Tuesday, November 20, 2012

Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk ke Putrajaya

Muktamar PAS kali yang ke-58 memberangsangkan Rakyat. Muktamar kali ini merupakan muktamar yang terakhir sebelum PRU di adakan jika pilihanraya benar-benar akan di adakan. Muktamar di Putik Kelantan ini amat memberikan semangat kepada pihak yang inginkan perubahan kerana tanda-tandanya semakin hari semakin jelas tentang kejayaannya.

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya, Tok Guru Hj Hadi Awang (TGHA) telah menyentuh isu-isu politik secara menyeluruh dan mampan serta sangat penting untuk di ikuti dan di tarbiyah secara menyeluruh oleh sesiapa yang berminat tentang perkembangan dan kemajuan PAS sebagai satu dari tiga komponen penting dalam Pakatan Rakyat.

Yang menariknya ucapan itu juga telah menyentuh tentang apa yang bakal dihadapi oleh PAS dan PR semasa menghadapi PRU itu nanti. TGHA telah meminta semua ahli-ahli dan penyokong serta unit amal parti supaya menjalankan tugas dengan bijaksana dan tekun untuk menghadapi ombak pertahanan BN khususnya UMNO iaitu pencurahan wang yang berbilion ringgit. Wang merupakan senjata yang terakhir untuk BN kerana untuk mendapatkan sokongan dan dukungan rakyat secara sukarela dengan perjuangan sudah tidak wujud lagi di dalam UMNO dan BN.

UMNO akan menggunakan wang yang banyak untuk membeli undi dan ia akan memakan jumlah yang besar dan wang itu tentulah datangnya dari sumber rasuah. Wang rakyat sendiri yang telah di curi secara sistematik oleh pimpinan UMNO. UMNO sudah tidak ada sokongan, maka parti itu terpaksa membeli perasaan dan jiwa orang Melayu khususnya. Wang jugalah yang akan digunakan untuk menyatukan ahli-ahlinya semasa PRU itu nanti kerana UMNO akan mula berpecah diperingkat bawahan sejurus calon-calon mereka diumumkan.

TGHA juga menyentuh tentang pentingnya PAS bersedia dengan media massa alternatif yang efektif seperti Harakah dan Harakah on line. Untuk menafikan fitnah dan cemuhan yang akan dilakukan oleh UMNO khususnya oleh Utusan serta kumpulan New Straits Times yang berpihak kepada parti kerajaan secara tidak beretika selama ini.

Presiden PAS itu juga telah menelah yang UMNO akan memainkan isu perkauman dengan hebat sekali kerana UMNO kini sudah begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO sedar yang rakan kongsinya MCA tidak lagi dihormati oleh bangsanya sendiri yang kini sedang memberikan sokongan yang padu kepada PR.

TGHA juga telah memperbaharui azam PAS untuk bersama-sama PR untuk menjayakan cita-cita pembaharuan untuk negara ini. UMNO dan BN akan berterusan untuk memisahkan di antara parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat kerana itu sahajalah yang tinggal harapan BN untuk terus mendapatkan mandat bagi menyambung kuasa yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi ini.

UMNO tidak akan ada sempadan dalam tindakan mereka mempertahankan kedudukan mereka. Ia akan melampaui batas undang-undang serta etika berpolitik secocok dengan sebuah negara yang mengaku sebagai negara demokrasi.

UMNO akan sanggup untuk menjadikan negara ini kucar kacir asalkan mereka dapat mempertahankan kuasa mereka. Sebutkan apa sahaja, mereka akan lakukan. UMNO tidak dapat menyerapi unsur demokrasi di dalam pemikiran mereka. Bagi mereka demokrasi itu adalah kemenangan untuk mereka sahaja. Jika mereka kalah dan tidak mendapat mandat itu bukanlah demokrasi bagi mereka.

