Tuesday, November 27, 2012

Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU-13

Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.

Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.

Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.

“Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan.

“Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi.

“Sejak Anwar keluar (daripada penjara), berlakunya demonstrasi,” kata Dr Mahathir semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri forum tentang perang dan konflik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Dr Mahathir juga menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.

“Tapi selepas dia keluar... ini (demonstrasi) menjadi strategi untuk dirinya berada di Putrajaya,” tambah Mahathir.

Beliau kemudiaan menambah walaupun percaya BN mampu menang dua pertiga majoriti, pengundi mungkin berubah fikiran apabila pilihan raya dipanggil nanti.

Punca kepada perkara tersebut menurut Mahathir adalah disebabkan oleh media memandangkan mereka mampu mempengaruhi rakyat Malaysia semasa dipeti undi nanti.

“Kamu mungkin melaporkan sesuatu yang mempengaruhi untuk tidak mengundi kerajaan... sudah semestinya kami tidak mendapat dua pertiga majoriti,” kata beliau.

Semasa ucapan perasmiannya untuk forum tersebut, Dr Mahathir memberi nasihat kepada pihak yang sanggup menggunakan keganasan dan salahguna sistem demokrasi Malaysia untuk menawan kerajaan.

Tanpa menamakan pihak tersebut, mantan PM negara itu berkata ia adalah berpunca daripada demokrasi dan kebebasan yang tidak terpelihara sambil mendakwa mereka yang menyebarkan demokrasi mungkin menggunakan cara sama untuk menghalalkan cara.

“Kadangkala perkara ini akan menyebabkan keganasan dan pembunuhan, rumah dibakar dan bangunan... mereka akan lakukan apa saja untuk menjatuhkan kerajaan,” kata beliau.

“Hal ini kerana dalam negara demokrasi baru, kami tidak menghargai sistem tersebut sepenuhnya... semasa kita mengatakan kita suka demokrasi, kita hanya suka bila kita menang tapi tidak bila kalah.”

Dr Mahathir kemudiaan menambah bahawa demokrasi menawarkan kesaksamaan kepada orangnya, hal ini akan menyebabkan berlaku konflik kerana tidak ramai yang menyokong pandangan tersebut. -TMI

8 comments:
Write comments
  1. sejak bila ada 'tuhan' baru yg dipanggil mahathir???

    ReplyDelete
  2. Nak Demo?? *Persoalan yang bermain dikalangan rakyat sekarang ini ialah: mengapa Mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim daripada pertuduhan meliwat stafnya Saiful walaupun kesan airmani Anwar dijumpai didalam dubur Saiful?

    Kedua, adakah Anwar Ibrahim “suci & bersih” setelah Mahkamah menolak pertuduhan meliwat staf dia Saiful Bukhori?

    Ketiga, adakah Kerajaan terlibat dengan konspirasi bersama Mahkamah untuk membebaskan Anwar kerana tekanan atau kepentingan politik? Adakah benar dakwaan kaum Anwarinas bahawa Kerajaan begitu takut rakyat akan marah sehingga berpakat dengan Mahkamah untuk membebaskan Anwar?

    ABU KAZIB @ BAPAK PEMBOHONG

    Saperti yang telah teman sebut sebelum daripada ini, penghakiman Mahkamah membuktikan satu perkara yang cukop jelas:

    ANWAR IBRAHIM BAPAK PEMBOHONG & PUTAR BELIT!

    Buktinya? Kerana Anwar mendakwa pertuduhan liwat terhadap Saiful itu adalah konspirasi jahat Kerajaan untuk menjatuhkan dia! Perbicaraan itu satu sandiwara! Skrip perbicaraan dan hukuman sudah siap! Dia pasti ke penjara! Inilah yang dijaja Anwar siang malam pagi petang, di bandar dikampung, didalam dan luar negara! Mesej Anwar jelas: dia adalah mangsa konspirasi jahat Kerajaan! Bahawa Kerajaan mahu menyumbat dia kedalam penjara dengan pertuduhan rekayarsa meliwat stafnya Saiful Bukhori!

    INI BERMAKNA PENGHAKIMAN MAHKAMAH SEPATUTNYA MENDAPATI ANWAR BERSALAH & DIHUKUM DALAM PENJARA DENGAN HUKUMAN BERAT!

