Thursday, November 8, 2012

433 Nama Pemilih Lenyap Tanpa Dipamer

Keadilan membongkar satu lagi bentuk kejanggalan manipulasi daftar pemilih dengan tidak melalui Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) yang dipamerkan di setiap suku tahun.

Menurut Naib Presidennya, Fuziah Salleh, kejanggalan itu boleh disifatkan sebagai kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Malah, beliau tidak menolak kemungkinan ia dimanipulasi dengan sengaja oleh SPR.

“RDPT merupakan ‘audit trail’ di dalam daftar pemilih. Dan SPR wajib boleh ‘tally’ jumlah pemilih di dalam daftar pemilih setiap suku yang disahkan melalui cara ini.

“Sebaliknya didapati SPR gagal berbuat demikian.SPR sewenang-wenangnya masukkan nama dan keluarkan nama, pindahkan nama pemilih tanpa dipamer terlebih dahulu,” kata Ahli Parlimen Kuantan itu pada sidang media di lobi Parlimen pagi tadi yang turut disertai Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali.

Sebagai contoh, jelas Fuziah, hasil audit daftar pemilih di antara daftar pemilik induk Suku ke-4 2011 dan daftar pemilih induk Suku Pertama 2012 seperti yang dibekalkan SPR kepada PAC bagi Parlimen Kuantan (P083) mendapati, sebanyak 155 nama pemilih dimasukkan ke dalam daftar pemilih tanpa melalui RDPT.

“Kita mendapati nama yang sudah dipamerkan sebagai pemotongan sebelum ini dimasukkan semula ke dalam daftar pemilih P083 sedangkan tiada bantahan dibuat ke atas nama tersebut.

“Terdapat 40,000 nama di seluruh negara.Sejumlah 15 undi pos (polis dan tentera) dimasukkan tanpa dipamerkan.

“Terdapat juga nama dipindahkan masuk tanpa dipamerkan terlebih dahulu. Mereka ini merupakan pemilih di kawasan lain sebelum ini,” katanya dipetik Media Selangorku.

Kata Fuziah, sebanyak 433 nama pemilih hilang dari daftar pemilih begitu sahaja tanpa dipamerkan.

“Semakan kami menunjukkan jumlah yang besar terus hilang (tiada dalam rekod). Kalau meninggal sekalipun tidak mungkin sampai 400 lebih nama.

“Selain itu sejumlah besar dipindahkan ke kawasan Parlimen lain tanpa dipamerkan (hampir 100 nama) dan jumlah pemilih yang dipamerkan keluar terdiri dari pemilih awam dan pos,” sambungnya.

Justeru, beliau mahu SPR jelaskan mengenai perkara berkenaan.

Tegasnya, keadaan ini membuktikan SPR tidak membersihkan daftar pemilih dan kemungkinan besar ia dilakukan dengan sengaja untuk membantu Umno BN. -KD

18 comments:
Write comments
  1. SPR perlu menjawab persoalan tu

    ReplyDelete
  2. Betul ke tidak. PKR sudah tentu sengaja untuk memburukan SPR untuk menghasut rakyat

    ReplyDelete
  3. Mungkin inilah usaha yang dibuat oleh SPR untuk membersihkan daftar pemilih. itukan yang pembangkang inginkan. Maka SPR dalam perlaksanaan untuk semua itu. Mereka yang meragukan pasti akan dikeluarkan dari senarai dan perlu merujuk semula jika inginkan daftar pemilih.

    ReplyDelete
  4. SPR SIAL BAGUS LETAK JAWATAN ITU PENGARAH ATAU BIAR PIHAK ANTARA BANGSA JADI SPR.SIAPA MAU PERCAYA SPR MALAYSIA SIAL INI.

    ReplyDelete
  5. UMNO BN ni mau menang menipu saja kerjanya, takut kalah atau hilang kuasa sanggup 'MAIN CULAS', bukan main lagi kata jangan gadai masa depan negara dengan pembangkang, rupa2nya dalam diam2 mengadai negara dengan memberikan projek ic kepada warga asing, lihat saja di Sabah, ayuh rakyat seluruh Malaysia, kita TUKARRRRRRR.........INI KALILAH.

    ReplyDelete
  6. Macam mana rakyat nak percaya integriti SPR?

    ReplyDelete
  7. Bertanding la dengan cara yang bersih. Tengok macam USA.

    ReplyDelete
  8. Bertanding la dengan cara yang MATANG...jangan sebab kalah sahaja mau tuduh SPR menipu...bila menang SPR bagus...akal pendek punya orang...

    ReplyDelete
  9. SPR...Suruhanjaya Penipu Rakyat. PR bongkar ikut sana ,dia putar ikut sini. Tangkap dari kiri,dia tipu ikut kanan. Pening kepala nak memikior hal karenah SPR nih. Mampoih lee...mcm nih!!

    ReplyDelete
  10. SPR kena pastikan tiada masalah dalam senarai pemilih.

    ReplyDelete
  11. PR perlu memastikan agen-agen mengundi mendapat fahaman dan mengetahui sebarang bentuk andainya terdapat penipuan semasa proses mengundi,mereka harus dilatih dan dipilih dari mereka yg mempunyai ketegasan,agen-agen mengundi adalah benteng terakhir.

    ReplyDelete
  12. The Election Commission (EC) deniedthat many foreign workers have been included in the electoral rolls using the identification code of ''71'' which referred to Malaysians born overseas.

    ReplyDelete

  13. Its chairman, Tan Sri Abdul Aziz Yusof, said the matter should not have been disputed as to date only 171,023 registered voters were recorded having identification cards with that code.

    ReplyDelete

  14. Before 2001, code ''71'' was used for Malaysians born abroad and foreigners who had obtained permanent resident status.

    ReplyDelete
  15. However, after 2001, all foreigners who obtained PR were no longer referred with code ''71'' and were in fact using the code for their respective country of birth, such as 66 for Singapore and 61 for Indonesia.

    ReplyDelete

  16. Abdul Aziz commented on the matter after certain quarters disputed the use of code ''71'' purportedly to register foreign workers as voters after several names with code ''71'' as the middle number of their identification cards were detected on the electoral rolls.

    ReplyDelete

  17. He said that according to the EC''s master electoral rolls, there were 8,743 registered voters in Sabah and the Federal Territory of Labuan with code ''71'' and Selangor recorded the highest number with 32,485 people.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.