Muhyiddin dan Najib telah mengulangi keyakinan mereka yang UMNO dan ahli-ahlinya telah kembali bersatu padu terutamanya dalam menghadapi PRU yang hampir tiba ini. Mereka berdua berkata yang UMNO sudah bersedia untuk melalui peperangan menghadapi parti-parti pembangkang dengan perpaduan yang sangat kuat di kalangan ahli-ahli UMNO di setiap peringkat.
Tetapi saya dan ramai yang lain mengatakan yang UMNO berpecah-belah dan amat payah untuk diperbaiki. Tetapi apabila saya melihat melalui kaca TV pagi ini saya nampak perpaduan itu memang ada dan mereka sedang bersatu. Mereka bersatu di hadapan Presiden mereka dengan mengiyakan semua pertanyaan Presiden mereka itu dari rostrum yang tinggi di Dewan Merdeka yang hebat itu. Waktu saya menulis ini Presiden UMNO itu masih berucap dan mencemuh pembangkang yang beliau amat takuti itu.
TETAPI mereka bersatu hanya semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja tetapi mereka balik berpecah-pecah selepas itu. Jadi jika Najib dan Muhyiddin berkata yang UMNO bersatu, saya amat bersetuju. Tetapi apa yang tidak diakui oleh kedua-dua pemimpin ini UMNO hanya bersatu buat seketika sahaja, iaitu semasa menyanyikan lagu UMNO sahaja.
Saya telah terlihat dua tiga orang sahabat saya yang berada di dalam Dewan Merdeka pagi tadi sambil menyanyikan lagu UMNO bersama ribuan yang lain semasa perasmian Perhimpunan Agung parti itu pagi tadi. Kebetulan salah saorang dari mereka telah menghantar sms kepada saya mengajak saya minum kopi malam ini di Kuala Lumpur atau di Petaling Jaya.
Saya pun menjawab dengan gurauan, “wah, bersemangat betul nampaknya menyanyi lagu UMNO tadi. I nampak you nyanyi dengan ribuan perwakilan.” Rakan saya itu menjawab pantas, “Gitulah boss, dah kita diminta menyanyi, kita nyanyilah, setidak-tidaknya ada juga waktunya kita orang bersatu. Masa-masa yang lain semuanya berpecah. Masa nyanyi lagu UMNO itu sahajalah kami dapat bersatu. Cukuplah tu, kan?” katanya kepada saya melalui sms beliau sedang beliau mendengar ucapan bergegar-gegar Presidennya itunya itu.
Walaubagaimana pun saya tidak dapat menerima jemputan minum bersama beliau kerana saya terpaksa memenuhi jemputan berceramah di Tambun, katanya saya berceramah dengan Rafizi Ramli malam ini. Saya tidak nampak yang UMNO sudah bersatu kerana penyatuan yang diusahakan oleh parti itu adalah berdasarkan kepada asas yang amat remeh dan lemah.
UMNO sedar yang masalah besar yang akan dihadapi oleh UMNO ialah masalah sabotaj terhadap calon-calon yang sememangnya menjadi budaya UMNO sekarang ini. Itu sebabnya Dr Mahathir terpaksa melakukan ‘initiative’ untuk memanggil pemimpin-pemimpin bahagian untuk melakukan ikrar dan bai’ah supaya tidak melakukan sabotaj terhadap parti dalam pilihanraya ini. Itu menunjukkan yang beliau sendiri yakin yang tindakan mensabotaj calon parti sendiri itu adalah budaya yang berkembang pesat dalam UMNO.
Bagaimana hendak mengadakan pilihanraya yang mana ahli-ahli UMNO tidak akan mensabotaj partinya kerana keadaan parti itu sekarang terlalu rumit untuk diselesaikan dengan baik. Keadaan dan budaya buruk yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah berlaku terlalu lama kerana pimpinan parti itu tidak mengambil indah terhadap isu ini semasa ia masih belum pesat berkembang. Pimpinan selama ini mengambil kebaikan rakyat sebagai kelemahan dan mereka menyangka yang keadaan ini tidaklah sampai ke tahap seperti sekarang ini.