    Tetapi hakikat yang berlaku adalah sebaliknya! ANWAR DIBEBASKAN!

    HAKIKATNYA MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR!

    Setelah kes berlalu lebih daripada 3 tahun, dengan puluhan penangguhan, dengan pelbagai usaha dibuat untuk menyingkirkan Hakim, dengan pelbagai permohonan difailkan; fakta didepan mata kita ialah HAKIM MEMBEBASKAN ANWAR!

    Bukankah penghakiman itu bukti jelas apa yang ditemberangkan Anwar sejak Saiful membuat lapuran polis ini sebagai satu konspirasi adalah satu pembohongan dan putarbelit semata-mata?

    Dan mike dah lupakah pembohongan Anwar mengenai 16 Sept? Mike dah lupa pembohongan Anwar dia nak kena tembak mati selepas Saiful buat lapuran polis? Mike dah lupe pembohongan Anwar konon tidak mengenali rakan baiknya Datuk Eskay? Mike dah lupe pembohongan Anwar pasal jam Omega? Mike dah lupa pembohongan Anwar mengenai twit semasa dengan ChinaDOLL? Berapa punya banyak lagi pembohongan Anwar yang telah dilakukan?

    ReplyDelete
  3. Bila dh nk jatuh dr tmpuk kekuasaan, cari jln nk salahkan demokrasi... Alasan berhimpunla, tunjuk perasaan la, berarak la.. mcm2 alasan yg Madey Kutty nk salahkan sistem demokrasi sbb rasa xselesa dgn gemarnya rkyat skrg pilih cara berhimpun tuk luahkan ketidakpuasan dgn tindak tanduk K'jaan UMNO/BN... Tp kalau dulu, Madey sering sebut demokrasi berpelembagaanlah sistem terbaik tuk rkyat M'sia pilih K'jaan... Dlm perlembagaan telah termaktub hak tuk berhimpun... Kalau dulu Madey xkesah kalu rakyat nk berhimpun dan tunjuk perasaan sbb xramai mna...
    namum, skrg....Mana xpaniknya si Mamak ni bl tgok setiap perhimpunan yg d anjurkan NGO da PR melebihi puluhan ribu!!!!.

    ReplyDelete
  4. Semakin lama semakin komen merapu dr. m nih. Ada ker dia kaitkan hak demokrasi dgn ketidakstabilan? Ketidakstabilan akan tetap berlaku sekiranya sebuah kerajaan itu jenis kerajaan syok sendiri & x dgr kata2/permintaan rakyat. Sgala yg berlaku skrg disegi ketidakpuasan hati rakyat adalah berkait rapat dgn sikap kerajaan itu sendiri. Lain punya penyebab, lain pulak yg dituding. Ini mesti kes nak cover line. Sudah2 la che det, semakin bercakap semakin melalut x tentu arah. Lebih baik dok diam...

    ReplyDelete
  5. Anonymous said...
    November 27, 2012 4:24 PM

    peliwat mak engkau ke? Mgkn bontot pemfitnah tidak dapat pembelaan kot!!!! tu pasal dia nak me ngata..

    ReplyDelete
  6. tindakan terdesak kjaan diktator bn...moga ianya mnyumbang kepada kebangkitan rakyat sabah & msia amnya utk buat perubahan....KERAjaan BN WAJIB DIKAPANKAN.....Bangunlah wahai rakyat 1msia , kita UBAH SKG DEMI SELAMATKAN MSIA....

    ReplyDelete
  7. Anonymous said...
    November 27, 2012 4:24 PM

    PENCACAI UMNO NI NAMPAK SANGAT TAKUT DENGAN ANWAR, HEYYYY......DENGAR SINI PRU 13 BN UMNO TUMBANG, SELURUH RAKYAT MALAYSIA AKAN BERSATU MENJADIKAN BN UMNO MENJADI LIPATAN SEJARAH. HIDUP PKR

    TUKARRRRRR...............

    ReplyDelete
  8. Madey jangan takut kalau pun BN hangkang PRU13 kilang arak di luar negara tetap beroperasi engkau pun boleh ke sana jaga kilang itu sekali!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.