Tiada sebarang perkembangan berhubung keberkesanan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing di Sabah, biarpun sudah lima bulan ia ditubuhkan.
Malah, masalah berkaitan projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing itu didakwa bukan hanya berlaku di Sabah sahaja, sebaliknya wujud di negeri lain juga.
Dakwaan tersebut dibuat ahli parlimen Kuala Krai, Dr. Hatta Md. Ramli, ketika mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau mendakwa terdapat beberapa insiden permohonan untuk mendapatkan taraf kewarganegaraan amat mudah dan segera diberikan.
"Mereka itu berada tidak cukup lama untuk dianugerahkan kad pengenalan. Ada yang (kerja) tukang sapu pun, dapat warganegara. Begitu mudahnya jadi warganegara. Dan kita ada masalah di negeri lain," kata beliau.
Bagaimanapun dakwaan Dr. Hatta itu disanggah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew dengan mengatakan tugas RCI telah bermula, namun masih di peringkat prosedur mesyuarat untuk menentukan individu yang dipanggil sebagai saksi dalam inkuiri.
Mengakui masalah itu wujud sejak empat dekad lalu di Sabah, Liew berkata pihaknya mengharapkan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera dan meminta diberi peluang dan sedikit masa untuk RCI melaksanakan kerja mereka.
Dr. Hatta, dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan bersedia meluaskan skop siasatan RCI kepada pendatang asing di Sabah kepada negeri lain di semenanjung.
Menjawab soalan tersebut, Liew berkata kerajaan tidak bercadang untuk meluaskan skop siasatan RCI mengenai projek pemberian kad pengenalan kepada warga asing selain daripada negeri Sabah.
Liew berkata skop siasatan itu kekal kerana masalah pemberian kad pengenalan kepada warga asing ini tidak wujud di negeri-negeri Semenanjung. -HD
Thursday, November 22, 2012
Apa status siasatan suruhanjaya IC Sabah?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semakin ramai pula PATI di kg Masjid Keningau dapat IC
ReplyDeleteJangan kacau tu aset dan simpanan tetap umno/bn di sabah
ReplyDeleteini semua kerja umno bn. memang patut kena doa mampus oleh PAS.
ReplyDeleteJangan sentuh PATI dia anak emas kami siapa suruh orang sabah bodoh so kami ambil kesempatanlah dan menang PRU.Berterima kasih lah kamu kepada DR Mathir /UMNO.
ReplyDeleteTHANK YOU DR MATHIR SABAH MAJU JAYA HEHEHEEH.
ReplyDeleteAda kes Pakistan menang saman keatas kerajaan ( jab imigresen Sabah ) yg tahan si Salman Nasir ke nama nya warga pakistan dpt ic dr Sabah. Pendek cerita beliau menang saman kerana katanya dia memang ada ic Msia yg sah dan hilang RM1 juta dlm simpanan semasa di tahan oleh peg imigresen. Mahkamah Tinggi beri kemenangan percuma kpd warga asing tu.
ReplyDeletePersoalan : Memang dia rakyat Msia warga pakistan. Tapi semudah itu dpt ic ? Banyak lagi rakyat Siam tinggal kat Kelantan dan khawin warganegara kita...sampai sekarang tak dpt ic. Anak 10 org suda,hanya dia tu UMNo tak pergunakan je sebab tu susah dpt ic. Brbalik pad Pakistan tu..dah la UMNO bg ic percuma, Jab Imigresen pula brsalah kerana tahan secara 'mala fide'. Di ambilnya Harbeas Corpus,trduduk peg imigresen tu. Ada rakyat kita menang kes kalau ditahan di Indon, Thailand atau mana2 negara dlm isu imigrasi? Betul salah..masuk lokap tu le. Indon lagi susah kalu ndak ada RM beratus ribu. Haa,itu la Malaysia Tanahair ku.
**888
ini kalilah.... tumbangkan bn/umno. bawa PR ke putrajaya.
ReplyDeleteApa kata kita rakyat Sabah pakat-pakat halau ini pendatang haram keluar Dari Sabah ...kita mau tahu apa respon kerajaan...ada kah kerajaan menyokong kita.agak-agaknya kerajaan mempertahankan pati...tengok saja kenyataan menteri-menteri sebelum ini memihak kepada pati...cukup-cukup lah yang tidak buta huruf tu jangan terus di perbodohkan pemimpin yang berkepentingan sendiri.
ReplyDeletekalau mahu pungut itu IC PTI undi lah PR pada next election....hidup PR...kalau saya inda larat pun musim mungundi pasti saya minta tolong angkat dengan petugas PR supaya PR menang dan PTI akan diusir dari bumi sabah
ReplyDeleteITU Syaitan marah oooooo kalu umno kalah
ReplyDelete