UMNO merupakan parti yang tidak serius untuk menangani masalah semasa masalah itu masih kecil. Seperti penyakit ketagihan rasuah yang sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO, mensabotaj parti juga merupakan budaya yang sudah diketagihi oleh mereka yang tidak berpuas hati terhadap isu-isu besar dan tidak bersetuju dengan calon-calon yang diturunkan oleh parti dalam pilihanraya dulu dan yang akan datang. Tindakan mensabotaj parti itu sudah tidak dirasakan apa-apa oleh pensabotaj ini kerana ia sudah menjadi perkara biasa.
Bagaimana pun kita tunggulah kesudahan kepada Perhimpunan Agung parti ini Sabtu depan. Ia tentunya merupakan perhimpunan yang sarat dengan isu-isu besar tetapi oleh kerana perwakilan telah di tentukan apa yang hendak diucapkan dan apa yang tidak perlu diucapkan di dalam perhimpunan ini, tidaklah saya ketahui panas mana atau sejuk mana hasil dari perhimpunan yang terakhir sebelum pilihan raya dan juga perhimpunan terakhir UMNO sebagai parti pemerintah, mungkin.
Tetapi yang perlunya kita tahu UMNO tidak akan pulih seperti yang diharapkan oleh pemimpin-pemimpin mereka kerana keretakan dalam parti itu serius dan merbahaya. Tetapi ahli-ahlinya tidak merasakan apa apa bahaya yang akan dihadapi oleh UMNO. Ramai di antara perwakilan dan pemerhati akan dijumpai di pusat-pusat karaoke di bandaraya sehari dua ini kerana inilah budaya ahli-ahli parti orang Islam ini setiap tahun semasa Perhimpunan Agungnya itu.
- http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Thursday, November 29, 2012
Umno sekarang bersatu semasa nyanyi lagu Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Rakyat tentu la lebih berminat dgn isu Deepak, Musa Hasan dan RM40 juta. Buat apa nak dengar perwakilan Umno berucap, bukan ada isi pun. Pi mai, pi mai mcm tu jugak. Umno tak pernah berubah, rasuah tetap rasuah.
ReplyDeletehe..he rosman mansur turut sama nyanyi lagu umno..
ReplyDeleteParti yang mendahului kuasa Allah adakah 100 tahun lagi kenapa tidak kata sampai kiamat mereka mahu memerintah ?? kenapa takut kalah dalam pilihanraya?? bukankah pas sejak merdeka biasa jatuh bangun dalam pilihanraya hasil monopoli segala jentera kerajaan dijadi hak milik parti umno hingga semua saluran tv dan akhbar habis dimonopolinya pun takut dengan kekalahan dimana silapnya ?? adakah rakyat sejak dulu hingga kiamat bolih dan mudah kamu bodohkan dengan segala kelentong kamu itu ?? Allah maha adil dan berkuasa menjatukan kerajaan dan mengangkat kerajaan yang lain apa kah kamu tidak beriman dengan alQur'an ?? tumbangkan Barisan umno dipru 13 nanti insya'allah umno pasti akan dikencingkan olih anak cucu mereka sendiri apabila rahsia kedurjanaannya terbongkar nanti rakyat mampu mengubahnya
ReplyDeleteSemakin UMNO/BN,TV3, Utusex kutuk Anwar semakin terserlah ketakutan mereka kepada PR dan semakin meluat orang dengan UMNO/BN!
ReplyDeleteDah keluar juga ayat celaka dr Khairy Jamaluddin..KITA TENTANG PEMBANGKANG DURJANA. Adosss..ndak parnah aku dengar dr mana2 perwakilan UMNO sabelum ini,bah. Kita barcakkap manganai hala tuju parti kita,ndak usah kutuk atau maki hamun org lai. Tapi kalu nak beri nasihatboleh cum jgn guna cakkap mcm tu. Ndak ada gentlemen,bah. Durjana tu bukan kita pemimpin yg cakap..tapi rakyat kebanykkan yg akan nilai,siapa durjana dan siapa mulia.
