Umno-BN sedang menggali kuburnya sendiri. Begitulah perkembangan politik mutakhir ini. Dalam beberapa isu besar yang berlaku akhir-akhirnya, Umno-BN dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang. Ada beberapa isu yang dilihat bakal menyusahkan Umno-BN mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat tempohnya pada 24 April 2013.
1. Isu hudud Datuk Seri Chua Soi Lek. Dalam persidangan agung MCA yang lalu, presidennya Datuk Sri Chua Soi Lek buat kesekian kalinya menyerang hudud dan kenyataan menghina Islam. Beliau sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan menghina Islam dan Umno dilihat seolah-olah merestuinya.
Dari sudut politik, MCA mungkin bertujuan menarik kembali sokongan masyarakat Cina daripada DAP. Pada masa yang sama Umno berharap akan berlaku pertelingkahan antara PAS dan DAP. Namun, isu ini bukan sahaja tidak berupaya memecahkan tali persahabatan PAS dan DAP, malah menjadi senjata makan tuan.
Walaupun isu ini tidak menjejaskan sokongan penyokong setianya dalam pertarungan politik. Namun, memberi peluru kepada musuh bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh Umno.
2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Isu PTPTN boleh menjadi salah satu pemangkin terkuburnya Umno-BN. Tawaran Pakatan Rakyat untuk melupuskan hutang PTPTN adalah sesuatu yang sukar ditolak oleh mahasiswa yang waras dan mengikuti perkembangan politik serta ekonomi semasa.
Berpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar.
Orang yang berhutang wajib melunaskan hutangnya, tetapi orang yang memberikan hutang boleh melupuskan hutang orang yang berhutang. Oleh itu, jika tawaran PR ini menjadi pilihan para peminjam PTPTN, nyawa Umno-BN bakal berakhir.
3. Gelombang Sabah. Sabah sebelum ini pernah diwar-warkan Sabah sebagai simpanan tetap Umno-BN. Namun, perkembangan politik Sabah akhir-akhir ini tidak boleh dipandang ringan. Pengunduran beberapa tokoh pemimpin Sabah daripada Umn-BN dan menyertai PR merupakan sesuatu yang amat menarik. Perkara ini berlaku kerana banyak sebab. Salah satunya, ramai rakyat Sabah yang sudah mula menyedari bahawa negeri mereka terpinggir daripada pembangunan fizikal walaupun hasil buminya yang banyak, namun hasil tersebut tidak sampai kepada mereka. Oleh itu, harapan diletakkan kepada pemerintah yang baru, jika berjaya menguasai kerajaan pusat.
Hakikatnya, Sabah pernah beberapa kali bertukar kerajaan antara Usno, Berjaya, PBS dan Umno. Salah satu kaedah pertukaran kerajaan ialah akibat pemimpin parti keluar parti dan menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru. “Ini Kalilah”, Sabah bakal melakar satu lagi sejarah dalam politik tanah air. Pada kali ini, Sabah bukan sahaja mungkin menukar kerajaan negerinya sekali lagi, bahkan tidak mustahil membantu menukar kerajaan pusat sekali gus.
4. Isu Felda. Kewujudan Felda merupakan suatu tapak yang paling baik bagi Umno-BN mengekalkan kuasanya. Hal ini kerana, Felda berada hampir di seluruh negara. Secara umumnya, peneroka Felda ialah penyokong tegar Umno-BN. Namun, dengan pelbagai perkembangan akhir-akhir ini menjadikan Felda bukan lagi simpanan tetap Umno-BN.
Warga Felda sudah mula bangkit, sudah berani menyaman kerajaan dan menuntut hak. Apatah lagi sudah ramai generasi keduanya yang berpendidikan tinggi dan tinggal di luar Felda. Generasi kedua ini menjadi lebih terbuka pemikirannya kerana banyak bercampur gaul dengan masyarakat luar dan terdedah dengan pelbagai maklumat.
Apatah lagi dengan isu Felda Global Ventures (FGV) yang menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan. Semakin lama isu ini berlangsung semakin banyak tembelang Umno-BN terlondeh dan semakin kurang penyokong Umno-BN.
