Kumpulan penyokong Pakatan Rakyat giat mengongsi satu laporan memetik
kenyataan bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang didakwa
membenarkan orang Melayu keluar daripada Islam sekiranya golongan itu
mahu berbuat demikian.
Laporan bertarikh Julai 2007 dari media
Singapura itu dikesan berlegar di laman sosial dan juga blog para
penyokong Pakatan Rakyat, antaranya blog Anak Sungai Derhaka dan juga laman Facebook Demi Rakyat.
Kemunculan
semula laporan berkenaan dipercayai ekoran serangan keras daripada
pemimpin BN ke atas Nurul Izzah Anwar, susulan satu kenyataan
kontroversi naib presiden PKR itu pada 3 November lalu.
Laporan
media Singapura yang ditonjolkan oleh penyokong Pakatan itu adalah
daripada satu sidang media Abdullah di Putrajaya – di mana bekas perdana
menteri itu dilaporkan bercakap dalam kapasiti peribadi.
Menurut laporan Channel News Asia itu, yang diterbitkan semula oleh akhbar Today,
Abdullah didakwa menyatakan bahawa "golongan yang mahu meninggalkan
Islam patut dinasihati oleh pihak berkuasa agama, dan sekiranya tetap
mahu menukar agama, patut dibenarkan berbuat demikian."
"Ini
bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan. Untuk mereka yang tidak
mahu menjadi Islam lagi, apa yang anda boleh lakukan?
"Jika
mereka mahu tinggalkan Islam, apa yang anda mahu lakukan. Lebih baik
anda biarkan mereka (tinggalkan Islam)," kata Abdullah seperti dipetik
dalam laporan tersebut.
Menurut
laporan itu lagi, Abdullah turut menggesa pegawai-pegawai agama agar
memahami masalah dan rintihan golongan yang bercadang meninggalkan
Islam.
"Saya selalu berkata kepada pegawai agama bahawa mereka perlu dengan rintihan (orang yang mahu meninggalkan Islam).
"Ada
disebabkan mereka kecewa dengan perkara tertentu yang berlaku dan
disebabkan itu mereka mahu meninggalkan agama Islam?," soalnya, seperti
dilaporkan.
Kenyataan itu timbul ketika perhatian pada waktu itu
tertumpu kepada kes berkaitan murtad, antaranya melibatkan Lina Joy,
seorang yang dilahirkan Muslim tetapi memohon kepada mahkamah untuk
diisytiharkan sebagai penganut Kristian.
Satu lagi melibatkan
Nyonya Tahir yang meninggal dunia pada usia 89 tahun dan telah membuat
perakuan bersumpah memohon dikebumikan sebagai seorang penganut Buddha.
Kenyataan
Nurul Izzah dalam satu forum kebebasan beragama pada 3 November lalu,
berhubung isu "tiada paksaan dalam beragama" mencetus kontroversi
apabila dilaporkan dengan gambaran bahawa naib presiden PKR itu
menggalakkan murtad di kalangan orang Melayu.
Dua hari kemudian, beliau tampil menjelaskan bahawa beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.
"Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad," tegasnya yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
"Saya
berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam,
seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam; sebagaimana seorang
warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Saya
kesal kerana ada usaha kalangan yang cuba memutarbelitkan kenyataan
saya, seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang
Islam yang memilih untuk murtad," tegasnya lagi.
Tuesday, November 13, 2012
Pakatan ungkit kenyataan Pak Lah isu murtad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KAN DA KENA BATANG HIDUNG UMNO SENDIRI TULAH NAK MEMNGATA ORANG PERIKSA DULU SIAPA KITA ADAKAH KITA BENAR BENAR BETUL INI KALI LAH
ReplyDeleteKan dulu Mufti Perak...Tan Sri Harussana Sini tu cakap gejala murtad dah kronik dmalaysia ni. Beratus ribu angka nya. Bukan org murtad tu yg JAKIM atau Majlis Agama Islam cari tapi Tuan Mufti tu yg kena warning. Diam terus...sebelum muncul balik TIBAi PAS pulak. Itu tanda2 ulama usu' ( jahat).
ReplyDeletetak minat ulas byk2 isu. aku cuma komen pasal ulama2 di malaysia ni. bila pihak umno yg buat kenyataan bertentangan dgn dasar islam, semua jenis ulama tak kira besar ka kecil ka, semua bisu. tapi bila pihak pembangkang yg cuit sedikit pasal islam, semua ulama2 umno yg bisu dulu tetiba pandai pula bersuara, bersuara bukan alang2 siang malam keluar utusex, tv3suku, berita hairan yg semuanya milik umno BUKAN SEHARI DUA TETAPI BERHARI HARI PULA TU!
