Wednesday, November 14, 2012

Pelakon sokong perarakan hijau Kuantan-KL

Perarakan Himpunan Hijau sejauh 300km dari Kuantan ke Kuala Lumpur turut disertai seorang selebriti yang merupakan pelakon komedi Singapura, Tay Yin Yin yang dilahirkan di Kuantan.

NONETay, yang membintangi filem-filem Singapura Where Got Ghost dan
Ghost Must be Crazy
, dijadualkan menyertai perjalanan tersebut sama ada esok atau hari  berikutnya.

Menurut Ketua Publisiti Himpunan Hijau, Lee Chean Chung, Tay merancang untuk bersama-sama dengan kumpulan itu sepanjang perjalanan hingga ke Parlimen. Mereka dijangka tiba pada 26 November.

Perjalanan itu yang bermula semalam, adalah satu bentuk bantahan terhadap keputusan membenarkan operasi kilang penapisan nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, yang terletak di utara Kuantan.

Lee berkata perarakan tersebut semakin mendapat sambutan apabila
beberapa kumpulan dari Kuantan dan negeri-negeri lain, turut menyatakan kesediaan untuk menyertai mereka.

Pujian untuk unit amal PAS


NONESeorang aktivis dari Johor, Chong Chun Yet memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan keluarganya seramai empat berhasrat untuk menyertai perjalanan itu sebagai tanda perpaduan dengan penduduk Kuantan.

Chong,  dari kumpulan yang dikenali sebagai Johor Yellow Flame, adalah antara aktivis yang membantah pembinaan projek penapisan minyak dan gas Petronas di Pengerang.

Terdahulu hari ini, kumpulan seramai 51 itu bergerak selama sembilan jam dari Gambang ke Seri Jaya, di mana mereka akan bermalam di dewan pelbagai guna.

Wong juga menyatakan penghargaan kepada pasukan unit amal PAS yang mengiringi mereka sepanjang perjalanan tersebut. -MK

4 comments:
Write comments
  1. Kenapa masyarakat umum tak kira kedudukan atau seumpamanya lebih kearah PR?? Harus dikaji oleh PM tu kalu beliau mahu imej UMNO naik semula. kalau buat bodoh sombong tu...alamak nak mampuss le tu.

    ReplyDelete
  2. Sokongan artis2 ini memang harus dipuji. Lynas akan menjadi wabak yang tidak mengenal siapa.. Kita menyeru lebih ramai kalangan selebriti untuk tampil menyuarakan bantahan anda..kerana anda adalah role model kepada peminat anda ..buktikan anda bukan hanya golongan yang menjadi ikon hiburan semata-mata' tetapi anda mampu menarik ramai rakyat bersama menentang ancaman ini..

    ReplyDelete
  3. Yg tak sokong hanya PENCACAI ANGKAT NAJIS UMNGOK sahaja..

    ReplyDelete
  4. Ini pelakon bangsa cina r SPura,yg sokong anti-Lynas. Kat airport Changi, SPura nun pernah semasa Hj hadi nak turun dr flight tu di sapa oleh seorg peramugari cina dr pesawat SPore Airlines katanya..."saya dan seluruh keluarga saya sokong PAS." Masya Allah,sayu hati mndgrnya. Dah la cina,kerja peramugari dan di Spore...boleh berkata begitu. Allahu akbar. Cina tu asalnya dr Malaysia jugak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.