Kes pemerkosaan bekas pembantu rumah yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet akan dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan yang akan dibuat dalam masa terdekat itu termasuk rasuah dan ugutan bagi menutup kes tersebut.
“Sehingga kini kita masih menunggu perkembangan dari pihak Kedutaan Besar Indonesia.
Jika tidak ada sebarang reaksi untuk memulakan siasatan, kita akan ke SPRM untuk membuat laporan selanjutnya Disember ini.
“Jingga 13 merasakan kes ini perlu disiasat kerana ia melibatkan kepimpinan tertinggi negara,” katanya ketika dihubungi.
22 November lalu, Jingga 13 menyerahkan laporan permohonan penyiasatan kes itu dan tindakan undang-undang kepada Kedutaan Besar Indonesia di Jalan Ampang.
Laporan itu diterima kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk pihak berkuasa Indonesia membuka siasatan.
Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar mengesahkan perkara itu.
Menurut Fariz, pihaknya mengesyaki ugutan terhadap Robengah hingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan dirinya dan keluarga terancam.
“Robengah sendiri menyatakan beliau diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau daripada membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.
Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa bekas majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.
Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.
Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.
Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan. -KD
Thursday, November 29, 2012
Kes Menteri Rogol Amah Dilaporkan Ke SPRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menteri BN nih semuanya berkelakuan 'baik'.
ReplyDeleteTetuan Wales & Petruss
yang salah, pastinya tetap dihukum! tapi jika `pandai cari peguam`, lepaslah..kes rasuah pun boleh selamat! liwat pun boleh elak.
ReplyDeletehakim hanya menjatuh hukum!! oh, malaysia tanah airku... nyarislah Allah itu maha adil
Tetuan-Tetuan
kes ini sengaja nak diperbesarkan oleh pembangkang.
ReplyDeleteMenteri tu masih 'mampu' ka?
ReplyDeleteAda-ada saja cara pembangkang mahu tarik perhatian
ReplyDeleteSeorang perogol bersiri yang dipercayai telah merogol dan mencabul 20 orang wanita di Kelantan dijatuhi hukuman penjara 16 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen. Hanya 8 tahun saja. Negeri yang memperjuangkan hukum Hudud..
ReplyDeleteCubalah belajar daripada BUDAK-BUDAK PAKATAN macam mana nak SPIN ISSUE agar berpihak kepada mereka sekalipun memang terlalu jelas, mereka tidak mempunyai sebarang kelebihan dalam isu tersebut!!!
ReplyDeleteSelangor mencatat jumlah kes jenayah rogol tertinggi dari Januari hingga Ogos tahun ini dengan 456 kes daripada keseluruhan 2,426 kes
ReplyDeleteBahaya betul negeri Pakatan Rakyat di Selangor . Jadi kepada anak-anak gadis dari kampung yang menuntut di IPT @ bekerja di sana , berhati-hati lah dan jaga keselamatan anda. Ditambah lagi pertambahan pusat-pusat hiburan serta rumah2 urut yang cukup pesat di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat memburukkan lagi keadaan .
ReplyDeleteMalah lebih dasyat lagi , siap lagi iktiraf YB mereka yang pernah bersekedudukan dan tersebar gambar bogelnya .
ReplyDeletekes `pelir borjois` DSAI sentiasa selamat! penyokong2nya pula sanggup berbuat apa shj termasuk memaki hamun si eskay yg telah bersumpah. DSAI sadin tak bersumpah pun walau ada rakyat berfikir yg mula tertanya2...
ReplyDeletesumpah eskay bukan sebarangan!! maruah, reputasi & status pun dicagarnya bahawa ceritanya adalah BETUL.. o, bagaimana Anwar?? saat nie anda sebenarnya dah wajib juga bersumpah sebagaimana yg dituntut eskay & sebilangan rakyat yg berfikir..terfikir..!!
berani kerana benar, bro..atau barangkali perjuangan anda nie mmg tak direstui Allah. itu yg bising sangat bercerita membuka `skandal sebegini`..biar semua pengundi rasa perkara nie biasa2 jew.