Tuesday, November 20, 2012

Serangan Umno Terhadap Nik Aziz Sia-Sia Saja

Penyangga peluru berpandu dan semua muncung senapang Umno kini berpusing kepada Tokguru Nik Aziz Nik Mat pula dalam kedudukan 90 darjah. Dua tiga hari lepas Umno menghala muncung senapang dan meriamnya terhadap Nurul Izzah Anwar, dan menyerang pemimpin wanita berbakat itu ekoran pandangannya mengenai sepotong firman berbunyi; tidak ada paksaan di dalam agama

Bertalu-talu serangan dilemparkan kepada Nurul Izzah, pelurunya bagaikan hujan batu di waktu malam sehingga ahli parlimen Lembah Pantai itu tidak dapat 'mengah'. Ini termasuklah seorang mufti yang melakukan taubat 10 kali sehari dan merasakan dialah paling hebat dan tawaduk menyuruh Nurul Izzah bertaubat.

Walaupun mufti itu tidak menghalusi dan mengkaji dari sudut agama atas empat ilmu syariat, tarikat, hakikat dan marifah terlebih dahulu ke atas kenyataan Nurul Izzah itu, tetapi beliau sudah menjatuhkan hukuman bersalah - minta bertaubat.

Begitulah, dan benarlah kata hukama bahawa empat dari hakim itu tiga akan masuk neraka kerana membuat penghukuman tanpa usul periksa dan lebih kepada menggunakan tukul untuk cari makan. Sebab itulah mereka yang beriman dan beramal dengan imamnya menolak dari dilantik menjadi hakim atau mufti.

Kalau Nurul Izzah hanya memberi padangan general begitu sudah diserang bertalu-talu apatah lagi dengan Nik Aziz yang direct menunding kepada Umno seakan sudah murtad itu, lagilah marah orang-orang Umno. Barang kali ada yang naik gila dan melondehkan kain sambil menghala 'anunya" kepada gambar Nik Aziz ekoran kata-kata ulasan Nik Aziz semalam itu.

Para ulamak Umno juga akan 'bercongek ekor' macam murai gila dengan kenyataahn Nik Aziz itu. Sudah pasti dari semalam membawa ke Subuh ini, ada ustaz-ustaz Umno yang membelek kitab-kitab baru dan lama mencari hujah-hujah dan nas-nas untuk membaham Nik Aziz balik. Apakah erti dan guna semua itu? Kita bercakap soal perpaduan, soal perlunya ukhwah tetapi bila satu pihak dari kita melakukan kesalahan atas tafsir kita, kita pula membalas kesalahan itu dengan juga kesalahan lebih teruk. Hamlau...

Tidak mustahil juga dalam masa terdekat majlis fatwa kebangsaan akan diperintah bersidang untuk membincang kata-kata Nik Aziz itu. Sebelum itu tentulah para pemimpin Ngo-Ngo Ubi Kayu, Ubi Keladi atau pun Ikan Ubi akan membuat report polis kononnya kenyataan Nik Aziz itu boleh menimbulkan huruhara, memecah perpaduan dan mencemari kesopanan Islam. Tidak mustahil akan berlaku kerana ketumpulan jiwa terhadap agama menyebabkan berlaku apa yang tidak sepatut dilakukan itu.

Semuanya tindakan-tindakan itu bertolak daripada ulasan Nik Azi berhubung doa yang dibaca oleh adiknya Nik Razi Nik Mat selepas solat hajat dalam satu rapat rakyat di stadium Sultan Muhamad Ke IV malam Jumaat lalu. Adik Nik Aziz didalam doanya menyebut dan memohon agar Allah menghancurkan Umno, seperti mana Allah menenggelamkan Firaun, Haman, Namrud dan Abu Jahal kerana kejahatan dan kezaliman dilakukannya.

Umno cukup marah dengan patah-patah doa itu dianggap sebagai melampau. Umno merasakan Nik Razi telah menyifatkan mereka sebagai Firaun, Haman, Namrud, Abu Jalal dan Abu Lahab. Umno sepatutnya tidak hairan kalau Nik Razi melebelkan watak dan karektor itu kepada mereka, kerana bekas presiden mereka sendiri pernah mengakui dan mengatakan; saya adalah Mahafiraun.