ReplyDeletesambil garuk kepala, aku rasa setuju dgn prof asri zinul bahawa agama sudah menjadi modal wjib bagi kempen ahli politik.
kalau mcm ni, lebih baik malaysia jadi negara seklular saja sbb tak ada gunanya ada ulama2 di malaysia tetapi semuanya ulama senget seblah. inilah hasilnya kalau makan duit politik kepartian.
BIKIN MALU SAJA ADA ULAMA2 YG TIDAK CUKUP SERINGGIT NIH. MEMALUIKAN ISLAM SAJA. PTUII!
Aku tak akan serang Pak Lah.. bapak dan atuknya Ulama Besar....tapi aku nak tunggu ulasan utusan.. dan Ibrahim Kuli.. Asan Jati.. Nasha aziz...hehe dan semua pemimpin UMNO......kalau semua senyap.. maka memang SAH lah.. mereka bukan utk mempertahankan islam tapi menjadi islam mainan politik kotor mereka...
ReplyDeleteDisini mendedahkan sekali lagi.. kelemahan UMNO.. bila diserang mereka balas .. mereka akan terpinga pinga.. memandang satu sama lain.. sapa yg mahu menawarkan diri utk mempertahankan UMNO..? semua mengelengkan kepala..kerana mereka takut jika mereka bersuara.. kejahilan dan kebodohan mereka akan dibongkar oleh PR.. itulah UMNO yg aku kenali... hehe
ReplyDeleteSemua isu yang UMNO bawa akhirnya kena pada batang hidung sendiri!
ReplyDeletejadi, perbuatan Izzah nie halal lah..ye?? semua yg salah jangan disokong!! sokong parti aku..parti cap ayam!!
ReplyDeleteSaya nak tanya kalau orang melayu/Islam boleh tak buka kilang arak?
ReplyDeleteNak tahu juga adakah org melayu semuanya beragama islam? sesiapa yg tahu tlg beri penjelasan.
ReplyDeleteTak pernah dengar orang Melayu bukan beragama Islam.
ReplyDeleteKilang arak??bukan orang melayu/Islam, arak ni haram ka.maksudnya, buka kilang arak pun haram juga.
ReplyDeleteIsu murtad ni tak perlulah diperbesarkan. mana2 agama pun ada juga kes murtad ni.
ReplyDeleteIsu ni pun ditimbulkan untuk kepentingan politik pihak tertentu.
ReplyDeleteJadi apalah kesudahan isu kebebasan beragama ni?
ReplyDeleteCermin diri sendiri. Jangan hanya ingat diri sendiri saja betul dna orang lain semuanya salah
ReplyDeleteTak melenting tapi membuktikan apa yg dikatakan politik kotor UMNO akan memakan diri.. jika islam pun boleh dijadikan bahan modal politik..bukan kerana mahu menjaga kesucian Islam itu sendiri.. ALLAH itu maha mengetahui..
ReplyDeletejagalah kesucian agama kita.
ReplyDeleteRM 1.4 Juta Wang Yayasan Selangor Dibazirkan Bukti Kelemahan Pembangkang Urus Kerajaan
ReplyDeletePengurus Besar Yayasan Selangor (YS), Ilham Marzuki mengakui melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.
ReplyDeleteAntara kegiatan adalah jamuan makan perdana sebanyak RM270,750, pertandingan memancing RM179,000, cenderamata RM52,900 dan majlis berbuka puasa RM396,370. Dalam keterangannya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), semalam, beliau bagaimanapun enggan dipersalahkan sepenuhnya kerana keputusan itu turut dipersetujui pengurusan tertinggi YS yang bermesyuarat setiap minggu.
ReplyDeleteTahun lalu, kerajaan Selangor mempertahankan Ilham walaupun yayasan itu mengalami defisit RM7.41 juta selepas audit dalaman oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, bermula 29 November 2009 hingga 1 Disember 2010. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Lembaga Pengarah YS berpendapat Ilham perlu diberi peluang kerana baru menjawat jawatan itu pada 2010 dan tidak boleh dipertanggungjawabkan sepenuhnya dengan apa yang berlaku.
ReplyDeleteMenurut laporan audit itu, perbelanjaan yang tidak telus, tidak berhemah dan tidak munasabah menyebabkan kos perbelanjaan ulang tahun ke-40 YS mencecah RM996,472, selain ada perbelanjaan yang selesai dibayar kepada pengurus acara walaupun aktiviti belum dilaksanakan.
