Saturday, November 24, 2012

Masalahnya BN Memang Dah Rosak?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa tidak perlu perubahan kerajaan di Malaysia kerana pentadbiran sekarang telah menjadinya sebuah negara yang dicemburi banyak negara lain.

elderly woman at barisan 1malaysia gatheringMerujuk kepada Arab Spring, beliau berkata, rakyat Malaysia tidak
boleh membenarkan pemberontakan seumpama itu berlaku di sini.

Oleh itu, katanya, mengapa hendak membaiki kerajaan yang ada jika ia tidak rosak, malah Malaysia dicemburi banyak negara lain.

Menurutnya, jika Malaysia sebuah negara yang gagal, masakan orang Bangsamoro (umat Islam di selatan Filipina) pandang ke Malaysia untuk mewujudkan keamanan selepas 40 tahun pertumpahan darah di sana.

Najib berkata demikian kepada kira-kira 2,000 orang di perhimpunan NGO yang ditaja oleh kerajaan - Himpunan Barisan 1Malaysia - di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

barisan 1malaysia gathering pwtc makciksPM berkata situasi di negara-negara yang mengalami perubahan rejim
semasa Spring Arab adalah jauh berbeza dari Malaysia di mana para belianya "penuh dengan harapan masa depan yang jauh lebih baik daripada hari ini".

Beliau berkata, kerajaan juga telah menyediakan pelbagai insentif kepada rakyat, dan boleh memberi lebih banyak lagi jika negara ditadbir dengan baik.

barisan 1malaysia gathering pwtc crowdMenurutnya, kerajaan telah menaikkan gaji, elaun dan pencen, memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 1, BR1M 2, yang juga diberi kepada orang bujang, malah diberikan tayar kereta percuma.

Malah, katanya, lebih banyak boleh diberikan pada masa hadapan dengan syarat negara ditadbir dengan baik.

Dan ini, katanya, tidak boleh dilakukan melalui "janji kosong" yang menurutnya seperti yang disebutkan dalam manifesto pembangkang Buku Jingga.

"Atau Buku Jing-gay, tapi itu orang lain kata, bukan saya kata," kata Najib secara berseloroh. [Baca berita penuh]

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campurtangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara.

Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini.

"Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya.

Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar.

"Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia.

"Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya.

Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008.

"Jadi jangan minta negara luar campurtangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campurtangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia.

Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia.

"Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini.

"Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya.

Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baru politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum.

"Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat
mentransformasikan negara," katanya.

Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara.

"Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya. -MK

13 comments:
Write comments
  1. Sejak 2 menjak ni, ucapan najib mesti mengandungi 2 perkara, rayuan & burukkan pembangkang. Klau x ada 2 bnda nih, mcm x sah. Apa maknanya tuh? Bukan makna najib & bn dlm keadaan terdesak ker? x pe, biar rakyat yg menilai & memilih siapa yg berhak terajui negara lepas PRU13 nnti. Dah cukup lama mereka menilai...

    ReplyDelete
  2. Negara maju pon cemburu kat malaysia ...... sbb mudahnya rasuah kat sini ...... kat negara diorang mana leh ..... kat china perasuah hukum tembak, kat arab saudi potong tangan, kat malaysia pelapor rasuah didakwa/jel ...... cemburunya aku ..... keh keh....

    ReplyDelete
  3. JIBROS engkau tak tahukah BN dan kena penyakit kanser?

    ReplyDelete
  4. klu jentera pentadbiran negara skrg sudah terbukti menyeleweng/pengkhianat negara, knp x boleh tukar???

    ReplyDelete
  5. Nak tergelak bila Si Najib ni kata negara maju cemburukan Malaysia. Dia ni buang tabiat ke!Nak tipu dan bohong tu pakai otak sikit.

    ReplyDelete
  6. Umno dah perintah 55 tahun kalu kereta dah banyak rosak n tak boleh pakai dah bagus masuk muzium,ini kalilah kita kita bungkus dia baik2 n simpan dalam muzuim n jangan lupa kita ganti kereta baru jenama PR power stering lagi tu n jimat minyak.

    ReplyDelete
  7. PR? masalahnya AnuWar Yang Rosak!!


    KUALA LUMPUR 25 Ogos - Ketidakupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menamatkan pertelingkahan DAP dan Pas dalam isu hudud memberi gambaran jelas Ketua Pembangkang itu tidak dihormati di dalam pakatan pembangkang.

    Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, sekiranya Anwar memang pemimpin yang hebat, sudah pasti isu itu dapat ditamatkan segera.