5. Warga pendidik. Jumlah warga pendidik hampir 500 ribu. Jumlahnya agak besar dan mempunyai kesan yang bukan sedikit terhadap keseimbangan politik negara. Walalupun isu yang membaitkan guru tidak sehebat isu FGV, namun perlu diingat, mereka merupakan golongan terpelajar. Berbanding warga Felda, mereka tentunya tidak mudah dibeli dengan sehelai kain batik atau RM50 atau sejumlah saham.
Oleh itu, sikap tidak prihatin Umno-BN terhadap beberapa isu pendidikan mungkin membawa padah. Salah satunya ialah perubahan status sekolah vokasional yang turut mengubah waktu bekerja daripada waktu biasa kepada waktu baru yang lebih panjang iaitu dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Bahkan pengenalan sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bukanlah sesuatu yang membuatkan warga pendidik menjadi semakin intim dengan Umno-BN. Sudahlah isu PPSMI sebelum ini masih belum kebah sepenuhnya.
Dengan dasar yang sering berubah-ubah dan bebanan tugas yang semakin bertambah, saya tidak fikir Umno-BN semakin popular dalam kalangan guru.
PR menawarkan imbuhan secara bulanan jika berjaya membentuk kerajaan. Hal ini kerana, PR amat sedar bahawa golongan ini melakukan pekerjaan yang paling mulia iaitu menyampaikan ilmu kepada anak bangsanya. Mereka merupakan barisan paling hadapan dalam menentukan masa depan negara.
6. Penyelewangan dana awam. Kemuncak kepada penyelewengan dana awam ialah kes yang membabitkan National Feedlot Corporation (NFC), syarikat milik suami Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Kes ini bukan semata-mata membabitkan menyalahgunaan dana awam yang banyak, tetapi pendedahan oleh laporan audit negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan dengan mudah oleh Umno-BN.
Dalam kes ini, Perdana Menteri langsung tiada hujah untuk mempertahankannya, sehinggakan Datuk Seri Shahrizat terpaksa diturunkan daripada kerusi senatornya sekaligus jawatan menteri yang dipangkunya.
Namun, rakyat tidak mudah untuk melupakan isu ini begitu sahaja. Penyelewangan dana awam sebanyak RM250 juta bukanlah sesuatu yang kecil anak. Banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh rakyat jika wang sebanyak berada ditangan pemimpin yang jujur.
Jika rakyat mahukan duit ini dikembalikan atau isu ini diselesaikan, mereka tiada pilihan melainkan memberikan kuasa kepada PR pada PRU13 nanti.
7. Automated Enforcement System (AES). Pelaksanaan sistem ini bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat, malah turut tidak dipersetujui oleh ahli parlimen dan penyokong Umno-BN sendiri. Hal ini kerana, sistem ini lebih banyak menyusahkan rakyat berbanding tujuan asalnya yang dikatakan untuk mendidik pengguna jalan raya.
Dalam hal ini, pelaksanaan AES dilihat sebagai satu usaha kerajaan memeras duit rakyat dengan cara yang lebih mudah dan tersusun – atas nama kesalahan lalu lintas. Dalam hal ini rakyat bakal terbeban dengan saman dan tiada cara lain untuk menghentikan kegilaan ini melainkan memenangkan PR dalam PRU13 nanti.
8. Penurunan harga kenderaan. Sekali imbas isu penurunan harga kenderaan tidak akan menggugat Umno-BN. Namun dalam senyap isu ini telah menjalar dalam kalangan rakyat.
Ayat, “Kalau nak beli kereta, tunggu selepas pilihan raya umum ke-13.” Biasa didengar di mana-mana. Hal ini menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah sesuatu yang kecil. Hal ini kerana, sudah diketauhi umum bahawa harga kereta di Malaysia amat mahal berbanding dengan nisbah pendapatan dan kos hidup. Umum juga mengetahui bahawa cukai yang dikenakan begitu mahal terhadap kereta import demi menyelamatkan kereta nasional yang mempunyai kepentingan kroni padanya.
Jadi, tawaran PR bahawa akan menurunkan harga kereta apabila memenangi PRU13 nanti sememangnya sesuatu yang ditunggu oleh rakyat.
9. Cukai barangan dan perkhidmatan (Good and Service Tax – GST). Kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan bukanlah sesuatu yang menjadi sebutan umum. Namun, apabila nilai wang menjadi semakin kecil, dan rakyat pula terdesak untuk memenuhi keperluan asas yang semakin tinggi nilainya berbanding pendapatan.
