Thursday, November 8, 2012

Penyokong UMNO BN Turut Tentang AES



Akar umbi Umno menyertai Pakatan dalam melawan AES Tindakan keras kerajaan untuk meneruskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) melahirkan penentangan daripada akar umbi Umno dengan satu blog dan akaun Facebook diwujudkan minggu ini untuk menentang kamera kelajuan tersebut, menandakan kamera kelajuan beralih menjadi lumpur jerlus politik bagi Barisan Nasional (BN).

Pakatan Rakyat (PR) sudah memberikan notis tentang niat mereka untuk mengeksploitasi kontroversi AES dengan pilihan raya yang perlu diadakan beberapa bulan lagi, akar umbi Umno kini beralih menyertai penentangan terhadap apa yang telah dilihat sebagai inisiatif MCA.

aes-malaysia.blogspot.com, sebuah blog yang diwujudkan oleh penyokong Umno tanpa nama minggu ini, menggunakan skrip pembangkang persekutuan dalam posting menyerang kamera AES.

Dalam tulisan terbaru, penulis blog tersebut memasukkan dua gambar – salah satunya jalan raya utama Gambang-Maran di Kuantan yang terdedah kepada kemalangan, dan satu lagi lebuh raya utama ke Putrajaya.

Jalan di Gambang-Maran tidak mempunyai kamera AES dipasang akan tetapi kamera kelajuan itu dipasang di lebuhraya Putrajaya.

“Adakah masuk akal jalan dua lorang sehala di Putrajaya kelajuannya 70KM/J, sedangkan jalan persekutuan yang dua hala dari Gambang ke Maran yang terdedah dengan pelbagai simpang, orang melintas, lembu melintas, diletakkan had laju 90KM/J? Tiada AES.

“Jalan selebar ini di Putrajaya hanya diletakkan had laju 70 KM/J dan diletakkan AES. Berapa orang telah mati di jalan ini?” Kecurigaan meluas bahawa pengenalan AES didorong oleh keuntungan dan bukan keselamatan jalan raya digunakan sebagai kempen PR dan kemarahan orang ramai semakin meningkat.

Beberapa ahli politik BN juga bimbang isu ini akan menjadi bahan kempen besar bagi pembangkang dalam pilihan raya akan datang dan menuntut kerajaan supaya menangguhkan AES.

Pada awal minggu ini, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyertai penentangan terhadap AES.

“Kita perlu mengkaji (AES) .... adalah pelaksanaan yang hanya membawa keuntungan kepada sesetengah pihak? Seolah-olah ia hanya berorientasikan keuntungan. Itu yang sedang dipertikaikan,” katanya awal minggu ini.

Dua syarikat yang menerima kontrak untuk melaksanakan sistem penguatkuasaan tersebut – ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap kedua-duanya – akan membelanjakan diantara RM300 juta dan RM400 juta untuk memasang kamera trafik di 831 “lokasi hitam” di seluruh negara.

Kedua-dua Ates dan Beta Tegap berhak menerima RM16 bagi setiap saman sah bagi lima juta pertama dikeluarkan. Mereka kemudiannya akan membahagikan baki hasil sekata dengan kerajaan sehingga masing-masing mendapat sebanyak RM270 juta.

Kedua-dua syarikat akan mendapat 7.5 peratus daripada baki keuntungan dan kerajaan akan menyimpan selebihnya.

PR mengatakan syarikat berkait MCA dan Umno yang mendapat projek ini akan tetapi telah dinafikan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa penyumberan luar kamera kelajuan dan saman kelajuan diilhamkan semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan walaupun bantahan daripada beberapa menteri yang berhujah bahawa penguatkuasaan dan saman harus kekal dalam domain kerajaan, projek itu telah diteruskan oleh Kementerian Pengangkutan.

Projek ini dicadangkan semasa Tan Sri Chan Kong Choy – kini menghadapi perbicaraan di atas tuduhan menipu dalam isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) – adalah menteri, tetapi telah dimuktamadkan semasa Datuk Seri Ong Tee Keat pada menerajui kementerian tersebut.

Datuk Seri Kong Cho Ha, kini Menteri Pengangkutan, telah menjadi penyokong paling lantang AES.

Selain aes-blogspot.com, beberapa blog pro-BN lain yang mewakili kepentingan Umno telah mula menentang AES.

Sebuah laman Facebook yang dikenali sebagai Tangguh-AES juga telah diwujudkan bulan ini oleh kumpulan tanpa nama yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong kerajaan.

Blog aes-malaysia.blogspot.com juga menyediakan pautan kepada berita dari Amerika Syarikat, Britain dan Australia tentang bagaimana kamera kelajuan telah menjadi bahan membuat wang bagi majlis tempatan.