Umno juga kurang cerdik dalam melayan doa berkenaan. Silap bagi Umno memberi respon sebegitu sekali. Dalam hal ini yang paling silap dan celaka sekali ialah media massa, seperti TV3 yang memetik dan menyiarkan audio visual setiap malam. Kalau TV3 tidak tidak carry berita berkenaan mungkin ia akan lenyap begitu saja dan Umno tidak menghadapi masalah dengannya. Tanggungjawab sosial dan agama setesen tv berkenaan boleh dipertikaikan.

Sebenarnya jalan mudah bagi Umno untuk tidak berserabut dengan doa itu, parti itu lupakan saja. Ia boleh dianggap sebagai doa politik yang biasa dan boleh terjadi lebih dahsyat dari itu. Bahana kepada Umno apabila media menyiarkan doa itu menyebabkan orang ramai yang tidak tahu kaedah berdoa, akan memahami peranan dan juga bentuk-bentuk doa. Gara-gara itu akan ada di kalangan Umno berjumpa dengan guru mursyid bertanya mengenai status doa berkenaan. Lainlah kalau semua orang Umno memperakui Abdullah Samaah dan Harussani Zakaria sebagai guru mursyid mereka. Kalau ini berlaku walhasilnya Umno akan mengalami kerugian.

Itulah saya katakan media-media PB ini kadang-kadang tidak bijak dalam menanagi isu. Media terutamanya wartawan dan editor merasakan apa yang dibuatnya sudah hebat dan penuh bijaksana. Sebenarnya ia menjadi liabiliti kepada taukehnya sendiri. Umno sendiri menerusi pegawai sarafnya harus memantau tingkah laku dan peranan media ini. Sepatutnya pegawai saraf Umno tidak mengiya secara buta tuli apa dilakukan oleh media massa PB.

Motif Umno hendak menjadikan doa itu sebagai isu politik ia tidak banyak memberi untung. Bagi mereka yang sudah kemas pengangan Islam, memahami segala ilmu didalam Islam akan melihat ia begitu saja tanpa menganjak hati mereka untuk menumpaskan simpati kepada Umno.

Dalam menghadapi peperangan politik Umno kena tenggelam isu yang dilemparkan oleh pembangkang yang jelas tidak relevan dengan perkembangan semasa. Ada isu yang boleh diketengahkan sekiranya ia mengalih pandangan dan mendapat sokongan rakyat, ada isu yang perlu didiamkan saja. Misalnya isu doa yang jelas sesuatu yang tepat kena ke atas muka Umno, sepatutnya disembunyikan. Janagan ambil bicara ke atas isu berkenaan. Umno tidak perlu menyelek kainnya untuk isteri sendiri di tengah ramai.

Umno kena faham apa yang berlaku itu ialah bersifat politik. Doa dibaca oleh Nik Razi itu adalah doa politik. Majlis munajat dan doa itu adalah majlis orang-orang politik. Doa politik atau apa-apa doa terserah kepada Tuhan sama ada hendak makbul atau tidak. Sesungguhnya Tuhan maha bijaksana menghitungnya.

Dan sebagai badan politik Umno juga boleh berdoa. Panggillah sekalian para ustaz dan ulamaknya berhimpun di stadium Merdeka atau Bukit Jalail adakanlah solat hajat. Lawan apa yang Pas dan Pakatan Rakyat lakukan. Hujah lawan hujah, doa lawan doa. Solat lawan solat. Dalam kaedah Islam ada istilah "mukabalah". Nah lakukan. Mukabalah ini boleh dilakukan satu pihak atau kedua-dua pihak serentak.Selalu Umno menolak untuk melakukan kegiatan agama itu kononnya tidak mahu menunujuk-nunjuk dan memperalatkan agama untuk politik. Loya mendengar alasan ini sedangkan Umno tergamak menggunakan perkara lebih jijik dari itu untuk tujuan politik. Gambar lucah yang direkayasa telah digunakan Umno sedangkan ia lebih jijik dari doa Umno KO itu.

Apabila Umno nampak kecut perut dangan doa, nampak sangatlah Umno jahil mengenai agama. Kejahilan Umno takutkan kepada doa samalah ketakutan orang berdosa untuk menunaikan haji ke Makkah. Orang berdosa dikejar bayangan dosanya sendiri dengan membayangkan sesuatu yang buruk akan berlaku tatkala dia memijak laman Kabaah atau tanah haram. Ketakutan sebegitu adalah satu bidaah. Umno sebenarnya sedang berendam dalam lautan mitos dan bidaah.

