Thursday, November 8, 2012

Najib Lantik Bekas Setpol Pilih Calon Pilihanraya

Isu calon pilihanraya sentiasa menjadi isu panas dalam UMNO. Begitu ramai yang berebut dan merasakan mereka layak untuk menjadi calon dan bergelar YB. Bagi mereka yang berjuang dan menjadi pemimpin UMNO, terpilih menjadi calon pilihanraya merupakan pencapaian terbaik dalam karier perjuangan peribadi atau sesetengahnya beranggapan seperti pintu rezeki semakin terbuka dengan luas.

Dengan terpilih sebagai calon pilihanraya, kemudian menang pula, bermacam jawatan dan peluang boleh diraih selepas itu. Darjat dalam masyarakat juga meningkat dan semua itu menjanjikan peluang ke arah kemewahan.

Lantaran itu, tidak menghairankan perebutan menjadi calon pilihanraya dalam UMNO sentiasa panas dan menggelegak.

Jika sebelum ini proses pemilihan calon dibuat melalui cadangan yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian ke ibu pejabat UMNO Malaysia dan kemudian ditapis oleh MT UMNO serta Badan Perhubungan UMNO Negeri-Negeri, namun sejak Najib memperkenalkan istilah "winnable candidate" ini, proses itu yang selama ini menjadi amalan turut melalui perubahan.

Meskipun menjelang PRU 13 ini, semua UMNO bahagian dilaporkan sudah mengemukakan nama-nama untuk dipertimbangkan sebagai calon sebagaimana biasa, namun peranan MT UMNO sebagai badan tertinggi untuk menapis nama-nama yang dikemukakan itu dilihat semakin diketepikan.

Ini berikutan Najib selaku Presiden UMNO yang begitu berhasrat besar untuk merealisasikan pemilihan calon berasaskan faktor "winnable" atau boleh menang dikatakan telah melantik bekas Setiausaha Politiknya, Alies Nor untuk mengetuai sebuah unit untuk menapis calon-calon pilihanraya kali ini.

Alies yang kini dilantik sebagai Pengerusi PWTC iaitu Kompleks Ibupejabat UMNO sebaik Najib menjadi Perdana Menteri, dikatakan mempunyai peranan yang cukup besar dan berpengaruh dalam pemilihan calon PRU 13 ini kerana Najib meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadapnya.

Alies dikatakan akan melakukan pemantauan yang menyeluruh terhadap nama-nama yang dikemukakan oleh UMNO bahagian-bahagian dengan kerjasama Biro Tatanegara serta pihak lain yang menjadi kepercayaannya. Selain itu beberapa pemantau yang terdiri daripada ahli jawatankuasa UMNO bahagian-bahagian yang diketahui rapat dengan Najib tetapi tiada keinginan untuk menjadi calon pilihanraya telah pun dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu.

Dalam masa yang sama, beberapa bekas pemimpin juga turut dilantik dalam unit yang diketuai oleh Alies Nor itu dan antaranya ialah bekas Menteri Pelancongan, Sabbaruddin Chik.

Peranan unit ini bukan saja meneliti nama serta latarbelakang calon agar memenuhi kriteria "winnable" yang menjadi penanda aras politik Najib tetapi juga difahamkan turut mengambil kira faktor kecenderungan dan kesetiaan mereka.

Ini kerana selain menghadapi tentangan daripada Anwar dan Pakatan Rakyat, Najib juga dikatakan mengambil kira faktor Muhyiddin dalam pemilihan calon pilihanraya kali ini. Beliau seboleh-bolehnya cuba meminimakan pengaruh Muhyiddin bagi mengelakkan timbulnya desakan agar beliau diminta berundur daripada jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika BN hanya mampu mencapai kemenangan tipis dalam pilihanraya umum nanti.

Sehingga ini unit tanpa nama yang diketuai oleh Alies Nor ini sedang sibuk menjalankan tapisan dan siasatan keatas nama-nama calon yang difikirkan berpotensi untuk bertanding sebelum disahkan dan seterusnya dipersembahkan kepada Najib untuk kata putus.