Hujah-hujah dikemukakan oleh penyokong Umno menyerupai PR, menunjukkan kebimbangan bahawa kontroversi AES dapat menyatukan pengundi di belakang pembangkang persekutuan.

“Jika AES dibenarkan untuk diteruskan, akan menjadi sangat sukar bagi kita untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang. Ini adalah salah satu isu yang berpotensi menyatukan semua kaum melawan BN,” kata seorang pemimpin Umno bahagian dari Perak kepada The Malaysian Insider.

Ketika Kong dan pemimpin lain kerajaan mempertahankan AES diatas nama keselamatan jalan raya, kedua-dua syarikat berkenaan berdiam diri tentang kamera kontroversi tersebut.

Berdasarkan model perniagaan ini, kedua-dua syarikat akan mengumpul RM80 juta bagi setiap lima juta pertama saman yang dikeluarkan oleh setiap syarikat. Ini membolehkan sebanyak RM160 juta dikumpulkan.

Di bawah peringkat kedua perjanjian itu, syarikat akan mendapat sejumlah RM540 juta, menjadikan jumlah diterima kedua-dua syarikat kepada RM700 juta.

Berdasarkan pembahagian keuntungan dengan kerajaan, angka RM540 juta mewakili 3.6 juta saman RM300 setiap satu.

Untuk mencecah RM700 juta keuntungan diatas modal, sejumlah 13.6 juta saman RM300 setiap satu bagi kesalahan memandu laju perlu dikeluarkan melalui kamera AES.

Kedua-dua syarikat akan mempunyai lima tahun untuk mendapatkan 13.6 juta saman titik pulang modal sebelum keseluruhan sistem dikembalikan kepada kerajaan.

Bagi memastikan syarikat mendapat keuntungan daripada perjanjian dengan kerajaan, mereka hampir pasti perlu mengeluarkan lebih daripada 13.6 juta saman setahun.

Semua saman tambahan itu akan menyebabkan kedua-dua syarikat masing-masing menerima potongan 7.5 peratus.

Mengandaikan kedua-dua syarikat telah mensasarkan jumlah keuntungan sebanyak RM100 juta selepas lima tahun, yang akan menjadi 7.5 peratus daripada RM1.4 bilion daripada saman berjumlah RM300 setiap satu.

Ini memerlukan 4.6 juta saman lagi, menjadikan jumlah 18.2 juta saman bagi kesalahan memandu laju dan lain-lain kesalahan serius untuk kedua-dua syarikat mendapatkan RM50 juta setiap satu dalam keuntungan selepas lima tahun.

Menurut anggaran persekutuan dalam Bajet 2013, kerajaan menjangkakan untuk melihat tambahan RM1.02 bilion pendapatan daripada penguatkuasaan AES, tetapi tidak dinyatakan berapa banyak yang akan dibayar kepada kedua-dua syarikat.

Terdapat juga kebimbangan semakin meningkat di kalangan ahli-ahli politik BN yang berkeras AES boleh menyebabkan BN menanggung akibat dalam pilihan raya – perlu dipanggil dalam tempoh enam bulan akan datang.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Umno, Datuk Bung Mokhtar Radin menyeberangi jurang politik dan menyokong pakatan pembangkang PR dalam mendesak Putrajaya untuk menggantung menguatkuasakan AES, mengatakan ia boleh digunakan sebagai bahan kempen menentang BN.

Bung Mokhtar, ahli parlimen Umno yang berpengalaman, adalah ahli parti pemerintah paling kanan selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan persekutuan untuk menangguhkan penguatkuasaan sistem penguatkuasaan trafik baru itu.

Kedah, Penang, Kelantan dan Selangor – kesemuanya diperintah PR – telah memutuskan untuk menagguhkan kelulusan AES yang mengesan kelajuan dan mengeluarkan saman.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang berpengaruh termasuk badan payung mewakili penjawat awam, Cuepacs, juga telah menentang penguatkuasaan, mengatakan sistem tidak sesuai buat masa ini.

16 comments:
Write comments
  1. AES project is very close to Opposition Leader Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  2. whatever project they do, some of these people will be awarded and that doesn't mean cronyism

    ReplyDelete
  3. Anonymous said...November 9, 2012 9:51 AM

    AES project is very close to Opposition Leader Anwar Ibrahim
    ( AES is idea of the present goverment (BN), Is Anwar in the government now?)

    ReplyDelete
  4. AES ini perlu dikaji semula sesuai atau tidak digunakan.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita lihat AES ini sebenarnya bertujuan untuk membantu memastikan para pemandu sedar untuk melanggar peraturan jalan raya.

