Jika pilihanraya diadakan hari ini, BN dijangka mengekalkan 120 kerusi Parlimen, Pakatan Rakyat 70 dengan 24 lagi dianggap kawasan kelabu, kata Prof Shamsul Amri Baharuddin.
Jumlah kerusi parlimen di Malaysia ialah 222, dan pilihan raya umum mesti diadakan sebelum Jun.
Shamsul, (kiri) memberitahu Sinar Harian bahawa beliau
menjangkakan BN menang 120 kerusi dan mungkin lebih, cukup untuk mengekalkan pentadbiran dengan majoriti mudah sekurang-kurangnya 112 kerusi.
Shamsul, pengarah Institut Kajian Etnik di Universiti Kebangsaan Malaysia, berkata analisis beliau berdasarkan kajian pada bulan September dan menjangka menjalankan satu lagi pada bulan depan untuk mengambilkira kesan pada bulan Oktober dan November hasil pembentangan bajet 2013.
Shamsul menjangkakan Bantuan Rakyat 1Malaysia dalam Bajet 2013 yang akan diagihkan pada Januari dan Februari, serta setengah bulan bonus untuk kakitangan awam, akan terus membantu meningkatkan peluang BN untuk menambah kerusi.
Landskap politik menuju perubahan?
Pada masa ini, BN mempunyai 137 kerusi, PKR (23), DAP (29), PAS (22) dan Parti Sosialis Malaysia (satu), Bebas (8) dan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (1).
Satu lagi kerusi kosong berikutan kematian ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo Ghazali.
Mandat Parlimen tamat pada 28 April tahun depan dan selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai 60 hari untuk mengadakan pilihan raya yang dijangka paling sukar selepas prestasi buruk BN pada 2008 BN sehingga hilang majoriti dua pertiga di Parlimen.
NONEKetua parlimen DAP Lim Kit Siang (kanan) berkata pilihan raya umum
ke-13 boleh memihak kepada mana-mana parti yang bertanding.
Shamsul berkata gabungan pembangkang Pakatan Rakyat percaya ia boleh memenangi 109 kerusi, tetapi belum cukup untuk membentuk kerajaan, yang memerlukan 112 kerusi untuk majoriti mudah.
Oleh itu, katanya, BN dijangka mengekalkan kerajaan walaupun dengan majoriti yang dikurangkan. -MK
Saturday, November 24, 2012
Kajian BN menang 120 kerusi, 24 kawasan kelabu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Taniah, Elok Prof nasihatkan Datuk Pm adakan pilihanraya dengan segera, kalau menang BN , prof akan naik pangkat kerana dapat memberi idea yang bernas lagi tepat tarikh yang dicari.
ReplyDeleteAir yang tenang jangan disangka tiada buaya Prof. Saya mempunyai mimpi yang BN akan kalah.
ReplyDeleteProf ubat penahan sakit buati pemimpin umno termasuk mahathir...umnobn menang dengan tidak bermaruah penipu .
ReplyDeleterakyat bukan bodoh prof
ReplyDeletehamsul Amri Bahri ni profesor tahap kangkung juga. Dia ingat BR1M dan BONUS tu boleh bikin raykat buta hati ke? Analisis dan kajian tahi kucing la...hanya berargumentasikan BR1M dan Bonus Penjawat Awam. Bahas dan ulaslah soal moraliti dan mentaliti wakil2 rakyat UMngokporNO/ BN tu.....kami dah muak, kami dah benci, kami bertekad nak tamatkan kerajaan yang penuh manipulasi, korupsi dan kroni.
ReplyDeleteKalau Prof Pencacai UMNO Cakap Undi UMNO Bakal Merosot.. Ini Petanda Baik!! Selalunya Prof Kangkung ni akan Cakap Undi UMNO lebih 90% !! Bila dia cakap Tinggal 120 Kerusi maknanya Sah UMNO bakal KO ! KO !! kah kah kah..Cuma Prof ni malu nak Cakap KO.. dia cuma Cakap merosot.. kah kah
ReplyDeletePada saya, jangan pandang remeh analisis Prof Shamsul Amri Baharuddin.ini. Bila ada pandangan2 sebegini, sepatutnya penyokong2 PR kena bekerja lebih keras lg. Kena analisis kelemahan di pihak PR dan jgn terlalu yakin sgt PR bole menang utk ke Putrajaya. Mereka bnyk ruang utk menyerang PR umpama Israel menyerang Palestin.
ReplyDeleteProf napa tak cakap BN akan menyapu semua kerusi parlimen dan Adun kan Najib bagi BRIM, bonus dan tangki 1 Malaysia di Sabah Sarawak suruh tadah air hujan!
ReplyDeleteKalau kajian prof ni jadi kenyataan maknanya Najib tetap ditendang keluar dari pjbt PM seperti juga Pak Lah.
ReplyDeleteSaya jemput prof buat kajian di merata tempat Di Sabah and you will be surprised by the result.
