Thursday, November 8, 2012

Penempatan Calon BN Kini Di Peringkat Akhir

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan parti kini dalam peringkat akhir bagi menempatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pucuk pimpinan kini sedang meneliti input yang diberikan bahagian-bahagian serta maklumat dari sumber-sumber lain.

Sehubungan itu, beliau mahu semua jentera parti bersiap siaga sepenuhnya dalam semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti, katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini, Khamis.

"Kita akan menghadapi pilihan raya bila-bila masa saja, mungkin berhari-hari lagi, atau berminggu-minggu sahaja lagi," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, semua pihak di semua peringkat perlu menerima sepenuhnya calon yang akan diputuskan pucuk pimpinan parti itu nanti.

Muhyiddin berkata, apa yang penting, semua pihak terutamanya jentera pilihan raya dan kepimpinan di peringkat akar umbi bekerja keras dalam usaha mempertahankan kepimpinan kerajaan BN.

Beliau berkata, semua pihak perlu mengenepikan segala perselisihan sekiranyaada, kerana BN akan menghadapi "musuh besar" pada pilihan raya umum itu nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera parti juga perlu memfokuskan kepada pengundi muda kerana mereka yang pertama kali mengundi ini kurang maklumat sejarah pengorbanan BN kepada negara.

Beliau berkata rakyat terutama generasi muda perlu diperjelaskan apa yang telah dan akan dilaksanakan kerajaan BN selama ini dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama BN Kelantan di sini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk SeriMustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan. - BERNAMA

37 comments:
Write comments
  1. PRU13 semakin hampir, semua ahli UmnoBN perlu bersiap sedia.

    ReplyDelete
  2. kalau sudah diumumkan nama2 calon baru boleh tahu lawan masing2

    ReplyDelete
  3. BetuL tu...peringkat akhir dan terakhir sebelum kalah PRU13 nanti...hidup PR

    ReplyDelete
  4. letaklh siapa pun jadi calon, umngok memang dah cukup bersedia jadi pembangkang selepas pru13 ni..

    ReplyDelete
  5. pilihlah calon yang benar-benar layak untuk dicalonkan.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya semakin ramai konco-konco pembangkang cuba memberikan sepatah dua kata untuk BN. satu respon yang baik untuk BN. Hehe

    ReplyDelete
  7. Kalau mahu pilih calon itu lihat latar belakang dan juga sokongan calon tersebut dikawasan yang diletakkan.

    ReplyDelete
  8. terliti sebaiknya akan mereka itu okay. Jangan biar mereka yang mempunyai reputasi yang buruk untuk menjadi calon. Ini akan menjejaskan parti itu nanti.

    ReplyDelete
  9. Bersiap sedialah semua tidak kira dari pihak kerajaan BN dan juga pembangkang PR. Bersedia PRU13 semakin hampir.

    ReplyDelete
  10. pastikan org yg terpalit dgn rasuah tidak tercalunkan

    ReplyDelete
  11. TPM kata penempatan calon2 BN sudah dperingkat akhir...ye lah,sebelum mamposss. Mula2 AKHIR lepas tu MAmPOSS terus.

    ReplyDelete
  12. Apa2pun BN UMNO ini tetap akan 'MATI' RRU 13 ni..............SIAL UMNO BN ni

    ReplyDelete
  13. Nampaknya PRU13 semakin hampir! Tak sabar nak mengundi

    ReplyDelete
  14. Selagi belum PRU13, selagi itulah kita tidak tahu siapa pemenangnya. Sabar saja la

    ReplyDelete
  15. Betul ke SU Agung UMNO mau berambus dari parti syaitan itu?? Bagus le kalau dah sedar. Tapi katanya sedar yg UMNO bakal mamposs.Itu jer. Risik kabar dr org2 atas parti itu jugak...bukan dr org kampung2an.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  16. Pada PRU-13, adalah dijangkakan bahawa Umno akan melakukan peremajaan kepimpinan. Para pemimpin pelapis terutama daripada pemuda atau mantan pemimpin pemuda akan dicalonkan bagi meneruskan dan menggalas tugas kepada rakyat.

    ReplyDelete
  17. Ramai penganalisis berkata, jika kawasan2 yang ditandingi PBS kalah kerana tetap mencalon calon2 lama, bukan kerana penolakan kepada BN, akan tetapi rakyat menolak calon2 tersebut, kerana telah mual dan muak.

    ReplyDelete
  18. DUN Kedamaian Kota Belud, sebagai contoh, walaupun DUN tersebut agak selamat bagi calon BN, akan tetapi jika wakil rakyat yang ada dipertahankan, sukar diramal, apa kah kawasan tersebut boleh dipertahankan.

