Tuesday, November 20, 2012

Pakatan dedah ‘Projek Sapu Tanah’ di Selangor

Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor hari ini mendedahkan berlakunya “projek sapu tanah” oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor yang melibatkan 23 keping tanah yang mempunyai keluasan 33.5 ekar di negeri berkenaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan, Ng Suee Lim, tanah-tanah dengan keluasan satu hingga tujuh ekar itu dianggarkan bernilai lebih daripada RM 20 juta, dan merupakan tanah yang bernilai tinggi kerana merupakan tanah untuk tujuan perniagaan komersial, rumah kedai, dan bangunan perniagaan.

“Ada 24 keping tanah di seluruh Selangor yang dimohon bukan sahaja oleh Umno, tetapi juga kesemua parti komponen BN seperti MCA, MIC, termasuk Gerakan.

“Daripada jumlah itu, 14 dimiliki Umno, lima milik MCA, tiga milik MIC, dan satu milik Gerakan,” kata Adun Sekinchan itu ketika sidang media di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

Jelas beliau, perkara itu berlaku antara 2000 hingga 2008, yang ketika itu Selangor diketuai oleh Dr Khir Toyo selaku Menteri Besar, sebelum negeri berkenaan tewas pada Pilihan Raya 2008 kepada PR.

“Enam daripada tanah milik Umno itu dipunyai Umno Bahagian Sungai Besar, yang pada masa itu Ketua Umno Sungai Besar adalah Khir Toyo.”

Jelasnya, daripada sembilan daerah yang terdapat di Selangor, hanya dua sahaja yang tidak mempunyai tanah milik bahagian dan cawangan BN itu, iaitu di Kuala Langat dan Hulu Selangor.

Justeru, beliau mencabar BN untuk memulangkan kembali tanah berkenaan sekiranya pembangkang di Selangor itu benar-benar memperjuangkan rakyat.

“Bagaimana mereka boleh mendapat tanah tersebut dengan harga premium sekaki nominal hanya RM1.

“Saya cabar minta Umno, BN kalau betul ikhlas, serahkan 23 tanah ini kepada rakyat Selangor untuk tunjukkan mereka perjuangkan rakyat,” katanya.

Malah, beliau juga akan membawa perkara tersebut kepada pengetahuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk pihak polis untuk menyiasat sama ada wujudnya elemen rasuah atau tidak dalam perkara itu. -TMI

11 comments:
Write comments
  1. Walaupun dilihat suara-suara tersebut merupakan suara ghaib Speaker DUN Selangor, Teng Chang Kim, namun kewujudan mereka kembali menjarakkan jurang krisis dalaman DAP.

    Tan Tuan Tat, bekas Pengerusi Cawangan DAP Sungai Pelek, mendesak agar Teresa Kok melepaskan jawatan memandangkan Exco Kanan Selangor itu tidak sahaja gagal menjalankan tugas, malahan telah menggunakan kuasanya untuk mengembongkan tembolok kroni-kroninya.

    Dari masalah banjir, sampah, tikus, sehinggalah masalah Talam Corporations, SELCAT yang dah nak mampus, sehinggalah masalah rasuah yang bermaharajalela di Selangor sepanjang empat tahun Pakatan Rakyat menjadi kerajaan, Tan Tuan Tat melihat Teresa Kok sebagai punca dan masalah utama.

    Teresa Kok beberapa bulan lepas dalam usaha memalukan Tan Tuan Tat berkata, bekas Pengerusi Cawangan DAP itu telah dipecat dari parti kerana tidak amanah.

    ReplyDelete
  2. Memang le..kalu disiasat halus2i, banyak kepincangan berlaku zaman UMNO dulu2an dan SPRM sepatutnya telah mnghidu perkara2 sebegini. Tak perlu ada aduan dulu. Common sense!!Malah bukan dSelangor shj, andai kata jatuh N9 selepas ni pun, 1001 mcm kegilaan UMNO semasa mntadbir negeri akan trdedah. Confirm punya.

    ReplyDelete
  3. BN pandai mengaku kesilapan? lain tahun laa...tengok, samy vellu pun pandai berlakon di batu caves!!!

    ReplyDelete
  4. wat tuduhan mcm2... yg dah terjual dek angkara BN berlambak2 takde lak bising... ni la melayu talam 20muka

    ReplyDelete
  5. Dulu Selangor dibawah BN wang dlm reserve RM500 juta je. Bila Pakatan ambil alih tampuk kerajaan negeri dengar2 sekrang reserve dah mencacah RM1.9 bilion. Siapa kata Pakatan tak mampu terajui kerajaan?, org bodoh je tak fham2 mau ckap.

    ReplyDelete
  6. BN sial ambil tanah rayat untuk mereka dan krono aje,bah ini kalilah kita kubur ini bN taik rasuah ini.

    ReplyDelete
  7. Kisah orang2 parti yg berkuasa yg merampas tanah2 kerajaan untuk kroni2 mereka dah mcm jd perkara biasa di Sarawak.Mana ada YB2 BN yg tak ada istana2 dan akaun2 yg tebal? Tp mcm biasa rakyat dikampong2 dan rumah2 panjang atau setinggan2 dipinggir kota yg masih kais pg makan pg !Begitulah nasib anak bangsa ku !

    ReplyDelete
  8. Kalau tak tipu, bohong, rasuah dan salah guna kuasa bukan UMNO namanya.

    ReplyDelete
  9. Inilah jadinya bila Parti penyamun Dan penyangak menguasai Negeri serta Negara.. Tipu.. Bohong.. Fitnah.. Rasuah.. Salah guna kuasa serta zalim dah jadi darah daging.. Apakah pemerintahan sebegini kita nak tinggalkan kpd anak cucu cicit kita?

    ReplyDelete
  10. Aku nak ucapkan tahniah pada YB Ng Suee Lim kerana mendedahkan penyelewengan ini.. pada MB jgn tergesa gesa. maklumat semunyanya ada dalam tangan.. bukan nak berpolitik tapi jadikan isu ni sebagai senjata PR diSelangor.. biar rakyat yg masih teragak agak mengetahui betapa mereka ditipu selama ini oleh UMNOBN Selangor..

    ReplyDelete
  11. siasat jgn xsiasat...bli RM1 kaki persegi jual RM200 KAKI PERSEGI,, ini macam sdah banyak huntong ooo kaya oooo....hidup melayu6x sokong UMNO sokong MCA, klau Rm1 kaki persegi aku pun mau oooo...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.