Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan memohon kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong supaya membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah melibatkan "sumbangan politik" RM40 juta – didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan Michael Chia.
Rafizi berkata, beliau juga akan memohon kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu supaya membuka siasatan baru terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung isu sama.
Beliau mendakwa, Nazri turut terlibat dalam kes tersebut berdasarkan kenyataan menteri itu sebelum ini, dan juga laporan yang mengaitkan anak lelaki menteri berkenaan dengan Chia.
Rafizi berkata, permohonan bagi siasatan baru terhadap Nazri adalah berdasarkan kenyataan menteri hal ehwal undang-undang itu di Parlimen sebelum ini yang didakwanya "merosakkan nama ICAC bagi membersihkan nama Musa dan Micheal".
Bercakap dalam satu sidang media hari ini, Rafizi berkata, kunjungan itu juga bagi mengumpul maklumat lanjut dan menyampaikan perkembangan terkini kepada pihak berkuasa berkepentingan di Hong Kong mengenai dakwaan kes rasuah RM40 juta itu.
"(Kami) memohon untuk membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah RM40 juta dan (dakwaan) pengubahan wang haram oleh Musa Aman, dan Micheal Chia," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Negara (NOW) hari ini.
Katanya, beliau ingin bertanya kepada ICAC sama ada badan tersebut terpaksa menutup kes berkenaan kerana tidak mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu).
Rafizi menjelaskan kepada Malaysiakini bahawa ICAC tidak menyatakan apa-apa perkara yang selari dengan kenyataan Nazri berhubung kes berkenaan, namun menteri undang-undang itu tetap mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung isu tersebut.
Jelasnya, permohonan berkenaan dibuat berdasarkan kenyataan kenyataan Nazri pada 11 Oktober lalu bahawa kertas siasatan SPRM menunjukkan wang berjumlah RM40 juta itu merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Musa.
Dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen, Nazri juga berkata Jabatan Peguam Negara meneliti keterangan yang dikemukakan SPRM dan memutuskan elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes tersebut.
Nazri turut menyatakan bahawa dana berkenaan merupakan sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri.
Seterusnya, menurut Nazri, ICAC tidak mengambil tindakan lanjut berdasarkan keputusan siasatan SPRM itu.
Permohonan kerjasama ICAC untuk menyiasat perkara jenayah berhubung akaun bank di Switzerland juga ditarik balik atas alasan sama, kata Nazri lagi.
Selain Nazri, turut mengulas isu berkenaanialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 12 Oktober yang berkata, wang RM40 juta yang cuba diseludup itu adalah "sumbangan politik" untuk Umno Sabah.
Bagaimanapun presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang menyumbangkan wang tersebut.
Menurut Rafizi berkata, beliau akan berangkat ke Hong Kong esok dan seterusnya membuat permohonan kepada ICAC pada pagi Khamis.
Katanya, beliau akan mengemukakan bukti termasuk laporan media berhubung kenyataan pemimpin BN tersebut berhubung dakwaan berkenaan kepada ICAC.
Jelasnya, beliau telah mengedarkan bahan tersebut kepada media dan ahli politik di Hong Kong untuk disebarkan. -mk
Tuesday, November 20, 2012
ICAC perlu siasat semula sumbangan RM40j
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenyataan Tun M mengesahkan apa yang dibincangkan oleh pimpinan pakatan bahawa mereka sendiri tidak yakin untuk menang pada PRU13.Tidak ada cara lain selain membangkitkan kekacauan
ReplyDeletePakatan haprak sudah terdesak dan tidak ada cara lain selain daripada menipu rakyat dengan pelbagai sentimen dan propaganda,ada kalangan mereka mahukan revolusi menjatuhkan kerajaan secara kudeta.
ReplyDeleteSejak zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, Anwar telah dianggap sebagai PM Malaysia oleh Amerika dan Anwar pernah membawa anggota Kongres Amerika ke M'sia. Terdapat kemasukan wang asing di negara ini bagi menjayakan agenda negara kuasa besar itu.
ReplyDeleteBanyak juga NGO yang mendapat bantuan wang daripada badan-badan tertentu Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Mereka bagi wang ini untuk menjayakan agenda mereka. NGO telah diperalatkan dan saya yakin parti-parti politik pembangkang pun ada yang terima wang tersebut.
ReplyDelete"Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan memohon kepada pihak berkuasa anti-rasuah Hong Kong supaya membuka semula siasatan terhadap dakwaan rasuah melibatkan "sumbangan politik" RM40 juta – didakwa melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan ahli perniagaan Michael Chia."
ReplyDeletepihak ICAC cakap, mereka boleh buka fail siasatan semula jika Rafizi ada bukti2 baru.. Rafizi ada bukti ka?? kalau setakat video hummer dan orang gaji, baik tidak payah la..
Kita harus berhati-hati dan memilih pemimpin yang betul bagi mengelakkan negara dikongkong dan dijajah semula.
ReplyDelete"Rafizi berkata, beliau juga akan memohon kepada Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) itu supaya membuka siasatan baru terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berhubung isu sama."
ReplyDeletesenang2 saja si Rafizi arahkan ICAC bukan siasatan baru,, macam la ICAC itu dia yang punya.. bukti pun tidak ada mau tunjuk hero..
"beliau ingin bertanya kepada ICAC sama ada badan tersebut terpaksa menutup kes berkenaan kerana tidak mendapat kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Badan Pencegah Rasuah pada masa itu)."
ReplyDeletepihak ICAC cakap, siasatan dilakukan secara bersama dengan SPRM.. macam mana pula si Rafizi Bodoh ni boleh cakap yang SPRM tidak bagi kerjasama?
seolah2 Rafizi cuba meremehkan kredibiliti ICAC.. Rafizi sedarkan bahawa ICAC lebih arif berkenaan dengan kerja2 menyiasat.. bukan macam beliau yang kehulu kehilir membohong dan dalam masa yang sama menyembunyikan rasuah2 Pakatan Haram..
ReplyDeletesebelum ini Rafizi sudah mendapat gelaran Akauntan Bodoh kerana tidak tahu akta BAFIA.. mungkin tidak lama lagi, Rafizi juga akan dapat gelaran Penyiasat Bodoh kerana membuat tuduhan berdasarkan imaginasi, bukannya fakta..
ReplyDeleteRafizi Double Standard
ReplyDeleteKalau berkaitan dengan kes rasuah BN, walaupun kes itu sudah selesai, Rafizi dan konco-konconya masih sanggup ke Hong Kong bagi memastikan pembohongan mereka terus releven sebagai bekalan menghadapi PRU13 akan datang. Tapi rasuah yang secara terang-terangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, tidak langsung disentuh oleh mereka.