Keperluan asas seperti tanah/rumah, kenderaan, kos pendidikan, kos makan minum dan kos perubatan semakin meningkat. Pada masa yang sama rakyat dilaungkan oleh pemimpin supaya berjimat cermat. Padahal rakyat dengan mata kepala sendiri melihat pemimipin negara dan konco-konconya hidup dalam suasana yang mewah.
Akhirnya, rakyat mula berfikir bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk mengubah keadaan ini. Pemimpin cakap tidak serupa bikin. Rakyat bersusah payah membayar cukai tetapi pemimpin senang-senang sahaja membelanjakan dana awam tanpa mengambil kira kesusahan rakyat.
Pada masa yang sama mereka mula membandingkan, negeri-negeri yang diperintah oleh PR terutamanya Kelantan lebih telus dalam membelanjakan wang rakyat atau sekurang-kurangnya tidak membebankan dengan pelbagai cukai.
Kesimpulannya. Selain faktor di atas, banyak lagi kemungkinan yang bakal menamatkan riwayat Umno-BN. Senarai itu hanyalah sebahagian daripada senarai panjang kesilapan dan keangkuhan Umno-BN dalam melayan kehendak rakyat. Jika Umno-BN terus tidak berubah nescaya mereka akan rebah!
Namun, walaupun Umno-BN dilihat tertekan dengan pelbagai isu, tetapi perlu diingat, mereka masih menguasai media dan pelbagai agensi kerajaan. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku terutama apabila PR tersilap strategi pada saat akhir menjelang pilihan raya. -HD
Thursday, November 8, 2012
Umno sedang gali kubur sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Perlaksanaan AES mengapa diswastakan? Kalau swasta ia beroperasi demi keuntungan dan dengan itu kalau dapat mengeluarkan saman seberapa banyak yang boleh maka syarikat akan untung besar. Dengan itu tujuannya bukan lagi mengurangkan kemalangan jalanraya sebaliknya menguntungkan syrikat dan kroni UMNO/BN serta berapa komisen yang akan masuk dalam poket pemimpin BN.
ReplyDeleteTender AES dengar2 ada linked dengan Anwar. Anwar ada banyak network dari dalam sehingga Anwar mendapat projek tu.
ReplyDeleteKroni wujud dalam Pakatan Rakyat juga. Kalau orang business yang penting dapat duit. Politik hanya mainan saja. Duit tetap duit.
ReplyDeleteWalaupun belum sampai tahap di mana kerajaan mampu sediakan free (higher) education, tapi kerajaan still wanna see anak–anak muda dapat akses kepada pengajian tinggi.
ReplyDeleteLangkah yang kerajaan ambil? Mereka pinjam dari institusi kewangan tempatan, mereka tanggung kos interest sebanyak 4-5%, dan beri pinjaman PTPTN kepada u all. Mereka subsidikan interest itu dan peminjam (kita-kita nih) cuma tanggung kadar upah 1%. Dari tahun 2004-2011 alone, kerajaan dah tanggung sebanyak RM3.62 billion untuk faedah tu. Wow ‘pendidikan anak bangsa’. Kelas kau!... pembangkang tak sebaik tu. adake patut Anwar suruh jangan bayar PTPTN. Hutang perlu dibayar..Negeri2 pembangkang berhutang dengan Persekutuan tak bayar hutang ke..Kerajaan dah tanggung interest 4-5%.
ReplyDeleteKepada yang bising kata mana duit kerajaan pergi, kenapa tak boleh bagi free education hoi?
ReplyDeleteDo you guys really think (those yang study local unis) that your yuran is as cheap as what you’ve been paying all this while? Really guys? Come on… takkan business study yuran RM500 satu semester. Sah, sah kerajaan dah subsidikan, yuran yang kita patut bayar. Untuk genggam segulung ijazah yurannya cecah puluhan ribu. Contoh lain, pelajar kejuruteraan UKM cuma bayar RM5600 untuk complete 4 tahun walaupun yuran sebenar adalah RM61,200. Nampak ke tak kerajaan subsidikan sampai 90.8%?
