Ekoran tulisan saya sebelum ini mengenai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor yang masih bersikap gila glamour dan dipercayai akan terus menjadi beban kepada UMNO dan Najib untuk mengharungi PRU 13, saya telah dihubungi oleh seorang pemimpin kanan UMNO peringkat bahagian yang menyatakan selain isu Rosmah, sebenarnya perangai buruk pemimpin dan menteri-menteri UMNO turut menjadi halangan besar kepada UMNO dan BN dalam pilihanraya kali ini.
Katanya, jika isu Rosmah mungkin lebih berbekas dan meninggalkan kesan kepada rakyat biasa yang tidak bersetuju serta meluat dengan sikap dan lagak yang ditunjukkannya tetapi perangai buruk menteri-menteri UMNO ini lebih memberi kesan kepada ahli UMNO sendiri di mana disebabkan mereka ini masih menunjukkan perangai lama yang sombong, susah ditemui dan mementingkan diri sendiri akan menyebabkan berlakunya protes senyap terhadap UMNO dalam pilihanraya nanti.
Beliau berkata, jika sebelum kehilangan majoriti dua pertiga, perangai buruk itu begitu berakar umbi dan menjadi amalan biasa tetapi setelah berlakunya tsunami 2008, dan seruan untuk berubah sudah banyak kali dilaungkan oleh Najib, namun nampaknya ia masih tidak mengalami apa-apa perubahan.
Menurut pemimpin itu lagi, pemimpin dan menteri UMNO masih berperangai lama iaitu susah ditemui, sombong, mementingkan diri sendiri dan dipercayai memiliki sejumlah kroni sendiri dalam pemberian kontrak kementerian masing-masing sehingga menyebabkan kelompok lain dalam UMNO masih terpinggir dan tidak dipedulikan.
Kalah di beberapa negeri, hilang majoriti dua pertiga dan kedudukan yang masih tidak menentu dalam PRU 13 ini tampaknya tidak memberi apa-apa keinsafan kepada pemimpin UMNO, tegas pemimpin bergelar Datuk itu.
Tanpa ragu-ragu, beliau melahirkan keyakinan bahawa pemimpin UMNO hanya akan berubah dan sedar langit tidak lagi selalu cerah apabila kuasa yang masih bersisa ini terlepas daripada genggaman.
Tambahnya lagi, beliau menerima rungutan yang banyak daripada rakan-rakannya dalam UMNO sendiri betapa mereka tidak dipedulikan dan kadangkala seperti peminta sedekah untuk mendapatkan bantuan bagi menggerakkan aktiviti parti di bahagian masing-masing.
Menteri dan pemimpin UMNO, menurut beliau hanya memberi muka kepada mereka yang berjawatan Ketua UMNO Bahagian sahaja dalam banyak urusan manakala yang berjawatan lain daripada itu masih menjadi golongan terpinggir dan gelandangan dalam parti kecuali yang sudah bergelar wakil rakyat.
Sebenarnya rungutan daripada pemimpin kecil dalam UMNO terhadap pemimpin besar dan menteri-menteri UMNO ini sudah lama kedengaran dan hampir menjadi topik perbualan wajib setiap kali mereka bertemu sesama sendiri.
Mereka sering bertukar-tukar pengalaman dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap menteri-menteri yang pernah atau cuba ditemui. Kebanyakannya adalah pengalaman pahit yang kadangkala sukar dipercayai.
Bagi kelompok ini, kesukaran mereka untuk bertemu dan mengadu pelbagai masalah rakyat dengan menteri-menteri UMNO masih tiada bezanya dengan dahulu sedangkan sepatutnya di waktu ini mereka seharusnya lebih berwajah manis dan membuka pintu pejabat dengan lebih luas kepada pemimpin-pemimpin kecil di peringkat bahagian kerana mereka inilah yang menggerakkan sebahagian besar jentera parti ketika pilihanraya.