Rafizi Double Standard
ReplyDeleteDaripada Rafizi terus mempertahankan tuduhan yang sudahpun disangkal oleh ICAC dan SPRM berdasarkan siasatan terperinci, bukankah lebih baik beliau bersihkan dahulu parti sendiri? tidak perlu terbang ke Hong Kong pun. Di bahawa ini hanya sebahagian dari kerja-kerja penyelewengan Pakatan Rakyat yang amat memerlukan perhatian dari pejuang isu-isu penyelewengan yang kononnya lebih berkredibiliti, telus, jujur, tegas dan profesional dari pegawai-pegawai SPRM dan ICAC seperti Rafizi Ramli.
Rafizi Double Standard
ReplyDeleteGagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) hari ini meminta rakyat untuk menilai permainan dan sandiwara Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dalam soal bas mewah dua tinggat PKR yang dipertikai sejak sekian lama.
- Khalid Ibrahim mengaku membayar RM10,833.00 sebulan untuk membeli bas mewah pkr.
- Sebelum ini, pada 30 Ogos 2012, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan yang bas itu disewa untuk tempoh enam bulan dan ianya dibiayai sepenuhnya oleh beliau.
- Carian di JPJ mendapati bas BLU 8779 itu didaftarkan atas nama beliau Abdul Khalid Bin Ibrahim, yang membuktikan sebenarnya beliau adalah pemilik bas itu.
- Kemudian selepas itu beliau menyatakan pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli.
Rafizi Double Standard
ReplyDeleteJika bas itu dibayar oleh Khalid sebanyak RM10,833.00 sebulan selama 6 bulan sewabeli seperti yang dinyatakannya, ia berjumlah RM 64,998.00 (RM10,833 x 6). GAPS ingin tahu bayaran muka sebanyak RM 885,002.00 (RM950,000 - RM 64, 998.00) siapakah yang membayar wang muka tersebut.
GAPS juga berminat ingin tahu syarikat kewangan mana yang memberikan pinjaman sewabeli kepada Khalid Ibrahim kerana umum mengetahui bahawa beliau adalah seorang yang black listed Ctos dan Ccris kerana kes pinjaman RM60 juta Bank Islam yang masih belum beliau jelaskan.
Rafizi Double Standard
ReplyDeleteBeberapa bulan selepas diangkat sebagai ahli parlimen dan PKR membentuk kerajaan di Selangor Zuraida Kamaruddin telah membeli beberapa buah kenderaan baru seperti berikut.
(2008)
No kenderaan : WRL 575
No enjin : B5254 T2 A027402
Model : VOLVO XC90 2.5 T
Tarikh daftar : 01.07.2008
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan : RM 355,000.00
(2010)
No kenderaan : WTY 1547
No enjin : 2KD650 8915
Model : Toyota Hilux Double Cab 2.5 AT
Tarikh daftar : 31.05.2010
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 99,000.00
(2011)
No kenderaan : WNA 276
No enjin : 1KD687 8384
Model : Toyota Hilux Double Cab 3.0 AT
Tarikh daftar : 03.11.2011
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
Harga kenderaan: RM 107,000.00
(2012)
No kenderaan : BLR 9680
No enjin : 1129 1331 8818 93
Model : Mercedes Benz E240
Tarikh daftar : 24.05.2012
Pemilik : Zuraida Bt Kamaruddin
KP : 580314 71 5206
RM 133,000.00
Dari mana datangnya sumber kewangan ahli Parlimen Ampang ini?
Rafizi Double Standard
ReplyDeleteKritikan dan serangan bertalu-talu terhadap pemimpin dan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) oleh Pakatan Rakyat nampaknya seolah-olah tiada berkesudahan. Pemimpin-pemimpin BN seringkali dituduh menyalahgunakan kuasa, mengamalkan kronisma dan sebagainya. Tetapi pendedahan diatas ini nampaknya mengundang pertanyaan yang lebih besar dan tidak mungkin akan dijawab oleh Rafizi Ramli.
Adakah pemimpin Pakatan Rakyat ‘bebas’ dan ‘bersih’ daripada masalah rasuah??
Rafizi kononnya mahu tunjuk kepada rakyat dunia bahawa beliau adalah pejuang isu2 rasuah yang lebih telus dari ICAC dan SPRM.. tapi peliknya, rasuah dikalangan pemimpin2 Pakatan Rakyat langsung tidak disentuh oleh beliau..
ReplyDeletekalau mahu membanteras gejala rasuah, janganlah bersikap double standard.. arahkan juga SPRM, BNM dan RCI untuk menyiasat akaun rm3 billion milik Anwar dan juga kemewahan2 luarbiasa pemimpin2 Pakatan Rakyat..
ReplyDeletehancurlah Malaysia bila Pakatan Rakyat memerintah.. jika hari ini mereka dengan rakus merompak dana awam, menerima dana soros dan memohon dana dari rakyat miskin dengan alasan parti mereka miskin, tidak mustahil jika Anwar jadi PM, semua dana awam akan jadi milik mereka 100%.. malah SPRM juga akan dimansuhkan jika enggan mengikut telunjuk Anwar dan Rafizi Bodoh ni..
ReplyDeleteapa2pun, usaha Rafizi membohong di seluruh dunia pasti tidak akan membuahkan hasil.. pembangkang tetap akan membangkang selepas PRU13.. rakyat bukan sahaja menilai apa yang keluar dari mulut busuk pemimpin2 Pakatan, malah menilai tindakan2 buruk pemimpin2 Pakatan Haram ni..
ReplyDeletePengarah Strategi PKR Ramli Rafizi perlu berhenti menganggu Hong Kong untuk membuka semula siasatan kes rasuah RM40 juta Datuk Musa Aman itu, kata setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Abdul Rahman Dahlan.
ReplyDeleteDatuk Abdul Rahman Dahlan menambah beliau akan mendedahkan surat-menyurat rasmi daripada agensi anti-rasuah itu untuk membuktikan mereka telah menutup kes atas kehendak mereka sendiri.
ReplyDeleteSaya akan dedahkan surat ICAC yang menunjukkan kes itu telah ditutup. Saya mempunyai dokumen yang beliau buru ... Saya akan dedahkan dalam satu sidang akhbar di Parlimen hari Khamis ini,” kata ahli parlimen Kota Belud itu kepada The Malaysian Insider.
ReplyDeleteBeliau memanggil Rafizi sebagai “pelakon” dan “munafik”, taksub dengan “lakonan politik” untuk menganjurkan perjalanan tersebut hanya kerana enggan untuk mempercayai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan ICAC yang menyiasat perkara itu dengan teliti dan menggugurkan kes atas sebab-sebab sah.
ReplyDeleteRafizi mengamalkan sikap berat sebelah kerana tidak mempercayai keputusan SPRM menutup kes Musa tetapi menerima keputusan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) di akhir 1990-an menghentikan siasatan mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mengawal RM3 bilion dalam akaun bank.
