Tiga anggota polis didakwa merogol pekerja restoran warga Indonesia oleh Mahkamah Pulau Pinang di Butterworth hari ini, meningkatkan kembali sentimen anti-Malaysia bagi rakyat negara tersebut.
Sin Mat Lazim, 33, Syahiran Ramli, 21, dan Remy Anak Pana, 21, mengaku tidak bersalah apabila tuduhan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibacakan kepada mereka di Mahkamah Sesyen di Butterworth petang ini.
Menteri Luar Anifah Aman: Berikrar kerajaan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan.
Trio yang kesemuanya berpangkat konstabel boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika sabit kesalahan merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun untuk melakukan seks oral terhadap mereka — satu jenayah dibawah Seksyen 377C, Kanun Keseksaan — di Bilik 4 dalam balai polis Prai diantara 6.40 pagi sehingga 7.30 pagi pada 9 November.
Jumaat lepas, seorang wanita Indonesia berumur 25 tahun telah meminta bantuan daripada penyelaras Barisan Nasional Bukit Mertajam Lau Chiek Tuan untuk membuat laporan polis mendakwa bahawa dia dirogol beramai-ramai oleh tiga anggota polis di balai polis Prai.
Pekerja restoran tersebut mendakwa dia telah dibawa ke balai polis selepas diberhentikan oleh sebuah kereta peronda polis berhampiran kompleks membeli-belah Megamall Pinang kira-kira pukul 6.30 pagi semasa sedang berada dalam teksi.
Beliau mendakwa dibawa ke balai polis selepas menunjukkan salinan pasport beliau dan polis enggan menerimanya.
Beliau mendakwa dibawa ke sebuah bilik di balai polis dan telah dirogol oleh tiga anggota polis.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah mengutuk pertuduhan rogol tersebut sebagai tidak berperi kemanusiaan dan berikrar kerajaan akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan membabitkan warga negara gergasi Asia Tenggara itu.
Peningkatkan sentimen anti-Malaysia bertambah hangat apabila seorang pembantu rumah warga Indonesia berumur 15 tahun dilaporkan dirogol oleh majikan lelakinya selepas tiga bulan bekerja.
Sekumpulan rakyat Indonesia dilaporkan memprotes dihadapan rumah Duta Malaysia ke Indonesia di Jakarta tiga hari lalu untuk menyatakan kemarahan mereka terhadap Malaysia.
Kumpulan yang dikatakan mewakili gerakan nasionalis Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera), dilaporkan telah membawa sepanduk yang tertulis “usir duta Malaysia, ganyang dan Lawan Malaysia” dan membakar bendera Malaysia.
Bendera telah mengancam untuk menceroboh dan menyerang Malaysia pada tahun 2009, sebahagian daripada agenda “Ganyang Malaysia”, tentang pemilikan wilayah budaya, minyak, pulau-pulau dan layanan terhadap pekerja asing dari Indonesia.
Istilah “Ganyang” pertama kali digunakan pada tahun 1963 apabila Presiden Sukarno menentang penggabungan Malaya dengan Sabah, Sarawak dan Singapura, menyebabkan konflik bersenjata yang tidak diisytiharkan dikenali sebagai “Konfrontasi”. -TMI
Friday, November 16, 2012
Isu Rogol : Meningkatkan sentimen anti-Malaysia di Indonesia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mungkin ada yg mempertahankan polis dgn mengatakan kes sebegini terpencil...begitu juga kes penderaan tahanan reman.. yg sering berlaku tapi dinafikan oleh polis...cukuplah... memang ada yg tidak kena .. dari terusan menafikan eloklah pihak polis sendiri menerima hakikat.. mereka mesti meningkatkan kualiti perkhidmatan, menerapan nilai murni pada anggota dan memahami kenapa SOP mesti dipatuhi.. pada menteri pulak.. eloklah resign...kau ada pun mcm tak ada...
ReplyDeletememalukan NEGARA!,.tidak pasal2 negara jiran makin membuak2 perasaan benci pada kita akibat tindakan biadap sesetengah anggota dan masa yang sama akibat perlakuan mereka2 ini mencacatkan seluruh kredibiliti pihak berkuasa....jgn dilaungkan tentang keamanan negara dan indeks jenayah menurun jika tahap integriti dan disiplin pihak berkuasa sndiri masih lemah,, Tayang kan muka penjenayah2 ini pada umum seperti mana suspek penjenayah2 yang lain!
ReplyDeleteBendera Malaysia dipijak dan dibakar tanda kemarahan yg membuak rakyat Indonesia kepada pelaku (perogol) dari kalangan rakyat Malaysia...Kerajaan Malaysia (Umno/Bn) dapat malu besar dan dicemuh oleh negara jiran...ulama dalam Kerajaan menjadi tikus dalam beras sahaja takut untuk menyatakan kebenaran...ulama ini lebih gemar menjadi tikus yg suka membaiki labu (ulama terompah)
ReplyDeleteInilah yang Hishamudin kata Polis Malaysia antara Polis antara yang terbaik di dunia!
ReplyDeletekes ini dibangkitkan oleh kader2 zionis Indonesia! Anwar akan berimej spt `god father` selepas kejayaan tak disangka Najib di Filipina, bravo Anwar Liewatt!!
ReplyDeleteBetty & Adi Sasono II
Apa yg BETTY & ADI SASONO merepek . Yg rogol Indon tu polis kat Penang...apa yg dok bengap kat sini pulak isu Anwar. Kalau dah dr parti syaitan tu..perangai pun mcm syaitan jugak kalu ndak iblis pun. Jgn alih tajuk,bah.
ReplyDeleteMajoriti minah Indon dtg sini khawin kali kedua walau masih ada suami diIndonesia, jadi pelacur trsembunyi atau nyata, jadi amah rumah cina dan basuh babi utk dmasak, brcerai2 dgn laki yg sama2 dtg ke Malaysia hanya kerana Salman Khan dari Bangladesh dan banyak lagi. Tak pulak brengset2 tu nak demonstrasi atau marah kat kedutaan Bngladesh atau Pakistan ?? Dr satu sudut...nampak mereka sebenarnya fanatik dlm situasi bangang tapi dr satu sudut...semngat kebangsaan mereka kuat.
ReplyDelete**888
November 17, 2012 11:28 AM :
ReplyDeletex hairan la knp pentadbiran negara ini 69 kan...