Thursday, November 22, 2012

Kerajaan Negeri Selangor Tak Telus Isu Talam

Ketua Biro Profesional Muda MCA Datuk Chua Tee Yong mendakwa kerajaan negeri Selangor tidak telus dalam isu Talam Corporation Berhad.

Beliau berkata ini kerana Selangor tidak memberikan laporan daripada JabatanPenilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) berhubung tanah Bukit Beruntung 2 kepadafirma audit KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd (KPMG) yang dilantik bagi mengkaji pemulihan hutang Talam Corporation Berhad pada 2009.

Ini menyebabkan KPMG menyatakan bahawa kajiannya hanya terhad kepada aspek kewangan dalam laporan auditnya, sekaligus menyaksikan kekurangan ketelusan dipihak kerajaan negeri Selangor, kata Chua, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada sidang akhbar di Wisma Tani di sini.

Semalam, kerajaan negeri Selangor membentangkan Kertas Putih bagi memperjelas isu hutang Talam Corporation Berhad dan status penstrukturan semula air di negeri itu.

Dokumen itu boleh dimuat turun menerusi laman web rasmi kerajaan negeriwww.selangor.gov.my dan laman web media www.selangorku.com.my bermula Rabu. BERNAMA

7 comments:
Write comments
  1. knp CTY x menjelaskan isu selangor govt/PR yg mewarisi rangkaian pembohongan oleh pemerintah terdahulu [mangkali takut jd mcm samy vellu yg lupa cek zip seluarnya terbuka utk jd tatapan dunia...ha ha ha]

    ReplyDelete
  2. Duit kerajaan Selangor banyak! kau nak sibuk apa hal?? Selangor diurus oleh MB khalid yang kaya raya. Kukuh dibantu YB Theresa Kok & Khalid lagi. memahamkan raayat jelata mengenai Islam & kebaikan dgn Yahudi (bukan zionis yang kita benci..yau??). semua yahudi adalah kawan-kawan kita. bukan zionis. ada perbezaan tu.

    Jadi, CTY duduk diam-diam, ya? jangan menyalak fasal talam! orang Selangor x pernah kisah pun.. Kerajaan Negeri, teruskan usaha bantuan anda. PKR the best.

    ReplyDelete
  3. Undilah Pakatan Rakyat, hakikatnya EMPAT negeri Pakatan Rakyat lebih makmur dan telus berbanding negeri2 yang lain.... Untuk Malaysia yang lebih indah dan maju.... Ini kalilah....

    ReplyDelete
  4. kalau dah tak puas hati juga ,,, buatlah lapuran kat SPRM,,,,

    ReplyDelete
  5. Sebagai amaran kpd kerajaan pusat..kertas putih yg didedahkan kpd rakyat unt..menilai segala penyelewengan dn salah pengunaan kuasa yg dilakukan oleh umno&bn selama ini..sebagaimana salah gunakusa yg belaku kpd aset2 negara yg lain..PETRONAS,PKFZ,NFC,KWSP,dn yg lain2 lagi...Hanya ketelusun dbawah PR..segala hak unt rkyt dpt dikembalikan..

    ReplyDelete
  6. aku rindu Brader Anwar Bin Ibrahim!!! inikalilah.. lu memang best.. Brader Anwar!! i like

    ReplyDelete
  7. Janda-janda di Selangor seramai 30 ribu akan adakan perhimpunan menuntuk elaun dari kerajaan Selagor. Tapi yang buat statement dalam TV suku semalam yang mengesahkan perhimpunan itu lelaki Bapa Janda barangkali!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.