ReplyDeleteKata orang politik itu kotor. Kata-kata ini mungkin benar tetapi kurang tepat kerana yang kotor adalah orang-orang politik dan bukan politik. Namun, bagi Pakatan Rakyat, jangankan orang-orang politiknya kotor diselaputi berbagai skandal tetapi strategi politiknya juga kotor.
ReplyDeleteSemua orang tahu bahawa antara PKR, DAP dan Pas tidak ada titik persamaan dan untuk mereka bergabung di dalam satu pakatan merupakan sesuatu yang pelik atau ‘taboo’.
Bagi ketiga-tiga parti untuk bekerjasama dalam ertikata sebenar sebenarnya amatlah mustahil tetapi itulah yang mereka serlahkan kepada rakyat, iaitu kononnya mereka bekerjasama untuk memperjuangkan rakyat.
ReplyDeleteMengenali DAP yang diterajui Dinasti Lim, sifat kiasu semulajadi mereka tidak memungkinkan mereka menerima sesiapa sebagai pemimpin mengatasi kedudukan mereka. Begitu juga dengan Pas yang kononnya memperjuangkan kepimpinan Ulama dan Negara Islam, mana mungkin menerima orang lain di luar kelompok mereka sebagai Ketua.
ReplyDeleteKarpal Singh mempersoalkan kerajaan kerana membiarkan manusia yang begitu kotor sekali menjadi pemimpin. Beliau juga mendedahkan yang DAP mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa mereka itu. Pemimpin kotor yang dimaksudkan tu adalah Anwar Ibrahim
ReplyDeleteDengan pengetahuan dan bukti yang dimiliki oleh DAP dan Pas mengenai Anwar, tindakan mereka menerima Anwar sebagai ketua membuktikan yang mereka mempunyai agenda tersendiri atau berasingan dalam memastikan kekuasaan parti masing-masing sekiranya PR memerintah.
ReplyDeleteUMNO perlu sentiasa memperkukuhkan jentera mereka.
ReplyDeletesemua ahli harus bersatu dan mempunyai matlamat yang sama.
ReplyDelete2012 sees Umno, the biggest political party in the country, continue to show its increasingly stable and strong position despite the many tribulations.
ReplyDeleteThe loss of four states, namely Kelantan, Kedah, Penang and Selangor in the last general election in 2008, caused Umno, which has a membership of 3.3 million, to continue showing determination and a strong desire to win back two-thirds majority in Parliament.
ReplyDeleteUmno president Datuk Seri Najib Razak, through the party's recent general assembly, rallied all Umno members to unite and defend Putrajaya while stressing that Malaysians deserved to get the best government, which only Umno and Barisan Nasional (BN) were capable of offering.
ReplyDeleteThe prime minister said the 13th general election would be the deciding point to the nation's future direction, and the people must know how to evaluate BN's advantages over the opposition.
ReplyDelete
ReplyDeleteHe said this was proven by the Alliance and then BN which was spearheaded by Umno since more than 55 years ago, which continuously led the government and brought about numerous changes and quantum leap reforms.
Najib, who is also BN chairman, vowed that he and the Umno leadership would continue to give priority to the welfare of the people, to raise the dignity of the Malays and to protect the faith of Muslims and sanctity of Islam.
ReplyDelete
ReplyDeletePolitical observer Datuk Dr Kaisan Abdul Rahman said he was impressed by Umno's revival that it had come out stronger, braver and more transparent under Najib, who was showing firm leadership and respected by all members of the party
and all Malaysians.
ReplyDelete"The positive impact of Najib's firmness in heading Umno is also felt by Umno in Kelantan, which is becoming more confident of itself. In fact, the government transformation programme by Najib has touched the lives of all levels of society. This is proof of a political party whose direction is clear and should get the solid support of the people," said the doctor who is from
Kelantan.