WAHAI RAKYAT MALAYSIA YG BIJAK, FIKIRLAH DENGAN LOGIK, APAKAH HARAM JADAH KERAJAAN NAJIB MAU BAGI TENDER KEPADA ANWAR PUNYA KAWAN? CHUA S.L YG BODOH TAK TAHU APA LAGI MAU HENTAM SI ANWAR, MAKA DIA BUAT FITNAH KONON AES ADA KAITAN DGN ANWAR... BODOH PUNYA CSL. KESIAN ITU MCA ADA PEMIMPIN BODOH OTAK LEMBU MULUT LONGKANG.....
ReplyDeleteANWAR BIN IBRAHIM BIN ABDUL RAHMAN NI ZYONIS! ANAKNYA NURUL IZZAH & NURUL IMAN PUN ADA CIRI2 ZYONIS DAN SEDANG DILATIH & DILATIH LAGI. SINGAPORE ADALAH TRANSIT ZYONIS BAGI BERTAPAK DI MALAYSIA. BUKAN MENJAGA KEPENTINGAN ISLAM, TAPI BERJUANG HANYA SUPAYA ANWAR ZYONIS NI JADI PM.
ReplyDeleteAZMIN ALI, KAMARUDDIN JAAFAR,SIVARASA RASIAH, KHALID SAMAD, N SURENDRAN, DR. KUA KIA SOONG, NURUL IZZAH, NURUL IMAN; TAN SENG HIN, ARUMUGAM KALIMUTHU, CYNTHIA GABRIEL, FADIAH NADWA FIKRI, DR XAXIER JAYAKUMAR, TIAN CHUA, ELIZABETH WONG, THERESA KOK, DR. MOHD NASIR BIN HASHIM, DECEASED FAN YEW TENG, CHARLES HECTOR, SARAH DEVARAJ, NALINI ELUMALAI, DANAPAKIAM SAVARI, IRENE FERNANDEZ JUGA ADA KAITAN DENGAN ZYONIS.
UMNO MMG MAHU DIKUBURKAN OLEH PUAK-PUAK NIH.
Heheheh apa pun BN/umno semangkin parah dan mungkin berkubur so tawaran PR amat menarik dan bijak sana berbanding BN parti rasuah.Ini kalilah kita tukar kerajaan ke PR,jangan berumah ditepi pantai kalau takut dipukul omba lawan tetap lawan.
ReplyDeleteBrother.. zionis tu umno menyusup melalui freemason.. cuba blajar sejarah.. knapa lodge2 xdtutup? xdharamkan? malah pertubuhan berdaftar d malaysia..
ReplyDeleteSah2 menyeleweng dari aqidah tp xdharamkan.. setiausaha umno dulu mengaku freemason.. ko nk ckp aper lg?
DeleteUntuk para PENCACAI2 BN UMNO di atas, PRU 13 BN UMNO akan berkubur menjadi lipatan sejarah oleh rakyat, tunggu sajalah. ini kalilah, TUKARRRRRRR.............
ReplyDeleteNAH, UMNO BN GALI LUBANG SENDIRI....BAGUS 3X
ReplyDeleteMATI UMNO
ReplyDeleteHidup PR...jangan leka dan terus berusaha dan bersedia..Memang UMNGOK dah tinggal nyawa-nyawa ikan dah ni....Yang penting kena muhasabah dan bertahan dengan serangan menggila dari pihak UMNGOK ini...
ReplyDeleteKita lihat pun Nuzul sendiri pun sedang mengali kubur sendiri.
ReplyDeleteKalau kita lihat sekarang pun isu yang dibangkitkan terhadap PR ini semakin hari semakin banyak dan nampak sangat yang mana PR ini tidak pandai memerintah.
ReplyDeleteAnwar dapat projek AES. Macam baik saja hubungan dengan Kerajaan kalau macam itu Anwar. bagus berita ini.
ReplyDeleteNampaknya Anwar mengalah dan menyerah diri dengan BN kah? Sehinggakan Anwar mendapat projek juga dari kerajaan.
ReplyDeleteNampaknya terkubur lah nama PR selepas ini. Ini kerana tidak ada Anwar lagi selepas ini dalam PR.
ReplyDeleteSaya orang Sabah bah!! said...November 10, 2012 11:05 AM
ReplyDeleteBetul itu BN akan terus memerintah negara kerana rakyat mahukan (Good and Service Tax – GST)yang kata Najib akan dilaksanakan selepas PRU13 kalau tidak negara akan bangkrap kata Idris Jala. Rakyat Malaysia terutama Sabah kan pemurah BERSEDAKAH kepada kerajaan.