ReplyDeleteBerhenti, berhenti menjadi seorang pelakon. Ini adalah sesuatu yang sangat serius kerana menyebut tentang Ketua Menteri Sabah (Musa),” kata Rahman kepada Rafizi.
ReplyDeleteJika Rafizi berkeras untuk ke Hong Kong, Abdul Rahman berkata beliau akan memadankan sandiwara lelaki PKR itu dengan mengutip derma untuk terbang ke UK, AS dan Singapura bagi menggali dakwaan skandal RM3 bilion terhadap Anwar.
ReplyDeleteGali tentang apa yang berlaku kepada RM3 bilion ... selepas anda (Rafizi) selesai urusan di Hong Kong, ambil penerbangan ke United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Singapura. “Jika dia (Rafizi) tidak mempunyai wang, saya bersimpati dengannya ... Saya akan cuba mengumpul dana di kalangan ahli-ahli Umno, memulakan dana ... ‘Tabung Pembongkaran RM3 bilion’ semasa mesyuarat agung tahunan Umno minggu hadapan dan mendapatkan ahli menderma bagi membelikan beliau tiket penerbangan, “kata Abdul Rahman
ReplyDeleteBeliau terus menegaskan bahawa ICAC dan SPRM tidak melanggar mana-mana prinsip dalam mengarahkan siasatan terhadap Musa ditutup, sambil menambah kedua-dua agensi itu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat keputusan.
ReplyDeleteWakil daripada ICAC terbang ke Sabah tahun lepas untuk bertemu secara peribadi dengan Musa, yang menawarkan kerjasama penuh, tambah Abdul Rahman.
ReplyDelete“Seterusnya, SPRM, bersama-sama dengan ICAC membuat kesimpulan bahawa tiada kes oleh kerana tuduhan tidak mapan.
Sekarang, mengapa Rafizi tidak percaya dengan SPRM kali ini tetapi percaya ketika mereka masih dikenali sebagai BPR? Itu adalah persoalan asas.
ReplyDeletePengarah strategi PKR percaya siasatan mungkin ditutup atas sebab-sebab meragukan seperti kegagalan memujuk SPRM bekerjasama dengan agensi tersebut.
ReplyDeletePengarah Pendakwaan Awam Hong Kong, Kevin Zervos sebagai berkata pejabat beliau memerlukan bukti baru untuk menyemak semula kes itu.
ReplyDeleteBerhubung dengan kes ini, ia adalah perkara bidang kuasa,” kata Zervos. “Bukti yang diperolehi dari Malaysia menunjukkan ia adalah derma politik. Jika apa-apa datang sekarang menunjukkan ia adalah sebaliknya, perkara itu pasti akan dilihat semula.”
ReplyDeleteICAC telah menutup kes itu selepas SPRM menemui dalam siasatan bahawa wang ditangan Chia bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan Musa.
ReplyDeletePengarah Strategik PKR itu hanya menjuarai isu yang mungkin memberi manfaat politik kepada beliau dan parti diwakilinya, bukan yang mempunyai kepentingan terhadap rakyat dan negara ini.
ReplyDeleteRafizi seorang pemimpin yang gemar mengambil kesempatan terhadap suasana semasa dan bersikap dwi standard dalam kebanyakan kerja-kerja politik demi mengangkat kariernya semata-mata.
ReplyDeleteRafizi akan disabitkan kesalahan terhadap BAFIA tidak lama lagi dan penjara untuknya sudahpun disediakan.
ReplyDeleteRafizi Ramli didesak memberikan penjelasan berhubung tindakannya melengahkan proses mahkamah tentang dakwaan mencabuli Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) yang dikenakan terhadapnya.
ReplyDeleteRafizi perlu berbuat demikian sekiranya beliau seorang pemimpin yang mempunyai integriti dalam memperjuangkan ketelusan pentadbiran negara.
ReplyDeleteJika benar Rafizi mempunyai integriti, pasti beliau akan melicinkan kes Bafia yang dihadapinya itu sama seperti ketika mendesak kes National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebelum ini.
ReplyDeletesikap berlengah-lengah ini memberi impak kepada persepsi masyarakat. Rafizi tiada alasan lagi untuk melengah-lengahkan kes yang dihadapinya itu dan rakyat menanti-nantikan penjelasan pemimpin pembangkang ini
ReplyDeleteJUM IKUTI DENGAN TELITI KRONOLOGI CERITA PEMBANGKANG INI:
ReplyDeleteJadikan Janji Manis PKR Di Selangor 2008 Sebagai Pengajaran
PERTAMA...
Kita semua masih ingat lagi bagaimana semasa giliran KJ menutup debatnya Selasa lepas beliau menempelak lawannya dengan membangkitkan pembohongan janji p/raya PKR Selangor.
Perkara yang ditempelak KJ itu sungguh memalukan,tambahan pula ianya disiarkan secara langsung di kaca tv.
Bagaimana PKR hendak menjanjikan pendidikan tinggi percuma sekiranya bantuan tadika yang dijanjikan pun tidak dilaksanakan. Begitulah lebih kurangnya tempelakan KJ terhadap PKR.
Tempelakan KJ itu telah membuatkan PKR tersentak. Kemungkinan besar antara pemimpin atasan PKR dan MB Selangor telah bermesyuarat malam itu juga bagi membincangkan perkara berkenaan.
KEDUA...
ReplyDeleteIni kerana pada keesokan harinya,iaitu pada hari (Rabu), Kerajaan Selangor telah mengumumkan mereka akan mula beri bantuan untuk pendidikan tadika RM 50 bermula Julai 2012. Berita berkenaan disiarkan akhbar semalam (khamis).
Mengikut laman blog selangordaily.com keputusan untuk memberi wang tersebut dibuat secara tergesa-gesa dan terpaksa. Tiada dalam rancangan mereka sebenarnya untuk memberi wang itu. Namun ianya dilakukan kerana terpaksa setelah dimalukan oleh KJ. Juga untuk menjadi modal politik mereka menjelang PRU akan datang. Kononnya mereka komited pada janji dan rakyat Malaysia harus percaya pada segala janji mereka dalam buku oren.
Kenapa dikatakan ianya dilakukan tergesa-gesa dan terpaksa ?
Tergesa-gesa untuk menutup malu.
Terpaksa pula kerana nak tunjuk mereka tunai janji.
Tapi kenapa pula dihadkan kepada keluarga yang berpendapatan RM 1500 sebulan ?
Sedangkan dalam manifesto yang dijanjikan pada PRU 2008 tidak dinyatakan terhad kepada keluarga yang pendapatannya bawah RM 1500 sahaja.
KETIGA...
ReplyDeleteDisini kita sudah boleh baca game politik mereka. Ianya tidak dilaksanakan dengan ikhlas sepertimana yang dijanjikan kepada rakyat semasa PRU 2008. Hanya untuk perkara itu tercatit dan mereka boleh pukul canang seluruh dunia yang mereka kerajaan kebajikan terbaik di planet bumi.
