Thursday, November 29, 2012

KJ: Gempur Pakatan durjana hingga berkubur



Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta anggota sayap parti itu supaya menghadapi pilihan raya umum akan datang dengan meneladani semangat juang tentera Bersekutu yang melawan pakatan Perikatan dalam Perang Dunia Kedua.

Mengimbau semula saat getir peperangan berkenaan, Khairy berkata semangat rakyat dan tenteranya pada saat getir itu disemarakkan oleh perdana menteri Britain di waktu itu, Winston Churchill.

"Detik getir antara dua kemungkinan, antara dua masa depan, antara cahaya dan kegelapan. Perwira itu tak goyah, tak gentar, malah berikrar: Negaranya akan bertempur di lautan, bertempur di udara, di tepi pantai mahupun di celah jalanan. Negaranya tidak akan menyerah kalah, kendati pun dibiarkan kebuluran!," katanya.

Dalam ucapan bertajuk "Dalam dua masa depan" di perhimpunan agung sayap berkenaan hari ini, Khairy berkata perwakilan perlu mendepani musuh mereka sehingga "berkuburlah Pakatan durjana".

"Dengan seiras semangat juang, saya menyeru para perwakilan, mari kita tempur seteru kita di segenap ruang! Kita bahas mereka di Parlimen, kita patahkan hujah mereka di kedai kopi, kita dedah muslihat mereka di alam siber.

"Tak kira di kota atau di desa, kita tumpaskan pengkhianat bangsa. Kita tempur, kita gempur, lantas berkuburlah Pakatan durjana," katanya di dewan Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Dalam ucapannya itu, Khairy menumpukan serangan ke atas Pakatan Rakyat dan juga mempromosi dasar popular yang ditawarkan BN untuk golongan muda.

Beliau turut mendakwa Pakatan hanya membawa "budaya anarki" selain tidak menghormati demokrasi berparlimen dan musyawarah.

Berikut adalah teks penuh ucapan Khairy:

1. Hamzah Fansuri pernah bergurindam, kepada orang muda ditinggalkan pesan:

“Wahai muda kenali dirimu
Ialah perahu tamsil tubuhmu
Tiada lah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal diammu Hai muda arif budiman
Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan”

Marilah kita bersama-sama merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT, yang telah mengurniakan kudrat untuk kita terus berkhidmat di atas wahana perjuangan Umno, yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 66. Ulang tahun kelahiran yang telah menjadi saksi penglibatan Pemuda Umno berlari megah, merentasi 191 bahagian, seantero 13 buah negeri, untuk mengibarkan Sang Saka Bangsa di cakerawala negara. Sang Saka Bangsa – suatu nama keramat yang telah dizahirkan oleh Pergerakan kita sendiri.

More info di MK

17 comments:
Write comments
  1. kita gempur UMNo hingga mereka terkubur!takbir!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!

    ReplyDelete
  2. HAHAHA..SETAHU AKU UMNO YG DURJANA..KERANA ADANYA PR LAH MCM2 KERAJAAN KORUP UMNO(BN) SEJAK AKHIR2 INI..DULU MASA PAS DAN DAP TAK KUAT BR1M TAK ADA, BATUAN RM100 TAK ADA, ELAUN KHAS NELAYAN RM200 TAK ADA, KAD DISKAUN PELAJAR TAK ADA. RINGKAS CERITA APAYG KERAJAAN KORUP UMNO(BN) BAGI HARI INI ADALAH KERANA TAKUT HILANG KUASA, SEDANGKAN MASA MEREKA KUAT MRK TAK PERNAH PEDULI HAL RAKYAT..SBB ITULAH UMNO(BN) MESTI BERKUBUR DLM PRU13../..//

    ReplyDelete
  3. tak penah sekali pun aku lihat dlm perhimpunan agung umno nie ... membincangkan masalah dan masa depan org melayu ... sepatutnya setiap kali perhimpunan kena senaraikan apa perancangan untuk membangunkan bangsa melayu ... dan dalam perhimpunan berikutnya kena review balik adakah perancangan itu dilaksanakan atau mencapai kejayaan .... ini tidak ... tak habis2 ngan fitnah ... mengampu ... tabur janji dsb yang langsung xde faedah kepada bangsa melayu ...