Anonymous said...November 9, 2012 4:36 PM
ReplyDeleteAPCO Najib itu siapa? Malaikat!
BERSEDEKAH kepada kerajaan? Kerajaan MENGEMIS pada rakyat?
ReplyDeletePendapat saya Anonymous yang komen mempertahakan BN habis-habisan itu mungkin diantara yang bernasip baik di bawah UMNO dapat manafaat,bantuan rumahkah, kerjakah dll, kalau kita tanya pun mana dia mau bagi tau kan. Dia bukan fikirkan rakyat yang banyak. Kita yang memperthankan PR ni untuk semua Rakyat Sabah dan Malaysia. Bila PR dapat tawan Putrajaya,baru giliran kita, anak ke Universiti Percuma, isi minyak di Stesen minyak semua dapat murah, 20% royalti minyak untuk rakyat sabah dan bagi yang ada saudara di Labuan atau mau makan angin ke sana, Jambatan Labuan-Menumbok/Mempakul juga dijanjikan. Jadi apa salah kita cuba untuk semua, undilah Pakatan rakyat.
ReplyDeleteSaya orang Sabah bah!! said...
ReplyDeleteNovember 10, 2012 11:04 AM
sbb tu aku kata BN n i keluarga 69, tunggang terbalik.. lintang pukang bila pertahankan hujah bodo mrk... DSAI dipecat 1998 !
"Tender AES telah dibuka oleh kerajaan pada tahun 2006 dan kabinet bersetuju untuk memberikan kontrak tersebut kepada dua firma berkenaan pada tahun 2008." - Menteri Pengangkutan
Saya orang Sabah bah!! said...
ReplyDeleteNovember 10, 2012 11:03 AM
haram jadah tu mulot puaka..satu pun komennya tak membina serupa makan taik shj. anak beruk mana terputus rantai ni? menyalak aje kalo ko tak tahu menahu pasal apa2 cerita, baik ko duduk diam2.nko bodo bin bangang...fakta rubishh yg nko pkai...tapi aku harap nko dapat hidayah dri Allah SWT dri tersesat lebih jauh... ini org gila meroyan jng layan pencacai umgok nie.....
SEDARLAH WAHAI AHLI REJIM UMNO...bodo dan hhharam jadahhhh..chua soi lek..
ReplyDeletePOLITIK UMNO HANYA MEROSAKAN BANGSA,
POLITIK UMNO HANYA FITNAH & MENIPU,
POLITIK UMNO HANYA LUCAH DAN JIJIK...
Kami Mahu Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia
VOTE PAKATAN RAKYAT - Malaysia Needs a New Federal Government by voting in PAKATAN RAKYAT (PR) which may not be 100% perfect but surely 100% better than racist UMNO/BN.
Saya orang Sabah bah!! gali kubur sendiri...ukiran batu nesan UMNO/BN PRU 13!!!
ReplyDelete**tempahan Awal!!
Hakikatnya, Sabah pernah beberapa kali bertukar kerajaan antara Usno, Berjaya, PBS dan Umno....SEMUA LUPA ATAU BUAT2 LUPA SEBAB YG BERTUKAR ADALAH KERAJAAN TETAPI ORANGNYA TETAP YG SAMA. SO APA GUNA TUKAR PADA PAKATAN KALAU ORG2NYA TETAP YG SAMA???...MEMANG TIDAK MEMBANGUN SAMPAI BILA2 PUN NEGERI SABAH JIKA INI YG DIPERJUANGKAN. KERAJAAN SABAH PADA HARI INI ADALAH BAIK TETAPI PEMIMPINNYA YG BERMASALAH, JIKA TUKAR KERAJAAN PUN TATAP JADI MASALAH YG SAMA. SO INI KALILAH TUKAR PEMIMPIN TETAPI KEKALKAN KERAJAAN YG ADA. BAAAHHHHHHH!!!!!!
ReplyDeleteUMNO harus membaiki kelemahan masing-masing. Jangan teramat bannga dengan pencapaian.
ReplyDeleteBerpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar.