Tidak ada ruang di dalam artikel ini untuk memberikan ulasan secara ‘detail’ terhadap ucapan yang mantap TGHA ini tetapi cukup bagi saya memberikan gambaran yang ucapan telah menyentuh bidang ekonomi sebagai sebuah negara berkebajikan yang menjadi tuntutan agama itu. TGHA juga telah menyentuh tentang isu sosial yang mendesak untuk di selesaikan serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

TGHA telah berkata dengan terang dan jelas yang PAS sudah bersiap sedia untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama rakan dalam Pakatan Rakyat dan tidak mempunyai masalah untuk membuktikan kepada rakyat yang PR mampu untuk membuktikan kelainan dalam pentadbiran baru negara nanti.

Di dalam muktamar ini juga PAS telah menerima permohonan dari seorang bekas pegawai tinggi kerajaan iaitu Tuan Haji Nahwari Hashim sebagai ahli PAS dan ini merupakan lanjutan kepada tindakan ramai bekas pegawai kerajaan yang menyertai PAS sebelum ini PAS nampaknya semakin jelas merupakan parti pilihan bagi orang Melayu seperti juga parti-parti lain dalam Pakatan dan ini adalah pemangkin kepada PAS untuk menjadi parti yang mendapat sokongan setiap lapisan rakyat yang berbilang kaum ini.

Sempena muktamar ini juga telah di adakan Himpunan Rakyat yang sangat besar kehadirannya di stadium Sultan Mohamad ke-empat. Seramai 30,000 ribu rakyat jelata telah membanjiri stadium itu untuk menunjukkan kepada ramai yang rakyat benar-benar serius untuk melakukan perubahan kali ini. Mereka ini datang tanpa dibayar dan diberi makan karipap dan sebagainya, jauh sekali untuk diberikan baju T atau topi dan perkara-perkara yang lain seperti yang terpaksa di adakan oleh UMNO jika hendak membuat perhimpunan mereka. Satu-satu perhimpunan yang hendak dilakukan oleh UMNO akan memaksa parti itu berbelanja berjuta-juta ringgit untuk menjayakannya.

PAS yang di fahamkan akan bertanding di 70 kawasan parlimen akan memenangi jauh lebih banyak kerusi dari yang mereka dapati semasa PRU 2008 dahulu. PAS tidak syak lagi akan menjadi parti yang dominan dalam pentadbiran baru nanti dan saya secara peribadi tertunggu-tunggu ‘ambience’ politik yang baru itu.

PR akan membuktikan yang mereka lebih baik dari pentadbiran BN. Seperti biasa dalam politik penilaiannya adalah secara relatif. Tetapi PR pasti merupakan ‘coalition’ yang lebih baik dari BN.

Seperti yang saya sebutkan selalu, ‘the worst of Pakatan Rakyat is a lot better than the best of Barisan Nasional’. Yang ‘perfect’ hanya ada kepada Maha Pencipta, Allah SWT sahaja.

10 comments:
Write comments
  1. BACHOK 18 Nov. - Seramai 50 penyokong tegar Pas di Kampung Pak Mali, Bakong, dekat sini menyertai UMNO disebabkan kecewa dengan kegagalan parti itu membawa pembangunan di kampung berkenaan.

    Kampung Pak Mali sebelum ini merupakan antara kubu kuat Pas di daerah ini.

    Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin menerima borang permohonan menyertai UMNO yang diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Syed Zain Syed Hassan, 48, disaksikan lebih 400 penduduk di kampung berkenaan.

    Hadir sama, Timbalan Ketua UMNO Bachok yang juga Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat, Datuk Dr. Ilias Husain.

    Awang Adek ketika ditemui berkata, perkembangan yang berlaku membolehkan UMNO menembusi kubu kuat Pas yang sukar dimasuki sejak lebih 20 tahun lepas.

    Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, dengan penyertaan terbaru ini, hasrat UMNO untuk menawan Parlimen Bachok dan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Jelawat, Perupuk dan Tawang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kelak semakin cerah.

    Beliau berkata, UMNO kini sudah diminati pengundi atas pagar, pengundi baru, pengundi muda dan penyokong Pas yang sejak kebelakangan ini berikrar akan memberi sokongan secara senyap untuk kemenagan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

    Sementara itu, bekas penyokong Pas, Mat Usof Mat Junoh, 57, berkata, kegagalan Pas membangunkan Kelantan mendorong beliau mengambil keputusan meninggalkan parti itu yang menjadi pilihannya sejak sekian lama.