Jika kerajaan Khalid Ibrahim ikhlas nak bantu rakyat sepertimana yang diwar-warkan hasil negeri untuk rakyat, merakyatkan ekonomi Selangor, dan kerajaan kebajikan mereka perlu laksanakan seperti dibawah untuk bantuan yuran tadika.
Bayar RM 50 sebulan untuk setiap anak yang dihantar ke pra sekolah bermula dari Mac 2008 hingga Jun 2012.
Budak yang berada di tadika pada tahun 2008 sdekarang dah darjah 4. Mereka layak dapat tunggakan untuk tahun 2008.
Sebab PKR dan PAS berjanji sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan mereka akan beri bantuan. Mereka bentuk kerajaan Mac 2008.
Rakan-rakan sekalian,inilah yang dikatakan lidah tidak bertulang. Nak tabur janji atau nak cakap apa sahaja semua orang boleh cakap dan semua orang boleh janji. Tapi untuk mengotakannya ? Huh.....
Beberapa hari lepas ada seorang pembaca hantar komen. Katanya bercakap memang senang tapi nak buat bukan benda senang. Contohnya seseorang berkata "sedapnya makan sup kepala keretapi". Tapi bila sup kepala keretapi benar-benar berada depan mata siapa yang sanggup makan ?
KEEMPAT...
ReplyDeleteBegitulah dengan PKR di Selangor,waktu mereka berjanji tahun 2008 mereka sendiri pun tak sangka akan menang. Sebab itu mereka main janji sesuka hati.
Tapi apabila dah menang, mereka sendiri pun tak mampu laksanakan apa yang mereka sendiri janjikan.
Orang yang suka berjanji indah-indah adalah orang yang penipu.
Contoh dah banyak berlaku di sekeliling kita.
Orang yang kendalikan skim cepat kaya. Mereka datang kepada kita minta kita labur RM 2000 nanti akan dapat pulangan RM 3000 sebulan. Maka terpesonalah kita. Tamak punya pasal RM 4000 yang kita lapur dengan harapan sebulan boleh dapat RM 6000.
Akhirnya bukan duit yang hilang, dengan tauke-taukenya lesap. Siapa yang rugi ? Kita juga....
Kes keldai dadah. Lelaki negro datang Malaysia atau kenal dalam internet tawar yang bukan-bukan yang boleh buat kita gelap mata dengan tawaran itu. Kerana terpesona dengan tawaran menarik tanpa berfikir panjang terus terima tawaran. Akhirnya kantoi bawa dadah.
Rafizi menjelaskan bahawa satu-satunya cara untuk membuka semula kes itu adalah oleh meyakinkan penggubal undang-undang Hong Kong bahawa kes ini akan memberi kesan terhadap imej ICAC, agensi anti-rasuah yang terkenal di peringkat antarabangsa.
ReplyDeleteBerjayakah Rafizi yakinkan penggubal uu HK ni??
FINALLY...
ReplyDeleteItu padahnya orang yang suka percaya kepada janji-janji manis. Janji manis adalah pembohongan semuanya.
Kita kena pegang satu perkara sahaja. Dalam kehidupan ini tidak ada benda yang mudah atau jalan singkat. Bukan senang nak senang...
Orang yang jujur dan ikhlas mereka tak janji bukan-bukan. Mereka berjanji mengikut kemampuan. Boleh mereka akan kata boleh. Tak boleh mereka akan kata tak boleh.
Contoh, anda ada duit RM 2 juta dan anda pergi ke bank untuk masuk ke simpanan tetap. Bank kata mereka hanya boleh beri keuntungan 2.5%.
Cuba anda bawa duit 2 juta pergi jumpa tauke skim cepat kaya. Nescaya dia akan janjikan pulangan beratus-ratus persen. Dapat 2 juta terus dia lesap. Tapi bank walaupun dapat berpuluh juta dia tetap disitu dan pulangan anda terjamin.
Begitulah juga bezanya BN dan pembangkang. Yang boleh BN akan kata boleh. Yang tak mereka tetap kata tak boleh. Walau orang tak suka macamana sekali pun yang tak boleh mereka tetap kata tak boleh.
Alhamdullilah sudah lebih 50 tahun BN berjaya membangunkan negara ini dengan begitu baik. Ada lebih kerajaan kongsi dengan rakyat. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
ICAC sebenarnya memang sudah menutup kes tersebut ikut kehendak mereka sendiri dan bukannya pengaruh dari mana2 pihak.
ReplyDeleteRafizi janganlah cuba untuk mendesak ICAC membuka kes itu semula kalau tiada bukti yang cukup dan kukuh.
ReplyDeletekes sudahpun digugurkan dan ditutup. apa lagi Rafizi nak tegakkan benang yang basah.
ReplyDeleteRafizi memang bias. dulu terima pula keputusan BPR tentang kes Anwar dengan RM3 billion dalam akaun bank.
ReplyDeleteCukup2lah dengan lakonan dan sandiwara Rafizi tu.
ReplyDeleteLebih baik Rafizi menggali skandal RM3 bilion terhadap Anwar tu.
ReplyDeleteICAC dan SPRM tidak melanggar mana-mana prinsip dalam mengarahkan siasatan terhadap Musa ditutup. kedua-dua agensi itu menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat keputusan.
ReplyDeleteICAC sudah bertemu sendiri secara peribadi dengan Musa Aman.
ReplyDeleteMengapa Rafizi tidak percaya dengan SPRM kali ini tetapi percaya ketika mereka masih dikenali sebagai BPR?
ReplyDeletetindakan2 rafizi ramli ini hanya membuktikan kepada rakyat bahawa rafizi ramli dan pemimpinnya sudah tertekan dan terdesak..rafizi dan pemimpinnya berusaha untuk mengelirukan rakyat berikutan pru13 yang makin hampir..
ReplyDeleteSPRM dan BNM juga perlu menyiasat semula akaun Anwar yang bernilai rm3 billion.. ada banyak fakta dan dokumen yang telah didedahkan.. sebagaimana kes rm40 juta, ada kewajaran juga untuk sprm dan BNM menyiasat semula kes rm3 bilion milik anwar..
ReplyDeleteAzmin Ali juga perlu disiasat memandangkan beliau sebelum ini pernah mempamerkan Ferrari milik beliau.. bagaimana seseorang yang bergaji rm2k boleh memiliki sebuah ferrari??
ReplyDeleteZuraida kamaruddin juga perlu disiasat kerana kekayaan luar biasa beliau amat meragukan.. bagaimana beliau hanya dalam masa 4 tahun mampu membeli 3 buah 4wd dan sebuah mercedez??? adakah semua itu percuma, pinjam atau beliau menabung sejak kecil??