ReplyDeleteProf patut ckp BN menang besar.baru PRU13 jadi cepat. Teknik ni bagus ni.rybes sikologi ni. Yaaas BN menang besar kali ini
ReplyDeletehidup Anwar!
Ndak payah Prof kangkungni cakap...aku pon tau.Pasal apa, kan SPR dok giat jalankan peranan putar alam atas senarai daftar pemilih. Didaftar nya orang ntah mana2, ditukar atau dmasukkan ntah mana org ke kwsan trtentu tanpa semakkan/bantahan. Yg penting hantu2,PATI atau warga asing tak akan dlupakan oleh SPR.
ReplyDeletePenyelidikan saya : dari x-files
ReplyDelete1. Jika isu tanah di Sabah dan Sarawak tidak diselesaikan...20% peratus pengundi akan menyokong pembangkang.
2.Jika Isu PATI di Sabah tidak diselasaikan......20% pengundi akan menyokong pembangkang.
3. Jika pemimpin BN asyik memenuhkan poket dengan wang dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat.....20% pengundi akan menyokong pembangkang.
4. Jika belia dipinggirkan oleh pemimpin kerana mengangap mereka tidak bermakna......20 % pembangkang akan menang
5.Jika pemimpin BN masih cakab besar yang mengatakan BN tetap Menang besar tanpa bekerja memenangi hati rakyat....10% Pembangkang akan menang.
6. Jika ADUN yang dilantik hanya muncul pada hari meraih undi. Selepas itu tak pernah menjenguk...lagi masalah rakyat....10% pembangkang akan menang.
Kesimpulan: 100% Pembangkan Menang
KOTA BHARU 25 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan tetap bertegas dengan tindakannya menguatkuasakan perundangan Islam terhadap bukan Islam di negeri ini biarpun ia ditentang oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh.
ReplyDeletePengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan dan demi kebaikan semua.
Beliau pada masa sama mempertahankan tindakan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) yang mengeluarkan saman terhadap pemilik salon kerana menggunakan pekerja wanita untuk menggunting rambut pelanggan lelaki biarpun kedua-duanya bukan beragama Islam.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121126/po_07/Kerajaan-Pas-Kelantan-tetap-bertegas#ixzz2GIVeaZCP
© Utusan Melayu (M) Bhd
SPR kan buat kerja bagus hantu segala hantu pun boleh undi silap-silap Hantu Altantuya pun undi BN.
ReplyDeleteKUALA LUMPUR: Pertelingkahan antara pemimpin DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pulau Pinang sudah dijangka berlaku sejak pakatan pembangkang mengambil alih teraju pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum 2008.
ReplyDeleteNaib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang berkata, ini berdasarkan gabungan pembangkang merupakan 'perkahwinan' yang mempunyai kepentingan untuk memenuhi hasrat pemimpinnya dan bukan untuk kebaikan parti lebih-lebih lagi kepada rakyat.
"Dari dulu sudah dijangka permasalahan akan timbul dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang kerana perkahwinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk PAS adalah perkahwinan tidak sekufu yang bererti tidak setaraf dan setanding kerana mereka mempunyai falsafah politik yang berbeza matlamat antara satu sama lain," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, menggesa rakyat Pulau Pinang menolak kepimpinan pakatan pembangkang itu memandangkan tiada sebarang perubahan berlaku sejak negeri itu ditabdir di bawah Lim Guan Eng.
Beliau berkata, rakyat Pulau Pinang harus bijak membuat perbandingan tentang kebaikan yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN dan kembali menyokong B Nberikutan masih ada masa sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, rakyat negeri itu perlu membuat perbandingan terutama selepas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim tampil mendedahkan situasi sebenar di Pulau Pinang.
Beliau berkata, pembangkang tidak harus berterusan menuduh krisis itu disebabkan oleh Umno atau BN, sebaliknya mereka harus bijak menangani segala pergolakan yang berlaku.
"Kerajaan Pulau Pinang tidak patut bersikap sebagai pembangkang kerana sudah jadi kerajaan di negeri itu, mereka tidak boleh menyalahkan pentadbiran Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (bekas ketua menteri) tapi tidak melakukan perubahan dan tidak selesaikan masalah rakyat.
"Saya tidak mahu menempelak kerajaan Pulau Pinang tetapi mahu orang Pulau Pinang membuat perbandingan tentang kebaikan kerajaan BN," katanya.
Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan pedas yang dikeluarkan oleh bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang antara lain menyifatkan Lim sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.
Turut menyokong kenyataan Zahrain ialah seorang lagi pemimpin PKR, Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng. - BERNAMA
Perang mulut antara Pas, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
ReplyDeleteKeadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh Pas untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak Pas yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada ‘Negara Islam’ kepada ‘Negara Kebajikan’ semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
Pas sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden Pas yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh Pas yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.
Pas yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.
Pas kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak cukup kemelut yang membelit Pas dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.
Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi Pas, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.
Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
ReplyDeleteDengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.
Pas setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin Pqw bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Namun untuk menutup malu atas kegagalan Pqw menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.
Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah Pqw telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.
Jika Pas sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.