ReplyDeletePembayaran harus dibuat, jika gagalk melangsaikan, harus mengambil tidakan. Ada juag yang mengambil kesempatan.
Banyak isu dan kes merasuah masih belum diselesaikan.
ReplyDeleteBetul ke PTPTN tu dah dtukar status oleh BeEnd kpd biasiswa? Kalau betul, maka benarlah perjuangan PR utk mmberi pendidikan percuma kpd rakyat dan boleh pulak BeEnd buat. Cuma nak kena gertak shj. Yg jelas,Felda dah dpt DURIAN RUNTUH kali keempat. Maka aku rasa benarlah PTPTN akan brtukar status nya itu.
ReplyDeleteRombngan DS Anwar yg niat hendak singgah sembahyang jumaat dsatu lokasi dT'ganu telah dhalang oleh puak2 PERKOSA. Bila DS Anwar tetap singgah smbahynag jumaat juga tanpa mnghirau geng2 PERKOSA tu,mereka lantas mnjerit mcm beruk dgn kata2 kesat kpd DS Anwar maka makmun yg tengah sembahyang jumaat tentu mmerhatikan gelagat beruk2 brwajah syaitan tu. Kan waktu sembahynag jumaat, ketepikan motif politik jahat kamurang itu,bah. Makmum yg mmerhatikan kamurang tu akan bercarita salapas sambahyang dan tantu mareka akan kutuk kamurang serta UMNO tu,bah. Betul lah kalau ada yg kata UMNO galiu lubang kubur sandiri,bah.
ReplyDelete**Raja Sulu'
Kenapa Perlu Ubah Kerajaan?
ReplyDeleteJANGAN jadi seperti tikus membaiki labu. Keinginan pembangkang untuk mengubah kerajaan yang ada, boleh membawa malapetak
ReplyDeleteRakyat Sabah sudah cukup sengsara dengan perubahan kerajaan. Sejak 49 tahun lalu, rakyat Sabah mengalami tiga perubahan kerajaan. Pertama tahun 1976, daripada Usno kepada Berjaya. Kedua tahun 1985, daripada Berjaya kepada PBS, dan Ketiga tahun 1994 daripada PBS kepada BN yang ditunjangi Umno.
ReplyDeleteAkibat kerapnya perubahan kerajaan itu, maka berakibat Sabah terkategori sebagai negeri termiskin dalam negara.
ReplyDeleteHanya selepas tahun 1994, pembasmian kemiskinan agak ketara. Bermula tahun 2003, pembangunan Sabah mula rancak, dan puncaknya pada tahun 2011 dan kemudian tahun ini, apabila Sabah mencatat bajet yang melepasi RM4bilion. Demikian juga untuk pertama kalinya, pendapatan Sabah melepasi RM3 bilion pada tahun yang sama.
ReplyDeleteSeperkara lagi, simpanan tetap negeri, dimana pada satu ketika hanya RM100 juta, kini telah melepasi RM3bilion.
ReplyDeleteKemajuan sesebuah negara atau negeri dilihat daripada segi sektor perekonomiannya. Apabila sektor perekonomian mampu menjana pendapatan yang tinggi, secara selari juga bajet negara/negeri itu boleh ditingkatkan.
ReplyDeletePengaruh berganda daripada bajet yang besar kepada perekonomian, maka pendapatan sektor perekonomian akan berlipat ganda, akibatnya pendapatan rakyat yang terlibat dalam perekonomian itu akan juga meningkat.
ReplyDeletePendekatan bajet besar yang dilakukan kerajaan negeri, merupakan satu tindakan mempercepat kemajuan negeri daripada semua sektor. Apabila semua sektor telah maju, dengan sendirinya, sektor itu akan menjana peluang-peluang perekonomian.
ReplyDeleteSebagai contoh, projek Jelapang Padi, Projek Baja, projek minyak dan gas, projek pelancongan, perojek Hub pendidikan, semuanya mempunyai impak yang besar dalam penyediaan peluang perkerajaan dan peluang perniagaan.
ReplyDeleteYang terbaru, projek yang dilaksanakan kerajaan negeri adalah Integreted Lobster Aquaculture Park di Sempora yang bernilai RM2bilion. Projek mega ini akan membuka peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat, dan membuka peluang bagi mereka yang terlibat untuk mendapat pendapatan tinggi.