Pas berbuat begitu kerana ia yakin dengan perbuatan Umno adalah satu kekejaman dan kezaliman. Mereka mengira penarikan balik projek pembinaan lebuh raya, di Kelantan satu kezaliman. Penafian hak rakyat Kelantan terhadap royalti petroleum satu kezaliman. Dengan segala macam penafian lagi oleh kerajaan BN yang ditulangi Umno satu pengkhianatan. Dalam kamus Pas wajarlah kalau Umno didoakan agar ditenggelamkan Allah seperti mana Haman, Namrud dan lain-lainnya.

Demikian juga kenyataan dan ulasan Nik Aziz, Umno sebagai muratd adalah benar dan persepsi cermin keyakinan agamanya. Apabila Umno tidak mahu melaksanakan Islam dan hanya bercakap saja, ianya ada ciri-ciri munafik dan murtad. Murtad bukan sahaja meninggalkan agama Islam dengan memeluk agam lain. Murtad ialah seseorang yang tidak patuh dan ingkar atau bertindak diluar batas-batas syariat Islam. Sesetengah ulamak menghukumkan pesalah murtad dengan hukuman mati.

Berdasar takrifan itu tepat kalau Nik Aziz merasakan Umno sudah murtad. Ada beberapa bukti jelas yang Umno menolak Islam. Enggan melaksanakan hudud, malahan memperlecekan hudud adalah sebahagian tanda-tanda keingkaran kepada agama, ia juga murtad. Tidak menempati janji-janji sebagai pemerintah seperti mana disuruh oleh Quran, adalah ciri-ciri murtad.

Jadi Umno kena akur kepada apa yang Nik Aziz kata. Dengan menyerang Nik Aziz, Umno tidak akan mendapat apa-apa kelabaan, melainkan letih dan lelah semata-mata. Nik Aziz tidak boleh dikalah dengan peluru dan serangan hendap. Tubuh Nik Aziz kalis dengan peluru dan dia sendiri sudah mangli dengan serangan-serangan berbentuk moralis. Dia sudah kebal dan keramat. Kekebalannya bukan dia menuntut ilmu batin tetapi kerana keyakinan dan sokongan rakyat ke atas istiqamahnya dalam beragama.

Jalan keluar bagi Umno dalam berhadapan dengan pembangkang terutamanya Pas ialah, Umno harus mencuba melaksanakan beberapa tuntutan politik yang Pas inginkan yang juga berkebetulan sehasrat dengan Umno. Perkara pokok sekali ialah Umno istuharkan bahawa Quran dan hadith adalah pegangannya. Tidak salah kalau Umno meralatkan atau bertaubat atas dosanya itu. Jika Umno berbuat demikian, nescaya Nik Aziz dan Pas akan mati akal. Umno juga akan mendapat dua pahala, pahala meninggalkan kemungkaran, pahla kerana menegakkan kebenaran. Di sini relatifnya Umno memperolehi pahala lebih banyak dari Pas?

Percayalah dengan menyerang, memburuk-burukkan Pas ia tidak akan memberi bekas. Apa lagi pemburukan itu dilakukan oleh orang yang ditohok oleh Pas. Pas kini umpama sinar terang yang tidak akan bertambah dengan sinaran bikinan manusia seperti Umno. Carilah lampu yang berkuasa tinggi mana sekali pun sinar yang ada kepada Pas yang terpancar dari langit yang bersalutkan Nur Islam tidak akan terlawan.

Kehadiran Umno dengan membawa cerita-cerita di mulut yang mahukan kepada Islam tidak ubah sebutir mentol kalimantan yang digantung dilangit pada waktu siang tatkala mentari 'terik mengeni'. Kehadirannya tidak akan terasa dan dirasai sedikitpun. Tambahan hari ini, bukan saja Melayu yang beriman, tetapi yang kafir; Cina, India, Dayak, Iban dan segala macam juga turut sama mahu tumpang berteduh di bawah lambayung Kaabah bikinan Pas. Soalnya kenapa Umno tidak sudi untuk sama-sama membina Kaabah bersama Pas dan selama mana Umno mahu menjadi tentera Arbrah?

Oleh Mohd Sayuti Omar

17 comments:
Write comments
  1. PAS memutar belitkan Islam dengan pengaruh janggut dan serban serta jubah untuk menipu jumud jumud mereka yang taksub kepada pakaian luaran ulamak yang bernafsu besar untuk menjadi pemimpin.