Anonymous said...
ReplyDeleteNovember 26, 2012 3:25 PM
PAS ini adalah parti yang mengajak manusia ke jalan Allah.. tetapi apabila UMNO mempunyai satu-satu masalah yang boleh menjatuhkannya, umno cuba menyembunyikan kesalahannya dan menfitnah pula PAS yang melakukan kesalahah ini.... Apa yang UMNO buat untuk negara???
Menghabiskan duit negara untuk membuat parti..Kepentingan diri sendiri.. kepentingan untuk parti UMNO...
Dahulunya dadah ini jarang ditemui di dalam negara ini... hapir berpuluh tahun UMNO memerintah,, sekarang dadah ada di merata tempat.. setiap kampung mesti ada..
kenapa ini berlaku??
Disebabkan UMNO yg tidak mengajar apa itu ISLAM yg sebenar..
UMNO hanya tahu bercakap sahaja tentang islam tetapi UMNO sendiri tidak faham apa yg ISLAM inginkan...
Hanya Allah sahaja yg tahu apa yang baiknya Menyokong PAS dan yg buruknya menyokong UMNO.
Anda boleh buat andaian & analisis kerusi sapa menang sapa yg x menang...sapa kuat & sapa yg lemah....
ReplyDeleteTapi kami RAKYAT dibawah ini membuat analisis siapa punya cincin yg paling mahal, sapa punya jam yg mahal, sapa yg dok pakai beg tangan mahal, sapa punya sanggul yg paling tinggi, sapa yg buat Malaysia berhutang lebih RM500 Bilion, sapa yg tido di hotel DUBAI Rm 100,000 utk 1Malam.....
Itulah JAWAPAN kenapa RAKYAT menolak Umno Baru & BN sepenuhnya..!
Jadi jika nak menang, tepok POKET tanya MR/Miss 25%... hehe..
BN x nk australia campur tngan takut x bleh nk menipu..
ReplyDeleteDulu Prof kangkong ni meramalkan Bn akan menang mudah 2/3 semasa menunggu keputusan PRU12 (live Astro awani) dan megkritik Parti Keadilan dgn satu kerusi (permatang Pauh oleh Wan Azizah) konon apa parti Keadilan boleh buat?
ReplyDeleteBila keputusan muktamad keluar terus senyap.Sekarang dia munchul lagi....
KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..KO..UMNO..KO BN..
Selama ini saya percaya Prof. Shamsul sebagai seorang yang jujur dalam analisis politki tetapi kini anggapan ini meleset sekali. Prof. dah jadi penjilat + pencacai umno akhirnya dan mulai saat ini Prof. rupanya Prof. kangkong dan belacan juga. Melihat dengan ketidakpuasan hati rakyat, penindasan, rasuah, putar belit, pembohongan dan segala salah laku umno-bn, Prof. sanggup menyatakan umno-bn masih disenangi rakyat. Now Prof...you can go to HELL!
ReplyDeleteKerajaan dan Pembangkang untuk ke Putrajaya ialah 50-50
ReplyDeleteMengapa & Kenapa?
1.Sistem giliran KM di Sabah mempengaruhi PRU13
2.Kejayaan negeri tadbiran PR hasilnya Laporan Ketua Audit Negara.
3.Kejayaan PR ialah gabungan parti2 komponen ttp setia -utuh dan tidak mudah diprovaksi.
4.Kes2 high profil UMNOBN masih menjadi isu negara.
5.Org Cina masih tidak dpt menerima MCA sbgmana org Melayu tidak suka pd UMNO.
6.Kerja keras PR utk ke Putrajaya mmg sudah nampak tanda2 kejayaan.
7.Banyak isu yg BN masih blom dpt selesaikan.
8.Kepimpinan dan barisan kabinet yg lemah.
iakk??!! 3.3 juta ahli UMNO, lebih 15 parti berpengaruh & keahlian orang2 BN lebih 8 juta kau pandai2 nak dakwa macam nie?? BN pasti menang dlm PRU13 & seterusnya!! Pastinya BN belajar & belajar dgn kesilapan terdahulu! Ramai ahli2 marajuk..protes termasuk aku, kawan2 dan keluarga!! now, kami kembali kpd BN.
ReplyDeletekami tidak bersekongkol dgn unsur negative, amalan korupsi, hipokrit, kronisme & `salakan` fitnah2 jahat dari orang jahat, orang2 mengaku baik tapi bernafsu `liar`!!!
kami ikhlas, yakin & sentisa bermuhasabah!! takbir!!! hidup UMNO BN!!!
*akar umbi UMNO BN yg ikhlas
Setuju dengan Anonymous November 27, 2012 8:43 AM saya dan penduduk kampung saya akan terus menyokong UMNO/BN kerana hanya BN yang dapat menjadikean Sabah kekal sebagai NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA serta terus menjadikan sabah ANAK TIRI misalnya lebuhraya Utara Selatan di semananjung ada 6 lorong tapi utara selatan di Sabah sarawak macam jalan lembu!
ReplyDelete