    ReplyDelete
  19. Bagi Dun Inaman, Kiulu atau Tamparuli. Bagi DUN Sulaman, walaupun kawasan tersebut merupakan wilayah BN, namun jika wakil rakyat yang ada tetap bertanding, kalaupun boleh menang, akan tetapi dengan jumlah majoriti yang amat tipis.

    ReplyDelete
  20. Di kawasan Kinabatangan pula, DUN Kuamut- peluang calon Bn berada dalam kedudukan 50:50, jika dilihat pada trend pengundian tahun 2008. Namun, bagi kawasan Parlimennya, tidak sukar bagi calon Bn menang, siapapun yang akan dicalonkan.

    ReplyDelete
  21. Bagi kawasan Tawau, DUN Merotai, jika diteruskan oleh calon bukan daripada Umno, maka kawasan tersebut akan terlepas kepada pihak pembangkang. Faktornya, kawasan tersebut ramai pengungundi mahu diwakili calon daripada Umno.

    ReplyDelete
  22. Bagi Parlimen Tawau, di mana pada PRU-12 dimenangi BN melalui calon SAPP, kawasan tersebut boleh dimenangi Bn jika Tan Sri Liew Yun Fah dicalonkan. Manakala DUN Sri Tanjong yang kini diwakili DAP, akan boleh dirampas, jika PBS memberi laluan kepada komponen BN yang lain.

    ReplyDelete
  23. Bagi kawasan Kudat, nampaknya hanya DUN Tanjong Kapor tidak selamat kepada BN, jika kawasan tersebut ditandingi LDP. Sebaiknya kawasan tersebut ditandingi Umno, kerana majoriti pengundi di kawasan tersebut mahukan Umno mewakili mereka.

    ReplyDelete
  24. Bagi kawasan Kota Kinabalu, Bn terpaksa melepaskan beberapa kawasan, kecuali dapat mencalonkan calon2 yang winniable. Kawasan Api-api, Luyang, Tanjong Aru, Likas, Inanam, Kepayan dianggarkan akan terlepas daripada BN.

    ReplyDelete
  25. Kawasan Sandakan, semua DUN dan Parlimen akan dimenangi BN, kecuali Parlimen Sandakan.

    ReplyDelete
  26. Pada PRU-13 ada kemungkinan banyak kawasan cina yang terlepas daripada Bn, jika mengingat trend pengundian tahun 2008 dan PRN Sarawak pada April,2011.

    ReplyDelete
  27. Ini hanya persepsi semasa dan hanya analisis berasaskan sentimen. Datuk Musa Aman sebagai pengerusi BN yang berpengalaman membawa kejayaan kepada BN Sabah dalam pilihanraya Umum bermula tahun 2004, mungkin ada cara yang tersembunyi untuk mempertahankan kawasan2 yang dimenangi dan mengulangi kecemerlangan seperti pada PRU yang lalu-lalu.

    ReplyDelete
  28. dgn trcemar dan trcalarnya imej BN dSemenanjung...sukar drasakan utk BN brnafas. Hnya brnafas dlm lumpur je lah. Sabah/Sarawak tu..common sense le,ndak bule kata apa. Minda mereka 25 tahun kebelakang,sebab tu mudah dtipu oleh UMNO hidup2.

    ReplyDelete
  29. pemilihan calon kena dilakukan dgn teliti.

    ReplyDelete
  30. pilih yang terbaik untuk dicalonkan.

    ReplyDelete
  31. ini kali lah ndak pilih dacing..

    ReplyDelete
  32. All existing Barisan Nasional elected representatives in the state as well as potential candidates have given an oath of allegiance that they will support any candidates chosen by the party leadership to contest in the general election Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir said the existing candidates had also given their commitment that they would not be disappointed if they are not selected.

    ReplyDelete

  33. He said as for those who are chosen as candidates, they would not consider it as a privilege, but rather as a challenge and trust bestowed on them.

    ReplyDelete

  34. "There has been a high level of awareness among the existing and potential candidates on the issue of candidacy in the coming elections.

    ReplyDelete

  35. "This stems from the reminder by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, who is also Umno president, who had sought for undivided support, during the recently-concluded Umno general assembly," he told reporters after chairing the weekly state executive council meeting.

    ReplyDelete

  36. Zambry, who is also the state BN chief, said there had been a general sense of awaress among all state BN leaders to give their undivided support to the party after the prime minister's message.

    ReplyDelete
  37. "In the context of Perak, we will continue to defend our position and ensure we regain seats lost in the last elections and maintain the seats we won," he added.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.