Thursday, November 22, 2012

Umno-BN Sapu 23 Lot Tanah Nilai Lebih RM 20 Juta

Kes pemilikan tanah di Selangor oleh parti komponen Umno-BN akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa terdapat penyalahgunaan kuasa.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata tanah tersebut melibatkan 23 kawasan di tujuh daerah seluruh Selangor dari 1999 hingga 2008 yang diperoleh ketika era pentadbiran Umno-BN.

Ia melibatkan parti komponen dan pemimpin Umno-BN termasuk Umno, MCA, MIC dan Gerakan di mana parti-parti tersebut hanya dikenakan bayaran premium RM 1 satu meter persegi.

Katanya, semua kawasan tersebut melibatkan nilai lebih RM 20 juta dengan saiz setiap lot antara satu hingga tujuh ekar yang mana Umno menerima 14 kawasan, MCA (lima), MIC (tiga) dan Gerakan (satu).

“Kes ini wujud elemen salahguna kuasa dan bagaimana ia diluluskan, kenapa untuk Umno-BN, kita akan minta perkara ini disiasat.

“Kita juga akan buat laporan polis dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di lobi Dewan Annex sempena sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Suee Lim mendakwa kes-kes tersebut melibatkan pemimpin Umno bahagian seperti Selayang, Ampang, Subang, Puchong, Tanjong Karang dan Sungai Besar.

“Semua 23 kawasan tanah ini adalah tanah dengan nilai tinggi iaitu tanah komersial.

“Semua kegunaan untuk perniagaan seperti rumah kedai dan bangunan perniagaan. Bila mereka dapat tanah ini mereka akan buat usahasama dengan mereka dapat dana keuntungan,” dakwanya lagi.

“Inilah antara contoh dan wajah sebenar Umno-BN yang beria-ria sekarang serang (Kerajaan PR) sana sini tetapi hakikatnya mereka ialah pihak yang Sapu Tanah Rakyat.

“Rakyat didahulukan tetapi dalam kontek di mana Umno, MCA dan yang lain, merekalah yang didahulukan.” - GB

6 comments:
Write comments
  1. PR menang dalam isu tanah. tahniah! moga pemerintahan UMNO BN sedar kesilapan merompak tanah oleh sebilangan pemimpin selangor menyebabkan rakyat bosan!


    Yg salah harus diambil tindakan! so belajar dari kesilapan


    *akar umbi UMNO

    ReplyDelete
  2. kita tunggu UMNO kalah disabah, tetap bertimbun Fail di SPRM untuk Pemimpin UMNO,.....kita sumbat mereka dalam penjara di Kepayan bila PR menang.

    ReplyDelete
  3. PR BOLEH MENANG KA?? UTUSAN PUN TAKUT BACA..DI BAWAH NIE, KES BENAR DARI SEMENANJUNG WALAU KAK IJAT SOH DIAM, JANGAN BISING2, AKU RASA..KADANG2 KENA BAGI BERITA MACAM NI JUGAK -


    KOTA BHARU 21 Nov. - Para pemimpin agama tempatan terdiri daripada guru pondok, golongan tahfiz, tabligh dan ustaz di negeri ini hari ini bangkit menyatakan bantahan terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berikutan kenyataan beliau yang memurtadkan sesama Islam serta doa Pas yang memohon kehancuran UMNO.


    Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.


    Ahli Jawatankuasa pertubuhan itu, Mohamad Zainal Abidin Awang yang juga Ketua Pondok Pulau Ular, Pengkalan Kubor berkata, beliau mencabar Nik Abdul Aziz untuk tampil bersama saf kepimpinannya berdebat dengan Minda Politik mengenai Islam.



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121122/po_01/Nik-Aziz-dicabar-berdebat#ixzz2FuolFiMZ
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  4. Buat apa baca UTUSAN buang masa saja pemfitnah tersohor negara hasil ajaran tuannya UMNO dah berapa kali kalah di mahkamah kerana fitnah!

    ReplyDelete
  5. Heii, jgn copy paste le bahan2 dr UTUSEX atau BERITA HAIRAN kat sini. Bodoh punya baruan UMNO.

    ReplyDelete
  6. Pasal tanaha konon kerajaan bn tolong orang pendapatn rendah buat rumah di Sabah melalui LPBP tapi last2 orang kampung kena tipu sebab dalam perjanjian itu cagaran geran tanah so kalu tak dapat bayar itu tanah kena rampas walhal rumah harga baru RM50.000 tetapi kalu tanah tu 20 ekar kan mampoi orang kampung .penipuan terancang ambil tanah orang kampung/rayat yang susah.Orang kampun sedarlah BN tak boleh percaya lagi so kita tukar kepada pR di PRU 13 nie.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.