    Menurutnya, kelemahan Pas mentadbir Kelantan turut menyedarkan rakan-rakan lain menyertai UMNO tanpa paksaan mana-mana pihak.

    "Penyertaan kami dalam UMNO kali ini menyebabkan kedudukan Pas di kawasan ini hampir lumpuh. Saya bersama rakan bukan sekadar undi BN pada pilihan raya nanti tetapi bergerak aktif menarik lebih ramai penyokong Pas sertai UMNO," katanya



    Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Timur/20121119/wt_04/50-penyokong-tegar-Pas-sertai-UMNO#ixzz2FiT4AZOO
    © Utusan Melayu (M) Bhd

    ReplyDelete
  2. Seramai 61 ahli PAS bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai Umno selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

    Kumpulan itu diketuai Timbalan Ketua PAS Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62. Mereka menyerahkan borang permohonan menyertai Umno kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong, Alor Star malam semalam.

    Menurut Abu Bakar, ahli PAS itu bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah, mereka gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

    ReplyDelete
  3. KUALA LUMPUR - Sekumpulan ahli PKR termasuk masih memegang jawatan di peringkat cabang mengugut untuk keluar parti jika timbalan presiden parti itu, Azmin Ali gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai dakwaan pemilikan saham oleh beliau dan isterinya yang dikatakan bernilai jutaan ringgit.

    Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd Isa Saidi yang mengetuai kumpulan itu berkata, Azmin tidak boleh lagi berdolak-dalik mengenai isu itu sebaliknya perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan semua ahli bahawa beliau tidak bersalah.

    “Buat masa ini, kami masih percaya beliau tidak bersalah, tetapi Azmin sendiri perlulah tampil buat penjelasan yang benar-benar memuaskan hati kami sebagai ahli bawahan yang mahu terus menghormatinya sebagai pemimpin kami. Jika dia sendiri tidak dapat jawab dakwaan itu, ia akan menggugat kepercayaan pengundi terhadap parti, termasuk ahli PKR sendiri.

    “Ini yang kami tidak mahu kerana isu ini boleh menjejaskan parti terutama dalam keadaan kita nak hadapi pilihan raya,” katanya.

    Sehubungan itu, kata Mohd Isa, jika Azmin masih tidak mahu menjawab isu itu secara telus, adalah lebih baik jika beliau keluar sahaja daripada PKR.

    “Jika dia tak mahu keluar, kami sendiri yang akan keluar,” tegasnya pada satu sidang media yang turut disertai sekumpulan pemimpin akar umbi parti itu di sini, semalam.

    Mohd Isa berkata, jika sememangnya beliau tidak bersalah, tiada apa perlu ditakutkan Azmin untuk menjelaskan perkara sebenar kepada orang ramai.

    “Kalau tidak betul apa dikatakan itu, beliau boleh saman pihak berkenaan. Kami akan sokong jika dia berani bertindak,” katanya.

    Timbalan ketua penerangan cabang, HM Tan pula berkata, Azmin perlu bertindak sebagaimana dimahukan ahli parti bagi buktikan kewibawaan dan integritinya sebagai pemimpin.

    “Apa yang kita perlu utamakan ialah sokongan rakyat kepada perjuangan PKR. Sebab itu nilai ketelusan perlu ada dalam parti,” katanya.

    Baru-baru ini, Presiden Jalur Tiga, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, mendesak Azmin menjelaskan sumber kewangan­nya ketika menjadi pegawai kerajaan pada 1992 hingga 1994 dan bagaimana beliau mampu memiliki saham bernilai jutaan ringgit.

    Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak, pernah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

    ReplyDelete
  4. Lebih 1,000 ahli dan penyokong PKR dalam kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim/Bandar Baharu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai MIC, malam tadi (19 Nov. 2012).