ReplyDeleteKhalid Ibrahim juga perlu disiasat kerana menyalahgunakan kuasa dan menyalahgunakan dana awam untuk membeli bas dua tingkat.. malah kenyataan Khalid berbelit2.. mula2 kata dia sewa, bila rujukan melalui JPJ menunjukkan bas tersebut milik beliau, dia kata pula yang bas itu dibeli oleh beliau secara sewa beli...
ReplyDeletekos guaman Rafizi yang dikatakan dibiayai oleh Khalid Ibrahim menggunakan dana awam kerajaan selangor juga perlu disiasat,, dana awam adalah untuk rakyat, bukannya untuk kepentingan ahli2 politik atau untuk membela penjenayah di mahkamah..
ReplyDeleteApabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.
ReplyDeletePakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.
ReplyDeletePada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).
ReplyDeletePakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.
Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.
ReplyDeleteWalaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.
ReplyDeletehujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.
ReplyDeletepembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.
ReplyDeleteTimbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata, Barisan Nasional akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang.
ReplyDeleteada pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai 'deposit tetap' BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain.
ReplyDeleteSabah sangat penting bagi BN. BN tidak boleh kehilangan Sabah. BN perlu pertahankannya dengan sedaya upaya
ReplyDeleteHati2 rafizi..yg anda hadapi itu adalah gengster2 penyamun antarabangsa,, ingat Kes Bank Bumi..seorang penyiasat anak saniman dijerut dikebun pisang di Hongkong..Maklumlah rangkaian Gengster ini ada di mana2.Besok di Lapangan Terbang mungkin ada gangguan 10minit dari imegresen jika Rafizi termasuk personel yg disenaraihitamkan..Mcm2 gangguan sekarang ini...!
ReplyDeleteKelebihan Rafizi.. kerana dia yg menentukan dan memantau pergerakan musuh. dia boleh mengerakkan mereka ke tengah, ketepi dan menonggeng..!! keke....kenapa sampai begitu sekali..?? Kerana Rafizi pakar strategi PKR.... dia tau..bagaimana mahu memulakan dan menamatkan sesautu isu.. bukti yg berselerakan diteliti dan disusun mengikut urutan..sedangkan pihak musuh tahu Rafizi mengetahui sesuatu.. tapi mereka tidak tahu apa yg Rafizi tahu..!! hehe cerdikkan pakar strategi PKR dan PR ini..
ReplyDeleteSYABASSS orang muda RAFIZI. Kerja mulia kamu tetap dikenang hingga akhir hayat. Pak Cik & seluruh rakyat Malaysia yg cintakan keamanan, ketelusan & keadilan mendoakan kesejahteraan kamu.
ReplyDeleteZaman kes BMF di Hong Kong dulu, kita mempunyai 'hero' Allohyarham Jalil Ibrahim. Pak2 Menteri Malaysia termasuk PM, Menteri Kewangan ketika itu lepas.
Kali ni, walau jalan ceritanya berlainan..... tetapi 'moral of the story' masih sama.... PEROMPAK, PENYAMUN, PEMBELIT Umno(baru).
HANCURKAN UMNO...NEGARA SELAMAT.
Salah satu perkara yg menjahanamkan BN di era pemerintahan Najib ialah berlakunya pelbagai salahlaku & rasuah di setiap pelusuk Malaysia dan juga di negara luar.
ReplyDeleteJika di Malaysia, umno baru & bn cover isu rasuah dengan medianya.
Di luar negara, umno baru & bn tak senang duduk diam kerana setiap kerosakan yg berjaya di bongkar akan menyerang umno baru & bn dari setiap pelusuk arah.
Akhirnya nak cover cerita, mereka kata " Kes Tak Pernah Ada, Kes Terpencil, Kes Rekaan Orang Jahat Utk Hancurkan Malaysia.....bla...bla...bla....".
Syabas Rafizi... Teruskan bongkar !!!!
Pendedahan oleh Raja Petra mengenai dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR), untuk tidak mengambil tindakan lanjut (NFA) terhadap Setiausaha Sulit beliau ketika itu, Azmin Ali berhubung siasatan kes kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh Azmin dan isterinya Shamsidar adalah bukan satu pendedahan yang mengejutkan.
ReplyDeleteMalah, pendedahan ini terus mencerminkan peribadi sebenar pemimpin pembangkang ini yang telah campur tangan dalam siasatan BPR tersebut yang mana pada masa itu mempunyai bukti-bukti yang cukup untuk menahan dan mendakwa Azmin atas kesalahan rasuah kerana mempunyai harta kekayaan yang luarbiasa walaupun hanya berpendapatan sebagai penjawat awam pada 17 tahun yang lalu.
ReplyDeleteKetua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuka siasatan atas pendedahan ini kerana ini juga melibatkan integriti Pegawai Kanan Badan Pencegah Rasuah pada masa itu yang telah bertindak di luar bidang kuasa sewaktu menutup kertas siasatan itu.
ReplyDelete“Ini jelas bertentangan dengan apa yang dilaung-laungkan oleh Anwar Ibrahim dan Azmin yang sentiasa mengecam kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakan penuh dengan amalan rasuah.
ReplyDelete“Yang jelasnya, dakwaan yang didedahkan oleh Raja Petra ini wajar disiasat dan tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pemimpin pembangkang dan pihak-pihak yang terlibat dalam dakwaan ini”, katanya
ReplyDeleteSelain itu tegas beliau lagi Puteri UMNO juga ingin melihat penjelasan yang akan diberikan oleh pemimpin-pemimpin lain dalam PKR seperi Zuraida, Nurul Izzah dan juga Srikandi PKR berhubung dengan dakwaan ini.
ReplyDelete“Adakah mereka juga akan meminta supaya kes ini disiasat atau ada ‘double standard’ dalam parti pembangkang ini kerana dakwaan ini melibatkan pemimpin-pemimpin kanan dalam PKR
ReplyDelete“Jika benar dakwaan ini, pendedahan ini akan terus membuktikan kepincangan dan amalan rasuah yang berlaku di dalam kepimpinan tertinggi PKR yang kononnya mengamalkan kepimpinan yang telus dan bersih,” ujarnya
ReplyDeleteApabila membabitkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, pemimpin pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan mengesa mereka yang terbabit meletak jawatan, tetapi apabila perkara itu terkena pada diri sendiri, tiada pula gesaan serupa dikeluarkan terhadap mereka yang terbabit.
ReplyDeleteTiada sebarang tindakan yang diambil oleh PKR terhadap dua Adun berhubung kes projek pasir yang dikatakan membabitkan Adun Sri Muda, Mat Suhaimi Shafie dan Adun Batu Cave, Amiruddin Shari.
