Tuesday, November 27, 2012

Taklimat Kes Scorpene Oleh Peguam Perancis Di Singapura Esok

Taklimat kes Scorpene yang sepatutnya diadakan di Parlimen esok dipinda ke Hotel Changi di Singapura berikutan arahan daripada Speaker Dewan yang enggan membenarkan kehadiran peguam Perancis.

Taklimat akan bermula pada 11 pagi sehingga 2 petang esok dan dijangka akan dihadiri majoriti ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Tambahan, taklimat yang sepatutnya dilakukan oleh dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Brohem terpaksa dibatalkan dan hanya diwakili peguam bersekutu mereka, Apoline Cagnatn.

Cagnatn dikatakan sudah berlepas daripada Perancis pukul 3 petang tadi (waktu Malaysia) dan dijangka tiba di Singapura pada pukul 7 pagi esok.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam responnya berkata, keputusan itu dibuat beradasarkan kuasa mutlaknya untuk menentukan, memberi kebenaran atau arahan bagi membolehkan seseorang masuk ke kawasan Parlimen.

Menurut Pandikar, keputusan itu turut dilakukan kerana mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara.

“Kalau pun ada bukti baru yang perlu diperjelaskan kepada mana-mana pihak khasnya ahli Parlimen, pada hemat saya, ia masih juga berstatus tuduhan, bersifat fan berunsur politik yang bukan ‘bipartisan’.

“Sehubungan itu, saya amat bersetuju dengan pendirian BNBBC jika agenda peribadi ini hendak diperjelaskan, bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.

“Keputusan muktamad ini juga sejajar dengan keputusan saya dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 November 2012 mengenai ‘Isu Keselamatan Parlimen Malaysia dan Penggunaan Ruang Sidang Media’ dengan mengambil kira keistimewaan dan hak ahli Parlimen dibawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94 demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia terpelihara sepanjang masa,” katanya.

Tambah Pandikar, setakat ini tiada sebarang permohonan rasmi yang diterimanya, sebaliknya hanya surat makluman mengenai hasrat untuk membawa tetamu undangan (peguam Perancis) masuk ke Parlimen.

Pandikar berkata demikian dalam satu surat jawapan rasmi kepada pejabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Tian Chua dalam sidang media berkata, William dan Joseph tidak dapat hadir kerana enggan mengambil risiko yang tinggi apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak memberikan sebarang jaminan keselamatan kepada mereka.

“KDN kata tertakluk kepada syarat-syarat imigrasi yang akan ditentukan Jabatan Imegresen…tugas mereka hanya nak masuk dan buat taklimat ringkas. Mereka tak berminat nak buat kecoh pun,” katanya.

Sehubungan itu Tian Chua berkata pihaknya mengalu-alukan kehadiran ahli Parlimen BN termasuk ahli Senat ke Singapura esok dan berusaha untuk menyiarkan taklimat tersebut secara langsung termasuk melalui laman sosial Facebook.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang R Sivarsa berkata keputusan Speaker itu merupakan langkah terbaru untuk mengurangkan ruang bagi rakyat menyuarakan pendapat dalam Parlimen.

“Secara langsung menunjukkan adaperkara yang tak mahu didedahkan. Ada perkara yang mereka tak mahu rakyat tahu,” katanya. -FMT

9 comments:
Write comments
  1. Dari egroup AIDC

    Sekembalinya dari Jacksonville, Florid, 27 Februari 2005, Anwar Ibrahim bermesyuarat dengan Madeline Albright di Washington DC . Selepas melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat semasa zaman Presiden Bill Clinton, Albright membuka syarikatnya sendiri pada tahun 2001, The Albright Group LLC di 1101 New York Avenue, NW, Suite 900, Washington, DC 20005. Klik di sini

    Berkaitan dengan Albright, Azmin Ali melaporkan “Semasa menjadi Setiausaha Negara, Madeline Albright paling tegas mengecam sistem perundangan Malaysia yang tidak adil dan menganggap Anwar sebagai tahanan politik. Kini selaku Pengerusi National Democratic Institute (NDI), Albright bersedia memberikan kerjasama (kepada Anwar) bagi menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat”. Klik di sini

    Tulisan Azmin tentang perjumpaan Anwar-Albright membuka satu ruang sejarah hubungan yang telah dibina, sekurang-kurang sejak 1998. Keduanya, Albright berkepentingan kepada karier politik Anwar kerana Albright kini adalah Pengerusi NDI.

