Thursday, November 15, 2012

PRU13 : Pengundi Sabah kuasa penentu

Berikut adalah kenyataan Ketua Parlimen DAP dan Ahli parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang selepas menamatkan jelajah “Ubah” DAP selama tiga hari di Papar, Kota Belud, Inanam, Matunggung dan Kudat pada Selasa 13 November 2012:

Pengundi Sabah adalah kuasa penentu (kingmakers) dalam PRU13 yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan siapakah yang akan menjadi perdana menteri Malaysia.

Lawatan saya yang terkini ke Sabah serta tiga hari jelajah “UBAH” DAP bersama pemimpin DAP ke Papar (Kg. Tamui), Kota Belud (Kg Nahaba), Inanam, Matunggung (Kg. Pinaurat) dan Kudat, jelas menunjukkan RM7.28 bilion daripada Belanjawan Alternatif 2013 Pakatan Rakyat Sabah yang diumumkan bulan lepas, betul-betul tepat dan memberikan tekanan ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan pemimpin Barisan Nasional.

Sebagai contoh, dilaporkan di dalam sebuah suratkhabar Sabah pada hari Jumaat yang Musa telah memberikan dana berjumlah RM30.9 juta kepada 140 badan keagamaan bukan-Islam dan 266 sekolah termasuklah sekolah Cina persendirian dan sekolah mubaligh di Sabah – terdiri daripada RM18 juta kepada badan-badan keagamaan termasuklah gereja, rumah ibadat kaum Cina serta rumah-rumah ibadat bukan-Islam yang lain dan RM12.9 juta kepada sekolah-sekolah.

Walaupun Musa mengatakan “peruntukan yang besar untuk badan-badan keagamaan bukan-Islam mencerminkan komitmen kerajaan Barisan Nasional menegakkan kebebasan agama dalam negara ini”, jelas - sungguhpun lemah dan tidak memadai - merupakan respons kepada teras keempat daripada lima teras Belanjawan Alternatif 2013 Pakatan Rakyat Sabah iaitu “Memperkasakan masyarakat tempatan”.

Akan tetapi, kerajaan BN Sabah telah jauh ketinggalan daripada apa yang Belanjawan Alternatif PR Sabah usulkan.

Teras Belanjawan Alternatif PR Sabah “Memperkasakan masyarakat tempatan” mengusulkan peruntukan RM50 juta untuk sekolah vernakular, sekolah bantuan kerajaan, dan sekolah persendirian tetapi kerajaan BN Sabah telah bertindak balas dengan peruntukan hanya RM12.9 juta.

Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat Sabah mengusulkan RM50 juta kepada pertubuhan bukan-Islam (dan RM100 juta kepada pertubuhan umat Islam, termasuklah RM3 juta untuk pendanaan menunaikan Haji buat 300 orang bersamaan RM10,000 seorang) tetapi kerajaan BN Sabah hanya menawarkan RM18 juta untuk badan-badan keagamaan bukan-Islam.

Teras keempat Belanjawan Pakatan itu mempunyai 13 cadangan khusus yang belum menerima respon kerajaan BN Sabah, termasuklah:

  • Di bawah Skim Graduan Anak Sabah, RM2,000 akan diberikan kepada tiap-tiap pelajar yang melanjutkan pelajaran tinggi untuk seisi rumah berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Inisiatif ini dijangkakan menelan belanja RM14.4 juta dan dijangka memberikan manfaat kepada lebih kurang 7,200 pelajar.
  • RM50 juta untuk biasiswa kepada sesiapa yang mendapatkan pendidikan tinggi di dalam negeri. Keutamaan diberikan kepada bakal doktor dan guru.
  • RM20 juta dana untuk mempamerkan kepelbagaian kebudayaan melalui inovasi dan kreativiti.
  • RM40 juta untuk tujuan pemeliharaan budaya dan warisan.
  • Bantuan permulaan sebanyak RM20 juta untuk menubuhkan Sabah TV bagi tujuan menghasilkan program-program untuk mempamerkan warisan budaya dan kepelbagaian negeri ini.
Empat teras lain Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat Sabah mengandungi 30 lagi cadangan khusus untuk memastikan kekayaan Sabah diagihkan dengan saksama, pertumbuhannya dicergaskan semula dan golongan terpinggir di Sabah dikeluarkan daripada kemiskinan.