    ReplyDelete
  6. tapi seharusnya perlulah diperjelaskan dengan lebih terperinci akan AES ini. Kajian juga perlu untuk perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Negara lain juga ada melaksanakan perkara ini. Memang berkesan menangani masalah kemalangan dan sebagainya. tapi di malaysia rasanya perlu dibincangkan lebih. Kemalangan yang sering berlaku disebabkan oleh memandu dengan cara merbahaya, memandu laju dan juga melanggar lampu isyarat.

    ReplyDelete
  8. memang pasti bantahan berlaku. Ini yang membantah ini mereka yang selalu melanggar peraturan lalu lintas itu. sebab itulah mereka membantah. sebenarnya mereka takut kena saman saja selalu atas kesalahan sendiri. betul kan..hahaha tidak perlulah tipu. Kalau tidak melanggar kesalahan lalu lintas buat apa kita takut dan menentang semua itu. dapat fikir sendiri ok. Tidak perlulah marah sana sini.

    ReplyDelete
  9. rakyat dah tak suka batalkan saja, korang ingat bila teruskan aes bn boleh menang besar pru 13 ni ke? kalau boleh silakan.....

    ReplyDelete
  10. Inilah contoh MB yang pentingkan rakyat..bukan pentingkan poket kroni. Bila poket kroni penuh dan tembolok membuncit, sebahagian duit tersebut akan di beri semula kepada pemimpin regim untuk rasuah dalam pemilihan parti dan rasuah dalam pilihanraya umum atas nama sumbangan kepada parti, seperti kes wang seludup 40juta dari taikun balak. Sedar tak sedar wang dari poket rakyat juga yang menjadi mangsa permainan politik puak-puak mereka.

    ReplyDelete
  11. Pigidah... kat Malaysia nie kalau tak ada CABEL UMNO, jangan harap boleh buat projek juta2.

    Apa ingat Rakyat bodoh ker?

    Kalau PR buat, tak sampai sehari, akan keluar Utusan, BH, menyatakan CEO tersebut melanggar perjanjian la, tak pentingkan bangsa Melayu la, sokong Kafir la, macam2 korang akan cakap.

    Tak habis2 nak menggunakan sentimen KESIAN seperti mati, Melayu perlu dipertahankan bagi MEMBODOHKAN RAKYAT.

    Cerita banyak tarak, biar Rakyat nilai sendiri.

    Adakah PR akan dapat projek begini dari Syarikat KAPITALIS nie? Lu pikirlah sendiri derr...

    ReplyDelete
  12. Untuk di Sabah, naik taraf dahulu jalan raya di negeri ini

    ReplyDelete
  13. AES tu projek ANWAR ?? Bangsat punya statement. Hai berukk..nak bodek UMNO pun ,biar nampak cerdik. Kita tau pencacai tu levelnya pengangkat najis, tapi jgn letak martabat kita ni setaraf dgn haiwan yg tak berakal.

    ReplyDelete
  14. Kalau AES tu juga dpasang dLebuhraya Putrajaya yg memang 'clear' tu ,aku ndak tau lah. Niat memang bagus sebab L/Raya dsekitar Putrajaya tu memang selalu berlaku kemalangan ngeri samada kelalaian sendiri atau kecuaian org lain dan melibatkan pelbagai mangsa samada kanak2 sekolah, pekerja kerajaan atau surirumah. Itu hakikat yg selalu berlaku dPutrajaya. Yg aku nampak...kemalangan tu berlaku lebih kepada SIKAP pemandu itu sendiri dan hanya sebahagian kecil shj diakibatkan oleh faktor persekitaran. Kereta yg lalu-lalng dsitu rata2 'speeding'nya melebihi 130 km/j. Kira2 mudah yg aku perhatikan, kalu 10 kereta yg lalu....6 darinya 'overspeed'.
    Cuma, kenapa harus sykt yg kendalikan sistem AES itu dianugerah kpd kroni berkaitan MCA dan UMNO ?? Matlamat tidak harus membenarkan cara.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  15. kena kaji dulu tentang penggunaan AES.

    ReplyDelete
  16. Penggunaan bagus cuma penyelaksaan tu dpertikai. Kan projek tu dpt pada anak YB UMNO dr Johor dan satu anak YB MCA. Sistem tu pulak dah di reject di USA tapi BN ambil sistem tu serah pd kroni. Atas nama keselamtan memandu djln raya,duit rakyat disedut keluar dr poket. Kenapa sistem tu tak bole dsediakan oleh MOT atau JPJ sendiri atau MAMPU ??

    **Raja Sulu'

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.