    ReplyDelete
  4. itulah tanda-tanda umno nak berkubur. kan diaorg cakap inilah kali terakhir umno membuat perhimpunan sebegini sebelum PRU 13. maksudnya umno/bn akan ko @ mampus.

    ReplyDelete
  5. durjana? knp KJ sendiri pun "x LAYAK" utk sebarang jawatan dlm kabinet? sesuatu yg ajaib n menimbulkan banyak ????????

    ReplyDelete
  6. nak bincang masalah orang melayu macam mana...perwakilan sendiri pun kaki kebas harta org melayu..pemerhati pula datangpun naik bas sponser , lepas tu jalan2 kat sogo..

    ReplyDelete
  7. KJ terpaksa buat kenyataan biar pedas dan meskipun gaya bahasanya tidak beradap...KJ terpaksa buat/lakukan kerana mereka dalam keadaan "terdesak dan tersepit" utk menyelamatkan UMNO yg semakin hampir tamat talian hayat politiknya. Demi survival politik KJ...dia buat apa saja dgn harapan tinggi KJ bhwa pertama..dia dapat dicalunkan semula...kedua, selepas dicalunkan dapat disenaraikan utk dilantik jawatan "Menteri"...alahai kalau BN-UMNO dapat kembali berkuasa!

    ReplyDelete
  8. Membodek PM tahap gaban. Sama dgn Rosnah Sirin dr PAPAR tu. Katanya dah nangis sampai PM perli pulak jgn jatuhkan imej parti. Yg jelas Khairy semcm dah terasa akan trsingkir dr kerusi YB dan Rosnah pulak dgn tahap berjaga2. Itu le kaedah mmbodek.

    ***888

    ReplyDelete
  9. PR bermati2an menyebarkan maklumat kebiadapan/kezaliman UMNo BN terhadap rakyat manakala BN pula bermati2an menghentam rakyat,mncuri harta negara, mmbunoh alim ulama ( MEMALI 1978) dan banyak lagi kecelakaannya. JADI, MANA PARTI DURJANA DAN MANA PARTI JAKSA PENDAMAI?

    Eh eh eh..si Khairy nih. Mengabih boreh jo.

    **Bokeh UMNO Sri Monanti

    ReplyDelete
  10. BN kena berusaha untuk memastikan mereka dpt menewaskan pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Kerjasama semua ahli parti amat penting

    ReplyDelete
  12. Semua pun menanti bila pengumuman PRU13

    ReplyDelete
  13. Mengapa PAS ,DAP dan PKR takut menggunakan lambang /logo parti Pakatan sekiranya gabungan mereka ini didaftarkan ??

    ReplyDelete
  14. Sebabnya ialah gabungan DAP -PAS -PKR ini hanya lah untuk jatuhkan kerajaan BN walaupun mereka ini semua tidak sehaluan dan berbeza ideologi. pakatan politik kotor.

    ReplyDelete
  15. PAS dengan nak laksana hudud untuk tarik sokongan Melayu, DAP pulak sibuk nak laksana dasar samarata dan terbaru buang kakitangan awam yang majoiritinya Melayu jika memerintah, manakala PKR asyik dok gila nak tabalkan tokoh agung mereka Anwar Ibrahim sebagai PM.

    ReplyDelete
  16. ketiadaan logo parti Pakatan ini buktikan Pakatan mereka ini ibarat tidur sebantal tapi mimpi lain-lain. Ia berbeza dengan BN yang mempunyai 14 parti komponen di dalamnya yang mempunyai visi, misi dan arah tuju yang sama dan terbukti pemuafakatan ini telah berjaya lebih 50 tahun sejak merdeka.

    ReplyDelete
  17. Pakatan PAS-PKR-DAP nampaknya semakin bergolak menjelang PRU 13 . Perebutan kawasan untuk bertanding menjadi semakin meruncing . DAP mahu kawasan majoriti Melayu diletakkan calon mereka tetapi PAS berkeras tida akan tunduk .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.