    Diketuai pemimpin PKR Padang Serai, K Letchumanan, mereka menyerahkan borang menyertai MIC kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Mohd Hanipah di Paya Besar, Lunas, dekat Kulim.

    Hadir sama di majlis tersebut ialah setiausaha BN Kedah Datuk Paduka Rodzai Sufian, pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew, setiausaha Umno Kedah Datuk Ir Nawawi Ahmad dan pengerusi MIC Kedah S. Ananthan.

    Letchumanan, pengusaha bas ekspres berkata mereka mengambil keputusan keluar parti kerana bosan dengan janji kosong pemimpin PKR terutama ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan yang disifatkan "cakap tak serupa bikin."

    Katanya mereka yang keluar parti itu ialah dari 10 cawangan iaitu Jalan Kuta Raja (Paya Besar), Taman Saderi, Taman Makmur, Taman Mutiara (Sungai Kob), Taman Sungai Kob, Taman Ria, Pekan Padang Serai dalam Parlimen Padang Serai dan cawangan Padang Buluh dan Dublin Pusat di kawasan Parlimen Kulim/Bandar Baharu.

    Ahmad Bashah mendakwa ramai lagi penyokong dan anggota PKR dan PAS di Kedah dijangka keluar parti untuk menyertai BN tidak lama lagi.

    Ananthan yang juga Ketua MIC Kulim/Bandar Baharu berkata perkembangan itu menunjukkan masyarakat India di Kedah telah sedar kesilapan mereka menyokong pakatan pembangkang.

    Katanya Pusat Khidmat Masyarakat MIC DUN Lunas di Taman Cekur Manis telah menyelesaikan lebih 2,000 masalah yang dihadapi penduduk.

    ReplyDelete
  5. Di Negeri Sembilan, Seramai 28 orang menyertai Umno manakala selebihnya menyertai MIC dan MCA.

    Kesemua mereka dari Cabang Sendayan yang terletak di DUN Rantau di mana MB menjadi ADUN disana. (rujuk portal pisau.net, siap boleh dapat nama penuh lagi)


    Kita bakal menyaksikan lebih ramai ahli PKR akan keluar parti.Makin ramai yang sedar segala yang diperjuangkan adalah sia sia hanya semata mata atas kepentingan politik keluarga puaka Anwar Ibrahim dan Azmin.


    Read more: http://www.pisau.net/2011/04/keluar-partipkr-makin-hancur.html#ixzz2FiX8aWF8

    ReplyDelete
  6. AIDCNews – 16/11/12 – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mengesahkan beliau menjadi saksi wujudnya perjanjian sulit Pakatan Rakyat (PR) pada 18 Disember 2009 untuk membuang perjuangan hudud dan Negara Islam yang menjadi tunggak PAS.


    “PAS sendiri sanggup korbankan perjuangannya..Pada 18 Disember 2009, secara sedar, pimpinan PAS menandatangani perjanjian persefahaman pakatan DAP dan PAS, jika membentuk kerajaan, Negara Islam, hudud, Qisas dan takzir tak ada dalam agenda.


    “Dia (PAS) tahu tu, bukan dia tak tahu, tapi dia tandatangan juga,”katanya ketika ditemui media UMNO hari ini.


    Zulkifli melihat PAS berbohong kepada ahli-ahlinya, apabila mendakwa parti itu masih meneruskan agenda hudud dan Negara Islam, sedangkan telah menandatangani perjanjian dengan rakan sekutu PR untuk menggugurkan kedua-dua asas perjuangan itu.


    “Nak cakap pasal hudud, nak bohong siapa ? Awak sudah tandatangan dengan DAP dan PKR tak mahu hudud, dekat luar awak kata nak hudud. Kan bohong namanya itu.


    “Saya antara orang yang menyaksikan perjanjian tersebut. Saya tahulah tentang perkara itu. Bahkan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang yang berulang kali mengatakan bahawa persepakatan antara PAS, DAP dan PKR tidak termasuk agenda Islam dan perlaksanaan undang-undang jenayah Islam!,” tegasnya.


