Friday, November 16, 2012

Bayi Kembar Dalam Kandungan Hilang Secara Mesteri

Bayi-Kembar-Dalam-Kandungan-Hilang-Secara-MisteriDetik penantian 5 tahun seorang suami bagi menimang anak sulung hancur setelah anak kembar perempuan dalam kandungan isterinya telah hilang secara misteri.

Kejadian yang berlaku di Pokok Sena itu tidak diduga dan kehilangan itu berlaku semasa dia bermimpi sewaktu tidur di rumah ibunya, Che Som Endut di Kampung Kelut, Jabi di sini malam kelmarin.
Bayi-Kembar-Dalam-Kandungan-Hilang-Secara-Misteri

Lebih memeranjatkan, rekod pemeriksaan bulanan kandungan mangsa tersebut di Klinik Kesihatan Bukit Jambul, Pulau Pinang telah dipercayai hilang di malam yang sama.

“Pada malam tersebut, saya telah bermimpi didatangi 5 wanita berjubah mendekati saya dan membacakan sesuatu sebelum mereka hilang setelah azan Subuh berkumandang. Setelah terjaga, saya mendapati perut saya yang selama ini besar dan berat (berisi kandungan) , tiba-tiba telah ringan dan kempis,” ujar mangsa.

“Saya terkejut dan mula mengesyaki ada perkara buruk yang tidak kena berlaku dan lantas mengejutkan suami saya, Aziz Hussein bagi memberitahu apa yang berlaku. Apabila tiba di Klinik Kesihatan Pokok Sena bagi tujuan pemeriksaan pada lebih kurang pukul 9 pagi esoknya, bayi kembar dalam kandungan saya telah disahkan hilang. Saya berasa sangat sebak hanya mampu menangis,” jelas Norliana penuh hiba.

Mangsa yang tinggal di Bukit Jambul, Pulau Pinang, telah dijadualkan bersalin pada 3 November lepas. Berikutan peristiwa itu, dia mengambil keputusan bagi tinggal bersama ibunya di rumah ibunya sejak sebulan yang lepas bagi memudahkan mangsa bersalin kelak.

Norliana menjelaskan lebih lanjut, suaminya yang berusia 27 tahun telah membawa beliau membuat ujian pengimbasan kandungan di Klinik Kesihatan Bukit Jambul dan dia dimaklumkan mengandung kembar perempuan.

“Akan tetapi semasa kakitangan Klinik Kesihatan Pokok Sena menghubungi Klinik Kesihatan Bukit Jambul bagi mengesahkan dakwaan itu, mereka dimaklumkan bahawa rekod tersebut telah hilang,” jelas Norliana lagi.

Norliana juga turut dibawa menemui pengamal perubatan tradisional oleh keluarganya dua hari lepas bagi mendapatkan kepastian mengenai kejadian yang berlaku ini. Pengamal perubatan itu juga menyatakan bahawa bayi kembar itu benar-benar hilang dalam kandungan.

-Myberita

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.