ReplyDeleteMembangun negeri, perlu perancangan, bukan boleh dibuat dengan mengumumkan sana-sini projek, tanpa perancangan yang jelas, seperti mana yang dilakukan pihak pembangkang.
ReplyDeleteBerasaskan kepada perancangan kerajaan BN bertahun-tahun lamanya, maka pada gilirannya kini, sebahagian besarnya sudah dinikmati rakyat, dan kenikmatan yang besar sedang menanti. Berasaskan kepada keadaan ini, kenapa perlu UBAH, sesuatu yang sudah nyata kepada khyalan atau retorik?
ReplyDeleteJangan mengubah sesuatu yang baik, kerana mengubahnya boleh membawa bencana, seperti kata pepatah.. labu yang dibaiki tikus, akan busuk jadinya. Fikir-fikirkanlah.
ReplyDeletejadi, KENAPA PERLU UBAH KERAJAAN?
ReplyDeletePada hakikatnya, pemimpin-pemimpin dalam komponen PR kini sibuk menjelajah seluruh Malaysia berkempen untuk menarik hati rakyat jelata agar bertukar selera rasa memilih PR sebagai kerajaan baru selepas PRU-13, namun bagi Najib usaha pembangkang ini akan sia-sia. Hanya sekadar sandiwara dan kepura2an-Najib
ReplyDeleteAnggota pakatan pembangkang sebenarnya tidak sebulu antara satu sama lain dan sebab itulah mereka sehingga kini tidak berani menubuhkan kabinet bayangan, bertanding dalam pilihan raya umum dengan menggunakan satu simbol atau membentangkan hanya satu manifesto pilihan raya.
ReplyDeletePilihan Raya ini bukan soal orang petah bercakap. " Kalau kita nak pilih orang petah bercakap. kita pilih orang yang jual ubat di tepi jalan yang kata ubat mereka boleh sembuhkan pelbagai penyakit", Kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
ReplyDeletePatut lebih banyak tindakan daripada berkata2.
Kepada penyokong2 yang mati2an menyokong BN UMNO, bahawa pada PRU 13 akan 'MATI; dan akan terus berkubur, ingat kata2 ini dan tunggu saja hukuman dari rakyat, INI KALILAH...........
ReplyDeleteHidup OMNOooo.!! Hidupp PATI..!! Kenapa mau diubah,bah. Kekalkan prestasi OMNO. Bodoh punya org Sabah,bah.
ReplyDeleteNajib kata..pilihnraya bukan nak cari orang yg petah brkata2 mcm penjual ubat tepi jalanan TAPI nak yg bole sembuhkan penyakit. Betu la tu, sebab BN dah kasi banyak penyakit pada rakyat dan PR yg tolong sembuhkan. Tak perasan ke PM ni brcakap???
ReplyDeleterasanya pakatan yang byk menggali kubur sendiri dgn bangkitkan isu2 mengarut.
ReplyDeleteUMNO akan tetap kukuh dan kuat.
ReplyDeleteNurul Izzah, anak Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, tidak dapat tidur lena beberapa hari kebelakangan ini sejak mengeluarkan kenyataannya yang menyokong LBGT dan mempromosi kebebasan agama meliputi umat Islam di negara ini.
ReplyDeleteSamada Nurul adalah seorang yang dijangkiti penyakit jahil kategori paling gaban iaitu jahil murakkab atau ia adalah satu kenyataan yang telah dirancang dengan teliti dan dikeluarkan pada saat yang sesuai
ReplyDeleteJika Nurul jahil murakkab amat malanglah bagi seorang anak muda yang berkelulusan universiti dan dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Parlimen untuk berkata sedemikian terhadap agama Islam yang dianutinya sendiri.
ReplyDeleteJika ini benar, maka Nurul bukanlah seorang yang bijak sebenarnya walaupun mengaku mewakili suara orang muda kerana perbuatannya bukan membantu membimbing golongan belia dan remaja ke arah pemahaman Islam yang lebih seimbang tetapi membawa mereka ke arah pemikiran yang rosak dan menuju ke Neraka, nauzubillah!
ReplyDeleteIni kerana dengan mensalah tafsir frasa ‘kebebasan beragama’ berhubung status agama-agama lain selain Islam di dalam Malaysia, Nurul telah gagal untuk memahami isi kandungan Perlembagaan Persekutuan sebagai penggubal undang-undang di peringkat federal.