Dengan masih terdengarnya rungutan terhadap menteri-menteri UMNO itu dan mungkin berlakunya protes senyap terhadap sikap dan perangai buruk mereka itu, UMNO dan BN akan terus menghadapi kesukaran untuk memenangi pilihanraya akan datang ini.
Jika dulu perangai menteri UMNO yang sombong, susah ditemui, tidak membantu dan hanya mengutamakan kroni sendiri boleh dimaafkan kerana tiada alternatif lain yang dirasakan layak mentadbir negara selain UMNO tetapi kini dengan adanya alternatif di samping kesedaran rakyat yang semakin tinggi, terus berlakunya keadaan itu pastinya mengundang mimpi buruk buat UMNO.
Sehingga kini pun sudah kedengaran, bukan sahaja di kalangan pemimpin kecil malahan banyak suara daripada dalam UMNO sendiri yang merasakan UMNO ini patut diberikan pengajaran dengan cara direhatkan pegangannya terhadap kuasa buat seketika.
Mereka percaya kiranya sebahagian besar pemimpin yang ada sekarang dikekalkan, ia tidak akan menjamin suatu perubahan yang bermakna, bukan saja kepada ahli UMNO peringkat bawahan tetapi juga kepada rakyat keseluruhannya.
Bagi mereka, hanya dengan rakyat menarik balik kuasa yang diberikan kepada UMNO saja yang mampu membetulkan penampilan dan wajah UMNO kerana pemimpin baru yang meneruskan perjuangan nanti sudah pasti akan lebih berhati-hati, prihatin terhadap rakyat serta tidak sombong agar kuasa yang terlepas itu dapat digenggam semula.
Dan jika UMNO dapat merangkul semula kuasa selepas itu, penampilannya tentu berbeza. Inilah keyakinan mereka.
Dalam hal ini, halangan Najib dalam menghadapi PRU 13 ini sebenarnya bukan saja membetulkan sikap dan perangai hodoh sebahagian besar menteri-menterinya yang ada sekarang tetapi juga sejauh mana beliau masih mahu mengekalkan mereka sebagai calon dalam pilihanraya nanti.
Jika sebahagian besar daripada mereka terus dikekalkan, protes dan penolakan melalui peti undi mungkin merupakan sesuatu yang mengejutkan Najib sendiri.
Cerita-cerita buruk mengenai pemimpin UMNO ini, baik yang berjawatan menteri, timbalan menteri mahupun menteri besar lebih dirasai oleh kalangan dalam UMNO sendiri kerana merekalah yang selalu berurusan sama ada berkaitan hal UMNO, perniagaan, peribadi, urusan rakyat dan sebagainya.
Jika ahli dan pemimpin kecil dalam UMNO sendiri tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, tentulah tiada jaminan bagi rakyat biasa untuk mendapat perhatian yang sama.
Bagi rakyat biasa pula, mereka lebih melihat menteri UMNO ini sebagai kelompok yang terpalit dengan rasuah, tidak amanah serta lebih mengutamakan tauke-tauke kaya dalam urusan seharian dan ini dapat dilihat melalui pameran kemewahan yang ditonjolkan dalam gaya hidup isteri dan anak-anak serta rumah bak mahligai yang dapat dibina dalam tempoh sekejapan saja selepas menduduki kerusi empuk di sesebuah kementerian.
Isteri-isteri menteri dilihat lebih mengutamakan penampilan mewah, glamour dan penuh gemerlapan manakala anak-anak mereka pula dilihat lebih gemar berfoya-foya, berpesta dan melakukan perkara-perkara sumbang yang bertentangan dengan norma masyarakat.
Hakikatnya, sudahlah sebahagian besar menteri-menteri UMNO ini mempamerkan perangai hodoh yang tidak disukai rakyat, penampilan isteri dan anak-anak mereka turut menambahburukkan lagi keadaan.
Rakyat, pengundi, ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin kecil ini hanya menunggu masa saja untuk menghukum mereka kerana janji perubahan yang sudah kerap dilaungkan sudah tidak dipercayai lagi.