    PAS hanya dipergunakan oleh DAPig dan PKR untuk menghuru harakan orang orang Melayu dan menjadi "bad boys" dalam arena politik pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Dia menggelar dirinya Ulama. Orang ramai menggelarnya Tok Guru. PAS pula mengakui dia sebagai Tok Guru dan Ulama. Sudah lebih 20 tahun Tok Guru menjadi Menteri Besar Kelantan. Sebagai Menteri Besar, dia tidak dapat lari daripada bertindak secara politik dan mentadbir negeri ikut selera dan keupayaan sendiri.

    Sebenarnya banyak rahsia pembohongan yang sengaja diputar belitkan oleh Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, baik dari segi tutur kata, tindak-tanduk, pandangan dan pendapat yang secara terang-terangan tidak mencerminkan keperibadiannya sebagai “Ulama dan Tok Guru”, yang menjadi idola kepada perjuangan menegakkan sebuah pemerintah Islam di Malaysia.

    Pendedahan ini sudah tentunya mampu memberikan gambaran yang lebih tepat tentang keperibadian sebenar Ulama dan Tok Guru ini.

    TAMAK KUASA

    DULU : “Walaupun ada desas desus menyatakan saya akan mengundur kerana uzur dan tidak sehaluan pihak-pihak tertentu tetapi itu hanya tohmahan dan spekulasi sedangkan saya masih lagi sihat. Dengan pengakuan ini ia bukan bererti saya gilakan kuasa.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia pada 18 Mac 1995)

    KINI : “Memang saya sedang mempersiapkan perkara ini (berundur daripada jawatan Menteri Besar) dan sudah lama saya berniat dalam hati (mengenai perkara itu) tetapi minta reda sikit keadaan politik dan saya akan berundur.” (Kenyataan dalam Utusan Malaysia 5 November 1996)

    JADINYA : Dulu Nik Aziz pernah melahirkan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar, gara-gara berkrisis dengan pihak Istana Kelantan. Jelas dia gila kuasa. Bila duduk lama sikit, dia seronok dengan jawatan ini. Bila disarankan supaya berhenti jadi MB dan ditawarkan jawatan Mufti, dia marah sebab katanya, jawatan Mufti terlalu kecil untuknya.

    Sebagai MB, Nik Aziz tak mampu membawa perubahan besar atau pembangunan kepada rakyat dan negeri Kelantan. Nik Aziz pernah kata bahawa dia akan 'undur' daripada politik hanya apabila UMNO di Kelantan menjadi koyak rabak.

    Maknanya dia akan undur jadi MB bukan selepas tengok Kelantan maju atau membangun tapi bila dapat tengok UMNO dimusnahkan. Punyalah busuk hati!


    ReplyDelete
  3. Nik Aziz?? mmphh..Itulah sebabnya PAS kini menjadi kuda tunggangan. Haji Hadi sanggup menjadi Khadam! jawatan PM pun bagi pada Anwar nanti. Nik Aziz adalah Pak Karut dalam Pakatan Rakyat!!!!!!

    Apa kelas Haji Hadi ? itu sebab dia sanggup mahu jadi khadam. panganut2 PAS bising secara bilateral / merapu2 bagi menarik perhatian orang2 Melayu mengundi PAS!!

    Apa klas Nik Aziz ? semua fatwanya dan cara dia mengeluarkan fatwa sudah kita ketahui.

    ReplyDelete
  4. Berikan beberapa hari untuk dia berdiam diri kemudian dia akan menghalalkan apa saja yang haram untuk menyelamatkan pemimpin pembangkang.

    Oleh kerana gagal menyaingi UMNO , gagal membuktikan bahawa mereka lebih Islam dari UMNO , tiada ada bezanya PAS dengan DAP dan PKR sekarang ini , mereka terpaksa mendoakan dalam solat yang sepatutnya suci tetapi di nodai dengan doa menjahanamkan UMNO. (UMNO Melayu dan orang Islam). Politik ini dilihat sebagai politik terdesak.

    ingat, di dunia ini kamu boleh selamat coz pengikut2 yg berjaya dimental block oleh kamu.. tapi sama2 kita nantikan saat n.aziz mati!
    aku mmg teringin sangat tengok wajah n.aziz di saat kematiannya!!

