Thursday, November 8, 2012

Obama Kekal Presiden Amerika



Presiden Barack Obama berjaya mempertahankan jawatannya buat penggal kedua dengan memperoleh 281 undi pemilih - lebih 11 undi minimum yang diperlukan.

Obama yang dilihat ketinggalan di awal proses pengiraan undi, yang bermula sekitar jam 7 pagi tadi waktu Malaysia, melepasi garisan minimum 270 undi yang diperlukan kira-kira 12.20 tengah hari. Kedudukan itu meningkat kepada 281 kira-kira 20 minit kemudian dan dijangka mencecah paras 300 kerana ada negeri yang belum diketuai keputusan rasmi.

Pemilihan ini dilihat sebagai paling sengit dalam sejarah AS walaupun Obama menang dengan selesa empat tahun lalu dan muncul sebagai pemimpin kulit hitam pertama memenangi jawatan presiden pada 2008. Selain isu panas dan tiga debat nasional yang sengit, kedua-dua calon - Obama dan Mitt Romney, juga dilaporkan membelanjakan hampir RM6 bilion kali ini.

Di peringkat awal pengiraan undi, Romney yang mula dengan 'bergaya' dan mendahului Obama beberapa kali sepanjang lima jam yang lalu, memperoleh 203 undi pemilih.

UNDI PEMILIH:
Barack Obama: 281
Mitt Romney: 203

UNDI POPULAR: (Undi membabitkan 47 daripada 51 negeri/wilayah)
Barack Obama: 46,088,635 (49.2%)
Mitt Romney: 46,299,165 (49.4%)
Lain: 1,367,862 (1.5)

Laporan CNN menyebut Obama memenangi pemilihan kali ini, yang menyaksikan AS jelas berpecah dua, dengan gelombang sokongan kumpulan minoriti, wanita dan golongan moderat untuk kekal di White House buat penggal kedua.

Malah laporan CNN juga menyebut Obama mengatasi Romney dengan menyapu kejayaan di Ohio. Kejayaan di negeri itu memberikannya undi pemilih 271 berbanding 201 bagi Romney.

Sebaik sahaja Obama memperoleh sejumlah undi pemilih itu, penyokong presiden 'tenggelam' dalam arus kegembiraan di ibu pejabat parti Demokrat di Chicago, negeri kelahiran pemimpin itu.

Obama juga menang di Pennsylvania, Wisconsin dan Iowa - yang memberi tekanan ke atas Romney.

Bagaimanapun dari segi undi popular, Romney masih di depan. Beliau menguasai 49.4 peratus berbanding Obama 49.2 peratus.

Obama mengumpulkan 46,088,635 undi manakala Romney 46,299,165 undi. Calon bebas memperoleh 1,367,862 undi.

Keputusan empat negeri masih belum habis dikira. Ini termasuklah Florida yang menyediakan 29 undi pemilih.

11 comments:
Write comments
  1. Tahniah kepada Obama atas kejayaan yang diperolehi itu.

    ReplyDelete
  2. Congrats to Obama. He deserve it.

    ReplyDelete
  3. Itu diAmerika.. siapa menang dan kalah.. dasar luar USA tak berubah...bagaimana diMalaysia..? Jika PR menang semua dasar dalam negara dan luar akan bertukar..kebajikan rakyat akan diberi keutamaan.. Wisma Putra yg hilang reputasinya dan tidak lagi menjadi rujukan kedutaan.. akan dipulihkan.. pelabur tidak lagi berhadapan dgn birokrasi melampau dan red tape... tapi jika UMNOBN kekal.. Malaysia akan menjadi negara pertama diistiyarkan bangkrap diAsia.. golongan elit dan kroni terus mengumpul kekayaan melalui kontact dlm UMNO.. rakyat akan terus dihimpit dgn kenaikan kos sara hidup.. GST, AES akan dipaksa pada rakyat...projek gajah putih mega akan diteruskan.. projek utk kebajikan rakyat tidak akan menjadi keutamaan.. itulah perbezaan yg ketara antara PR dan UMNO..

    ReplyDelete
  4. secara teori nya Malaysia dikatakan negara demokrasi tp secara praktikal nya Malaysia ni dah mcm Korea Utara....kuku besi,kejam...woiiii orang Malaysia terutama Melayu UMNO/BN tolonglah jgn malas berfikir....korang ingat Malaysia dah maju ker???...rajin2 search internet...tgk tahap ekonomi,sosial,education.sports negara kita dimana...setaraf Vietnam n Philipines jer...dengan Thailand pun jauh tertinggal apatah lagi Singapore....aduh apalah nasib negaraku ini...

    ReplyDelete
  5. Betul bro.. kita sering dimomokkan dgn lapuran positif mengenai ekonomi negara.. seolah Malaysia sudah lama bergelar negara maju.. tapi hakikatnya ekonomi negara jauh merosot.. kini Indonesia lebih berdaya saing jika dibandingkan dgn Malaysia.. begitu juga Vietnam.. tunggu bila pelabur mula memandang kepada Myamar.. ketika itu fakta dan figure penipu UMNO sudah tidak berguna...

    ReplyDelete
  6. Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama. Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya.

    Pentas di mana beliau berucap disitu juga Mitt Romney berpeluang berucap. Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas.

    Media pula tanpa berpihak memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak. Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka.

    Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihanraya yang pincang.
    Beranikah PM membenarkan media membuat liputan yang adil dan saksama kepada semua parti dan pemimpin tanpa berat sebelah atau fitnah.

    Selain itu, bersediakan PM turun berdebat dengan Ketua Pembangkang di pentas terbuka disaksikan oleh jutaan rakyat dan disiarkan di media utama sebagaimana Obama dan Romney lakukan.

    Paling utama, bersediakah PM menerima apa juga keputusan rakyat dalam PRU ke-13 dengan hati terbuka tanpa tindakan kotor meskipun beliau dan partinya akan kalah kepada Pakatan Rakyat?

    ReplyDelete
  7. UMNO kata Anwar ajen Amerika. Tapi aku dgr dlm radio pagi2 lagi PM kita dah ucap tahniah atas kemenangan Obama tu. Ndak faham aku,bah itu.

    ReplyDelete
  8. Ayam jantan DEMOKRAT U.S berani berkokok , berani bersabung secara bersemuka , ayam jantan malaysia dari BN yang sekor ni berani berkokok dan bersabung dalam reban sendiri saja..........pondan punya ayam jantan malaysiano 1 malaysia ni.

    ReplyDelete
  9. Selama ni aku tau hanya AYAM JANYAN atau AYAM BETINA. Tapi semakin lama UMNO mmerintah negara,baru tau rupanya ada AYAM P0NDAN. Kah kah kahh..

    **888

    ReplyDelete
  10. tahniah kepada Obama, moga pemerintahan kali ini lebih baik.

    ReplyDelete
  11. Anwar pun akan kekal sebagai ketua umum Pakatan rakyat dan kekal membangkang selepas PRU13..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.