Dengan tugas yang dimainkan oleh Alies Nor ini, peranan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan MT UMNO secara automatik semakin terpinggir dan tidak lagi penting dalam proses pemilihan calon pilihanraya kali ini.

Adalah dijangkakan bahawa Najib akan mempersetujui sepenuhnya nama-nama yang disahkan sebagai "winnable" oleh Alies Nor itu dan MT UMNO hanya sekadar menjadi "rubber stamp" sahaja.

Peranan dan pengaruh Alies Nor dalam proses penentuan calon ini bukan lagi perkara rahsia dalam UMNO dan ia semakin menjadi bualan di mana-mana sekarang ini.

Malahan terdapat beberapa pemimpin UMNO dari beberapa negeri yang merasakan diri mereka layak dipilih sebagai calon sanggup datang ke Kuala Lumpur berulangkali untuk bertemu dan melobi sendiri dengan Alies Nor.

Sesetengah daripada mereka mendapat jawapan yang sama-samar daripada Alies Nor seperti diminta bersiap sedia tetapi ramai juga yang mengaku sudah pun mendapat pengesahan atau "endorsment" yang jitu sebagai calon yang pasti dalam pilihanraya kali ini.

Merebaknya cerita dari mulut ke mulut mengenai peranan dan pengaruh Alies Nor dalam pemilihan calon di era kepimpinan Najib ini menyebabkan beliau sentiasa diserbu dan dikunjungi oleh pihak-pihak yang ghairah mahu menjadi calon pilihanraya.

Berbeza dengan amalan sebelum ini di mana mereka yang berhajat menjadi calon akan melobi Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Pengerusi UMNO Negeri serta ahli MT yang dilihat rapat dengan Presiden UMNO, kali ini suasana itu hampir tidak kelihatan lagi.

Sementara tidak semua pemimpin dengan mudah dapat menemui Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan dalam yang sama merasakan pihak lain seperti Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden serta Pengerusi UMNO Negeri sudah ketiadaan pengaruh, sebaliknya kini Alies Nor yang tiada apa-apa jawatan dalam UMNO pula yang menjadi tumpuan serta perhatian.

Oleh Shahbudin Husin (DD)

13 comments:
Write comments
  1. Patutnya Kak Rosmah yang diberi kuasa memilih calon BN kan dia first lady of Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Nama2 calon BN pasti akan diumumkan juga.

    ReplyDelete
  3. Rakyat teruskan sokongan kepada BN. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah pembangkang

    ReplyDelete
  4. Sebagai seteru politik, meskipun Obama adalah Presiden Amerika, dalam menghadapi pemilihan presiden, kedua-dua pihak diberikan peluang dan ruang yang sama. Obama tidak menggunakan jawatannya untuk berkempen dengan menafikan hak kepada lawan politiknya. Pentas di mana beliau berucap disitu juga Mitt Romney berpeluang berucap. Mitt Romney bebas mengkritik dasarnya, berdialog malah berdebat dalam ruang terbuka. Seluruh rakyat menjadi penonton melihat kehebatan kedua-dua tokoh mengemukakan hujah balas. Media pula tanpa berpihak memberikan liputan sama adil kepada semua penyokong. Tidak kelihatan media menjalankan propaganda memburukkan mana-mana pihak. Untungnya Mitt Romney kerana sedikitpun beliau tidak difitnah oleh media dengan pelbagai propaganda yang direka-reka. Malah, tidak kedengaran juga suruhanjaya pilihanraya AS dicemuh atau dicurigai rakyatnya kerana menimbulkan penipuan dalam senarai daftar pemilih, atau menjalankan sistem pilihanraya yang pincang.


    ReplyDelete
  5. Korang pernah tengok Anwar naik basikal tua tak? Gua pun tak pernah beb.. Tapi kalau gambar Anwar berlakon di tepi basikal tu ada laa..