ReplyDeleteBegitu juga dengan isu membabitkan Adun Bukit Lanjan yang juga Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong berhubung penyebaran gambar lucahnya oleh bekas teman lelakinya, Himi Hasmin Abdul Malik yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia
ReplyDeleteSepatutnya Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) kena ambil tindakan terhadap adun terbabit terutama membabitkan isu pasir, manakala Elizabeth seharusnya meletak jawatan kerana ia mencemar nama baik kepimpinannya.
ReplyDeleteKetua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin tidak bersuara dalam perkara ini, sedangkan isu NFC, dia bersungguh-sungguh menggesa Shahrizat (Datuk Seri Shahrizat Jalil) meletak jawatan sedangan dia tidak terbabit dalam perkara itu berbanding dengan ketiga-tiga Adun berkenaan
ReplyDeleteJelas menunjukkan bahawa pembangkang hanya tahu untuk mencari kesilapan orang lain sedangkan kesilapan sendiri cuba disembunyikan dari pengetahuan umum.
ReplyDeleteDalam suasana pilihan raya umum yang semakin hampir, pembangkang kini cuba menyembunyikan apa sahaja yang boleh memburukkan parti mereka kerana khuatir akan kehilangan sokongan.
ReplyDeleterafizi betindak seolah-olah dia lebih hebat daripada SPRM dan ICAC.
ReplyDeletewalau pn isu ini kini dipolitikkan, tapi rakyat pasti dapat membuat penilaian dengan bijak.
ReplyDeleteapa mau siasat..40juta tu kan duit gaji sebulan Musa Aman sebagai KM Sabah..
ReplyDeleteChief prosecutor Kevin Zervos says the only thing needed is fresh evidence.
ReplyDeleteIf the PKR cannot give new evidence, then this case cannot be reopened.
ReplyDeletePKR better not just bring the recycled information to ICAC.
ReplyDeleteICAC don't want the stale information, they want fresh evidence.
ReplyDeletePKR better get the information fast, otherwise ICAC will think their a waste of time.
ReplyDeleteIt feels like Rafizi is trying to prove himself to Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteThey should ask whether if Chia was ever arrested by the ICAC?
ReplyDeletePreviously, it was also alleged that ICAC’s investigation had been dropped after three years and the ICAC has closed this case.
ReplyDeleteAsked if he would consider the case closed, Zervos declined to comment.
ReplyDeleteZervos explained that in Hong Kong the prosecutors would guide enforcement authorities but would not take charge of investigations.
ReplyDeleteRafizi will need to provide a strong evidence in order to re-open the case.
ReplyDeleteIts so pity that Rafizi is trying hard to get cheap publicity just so he could get people vote for PKR.
ReplyDeleteMACC should investigate on the opposition for corruption. My guts tells me that opposition are involve in corruption.
ReplyDeleteHow bout the corruption in PKR party?????
ReplyDeleteTanpa bukti baru, kes ini akan tamat di tahap ini.
ReplyDeleteRafizi harus berusaha untuk mendapatkan bukti yang kukuh untuk membawa golongan yang terlibat ke mahkamah.
ReplyDeleteICAC akan kerja berdasarkan bukti sahaja.
ReplyDeleteDakwaan tanpa bukti adalah fitnah sebenarnya.
ReplyDeleteRM40m adalah dermaan politik, disahkan tiada elemen rasuah.
ReplyDeleteApa yang kita perlu tahu sekarang yang mana ICAC tidak dapat berbuat apa-apa kalau Rafizi cuma membawa mulut kosong tanpa ada bukti.
ReplyDeleteICAC telah mengatakan yang mana Kerajaan Malaysia tidak memaklumkan yang mana duit itu adalah sumbangan politik kepada parti UMNO Sabah dan tidak ada unsur rasuah yang dapat dikaitkan dalam hal ini.
ReplyDeleteCuma PR yang cuba untuk memburuk-burukkan BN dengan kes ini. Tapi kalau kita lihat pun PKR saja yang memperjuangkan perkara ini tapi tidak bagi DAP dan PAS.
ReplyDeletePAS memang tahu sudah yang mana menfitnah itu satu kesalahan besar maka terpaksa berdiam diri dan tidak ikut campur dengan PKR.
ReplyDeletePKR ini parti yang kurang pengetahuan agama. PAS pun risau untuk menasihati PKR ini.
ReplyDeleteKelemahan Rafizi - Ini menampakkan Rafizi seorang yang lemah dalam menegakkan kebenaran. Dia hanya tahu berkata-kata tapi tidak ada bukti yang benar dalam dakwaannya.
ReplyDeleteKelemahan Rafizi - Terdapat juga pelbagai kelemahan yang kita dapat lihat dengan cara Rafizi ini. Setiap perkara yang dibangkitkan cuma cakap kosong saja tanpa ada bukti yang kuat.
ReplyDeleteKelemahan Rafizi - Berani kerana benar, takut kerana salah. Bukan berani kerana salah, takut keran benar. Salah perinsip sudah Rafizi kalau macam ini.
ReplyDeleteKelemahan Rafizi - Kalau ada bukti sudah buat apa takut Rafizi. Kenapa perlu melarikan diri dan mengelak untuk ke Mahkamah.
ReplyDeleteRafizi takut - Nazri ada mencabara Rafizi untuk membawa kes ini kemahkamah. Tapi rafizi asyik melarikan diri. Nampak bukan yang mana Rafizi seperti bersalah.
ReplyDeleteRafizi menjadi persoalan sekarang - Menimbulkan persoalan bukan kenapa Rafizi cuba mengelak untuk membawa kes ini ke mahkamah.
ReplyDeleteBukti tidak ada maka sia-sia - Tapi kenapa Rafizi menjadi seorang pengecut bila dibawa ke mahkamah?
ReplyDeleteBukti tidak ada maka sia-sia - Mana bukti Rafizi yang cakap ada bukti kukuh?
ReplyDeleteRafizi cuba mengalihkan kes - Kes anak nazri yang didedahkan oleh Rafizi. tapi sampai mana kes ini sekarang? kenapa pula beralih kembali kepada RM40m dan ICAC.
ReplyDeleteKebenaran Rafizi terdesak - Betul..Nampak sangat yang mana pembangkang ini cuba memutar belitkan isu. Ini mementingkan diri sendiri untuk parti mereka. Siapa tidak kenal dengan Rafizi yang sedang mencari sokongan dengan cara yang salah.
ReplyDeleteKes Anwar rafizi diam saja - Samalah kisahnya dengan Akuan Bersumpah mantan Penolong Gebanor Bank Negara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kononnya mantan TPM itu mempunyai master akaun yang berjumlah RM2bilion.
ReplyDeleteSumbangan khas untuk UMNO Sabah berita baik - Isu RM 40 Juta sumbangan terhadap Umno Sabah, tidak ada kesalahan pun rasanya. Cuma PR yang rasa ini satu kesalahan dalam undang-undang mereka. Tapi tidak ada undang-undang di Negara kita ini mengatakan menjadi satu kesalahan mendapat sumbangan politik daripada pihak lain.