    Beliau juga turut menggesa kepimpinan PAS memberitahu secara telus kepada ahli-ahlinya tentang pengguguran kedua teras perjuangan parti itu.


    “Kepimpinan PAS perlu dedahkan kepada ahli akar umbi bahawa di dalam Pakatan Pembangkang bahawa hudud dan negara Islam tidak ada dalam agenda sekiranya Pakatan Pembangkang memenangi PRU yang akan datang ini.


    “Beritahu pada ahli, bahawa Anwar sebagai ketua pembangkang, berpendirian bahawa tidak akan melaksanakan hudud dan negara Islam sekiranya mereka berkuasa,” tegasnya lagi.


    Semalam, AIDCNews menyiarkan pendedahan seorang ahli seumur hidup PAS, Zainon Ismail yang mendakwa PAS telah menandatangani satu perjanjian sulit dengan DAP dan PKR untuk menggugurkan perjuangan kedua asas perjuangan parti itu.


    Zainon Ismail yang lebih dikenali sebagai CN Al-Afghani mendedahkan perjanjian sulit itu diadakan pada pada 18 Disember 2009 yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


    “Apa yang ditandatangani, di antara kandungannya, apabila PR berkuasa di Putrajaya, pemerintahan ini tidak akan menyentuh tentang hudud dan Negara Islam,” dedahnya dalam Wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal, 11 November.


    Read more: http://www.pisau.net/2012/11/zul-noordin-sahkan-wujud-perjanjian.html#ixzz2FiYWC78k

    ReplyDelete
  7. kalau begitu x de orang nak menyokong pr, cukup-cukuplah umngok nak wat berita palsu ni, x cukup lagi ke berita yang ditulis utusan meloya ngan berita hairan?

    ReplyDelete
  8. Sana sini beratus2 orang masuk UMngokk. Kah kah kah lucuuu weii.

    ReplyDelete
  9. dari November 22, 2012 7:49 AM...

    Salam 1 Malaysia YAB Najib & YAB Muhyiddin..


    Kami mewakili lebih 14 parti gabungan yang berpengaruh dalam BN, bertunjang lebih 9 juta ahli parti, dalam BN, berjanji akan kembali menyokong penuh calon-calon parti BN! Sokongan ini bukan semata nama Najib sebagai `Godfather`, tetapi atas nama keinsafan, perpaduan, maruah serta kecemerlangan yang lebih baik apabila negara diterajui UMNO! Kami janji akan memastikan juga anak-anak, keluarga, beradik, ipar duai serta jiran tetangga, masyarakat, majikan kami - padu menyokong BN! Kami di sini dah bersedia dengan PRU 13 ini, YAB!!


    *akar umbi, silent bila diminta & berfikir

    ReplyDelete
  10. Akibat tertekan dengan kebangkitan rakyat kelantan yang menyokong BN hasil daripada Himpunan Tukar Kelantan dan Himpunan Anak Kelantan yang diadakan di Stadium Bukit Jalil yang menghimpunkan puluhan ribu penyokong BN Kelantan !!


    Pas pula mengadakan Himpunan Sayang Tok Guru hari ini di perkarangan stadium Sultan Muhammad Di Kota Bharu..


    Namun setelah hebahan di buat ke pelusuk ceruk kampung namun kehadiran rakyat amat mengecewakan menandakan tidak ada sokongan terhadap Pas di Kelantan kerana rakyat sudah muak dengan Janji-janji palsu PAS.Kehadiran antara 500 ke 800 orang sahaja itupun ramai wakil muslimat dari muslimin pas!! Mafla-mafla yg dijual diberi percuma sahaja kepada meraka yang datang sempena baliknya Tuan Guru Nik Aziz dari berdoa di kaabah. Dijangkakan Tuan Guru akan menangis dalam memujuk jin, syaitan dan hantu-hantu sekitar dan luar Kelantan bagi memangkah PAS selepas ini. Ia bertujuan memastikan PAS dan PR menguasai bumi Kelantan yang berjaya dimental block dengan suu dzon dengan pemerintah pusat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.