Friday, November 16, 2012

Parti syaitan tak mampu tegak kebajikan

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan bahawa "parti syaitan yang dikuasai syaitan di dalamnya" tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Tanpa menamakan "parti syaitan" tersebut, Hadi berkata hanya kebajikan yang berkonsepkan adil untuk semua akan dapat menyatukan hati manusia majmuk dan mewujudkan perpaduan tulen.

NONEBeliau memberi alasan, manusia merupakan makhluk yang bernyawa, berperasaan dan berakal

"Setiap manusia yang saksama akal dan perasaannya tetap menerima kebajikan yang berteraskan keadilan. Ketepikan manusia yang tamak haloba yang buruk sifat-sifatnya dan tidak berperi   kemanusiaan.

"Kita ingin memerintah dengan adil berdasarkan konsep kebajikan yang diterima secara sejagat tanpa paksaan menganut Islam. 

"Saksikanlah bahawa perjuangan Rasulullah SAW pada awalnya didukung oleh penganut Islam dan juga turut disertai oleh kalangan bukan Islam yang menentang kezaliman," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menghurai tema Muktamar PAS ke-58 bertajuk "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan" di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan di Kota Bharu pagi ini.

Sambil membacakan sepotong ayat al-Quran, Abdul Hadi berkata NONEkonsep adil dalam Islam adalah tawaran parti itu kepada rakyat.
Tambahnya, keadilan dalam Islam menyebabkan agama itu "bangkit mencapai kejayaan di zaman Islam berdaulat, mentadbir negara awal yang mengandungi masyarakat majmuk dan masyarakat madani".
Abdul Hadi berkata dalam negara berkebajikan, semua pihak akan berlumba-lumba melakukan  kebajikan, iaitu kebajikan kerajaan terhadap rakyatnya.
Mengikut konsep itu, rakyat juga akan membantu kerajaan yang akan mewujudkan hubungan saling mengerjakan kebajikan antara miskin-kaya dan majikan-pekerja, katanya.

Tanya Mahathir

"Sifat adil yang dilaksanakan dalam Negara Berkebajikan ini adalah amal kebajikan yang membuahkan  kasih sayang di kalangan manusia, sehingga merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat, serta menjalinkan hubungan baik di kalangan sesama rakyat, seterusnya menarik musuh kepada insaf sehingga menjadi kawan dan sahabat yang setia," katanya.

NONEDalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar muktamar itu, Abdul Hadi bagaimanapun enggan menyebut nama parti yang disifatkannyna sebagai "parti syaitan" itu, walau didesak pemberita.
"Pepatah Melayu menyebut, siapa makan lada, dia rasa pedas... Parti mana yang makan lada...," katanya.
Wartawan turut meminta Abdul Hadi mengesahkan sama ada akan kenyataan itu merujuk kepada parti pemerintah, namun MP Marang itu tetap mengelak dan mengatakan: "Sesiapa sahaja yang mengikut sifat-sifat itu".

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mencelah dalam sidang media tersebut sebaliknya meminta wartawan mengajukan soalan itu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir.
"Kamu kena bertanya kepada Mahathir. Dia yang memperkenalkannya... Dia boleh jelas... Tanya Dr Mahathirlah, dia yang memperkenalkan istilah itu". -MK

5 comments:
Write comments
  1. Siapa syaitan, malaun!! Yg meliwat pun kau ikut. Yg sokong LGBT suka. Yg gesa nama Allah bagi semua agama kau alu2 kan; yg gelar nabi Muhammad s.a.w sebagai mamat /dik mat pun kau sokong; kau seronok mendakwa Allah duduk bersila lendik di arasy; yg menyokong Islam fleksibel tukar agama; pun kau subahat.. Arak, Disco, Rumah2 Urut kau ajak seluruh penganut2 PAS sokong; 2 Masjid dalam 1 kampung kau dakwa ok; HALAL dlm sesiapa murtad?; Jangan buat langsung Sambutan Maulud untuk baginda Nabi Muhammad s.a.w!; ada pemimpin solat di hadapan `gambarnya sedang menangis tak kau tak tegur; Sedihnya kau sentiasa menyokong siapa yg suu dzon dgn kerajaan pusat!


    Dr. Mahathir masih merisaukan PAS sedangkan Mahathir dah tiada dalam Umno. Ajak penganut2 kau berdoa sdgkan doa kau yg mendakwa teraniaya mmg salah konsep!! Bangang & berhati hasad sudahnya.


    So, sapa syaitan, Hj Hadi Logiut?? Subahat la… Kau tanggungla di sini & akhirat nanti atas ucapan & tindaktanduk kau dgn umat Islam ni negara ini.. dasar penggalak fahaman Syiahh!!! kau tanggungla selepas ini

    ReplyDelete
  2. Fuhh..malam tadi, lebih 200 ribu org menghadiri majlis pemimpin (yg romen dgn pelacur tuu) di Batu 1 Setengah, Jalan Apas, Tawau! Cuaca baik. Habis jam 4.00 pagi.


    Kami terlupa sembahyang Maghrib, Isyak & Subuh gara2 YB Azmin mencerca Umno BN Syaitan & ndak mampu tegak kebajikan! **Ehh.. rupanya aku bermimpi… ingatkan 200 ribu, rupanya ndak sampai 400 org. Org2 Cina lagi!!?? Alahai PR … kuman di seberang laut Nampak. Ferrarri di depan mata kaburr, bha.

    Cameraman UMNO

    ReplyDelete
  3. Padan muka UMNO. Tun M kata parti syaitan yg dkenali...dah jadi bahan lawak antarabangsa pulak parti umngok tu. Kesian. Yg penting brtanmbah lagi seorg bekas peg kanan kerajaan Malaysia iaitu Datuk Nahrawi (bekas Pengarah JAIS & JAIM ). Malah beliau juga sempat brkata...kita sebagai org islam, tidak bole lari dr menyokong parti Islam. Takbir 3X. Brtmbah lagi org cerdik masuk PAS dan kekal yg BANGSAT dlm UMngok.

    ReplyDelete
  4. Ada sorang wartawan nak perangkap HJ Hadi semasa MUktamar Agung PAS itu hari dgn soalan brkaitan PARTI SYAITAN. Minta penjelasan Hj Hadi parti mana yg dimaksudkan. Dgn selamba SU Agung PAS kata.." itu kena tanya Mahathir le sebab dia yg kata UMNO parti syaitan yg dikenali." Kah kah kah. Giant Killer.

    ReplyDelete
  5. Aku sejak berada di Sabah ni....dah lama aku ndak sembahyang jumaat. Ndak yakin aku dgn imam2 lantikkan umno dimana imam itu bagi undi pd kerajaan BN/UMNO dan UMNO telah hina hudud ( hukum Tuhan). Maka aku brandaian jatuh akidah imam itu dr Islam kerana menyokong PARTI SYAITAN.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.