ReplyDeleteBukti lebih penting daripada cakap kosong saja - Sebelum mengatakan sesuatu itu sedarlah diri sendiri dahulu PR. Apa yang Anwar telah lakukan dulu semasa menjadi TPM Malaysia dahulu. Memang pelbagai kesalahan telah dilakukan.
ReplyDeletePembangkang tidak ada isu lagi untuk dipermainkan. Cuma andaian dan kesimpulan terlalu cepat direka oleh pihak pembangkang untuk politik mereka. Sedangkan mereka tidak tahu cerita sebenar akan perkara ini tapi telah membuat kesimpulan awal mengatakan ini satu kes rasuah dan penyelewangan wang haram.
ReplyDeleteRasuah rekaan semata-mata oleh pihak pembangkang. Tidak ada unsur rasuah pun dalam kes ini. Sebenarnya duit itu adalah sumbangan khas kepada UMNO Sabah. Terima kasih kepada pemberi sumbangan tersebut.
ReplyDeleteLaporan ICAC dan SPRM. Selepas kedua-dua dakwaan itu disiasat pihak pencegah rasuah, ternyata badan itu mengeluarkan kenyataan, bahawa dakwaan adalah tidak benar. Memang tidak benar dakwaan yang dibuat oleh Pembangkang ini.
ReplyDeleteCuma pihak Rafizi saja yang tidak berpuas hati dengan laporan yang diberikan dan cuba untuk memutar belitkan fakta daripada ICAC dan SPRM.
ReplyDeleteIni yang patut kita percayai. ICAC dan SPRM telah pun memberikan kenyataan yang mana kes ini telah ditutup sepenuhnya.
ReplyDeleteBahaya kalau PR yang menjadi kerajaan. Apa lagi kalau sudah menjadi kerajaan memang keluar tanduk dan taring mereka melakukan pelbagai kes jenayah dan sebagainya.
ReplyDeleteBahaya kalau PR yang menjadi kerajaan. Nampak sangat bukan yang mana pihak pembangkang ini tidak adil sebenarnya. Tidak menegakkan kebenaran. Kalau Anwar buat salah tetap dipandang baik oleh mereka. Adilkah begini untuk menjadi kerajaan? Belum jadi kerajaan pun sudah nampak akan sikap berat sebelah.
ReplyDeleteBN sentiasa berpandangan baik tapi tidak PR. Yang ironinya, kenyataan pihak SPRM berhubung dengan Anwar diterima baik oleh pembangkang, manakala dalam isu RM40 juta, pihak pembangkang menganggap sebaliknya.
ReplyDeleteInginkan Anwar menjadi PM. Tidak tahulah kenapa pihak pembangkang di Negara kita sangat gilakan kuasa untuk Anuwar ini.
ReplyDeleteJangan mudah tertipu - Maka berhati-hatilah bila mendengar pelbagai dakwaan daripada PKR. Semua itu cuma cara mereka yang tidak patut diterima pakai.
ReplyDeleteStrategi pembangkang. Satu persatu pemimpin BN cuba ditumbangkan dengan pelbagai tuduhan. Nampak sangat terdesaknya PR sekarang ini.
ReplyDeleteTerdesaknya pembangkang. Jadi berhati-hatilah dengan permainan mereka ini. Ini cuma untuk mereka mencari sokongan daripada rakyat Malaysia ini.
ReplyDeleteNilailah sendiri dengan apa yang pembangkang lakukan. Di sini kita dapat menilai, bahawa pihak pembangkang adalah golongan-golongan yang hipokrit. Yang tidak pernah sedar daripada kesilapan sendiri.
ReplyDeleteKebanyakkan cuma rekaan pembankang. Tapi mana kebenaran dalam hal ini? Memang semua ini cuma rekaan semata-mata.
ReplyDeleteMerayu untuk menyalahkan orang lain. Rayuan terdesak ketua AMK tersebut kepada ICAC. Memang tidak sangat cuba menegakan benang yang basah,.
ReplyDeleteInilah kerajaan yang kita inginkan. Pembangkang akhirnya Ketua AMK PKR pergi ke Hong Kong untuk membuat aduan kepada ICAC Hong Kong. Tapi sayangnya tidak ada apa-apa bukti pun yang dibawa. Cuma rayuan saja yang kedengaran.
ReplyDeleteMeminta simpati daripada ICAC. Inilah kelemahan yang kita dapat lihat dengan pihak pembangkang ini. Ini menandakan yang mana pembangkang sudah kehilangan cara untuk menjatuhkan kerajaan.
ReplyDeleteKebenaran dengan bukti. Tidak salah menegakkan kebenaran. Tapi bukannya dengan cara fitnah, penipuan dan cara kotor yang lain. Berdosa besar tahu tak Rafizi.
ReplyDeleteMeminta simpati daripada ICAC. Rafizi kalau mahu mendedahkan kesalahan orang lain itu carilah bukti yang kukuh dan bukannya bukti yang terdesak yang boleh menjejaskan diri sendiri. Sedarlah wahai PEMBANGKANG sekalian.
ReplyDeleteIsu Anak Nazri - Begitu juga dengan Video yang didedahkan oleh Rafizi tidak ada pun muka anak Nazri.
ReplyDeleteIsu Anak Nazri - Nampak sangat Rafizi tidak ada bukti yang kukuh dan cuma rekaan semata-mata yang dibuat untuk kepentingan politik sendiri.
ReplyDeleteIsu Anak Nazri - Cakap kereta itu diguna oleh Anak Nazri tapi tidak ada pun muka anak Nazri dalam gambar.
ReplyDeleteIsu Anak Nazir - Bukti kunun sudah ada tapi jika dilihat pun bukti itu tidak kukuh lagi dengan dakwaan Rafizi.
ReplyDeleteIsu Anak Nazri - Macam juga kes Anak Nazri tidak sampai kemana pun oleh Rafizi. Seperti diam begitu selepas pendedahan.
ReplyDeleteICAC memerlukan bukti. Kalau tidak ada bukti rasanya ICAC tidak dapat buka lagi kes ini. Jadi Rafizi belajarlah untuk terima kenyataan.
ReplyDeleteICAC mahukan bukti. Seperti apa yang kita tahu. ICAC boleh buat semua itu tapi memerlukan bukti.
ReplyDeleteTipu muslihat PR. Sudah-sudahlah cuba untuk memutar belitkan fakta ini. Kalau sudah tewas itu terimalah kenyataan dan tidak perlu cakap yang bukan-bukan.
ReplyDeleteStrategi PR. Inilah yang kita dapat lihat dengan tindakkan Rafizi sekarang ini. Sudah terdesak baru mahu pergi.
ReplyDeleteRafizi terdesak baru pergi ke ICAC. Kenapa baru sekarang mahu pergi. Ini menampakkan yang mana Rafizi tidak serius untuk menyelesaikan masalah ini. Cuma menjadi isu politik mereka sebenarnya.
