Wednesday, November 14, 2012

MCA dan GERAKAN ditolak masyarakat Cina?

Pilihan Raya Umum ke-13 sudah hampir tiba dan semua parti politik dah pun bersiap siaga untuk bertarung dalam gelanggang rakyat. Macam-macam muslihat dan propaganda oleh semua pihak yang berminat sudah dan terus menghiasi dada-dada akhbar dan saluran media elektronik ataupun media baru.

Barisan Nasional (BN) yang berkuasa diperingkat Persekutuan dan sembilan buah negeri pasti akan sedaya upaya dan dengan apa jua cara akan cuba mempertahan dan jika boleh menawan semula empat buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Di Semenanjung, BN bukan sahaja bergantung kepada UMNO tetapi kepada tiga rakan politiknya iaitu MCA, Gerakan dan MIC. UMNO amat mengharapkan rakan-rakan politiknya itu membantu calon BN di kawasan-kawasan undi dalam bandar ataupun yang mempunyai sejumlah besar pengundi bukan Melayu.

Walaupun UMNO sendiri tidak terjamin untuk memenangi semua kawasan undi majoriti Melayu, ia amat memerlukan kemenangan calon-calon MCA, Gerakan dan MIC untuk terus berkuasa.

Mampukah MCA, Gerakan dan MIC membantu BN berkuasa semula? Persoalan ini yang perlu dicari jawabannya oleh pucuk kepimpinan UMNO kerana hidup-mati atau masa depan mereka bergantung kepada sama ada pengundi bukan Melayu, khasnya Cina, akan terus menyokong BN.

Saya sempat bertanya mengenai persoalan ini kepada beberapa orang sahabat dari masyarakat Cina dan hampir semua berkata majoriti pengundi Cina akan menolak MCA dan Gerakan. Mereka akan memberi sokongan kepada DAP dan parti-parti sekutunya termasuk PAS.

Jika betul apa yang dikatakan itu, maka harapan BN untuk menang besar ataupun menawan semula negeri-negeri yang ditadbir oleh PR termasuk mempertahankan Perak yang diperolehi melalui saluran istana/mahkamah, amat tipis.

Bahkan ada pihak, termasuk dari luar negara seperti Singapura, yang meramalkan PR akan menawan Negeri Sembilan selain memberi tentangan hebat kepada BN di peringkat Persekutuan.

Sabah dan Sarawak bukan lagi 'simpanan tetap' BN dan walaupun BN mampu berkuasa semula di kedua-dua negeri itu, ia akan mengalami kekalahan beberapa kerusi Dewan Rakyat.

Yang pasti, pihak mana akan memenangi pilihan raya akan datang ini akan ditentukan oleh penggundi bukan Melayu dan peranan mereka tidak boleh diperkecilkan sama sekali. Undi Melayu sudahpun berpecah-belah manakala undi bukan Melayu semakin kukuh untuk PR.

PM Najib Razak mungkin disukai ramai tetapi ia tidak memberi jaminan bahawa rakyat akan menyokong BN. Seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pengundi Cina yang saya temui, kerajaan bagi wang kami terima, undi lain cerita.

-http://kudaranggi.blogspot.com

4 comments:
Write comments
  1. TUKAR SAJA LAH KITA COBA DULU PAKAYAN RAKYAT 5 TAHUN AJAH

    ReplyDelete
  2. Laaa..baru tau ke MCA dan GERAKAN tu dtolak oleh kaum cina. Dah lama dahh..Mula2 MCA dulu trtolak lepas tu bru Gerakan.Buktinya trtolak Gerakan tu...kan dah mampuss prti gerakan dPPinang tu.

    ReplyDelete
  3. Bukan kata MCA,Gerakan atau MIC malah UMNO jugaada tanda2 dtolak oelh kebanyakan org Melayu kini. Bukti...ada ke golongan2 professional atau apa2 taraf mereka, yg mau masuk UMNO?? Yg kita dengar ramai mereka2 itu masuk PAS dan fenomena sekarang, golongan professioanl yg brpencen. Dlm kerajaan dulu, sebab halangan gila yg kerajaan BN lakukan menyebabkan mereka itu ( trmasuk aku le )yg seolah2 mmendam rasa. Jika kita prhatikan ,ndak apa yg KERAjaan BN bole lakukan trhadap penjawat awam jika kita sokong PR. Nak tukar tempat kerja?? Lagi bagus, hanya penjawat awam yg mind-setting nak kerja kat dapur rumah je yg mmikirkan masalah. Yg happy-go-lucky..mcm aku ni, jalan je kemana arah ditukar. Ke Bario....lagi bagus.
    Trbaru...seorang bekas Pengarah Jab Agama Islam Melaka(JAIM) & Selangor(JAIS) , telah masuk PAS semsa muktamar agung PAS di PUTIK, Kel.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  4. MCA , Gerakan dan PPP lama dah tinggal nyawa2 ikan.Dia orang timbul dalam akhbar mainstream media saja. Kalau tidak pasti dah terkubur tanpa nisan. Kalau PR masuk Putrajaya pasti ketiga parti ini akan hanyut ke Selat Melaka. UMNO pada masa inu akan nazak teruk !

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.