Oleh Shahbudin Husin (dd)
Friday, November 16, 2012
Perangai Buruk Pemimpin Penyakit Yang Tiada Ubatnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jatuhnya Pak Lah kerana Khairy manakala kecundangnya Najib angkara Rosmah. Merudumnya Mahathir angkara isu Anwar. Itu lah antara faktur2 kejatuhan regim zionist UMNO dMalaysia,cuma meeka tak perasan. Aku malu nengok Rosmah trkial2 mcm ntah hapa kat high table masa jamuan raya itu hari kat Seri Perdana. Aku respek kat Dr Siti Hasmah yg dok brsama beliau tu. Dari dulu hingga kini ndak ada perangai yg pelik Dr Siti Hasmah, malah hari tu beliau pun trkejut tengok Rosmah trkial2 menyanyi ikut rentak lagu di pentas. Lepas tu apa lagi,beliau tarikh le Najib naik pentas.Nyanyi le dgn Rais tu...
ReplyDelete**Yassir arafat
JATUHNYA ANWAR KERANA PELIR BERKUDIS! TERBENAMNYA AZMIN KERANA TANDAS!! TERJUNAMNYA IZZAH KERANA MALAYSIAKINI! TERTONGGENG NIK AZIZ KERANA SYIAH!! TERSERADUNG HADI KERANA LGBT!!
ReplyDeleteTERJELEPUK LIM GUAN ENG KERANA SKANDAL2 & PORSHE PANAMERA!! HILANGNYA KARPAL SINGH KERANA `OVER MY DEAD BODY`. KABURNYA DR JEFFRY KERANA DUIT YAYASAN SABAH!!
Jatuh Anwar ke jatuh Najib.?? Aku lihat dlm UMNO dah wujud masalah antara Yiddin anak yassin dgn Najibtunya..dcampur pula madu dan racun dlm geng2 BN. ANWAR ?? Kalau saban waktu penyokong dr kalangan professional brtambah melalui gagasan PR...artis2 pun condong sama apatah lagi bekas2 pegawai tinggi kerajaan...jugak minat dgn PR/PAS, jadi betul ke teori yg mengatakan ANWAR AKAN JATUH KERANA PELIR BRKUDIS????. Ntah2 suara SYAITAN dr PARTI SYAITAN yg dkenali yg seringkalikeluar dgn nada yg sama dlm forum ini. Ye lahh..penyokong ndak ada, trpaksa le berlakon di ruangan dgn org yg sama dgn cerita lawak bodoh yg sama,spt ONANYMOUS Nov 18" 8.32 am di atas.
ReplyDeleteMalu aku dgn Rosmah pd majlis hari raya idul adha di kediaman seri Perdana tempohari. Trkial2 mcm kera sumbing mnyanyi iktu irama lagu malah ajak Najib naik pentas brjoget dan brnyanyi. Lagu yg dinyanyikan tak kena langsung dgn format hari raya haji...hari keagungan bg umat islam sedunia. Itu la beza antara PARTI SYAITAN dgn PARTI ISLAM.
ReplyDeleteUsahawan karpet DEEPAK ( asal Pakistan ) kata Rosmah seorg yg baik. Dia selalu menelefon Deepak tanya hal2 perniagaan dan keadaan dkota raya tu. Lepas tu K Eswaran, kata beliau baik dan kenal Najib sebagai penghubung Najib dgn bomoh dr India. Tapi perkara pokok ialah dlm hal2 duit memang Rosmah baik malah Deepak tu banyak sponsor duit utk Rosmah,hanya UMNgok je tak tau. Kalau pegawai yg kerja dgn Rosmah tu boleh brhenti kerja dgn beliau kerana tramat cerewet dan mulut sial. Orang Neg Sombilan tu..memang mulut mcm tu. Yg aku tau, kaum keluarga beliau dNeg Sembilan dah tak akui lagi beliau dr keturunan mereka. Begitu juga dgn K Eswaran...utk apa bawa Najib jumpa bomoh 'mandrum' di India?
ReplyDelete