    "Anwar sebenarnya tidak ubah seperti 'parasit' di dalam pakatan pembangkang yang hanya menjadi penumpang agar cita-citanya untuk bergelar Perdana Menteri tercapai.

    "Justeru, saya yakin Anwar sendiri terpaksa tunduk dengan DAP dalam isu pelaksanaan hudud kerana bimbang hilang sokongan pengundi Cina sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dan seterusnya akan menamatkan mimpinya bergelar Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas pandangan beberapa penganalisis politik mengenai kegagalan Anwar meyakinkan DAP untuk menyokong hudud menyebabkan Pas terkontang-kanting dan bersendirian dalam perjuangannya itu.

    Muhammad Zahid yang juga Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mendakwa, Pas sendiri sudah tidak berminat untuk melaksanakan hudud tetapi terpaksa 'berlakon' bagi menunjukkan kononnya mereka masih kekal dengan perjuangan asal.

    "Lihat di Kelantan, Pas sudah memerintah lebih 20 tahun kenapa masih belum laksanakan hudud?

    "Jika benar mahu melaksanakannya, sudah tentu DAP akan keluar daripada pakatan pembangkang kerana parti itu secara terbuka menolak pelaksanaan hudud," ujarnya.

    ReplyDelete
  8. Itulah nasib Melayu… walaupun menumpang kuasa di Pulau Pinang dan pada masa yang sama bercakap gah tentang hebatnya sokongan Melayu kepada PKR, hakikatnya Melayu PKR di Pulau Pinang sekadar penumpang kuasa dan boleh diperbudak-budakkan oleh para pemimpin DAP yang lebih dominan serta tidak bergantung kepada PKR apatah lagi PAS di negeri berkenaan.

    Umum mengetahui bagaimana layanan yang telah diberikan oleh DAP kepada PKR. Tentang layanan DAP kepada PAS, tidak perlulah kita perkatakan kerana semua orang tahu bagaimana PAS sebenarnya hanyalah di pinggiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Kalau di Selangor dan di Perak, di mana PAS merupakan penentu kuasa pun, Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP dan diproksikan oleh Anwar Ibrahim, sekadar anjing buruk kepala yang boleh diterajang, dimaki hamun dan diperlekehkan sesuka hati, di Pulau Pinang, PAS ibarat, ada tidak bawa untung, tiada pun tidak menambah susah.

    Minggu lepas, Pengerusi PKR Negeri yang juga merupakan Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman mendedahkan sakit hati dan meluatnya kepada DAP dan Lim Guan Eng dalam satu rakaman tersembunyi. Pendedahan tersebut tidak sahaja dibuat menerusi blog dan portal, bahkan menerusi media-media utama negara.

    Walaupun PKR dan Mansor Othman cuba merujuk pendedahan berkenaan sebagai satu lagi taktik UMNO dan Barisan Nasional untuk melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat, khususnya di Pulau Pinang, hakikatnya Mansor Othman sendiri tidak dapat menolak tentang kebenaran bahawa kata-kata itu dituturkannya sendiri.

    CAT atau cocky, arrogant dan tokong telah dilabelkan oleh Mansor Othman terhadap Guan Eng.

    Walaupun banyak pihak dalam Pakatan Rakyat yang cuba untuk menafikan perkara berkenaan dan cuba menyenyapkannya dalam usaha agar Barisan Nasional tidak menggunakan isu berkenaan sebagai senjata, hakikat yang berlaku ialah PKR dan DAP sememangnya sedang berebut untuk berkuasa di Pulau Pinang. PKR sedang berusaha mempertahankan beberapa kawasan yang sebelum ini mereka tandingi agar tidak dirampas oleh DAP dan pada masa yang sama, cuba meminta pertambahan kerusi untuk ditandingi daripada DAP yang sudah tentulah akan ditolak mentah-mentah oleh DAP Pulau Pinang yang diketuai oleh Lim Guan Eng.

    Sombong, Angkuh dan Tokong yang terkeluar dari mulut Mansor Othman juga membayangkan tentang kebencian PKR Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng yang enggan bertoleransi dan mengalah dengan kehendak PKR.

    DAP di mana-mana pun, beranggapan tanpa PKR dan PAS sekalipun, undi daripada masyarakat Cina sudah cukup untuk memenangkan mereka. DAP tidak bercita-cita besar untuk menguasai Putrajaya sebaliknya hanya menguasai beberapa buah negeri yang kaya raya seperti Sarawak, Sabah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan sekarang ini, sedang mengintai peluang di Johor.