    ReplyDelete
  5. PRU13 PAS akan menjadi parti bingung yang tidak tahu apa yang mahu mereka lakukan sebenar. Mereka kompius dengan apa kah sebenar yang mereka kejar. Dunia atau akhirat??!!!

    Hidup mereka hanya bernafas atas ikhsan DAP dan PKR. Mana PAS ada kekuatan sendiri untuk berdiri memimpin.

    ReplyDelete
  6. Bagi aku penyokong UMNO bukan shj boleh jatuh MURTAD...malah memang awal2 boleh jatuh/gugur kalimah tauhid nya ( KAFIR le tu ) hanya kerana menyokong gerakan/parti yg menolak/mmpermainkan hukum Allah/ memperlekah usaha tok2 guru mmartabatkan Islam dll. Mudah kata engkar perintah Tuhan..kan KUFUR NAMANYA. Apa masalahnya.

    ReplyDelete
  7. WA MAM LAM YAHKUM BIKA ANZALLAHU FA ULA IKAHUMUL KAFIRUUN..." Sesiapa yg TIDAK mnghukum dgn hukuman dsr Allah,sesungguhnya dia dr kalangan orang kafir." Jelas kan??? Perlembagaan Negara tu dr Lord Reid atau dr Qur'an dan Hadis?? UMNO tak perlu brdalih kearah tok guru.

    ReplyDelete
  8. mso, x payah wa mam lam..la! apakatakau bila nik aziz menyamakan Allah dgn makhluk? dia dakwa nabi macam budak2 biasa hingga umur 40 tahun?? kau ok, kan? itulah petandanya kau ni penulis upahan! mental block!!

    *fbi

    ReplyDelete
  9. ha...ha...ha kita semua perlu sedar dan akur bhw kptusan pru 13 nanti tletak di tangan rkyat. Jika rkyat dah tak suka maka dia akan tolak parti-parti mana yg dah dia tdk suka. Wlau mcm mana sekalipun kita kempen atau mberi habuan atau projek.... sebab yg ada kuasa mengundi ialah rkyat. Apapun kptusan nanti 2, 2 pihak baik Bn atau PR mereka perlu terima keputusan itu dgn redha. Kenapa tewas .... pd masa itu.... jd stiap calon perlu selidik dan buat rumusan kenapa????? Apa yg terkurang.... perlu diperbaiki dan ditingkatkanlah.

    ReplyDelete
  10. dia dah panas dah tu , tak buleh duduk bila dengar org baca doa utk hancurkan parti dia..maklum la penyokong setan yg di kenali..

    ReplyDelete
  11. kenapa takut sangat dengan DOA PAS...?kalau Umno dijalan yang benar ta perlu takut allah maha mengetahui akan perihal makhluknya....lainlah kalu umno dijalan yang dimurkai..menidakkan hukum hudud hukum allah swt....

    ReplyDelete
  12. SEBELUM SIASAT DOA ITU, SIASAT DULU CHA SOI LEK.YG TERANG2 HINA ORG ISLAM..

    ReplyDelete
  13. aku sekeluarga tetap UMNO!! aku yakin lebih 3.3 juta ahli UMNO tetap bersama UMNO BN!!

    ReplyDelete
  14. Kalau UMNO perintah negara 55 tahun rasa tak zalim seperti yang dirasai oleh PAS, jangan risau, Kalau bising maknanya sendiri makan cibai rasalah pedasnya dan tunggulah bala yang maha pedih daripada Allah sekiranya doa itu dimakbulkan.

    ReplyDelete
  15. Konsep doa – amiin – benar, ya Allah, (ia berbalik kepada orang2 yang berdoa jika salah)


    Ketika menuntut di sekolah agama suatu masa dahulu, mutakallim & mudir saya sentiasa mengingatkan tertib berdoa – bersih, suci diri,,bersolat, taubat, berdoa baik-baik..penuh pengharapan.