    Kalau sebelum ni kita dikejutkan dengan simpanan lebih RM1 billion, gambar Anwar bermewah-mewah dalam Jet Peribadi.., sekarang ni rakyat dimomokkan pulak dengan gambar Anwar di sebelah Basikal Tua..


    Gua rasa, gambar ni disebarkan untuk bagi tau rakyat bahawa Anwar berjiwa suci murni dan mampu memahami penderitaan rakyat bawahan..


    Kononnya, dengan bergambar di tepi Basikal zaman 50-an tu, Anwar digambarkan sebagai sorang pemimpin yang tahu erti kesusahan..


    Perghh.., memang poyo gila beb..


    Gambar Anwar tepi basikal tua sebenarnya adalah poster kempen PRU13 yang bakal Pakatan gunakan untuk lawan BN.. Awal betul dorang buat poster yee.. Anwar dah kemaruk sangat nak jadi PM gamaknya kot?!!


    Satu lagi.., anak sapalah yang jadi mangsa kerakusan politik Pemimpin Paling Suci/ Anugerah Tuhan Buat Pakatan rakyat tu yee..? Berapalah agaknya upah yang dibayar kepada bebudak tu untuk bergambar duduk di atas basikal tua bertongkat tuh?

    Nasib baik kecik lagi budak jantan dua orang yang di atas basikal tu. Kalau besar,, mau bergelojak hati Anwar menahan nafsu... huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Tolak calon yang hanya mahukan kuasa dan wang

    ReplyDelete
  7. Moga lebih banyak muka baru akan dicalonkan

    ReplyDelete
  8. Anonymous said...November 9, 2012 9:36 AM

    Betul itu BN tetap menjadi pilihan rakyat kerana hanya BN yang sudah berjanji untuk melaksanakan GST selepas pilihanraya seperti yang Najib umumkan kalau tidak nanti negera akan bangkrap kalau tak kutip cukai GST dari rakyat kata Idris Jala. Jadi sama-sama kita undi BN supaya cukai GST dapat dilaksanakan secepat mungkin!

    ReplyDelete
  9. Khabarnya SU Agung UMNO dah hantar surat 'resignation' kpd PM. Khabar dr org tinggi dlm parti syaitan itu kata, SU Agung tu dah baca yg UMNO akan kecundang dgn pukulan maut dr DS Anwar. Jadi sebelum dimalukan oleh kebangkitan rakyat,awal2 lagi SU Agung tu nak letak jawatan dlm parti tu. Mamposs haihh,UMNO kali nih.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  10. Calon BeEnd sebenarnya ramai yg BUKAN 'winnable candidate' tapi Najib tersepit antara MASA dan KEADAAN. Silap percaturan pemilihan bakal YB, UMNo bukan shj mnghadapi PR malah musuh dlm selimut dan bakal mnyediakan selimut putih buat UMNO. Malah tak heran jika calon yg paling bermasalah kpd rakyat ,itulah calon yg brmasalah utk PM 'reject'. Dgn kata lain,terpaksa dprtahankan juga utk setiap election.
    **Raja Sulu'

    ReplyDelete
  11. Nak tenguk la Najip berdebat dengan Anuar, kalu takpun Musa Aman dengan Jeffery Kitingan..tenguk bukan main siok Mitt Romney berdekat Obama, malaysia boleh bah !

    ReplyDelete
  12. pilih calon yang benar2 terbaik.

    ReplyDelete
  13. Semalam UMNo trpaksa gunakan media perdana saluran televisyen utk promote kebaikan Najib dgn staf JPM kot. Najib dkhabarkan jumpa staf sendiri terus tanya, DAH MAKAN KE BELUM atau seumpamanya lah. Menyapa semua orang yg ada dan bagai2 lagi la. Huraian itu diungkapkan oleh Setpol beliau le. Ndak pernah berlaku bah, sabelum ini. Hairan aku,bah. Benda2 tu apa parlunya dicakkap.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.