ReplyDeleteUmno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Umno had recovered after the shock of the last general election, and it was now fully prepared in facing the 13th general election.
He said there were now obvious changes in terms of strength and unity in the party, plus the transformation process which benefited the people, implemented by the prime minister.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe effort of Umno to rejuvenate the party showed promising success when more than 70 per cent of the 250,000 visitors to the 66th Umno anniversary celebration at the grounds of the National Stadium in Bukit Jalil were youths.
Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor had said that the presence of many youths proved that the goal of Umno to lure the young to understand and appreciate the struggle of the party had been achieved.
ReplyDeleteNajib at the recent general assembly also reminded party members that society was facing radical demographic changes which also changed tastes and aspirations, especially of the young who were more informed and critical.
ReplyDeleteThe prime minister said priorities, tastes, the value system and the voter profile in Malaysia contributed to the changed political landscape following a higher standard of living, the urbanisation process, access to education, and advancement in information communication technology and transportation taking place in the country.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe Umno president also drew the attention of the delegates that since March 2008, there were 2.9 million new registered voters of all ages. He said the figure was very significant as it represented more than one-fifth of Malaysian voters who now numbered 13.1 million.
Behind Umno's fight against the odds, the party was not spared from numerous trials and tribulations, among which were the National Feedlot Corporation (NFC) issue which was linked to Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,
ReplyDeleteseveral members leaving Umno to join the opposition, and sabotage.
ReplyDeleteUmno was also accused of buying votes by an ex-party member and of having connections with communists, besides having to handle the apostasy issue and its destruction prayed for by an opposition party, which is purportedly fighting for Islam.
ReplyDeleteUmno is not weak, but has instead become stronger in taking steps and drawing up strategies to parry the misperceptions of certain quarters envious of its successes.
ReplyDeleteIn March, when the NFC controversy was being churned up by opponents of Umno, its Wanita chief Shahrizat stepped down as cabinet minister, an action praised by Umno and BN.
Due to a controversial statement made by Kulim-Bandar Baharu Umno division secretary, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, the party Disciplinary Board had to gather information and proof to debunk the claim that BN paid money to voters in the Kulim-Bandar Baharu parliamentary constituency in the last general election.
ReplyDeleteHowever, on March 19, the ex-information minister sent a letter of resignation as Umno member to the party's secretary-general and then joined a non-governmental organisation, Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).
ReplyDelete
ReplyDeleteUmno was then tested by the statement of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, who was of the opinion that the party was facing a problem of lack of highly qualified leaders, because their entry into Umno was blocked at the divisional and branch levels.
ReplyDeleteAs such, he said, the divisional and branch leaders must open their doors as wide as possible for profesionals and intellectuals to join the party and subsequently field them as candidates in the general election.
In May, the Umno president was heckled by certain individuals who created a commotion by shouting the word 'bersih' during an 'Evening with the Prime Minister' event attended by about 1,500 people during Najib's two-day working visit to the United Kingdom.
ReplyDelete
ReplyDeleteBehind the myriad of tribulations faced by Umno, its deputy president issued a stern warning that any Umno member or leader who sabotage candidates in the general election would be sacked from the party.
In line with the strong warning issued by Muhyiddin, the Umno Supreme Council agreed to form a special committee to be chaired by Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail, who is also party Disciplinary Board chairman, to monitor and take immediate action against party members who betray or sabotage BN candidates.
ReplyDelete
ReplyDeleteThe prime minister said that adherence to party discipline was among the deciding factors for Umno and BN's victory, although the party was becoming stronger in facing the general election.
ReplyDeleteNajib said that despite having a large membership, Umno, which is the main party of the Malays, might lose if the members did not have strong party discipline.
Regardless, the recent general assembly was the last and had given the signal that Umno was ready to face the general election. The party has risen again to be stronger, more disciplined, solid and capable of ensuring a better future for all Malaysians under BN.
ReplyDelete