    TIDAK BOLEH MENDOAKAN KEMUSTAHILAN (Contoh - jadikan aku perogol yang agung, ya Allah) ,; TIDAK BOLEH MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG BERJAHAT ATAU MENZALIMI KITA. *QUNUT NAZILAH PUN HARUS DIBACA DENGAN TAJWID & HANYA DALAM BAHASA ARAB. Sebaik-baik doa kepada si penzalim pun ialah berdoa agar Allah BERIKAN HIDAYAH kepada pihak tersebut! DOA YANG TAK BETUL, AKAN BERBALIK kepada pihak yang berdoa (atas konsep AMIIN oleh makmum dalam doa)


    Masalah PAS tidak mendekati umarak! Sebaliknya menjauh & mengajak pengikut-pengikut mencarut, membenci umarak. Kemudian bersekongkol dgn puak-puak yang sememangnya borjois & sering bersangka buruk dgn umarak / pemerintah. *Isu aqidah, mental block + negative, kemerapuan pertuturan, hati hasad -Mengapa Hadi / Harun Din tak tegur jika pemimpin-pemimpin lain jika salah? Ini ZALIM coz membawa unsur Khawarizmi mahupun Syiah dalam negara!! Fikirkan rasional mengapa PAS & PR sukar untuk memerintah Malaysia?!! Padahal sentiasa berdoa pada Tuhan. Mendakwa DSAI teraniaya lagi. Kaitkan ia dengan redha dari Allah.


    Ingat, seburuk-buruk pemimpin yang kamu cerca - pemimpin ini menunaikan haji, solat, berpuasa, membantu rakyat, rajin bekerja, jaga agama, menjaga perpaduan serta keharmonian rakyat! Qunut Nazilah jika diteliti ertinya ialah DOA atas sesuatu bala bencana supaya kita dilindungi Allah dari bahaya.


    Nyatakan berapa banyak masjid yang kamu buat selain hanya perasaan membenci & perpecahan? Berapa sekolah agama yg kamu usaha selain dari mengeluar fatwa bukan-bukan yg menghiris perasaan & menggalak kemarahan?? abai kebajikan guru serta pelajar-pelajarnya?? Ironinya, berjuang hudud yang PELAKSANAANNYA jelas tidak sejajar tahalluf siasi dalam Islam..pesalah-pesalah bukan Islam tiada apa-apa tindakan??!! MENGAPA `HUDUD` YANG MAHU DILAKSANA HADI INI DOUBLE STANDARD?? Kemudian mengajak rakyat membenci & menjauh umarak


    HUDUD TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN OLEH BN / PR BUKAN PENYEBAB MALAYSIA KUFFAR!! JADI, APA SALAHNYA KERAJAAN BN?? DENGARNYA, PAS SENDIRI ADALAH PENGIKUT DALAM PR, HADI MENOLAK PM (pada penyokongnya, suara lain); & MENARIK JANJI HUDUD DEMI MENGIDAM KE PUTRAJAYA??!!!


    *Mahmoud Ahmadinejad (pemimpin Syiah Iran itu berbangsa Yahudi & sentiasa licik bersekongkol dgn Zionis). Ancaman USA menyerang Iran adalah helah bagi mendekatkan lain-lain pemimpin Syiah sesat ini dengan perancangan besar USA & Zionis. Kini, media-media tajaan Zionis menyayangi Syiah. PAS harus menjauhkan parti dari menerima IDEOLOGY SYIAH (cabang aqidah menyeleweng Islam) dalam pengurusan & kepimpinan parti.

    ReplyDelete
  16. Doa UMNO marah....Chua S Lek hina hukum Islam ?? Ada UMNGok mare mare. bangsat punya UMNO. Dah lah dia tolak hukum Tuhan..Chua S Lek, rakaniaga BeEnd hina Islam,diam. PAS berdoa dia takut. Eh lupa, syaitan yg dikenali memang takut dgn doa.Lupa !!

    ReplyDelete
  17. Dr Mahathir mengulas berhubung ungkapan parti syaitan yang dibangkitkan Hadi tanpa menamakan mana-mana parti dalam ucapan dasarnya pada Muktamar PAS.

    `Mana dia tahu (parti itu) bekerjasama dengan syaitan, mungkin mereka yang bekerjasama dengan syaitan. Dia sendiri yang bekerjasama dengan syaitan, itu yang saya tahu.` katanya.

    Dr Mahathir berkata, ungkapan itu mungkin timbul berikutan kenyataannya sebelum itu yang menyebut I prefer to work with the devil I know than the angel I dont know.

    Ia adalah pepatah Inggeris yang kurang difahami orang PAS yang bermaksud lebih baik kami bekerjasama dengan orang yang kita kenal daripada orang yang tidak dikenali walaupun mereka dikatakan baik.

    Itu saja. Ia bukan bermakna saya bekerjasama dengan devil (syaitan) atau mereka itu angel (malaikat). Jauh sekali, itu dia tak faham, katanya.


    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.