ReplyDeleteSebenarnya Nurul telah mendedahkan kebodohannya sendiri mengenai Islam pada forum bertajuk “Negara Islam? Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab” di Subang Jaya pada 3 November lalu.
ReplyDeleteTerlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya kerana daripada satu ikon yang popular dengan jolokan ‘Puteri Reformasi’ dikalangan penyokong reformasi jalanan dan PKR satu ketika dulu, Nurul kini merundum menjadi liabiliti besar kepada parti yang diwakilinya sebagai naib presiden.
ReplyDeleteKalau semua mau free, rakyat akan jadi malas, apa yang kerajaan sediakan untuk rakyat sekarang ini sudah cukup bagus.
ReplyDeleteNurul bercakap tanypa berfikir terlebih dahulu, terlalu bermain dengan politik, memakan diri sendiri.
ReplyDeletePembangkang yang mengali kubur sendiri dengan suka meninmbulkan isu-isu yang mengarut dan tidak masuk akal.
ReplyDeleteTidak perlu ubah kerajaan, UMNO tetap jadi pilihan rakyat.
ReplyDeletePembangkang yang suka melebih-lebihkan cerita dengan memanaskan isu yang sudah selesai dan memutar belit cerita.
ReplyDeleteThe main agenda of the general assemblies of Umno Wanita, Youth and Puteri will focus on their final preparations for the upcoming 13th general election (GE13), especially in boosting the spirit and enhancing the strategy for party members.
ReplyDelete
ReplyDeleteSpeakers chosen to debate the policy speech of their respective chiefs, as well as the motions on economy, education and religion, will definitely make the assembly as the best platform to share their ideas and plans to strengthen the party's election machinery to ensure big victory for Umno in the GE13.
ReplyDeleteThe chief of each wing has also reminded their members to make optimum use of their respective assemblies to finalise their preparations for the GE13, which is expected to be called anytime soon.
ReplyDeleteYouth chief Khairy Jamaluddin said Umno Youth should make the assembly as the platform to send a clear signal and message to the people that Umno was still committed to serve for the religion, the race and the country.
ReplyDeleteHe also called on approximately 700,000 members of Umno Youth to play a bigger role in the GE13, including in luring young voters to support Umno and Barisan Nasional (BN).
The GE13 has also been described to be the mother of all elections that will determine whether BN will continue to be the ruling party in the country.
ReplyDelete
ReplyDeleteAlthough satisfied with the Wanita's momentum and preparation for the GE13, its chief, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, has also reminded Wanita members, who numbered 1.3 million, not to stay in their comfort zones as the political situation in the country would continue to change and become more challenging.
ReplyDeleteTo ensure that the champion trophy will remain with Umno and BN, Wanita has no other choice but to stay united, high-spirited and disciplined in facing the GE13, she said.
ReplyDeleteMeanwhile, the youngest wing of Umno, Puteri, is not spared from having to be in full preparedness, besides ensuring that young voters will continue to support the BN-led government.
Its chief, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, said a total of 394,316 Puteri members must help Umno to win the GE13 after winning two parliamentary seats and six out of eight state seats contested in the 2008 general election.
ReplyDelete
ReplyDeleteParty president Datuk Seri Najib Tun Razak in his briefing for division leaders and members of Umno Supreme Council at the Merdeka Hall today, also reminded Umno members on how important it was for them to close ranks to face the GE13.
The reminder given by the party president, that Umno members should work harder and be more aggressive in winning the hearts of the people, should be given serious attention as the people's support will be the determining factor for the party to win or lose the election.
ReplyDeleteWhen briefing the speakers for the assemblies , Deputy President Tan Sri Muhyiddin Yassin also reminded them to focus their debates on matters that would politically benefit the party.
ReplyDelete
ReplyDeleteDescribing the general assemblies as the most important platform to show the people that Umno was the strongest Malay party, the deputy prime minister also called on the delegates to voice out their opinions rationally and accurately as the people had a very high expectation of Umno.
A total of 2,973 delegates, or 991 of each wing, will attend the general assemblies, with the Wanita assembly being held at the Merdeka Hall, while Youth and Puteri at the Tun Dr Ismail Hall and Tun ussein Onn Hall, respectively.
ReplyDelete