan tanah bersyarat NT oleh anak negeri.
ReplyDeleteSehingga bulan Ogos 2012, sebanyak 35,350 permohonan tanah telah diproses dan sebanyak 10,540 permohonan disokong untuk diluluskan.
ReplyDeleteMusa berkata tuntutan NCR masih boleh dikemukakan di bawah Seksyen 14 kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) walaupun Ordinan Tanah Sabah telah digubal pada 13 Dis 1930 dan dalam masa yang sama kerajaan negeri akan terus berusaha untuk meningkatkan pemilikan hartanah oleh Anak Negeri melalui kaedah lain yang lebih mudah dan berkesan.
ReplyDeleteKatanya sehingga Disember 2011, kerajaan negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur telah mendaftar sebanyak 348,652 hak milik tanah dan daripada jumlah itu, sebanyak 190,452 adalah hakmilik NT yang diberikan kepada anak negeri.
ReplyDelete“Jumlah keseluruhan keluasan tanah yang telah diberi hak milik ialah seluas 1,970,961 hektar dan daripada jumlah itu, seluas 487,680 hektar adalah keluasan bagi hak milik tanah NT. Jumlah ini merupakan 24.7 peratus daripada jumlah keluasan hak milik tanah yang didaftar di Sabah,” katanya.
ReplyDeleteMusa turut mengarahkan pihak Jabatan Perhutanan supaya menghentikan serta merta proses persempadanan baru kawasan hutan simpan di beberapa kawasan yang didiami dan diusahakan oleh penduduk bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap statusnya.
ReplyDeleteBeliau berkata kerajaan negeri juga merancang mengeluarkan geran komunal di kawasan seperti Kota Marudu (6,800 hektar), Pitas (4,000 hektar), Tongod (6,000 hektar) dan Semporna (Hutan Simpan Mount Pock dan Tanjung Nagas) seluas 2,047 hektar.
ReplyDeleteKatanya, kerajaan negeri melalui persidangan DUN pada 2010 telah membubarkan seluas 24,563 hektar daripada Hutan Simpan Sook Plain dan Mandalom secara gantian dengan tanah kerajaan bagi membolehkan beberapa geran komunal dikeluarkan.
ReplyDelete“Sehingga bulan Disember 2011, seluas 36,486.43 hektar telah dan sedang dibangunkan dengan ladang pertanian secara perkongsian pintar di antara agensi kerajaan dan anak negeri,” katanya.
ReplyDeleteMusa juga berkata sejak tahun 2000, terdapat 41 kes tuntutan NCR melibatkan 1,243 penuntut Anak Negeri yang difailkan di mahkamah. Hanya empat tuntutan dibenarkan oleh mahkamah yang melibatkan 17 orang penuntut, manakala lima kes lagi memilih untuk berunding.
ReplyDeleteKerajaan negeri berjanji akan mempercepat proses siasatan terhadap kes yang difailkan dengan menggunakan Unit Bergerak Anak Negeri (PANTAS) terutama di kawasan luar bandar mengikut undang-undang Ordinan Tanah Sabah, katanya.
ReplyDeleteMusa turut mengingatkan bahawa isu NCR ini tidak seharusnya dimanipulasi kerana ia menyentuh kepentingan orang asal yang wajar disokong oleh setiap pihak.
ReplyDeletePerkara tanah memang rumit tapi diharap dapat pembelaan
ReplyDeleteSegala bukti perlu diserahkan kepada pihak berkuasa
ReplyDeletePolis perlu berusaha menyiasat kes ni
ReplyDeleteBeri kerjasama sewajarnya untuk menyelesaikan masalah tu
ReplyDeleteDokumen2 lengkap semoga dapat membela nasib
ReplyDeleteKalau nak berkempen dlm ni gunalah otak ! Usaha nak bodek2 ni bukan saja backfire malah buat orang menyampah. Jgn memperbodohkan pembaca dan rakyat sudah matang berfikir. Ini cybertroopers tahap IQ yg sangat rendah. Mungkin tak pass PMR kot!
ReplyDeletekenakan tindakan jika dakwaan ini benar.
ReplyDeletetanah pendudk kena dilindungi.
ReplyDeleteHak milik dan kepentingan harus diperjuangkan.
ReplyDeleteBukti harus ada, pihak berkuasa juga harus bertindak mengikut bukti yang ada.
ReplyDeleteMereka yang disabit salah harus didakwan ke mahkamah.
ReplyDeleteHak milik harus dipertahankan.
ReplyDeleteKerajaan Bn akan sentiasa mengambil perhatian dalam kes berkaitan dengan tanah.
ReplyDeleteState Land and Survey Department (LSD) director Datuk Osman Jamal said it could not be possible for a land to be issued with two land titles.
ReplyDeleteLand and Survey Department Director Osman Jamal says Sabah's land alienation system us open but the rights of the State's natives remain the utmost priority of the State government in all and matters. There are 4 ways under the various sections in the Sabah Land Ordinance (SLO) for natives to apply for land ownership but only one option for non natives.
ReplyDeleteThe Land and Survey Department will form a Mobile Land Unit (JTDU) to study and assist land applications throughout the State.
ReplyDeleteThe Housing and Development Ministry decides to amend the Land Lease Act, which requires the submission of land lease documents when developers or buyers are having land transfers.
ReplyDeleteTanah penduduk harus di pertahankan jika benar itu anah adat.
ReplyDeleteJika ada bukti yang kukuh, bagi kepada pihak berkuasa, tidak perlu keluarkan di media.
ReplyDeleteSememangnya sesiapa yang menipu pasti akan mendapat balasan yang setimpal dengan dosa mereka.
ReplyDeletesiasatan harus dilakukan agar mereka yang teraniaya tidak akan dihukum
ReplyDelete