    PKR dan Anwar Ibrahim yang melihat kekuatan DAP, berasakan mereka boleh menumpang, lantas memanjangkan angan-angan untuk menguasai Putrajaya walaupun akhirnya Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Seng Giaw berasakan angan-angan PKR itu sudah terlalu melampau dan tidak berpijak ke bumi nyata.

    Karpal Singh yang merupakan antara pemimpin kanan DAP yang cukup besar pengaruhnya terutama sekali di kalangan bukan Cina dan bukan Melayu dalam DAP, melihat 'pertelingkahan' antara Lim Guan Eng dan Mansor Othman sebagai masalah mereka berdua dan bukannya membabitkan PKR dan DAP. Dan seperti biasa, apabila berlaku pertembungan antara Cina dan Melayu, sudah pastilah Karpal Singh akan memihak kepada Lim Guan Eng yang menurutnya, telah dikenali ketika anak lelaki Kit Siang itu berusia lapan tahun lagi.

    Mansor Othman sewajarnya mengikut nasihat yang diberikan oleh Karpal Singh agar menyembah kepala lutut dan memohon maaf daripada Guan Eng. Walau apa pun yang dilabelkan kepada Guan Eng, Mansor Othman tidak akan dapat sokongan dari mana-mana pihak pun. Malah rangkaian blogger dan mesin propaganda yang dibayarnya juga tidak akan mampu untuk menentang Lim Guan Eng, mahupun Karpal Singh.

    ReplyDelete
  9. Ah Jib Kor, tak tukar kerajaan BN macamana boleh heret pembunuh Altantuya ke mahkamah? PM tak nak tahu siapa yang mengarah pembunuhan itu ke? Kalau mentaliti seorang PM sebegini dan tidak mahu memberi pengadilan kepada Altantuya, maka itu, PM kita pun sudah "ROSAK" ! Kasi Tukar aje lah!

    ReplyDelete
  10. aku pun teramat geli dgn ckp2 najib ni..mmg die jantan malang btl lah..belakang mcm nak pecah anak tekak beckp..berdepan tak berani..tak pe lah..kite tunggu je lps PRU13 ni..mdh2an PR menang,lps tu kite same2 tengok akn KEMALANGAN najib ni..aku tiap2 hari buat solat hajat agar Bee and LINGKUP..

    ReplyDelete
  11. Da rosak teruk da terutamanya di Sabah saya ulang SABAH.. PTI pun da jadi YB tak lama lagi PTI..PTI ini akan jadi Pemerintah Di sabah tidak lama lagi selagi UMNOngok tidak Dipadamkan dari lakaran sejarah

    ReplyDelete
  12. UMNO NI MCM PENYAKIT DARAH TINGGI. TAK NAMPAK SAKIT(ROSAK) DARI LUARAN. NAMUN BILA TIBA MASANYA IA AKAN MENGHASILKAN STROK DAN TERUS MATI TERSUNGKUR. PRU13 ADALAH MASA UMNO AKAN STROK...SLEMAT TINGGAL UMNO(BN), JASAMU MENIPU KAMI TETAP KAMI KENANG..././/..

    ReplyDelete
  13. PANASS!! AKIBAT DIKRITIK, DICACI OLEH PEMBANGKANG, NAJIB TELAH MENUTUP SEMUA MEDIA PRO PEMBANGKANG! MENANGKAP PEMIMPIN-PEMIMPIN PR. MEMBUNUH NIK AZIZ, MENYULA LUBANG DUBUR ANWAR, MEMANCUNG HADI, MENYIKSA & MENGKUDUNGKAN KAKI LIM GUAN ENG!!!

    EH, NAJIB BUAT MACAM TU TAK?? TAKKK.. NAJIB HORMAT DAN TERBUKA. DENGAN KRITIKAN, MALAYSIA DIPACU LEBIH `SEGAR` OLEH NAJIB. TAPI JANGANLAH MENCERCA UMARAK. KAMU HARUS MOHON MAAF & BAGAIMANA KAMU YG MENCERCA DAN MENGHINA UMARAK NIE NAK MINTA MAAF, YEA?

    DALAM PAS BULEH MENGKRITIK? ANWAR BARAN APABILA DISENTUH ISU LGBT @ ISRAEL. MENCERCA PENYOAL WALAUPUN SOALAN2 TERSEBUT WAJIB DIJAWAB. TAPI ANWAR MEMALUKAN PENYOAL DGN SIFAT BARANNYA

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.