Monday, November 26, 2012

Bukti Perhimpunan Hijau Anti-Lynas Aman

Himpunan Hijau Anti Lynas mencapai matlamat apabila kumpulan pejalan kaki Stop Lynas berjaya tiba di Dataran Merdeka kira-kira jam lima petang tadi.

Hampir 20,000 orang berjaya tiba di hadapan Dataran Merdeka.

Mereka duduk di atas jalan raya mendengar ucapan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack.

Wong Tack dalam ucapannya berkata, kumpulan yang berjalan kaki dari Kuantan, Pahang akan duduk di Dataran Merdeka sehingga pagi esok bagi menunjukkan bantahan mereka.

"Kita berada di sini kerana sayangkan negara kita.

"Kita akan tidur di sini dan kita minta ahli parlimen datang jenguk kita kerana mereka menaiki kenderaan, cuma tiga minit sahaja sedangkan kita sudah jalan jauh," katanya.

Perjalanan sejauh 300 kilometer itu bermula sejak 13 November lalu.

Mereka tiba di Tol Gombak, jam 3 petang semalam sebelum berarak ke Kolej Universiti Islam Dr. Zulkifli Mohamed ((KUIZM), di Taman Melewar pada jam 4 petang.

Ketibaan mereka disambut PAS kawasan Batu dengan Yang DiPertua PAS Batu, Cikgu Ishak Surin yang turut bersama-sama berjlan kaki dari Tol Gombak ke Taman Melewar.

Pagi tadi, kumpulan tersebut bergabung dengan kumpulan dari Kuala Lumpur mula berarak dari KUISM ke Sentul Pasar.

Mereka seterusnya berarak ke Maju Junction sebelum bergabung dan berarak ke Dataran Merdeka.

Cikgu Ishak turut bersama-sama ke Dataran Merdeka bersama kaum Cina, Melayu dan India dari pelbagai peringkat umur.

Mereka duduk di Dataran Merdeka kira-kira sejam sebelum sebahagiannya beransur pulang.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden, Tian Chua dan Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Tiada kejadian yang tidak diingini sepanjang perarakan. -HD


Gambar bawah ehsan telokbakong


















10 comments:
Write comments
  1. Apakah pemimpin Australia bodoh menolak projek Lynas ini sementera kerajaan Malaysia bijak kerana menerimanya?

    ReplyDelete
  2. Himpunan Hijau Lynas baru 20 ribu di Selangor dalam masa terdekat akan diadakan himpunan Ibu-ibu tunggal yang seramai 30 ribu orang menurut seorang lelaki di TV suku semalam agaknya dia itu bapa ibu-ibu tunggal tersebut!

    ReplyDelete
  3. pemimpin Australia mmg macam tu.. terlalu idealis. jika mereka tak mau lembu2 disembelih langsung di negara mereka kerana `perbuatan menyembelih` juga tidak bertamadun, apakatakau??

    aku di gebeng, pahang nie bahagia bila ada projek besar macam nie! banyak industri hiliran bercambah. aku faham dengan taklimat & penerangan2 yg diberi oleh pihak sains serta pihak persekitaran.

    di pahang nie ada juga kilang buat merc kompressor. syukurr2

    ReplyDelete
  4. Kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk perubahan jelas dipamerkan oleh rakyat yang begitu prihatin dengan isu Lynas..Mana pemimpin atau wakil rakyat BN? Seorang pun tidak kelihatan..sekurang2nya hadir untuk mendengar keluhan rakyat..300km dari Kuantan ke KL adalah lambang sejatinya pengorbanan rakyat. Kepada perarakan rakyat anti Lynas ingatlah....apabila perbincangan ditolak regim..apabila kecurangan SPR dinafi mentah2 oleh rejim..apabila segala penafian mencapai kemuncaknya... kita semua pasti bersolidariti untuk menghumbankan rejim yang pekak badak dan bodoh sombong...Masa yang dinanti akan tiba juga ...Takbir! Reformasi!

    ReplyDelete
  5. Negara kita bukan negara pengemis sehingga sanggup menerima pelaburan yg negara lain tolak atas sebab produck yg merbahaya atas kesihatan dan alam sekitar.

    Malangnya.. pemerinyah yg TAMAKHALOBA mengunakan Sultan Pahang untuk berselindung bagi menghalalkan operasi Lynas ini diteruskan.

    Kilang yg sama juga ada di negara cina.apa terjadi di sana? Bandar yg mempunyai kilang sama spt Lynas di China kini menjadi bandar MATI,.

    Perkara dan kesan yg sama akan menjangkiti negara kita tidak lama lagi.. hanya kerana untung secupak.negara akan rugi segantang!!!

    Dan bala ini berterusan sampai kiamat di sebabkan radiasi ini kekal sampai bila2..

    Maka lahirlah generasi2 sonsang yg cacat dan sebagainya..

    Boleh tak otak berfikir, mengapa Australia menolak proses ini jauhhh nun di Malaysia, sesudah di proses bahan yg di kehendaki di hantar ba
    lik ke Australia? mengapa tidak proses di tempat sendiri lebih mudah kan? namun di sebabkan BAHAYA lah Australia tidak merisikokan rakyatnya walaupun negaranya beratus kali ganda saiznya.

    Masakan rakyat tidak sedar dan tidak boleh berfikir?

    Kerajaan kini tidak hiraukan kesejahteraan negara hingga sanggup menerima projek merbahaya sedangkan negara kita adalah negara kaya...

    Negara kita negara sampah sarap.. Tidak cukop dgn isu pendatang yg berjuta2 membanjiri kini rakyat bakal berdepan dengan RADIASI... sekian..

    ReplyDelete
  6. Malaysia simpan sisa toksid macam panganut-2 PR nie tak dibuang ke nagara lain ka? menyemakk saja!! sisa toksid yg kurang hajar macam ini satu liability pada nagara kita!!

    jauhi PR!!! hidup BN!!!!!!!!!

    *kami sekeluarga sokong BN

    ReplyDelete
  7. aku bersama 3.3 juta ahli umno tetap dgn BN!!!

    keahlian BN hampir 9 juta! harap semua ahli BN bersatu teguh bawah Najib!! jangan merajuk rajuk lagi!! jangan mudah dengar kabar angin..

    HIDUP BN!!!! HIDUP UMNO!!! TAKBIRR!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. November 26, 2012 4:47 PM

    Maksud anda pemimpin Australia bodoh?

    ReplyDelete
  9. Anonymous said...November 26, 2012 4:47 PM

    Kilang Beer ada?

    ReplyDelete
  10. PEMIMPIN2 ZIONIS DI AUSSIE TARIK TALI SUPPORT DANA POLITIK PADA DSAI. APA KAU KATA?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.