ReplyDeleterafizi harus pergi ke Hong Kong semasa mengumumkannya. Kenapa tidak dari dulu lagi Rafizi datang ke Hong Kong?
ReplyDeleteTidak ada bukti jadi mahu buat apa. Macammana ICAC mahu menolong kalau macam ini. Sia-sia saja usaha Rafizi.
ReplyDeleteMeminta simpati daripada pihak ICAC. Datang Hong Kong merayu dengan ICAC lepas itu tidak ada apa-apa sumber yang boleh dipercayai untuk mendakwa.
ReplyDeleteMemalukan kerajaan akan datang saja cara Rafizi ini meinta simpati daripada pihak ICAC. Cuma meminta untuk siasatan dibuat oleh pihak ICAC. Tapi apa yang Rafizi ada?
ReplyDeleteTerselah kelemahan yang ada pada PR. Inilah kelemahan yang ada pada Rafizi sebenarnya sekarang ini.
ReplyDeleteBukti itu lebih penting daripada meminta simpati daripada ICAC. Kalau kita lihat sendiri pun memang ada benar juga yang mana Rafizi sendiri tidak ada bukti untuk mendakwa seseorang itu.
ReplyDeleteReputasi PKR terjejas disebabkan memainkan fitnah. nampaknya masalah Rafizi dengan mengadu tanpa bukti ini cuma akan memburukan nama Rafizi sendiri.
ReplyDeleteTerpedaya kita maka kita akan musnah di bawah tangan PR. Kita tidak patut terus mengalah dan memilih kerajaan yang tidak ada masa hadapan yang cerah ini.
ReplyDeleteJangan kita terpengaruh dengan kerajaan yang hanya pandai berhutang nanti sampai anak cucu kita jadi rakyat negeri termiskin...BODOH
ReplyDeleteNampaknya sudah terdesak si Rafizi Ramli untuk membawa kes ini sampai pergi ke Hong Kong. Sudah kehausan taktik lain.
ReplyDeleteSkandal RM40m ini semua hanyalah rekaan politik pihak pembangkang semata-mata.
ReplyDeleteIni jelas menunjukkan bahawa PKR tidak yakin untuk menang pada PRU13, sehingga perlu menggunakan taktik sebegini untuk menjatuhkan kerajaan.
ReplyDeleteICAC pun tidak boleh membuat apa-apa jikalau Rafizi Ramli tidak mendapat apa-apa bukti baru.
ReplyDeleteRakyat perlulah berfikir secara bijaksana sebelum mempercayai bulat-bulat apa yang dipermainkan dalam isu RM40juta ini.
ReplyDeletePembangkang sendiri pun asyik terlibat dengan rasuah, macam mereka saja yang paling bersih dan suci.
ReplyDeleteRafizi Ramli hanya pandai cakap sahaja tapi tidak ada bukti yang benar dalam dakwaannya.
ReplyDeleteIni menunjukkan bahawa si Rafizi Ramli seorang yang lemah dalam menegakkan kebenaran, tujuan sebenarnya hanya untuk menjatuhkan pemimpin BN. Kalau mau tegakkan keadilan, kes rasuah orang PRK pun dedahlah!
ReplyDeleteSemua dakwaan Pembangkang ini hanyalah semata-matanya cakap kosong saja tanpa ada bukti yang kuat.
ReplyDeleteSelama ini, kita boleh nampak bahawa pembangkang saja nak cuba memutar belitkan isu ini dengan maklumat basi dan kitar semula.
ReplyDeleteapa lu cakap.....inilah caranya BN menghalalkan rasuah.....
ReplyDeleteduit tu hasil dari pembalakan haram...!! kerana itu UMNO parti HARAM..!!!
ReplyDeleteBN stands for " BOHONGAN NERAKA "
ReplyDeleteRakyat malaysia selama ini bersikap buat tak tahu saja atas segala kejahatan/perompakan harta negara oleh pihak Umno. Dengan perkembangan terbaru ini diharap menjadi satu pemula kepada era baru yg boleh menjanjikan ketelusan di dalam pemerintahan.
ReplyDeleteMusa Aman - Balak - Micheal Chia- 40 juta - tiada kes - anak Menteri - SUV Hummer. Kalau sambung ayat di atas kita boleh buat karangan untuk menjelaskan betapa perlunya kita menumbangkan pemerintahan regim dalam PRU akan datang.
ReplyDeleteSudah-sudahlah Rafizi, buang masa sahaja buat begini, sudah terbukti yang memang Musa tidak bersalah.
ReplyDeletePembangkang asyik sibuk untuk menjatuhkan kerajaan, kesalahan sendiri lagi besar.
ReplyDeleteRafizi terdesak untuk mendapat perhatian dari rakyat.
ReplyDeleteRafizi tiada bukti kukuh, hanya cakap kosong sahaja.
ReplyDeleteSaya orng sabah, mmng betul org sabah diperbodohkan oleh pendatang malah pemimpin saya sokong DL n WB keluar BN.
ReplyDeleteorang sabah pun mau tuntut janji kerajaan, yang belum ditunaikan, sekolah jalanraya, dan banyaaaak lagiiiiiiiiiiii...........
ReplyDeleteinilah dia undang2 UMNO-BN, mcm bangang!! Rakyat DIBAHULUKAN..!! Pencapaian KRONI DIUTAMAKAN..!!
ReplyDeleterafizi sudah kerasukan isu rm40 juta...tidak ingat dunia sudah dia...
ReplyDeletePR tetap akan kempunan menjadi kerajaan selepas pru13...
ReplyDeleterafizi patut bersuara bila mana kerajaan PKR di selangor gagal dalam mengatasi masalah air dan tidak menepati janji2 PKR pada pru 2008...mengapa rafizi diam saja sedangkan isu air di selangor adalah jauh lebih penting daripada isu rm40juta.
ReplyDeletekeputusan bukan terletak di tangan rafizi ramli sama ada ICAC akan membuka semula kes atau tidak...tidak payahlah rafizi perasaan sangat...
ReplyDeleteICAC bukannya bodoh yang mana akan mengikut kehendak pembangkang malaysia...
ReplyDeletekalau rafizi kepingin sangat nak jadi MP, rayu kepada anwar supaya dicalonkan pada pru13 nanti...biar kita lihat sama ada rafizi ni layak atau tidak melalui undi rakyat...
ReplyDeletepersoalannya, mengapa baru sekarang rafizi ramli bertindak setelah kes tersebut sudah ditutup oleh ICAC? mengapa tidak pada masa siasatan masih sedang dilakukan?
ReplyDeletetindakan2 rafizi dan PKR kini dilihat sebagai tindakan2 yang terdesak untuk memancing undi rakyat pada pru13 nanti...
ReplyDelete