    Bahasa Azmin, Albright sedia beri kerjasama kepada Anwar atas kapasiti Pengerusi NDI. Maknanya Anwar yang minta kerjasama dan sokongan daripada Albright. Bahasa politik Azmin, kerjasama itu (baca : pertolongan/bantuan politik) untuk menjayakan rencana dialog Islam dan Amerika Syarikat. Tetapi benarkah untuk dialog Islam dengan Barat ?

    Rencana dialog Islam dengan Barat itu hanya momokan indah Anwar kepada para penyokongnya di Malaysia, bagaimana pula pandangan Yahudi kepada Anwar terhadap permohonan bantuan itu ? Kes Scorpene oleh Peguam Perancis di Singapura juga adalah perancangan Zionis bagi menjatuhkan kerajaan yang ada bagi memenangkan pihak mereka - Anwar.

    Ketika Azmin menulis mengenai NDI kepada para penyokongnya di Malaysia pada tahun 2005, ramai yang tidak memahami apakah sebenarnya NDI ? Apakah modus operandi badan itu ?

    Apakah NDI ? NDI merupakan salah satu daripada empat cabang Projek Induk Demokrasi Amerika Syarikat yang dikenali sebagai NED (National Endowment for Democracy).

    ReplyDelete
  2. apa yg govt/UMNgOk terkencing dlm pamphers dgn delegasi dr france yg x pun dilengkapi C4 ini???

    ReplyDelete
  3. Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

    Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

    “Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin

    . Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

    Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua “hakim siasatan” bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini. Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

    Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media. Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta “hakim siasatan” untuk menyiasat. “Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean.

    Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata ‘ya’ atau ‘tidak’. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

    “Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. “Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa,” kata Charpenel.

    Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media. Seperti yang dikatakannya, “Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. “Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia. “Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

    Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya. “Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia.

    Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai.” Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah. “Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan.

    Siasatan adalah adalah satu perkara lain,” kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan. Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.-BERNAMA

    ReplyDelete
  4. Apa yang di takutkan kemasukan peguam dari ferancis ke dalam parlimen jika dakwaan itu tidak benar tunjukkanlah gagahan mu wahai BN kalau tidak di benarkan saya tidak lagi mengundi BN selama-lamanya

    ReplyDelete
  5. anony 8.10pm

    jangan hantar anak ke sekolah kerajaanla..bongok!!

    ini gaji pun mau dari BN..siap mau naik pangkat lagi.. jika dah hebat sangat, jangan amik apa2 pun bantuan dari kerajaan!!

    anony 8.10pm dan orang yg sewaktu dengannya adalah orang yg berhati busuk, memang kurang ajar, jahat serta cakap , hipokrit. aku marah ni

    ReplyDelete
  6. November 28, 2012 11:04 AM :

    jika kebetulan BN hangkang dlm GE13 nanti, hantar la anak kau sekolah di filipina @ mongolia!!!

    ReplyDelete
  7. Ada juga pencacai UMNO bagi komen macam pemikiran budak tadika. " Nanti saya kasih tau bapa saya ni" macam inilah mentaliti budak tadika hahaha kesian!

    ReplyDelete
  8. kes regim syria yg dalam diam disokong US & Israel, Anwar ni buat x tau plak. padahal perbuatan syirik terang-terangan oleh agama syiah Alawi.

    pemujaan terhadap keluarga Assad yang telah diberikan naungan! Di bawah Presiden Eisenhower, kepimpinan regim Syria ini SENTIASA ditatang oleh barat.

    ReplyDelete
  9. JIKA KALAH BN, KAN?? JIKA LEBIH 8 JUTA AHLI BN SOKONG BN... GIMANA PULA??? HANTARLA ANK KAU (29 NOV - 4.23PM) KE SANA, YA??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.