ReplyDeleteAudit turut berpendapat tadbir urus korporat di YS tidak memuaskan termasuk lantikan Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar yang dikatakan bukan pilihan utama panel temu duga, manakala seorang lagi sudah mendapat notis muflis.
ReplyDeleteAgama harus dihormati. Semua pihak bebas beragama.
ReplyDeleteIsu agama memang isu yang amat sensitif, harus diuruskan dengan bijak dan berhati-hati.
ReplyDeleteIsu agama tidak seharusnya dijadikan bahan politik.
ReplyDeleteNampak kelemahan pembangkang yang hanya tau mencari isu lama untuk di panaskan.
ReplyDeleteSemua isu yang cuba di mainkan oleh pembangkang akan kena diri sendiri juga.
ReplyDeleteIzzah perlu berfikir, janganmain lepas sahaja bila bercakap.
ReplyDeleteIsu agama dan politik dua isu yang berbeza.
ReplyDeletePolimik isu murtad DUMC ,khawarij PAS dilihat keterlaluan membabi buta menghentam Hasan Ali dan pihak JAIS.Seharusnya kitalah yang pertama mempertahankan tindakan JAIS dan Hasan Ali bukan mempersoalkan tindakan mereka.Isu ini merentasi batas politik,ia isu akidah.
ReplyDeleteApabila khawarij PAS terjerat,mereka salahkan Umno pula,sedangkan merekalah yang melacurkan agama.Lihat dibawah bagaimana khawarij cuba alihkan isu.
ReplyDeleteUndang undang anti murtad hanya ada di Negeri Sembilan,itu pun diperintah oleh KERAJAAN UMNO! Jadi dimana yang dikatakan Umno menolak undang undang anti murtad?
ReplyDeletePAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka. Kononnya, hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam. Malah, seorang yang jahil juga, jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim. Yang berzina, meliwat, berkhalwat, menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.
ReplyDeleteMungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah, maka Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu, tidak mampu mengeluarkan pendapat, pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam. Menurut beliau, Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.
ReplyDeleteTelling a Malay he can choose his faith is the same as telling him he can change it, Datuk Tengku Adnan Mansor said as he weighed in on the growing uproar sparked by a recent remark from PKR’s Nurul Izzah Anwar expressing her support for religious freedom for all Malaysians.
ReplyDeleteThe PKR vice-president’s remarks at a forum last week drew widespread backlash among conservative Muslim groups and Umno hardliners, who accused the opposition rising star of supporting apostasy.
ReplyDelete
ReplyDelete“Recently, we want to ask Nurul Izzah Anwar, what’s the difference between choosing religion and changing religion?” Tengku Adnan, who is secretary-general of Umno, the country’s oldest and largest Malay political party, told Malay daily Utusan Malaysia in an interview.
“To me, it is the same but this is what she had applied and I am confident that in the end Malaysians will realise this.”
ReplyDelete
ReplyDeleteThe veteran politician’s comment backing the conservatives is likely to stir up religious debate and could drive a bigger wedge within the Malay-Muslim community, who form some 60 per cent of the country’s 28 million population and whose vote is crucial to form the next government at the 13th general election due soon.
ReplyDeleteUmno, the ruling Barisan Nasional (BN) coalition’s mainstay, has some three million members but the Malay-Muslim vote is split three ways with the opposition Pakatan Rakyat (PR) pact’s Islamist party PAS and its urban-based reform ally, PKR, drawing increasingly greater support.
The country’s supreme law states that Islam is the religion of the federation but also provides for other religions to be practised freely.
ReplyDeleteAn Umno deputy minister has also said the first-term lawmaker for Lembah Pantai could be prosecuted for her remarks purportedly insulting Islam.
ReplyDelete
ReplyDelete“There are no such provisions for now, but it can be included under provisions on insulting Islam or causing Islam to be insulted,” Datuk Dr Mashitah Ibrahim, deputy minister in charge of Islamic affairs, told Parliament.
ReplyDelete“Anyone who orally or in written form mocks or causes Islam to be degraded, can be imposed with a penalty of not more than RM3,000 or jail of not more than two years, or both.”
ReplyDeleteBut Nurul Izzah has found support from popular Islamic scholar Datuk Mohd Asri Zainul Abidin, who backed her remarks that there is no compulsion in Islam.
ReplyDeleteThe Univesiti Sains Malaysia (USM) lecturer said he had written an article two years ago titled “Iman Tidak Boleh Dipaksa (Faith Cannot be Forced)”, and added that the content was “the same” as that which Nurul Izzah had stated.
ReplyDelete“Malays cannot be forced and [they] believe voluntarily. But, through preaching, a person can be brought back to the faith,” he was quoted by another Malay daily, Sinar Harian, as saying last week.