Walaupun Musa dan kerajaan negeri BN Sabah belum lagi memberikan respon yang sewajarnya dan setanding kepada cadangan-cadangan Belanjawan Alternatif 2013 PR Sabah, Ketua Menteri dan BN Sabah telah mula melancarkan perang mulut ke atas DAP dan Pakatan Rakyat.

Contohnya, Musa memberikan reaksi yang sangat tidak rasional dan janggal apabila saya mengatakan tentang perbezaan besar di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat apabila berdepan dengan cabaran besar Pilihan Raya ke-13, yang memperlihatkan sama ada BN kembali berkuasa atau digantikan dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Saya telah mengatakan apabila diuji perikatan politik yang mana bersedia untuk meletakkan kepentingan negara mengatasi semua kepentingan lain, Umno dan BN yang begitu terdesak mahu terus berkuasa, mengambil jalan lama tetapi dengan taktik “Pecah dan Perintah” yang memecahbelahkan kaum dan agama yang pelbagai di negara ini, sementara parti-parti Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS tetap dengan matlamat dan mesej bersama untuk “Bersatu dan Perintah” kepada semua kaum, agama dan negeri, menekankan kepada keperluan untuk semua rakyat Malaysia bersepakat sebagai rakyat Malaysia yang satu bagi membina negara dengan satu visi yang sama.

Seorang lagi pemimpin BN yang menyimpan keinginan terhadap jawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal, turut memberikan respon kepada Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat Sabah, menyeru supaya ditolak janji PR untuk meningkatkan royalti minyak Sabah daripada lime kepada 20 peratus.

Shafie telah memberikan hujah paling mengarut mendakwa bahawa peningkatan royalti minyak Sabah kepada 20 peratus akan menyebabkan perpecahan antara Sabah dan negeri-negeri Malaysia yang lain.

Hujah Shafie penuh kecacatan, memandangkan Pakatan bukan sahaja menuntut agar royalti minyak untuk Sabah sahaja dinaikkan daripada lima kepada 20 peratus, tetapi juga buat semua negeri pengeluar termasuklah Sarawak, Terengganu, Kelantan dan tidak lama lagi, Pahang. Tambahan lagi, terdapat baki 80 peratus daripada royalti minyak yang boleh digunakan untuk pembangunan negara.

Setakat ini hanya Shafie saja pemimpin BN Sabah yang berani menentang kenaikan royalti minyak Sabah daripada lima kepada 20 peratus. Biarlah semua pemimpin BN Sabah mengisytiharkan pendirian mereka terhadap isu ini supaya pengundi Sabah boleh membuat keputusan sama ada mereka layak untuk disokong atau ditolak.

Semalam, sebuah akhbar Sabah memaparkan tajuk berita berkenaan kenyataan Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok: “Janji PR hanya bagus di luar Sabah’”.

Bernard tidak berniat sedemikian, tetapi hakikatnya beliau mengakui, yang Umno dan Barisan Nasional berdepan dengan pertempuran sukar kalaupun bukan kekalahan memenangi hati pengundi di Semenanjung Malaysia dan kini tinggal pengundi Sabah untuk menyelamatkan Umno dan Barisan Nasional dalam pilihan raya tidak lama lagi.

Bernard teramatlah betul dan inilah sebabnya mengapa saya telah menekankan dalam ucapan-ucapan saya ketika jelajah UBAH di Papar, Kota Belud, Inanam, Matunggong dan Kudat sejak tiga hari lalu bahawa pengundi Sabah adakah kuasa penentu (kingmaker) di Malaysia memandangkan mereka akan bersama pengundi dari Sarawak dan Johor, membuat keputusan siapa akan membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan siapa akan menjadi perdana menteri Malaysia seterusnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengunjungi Kudat ketika lawatan terakhirnya ke Sabah, tetapi beliau tidak menjelajah melalui jalan raya untuk mengalami sendiri apa yang rakyat Sabah terpaksa alami – apa yang telah saya sebutkan sebelumnya sebagai “jalan terburuk di Malaysia” – jalan yang amat teruk dan bagaikan neraka di Ulu Kukut.

Sebaliknya, Najib terbang dengan helikopter, melepasi Ulu Kukut, sepertimana Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin ketika lawatannya ke kawasan itu.

Selepas lawatan Ogos yang mana saya telah twit berkenaan keadaan jalan Ulu Kukut yang telah tujuh tahun dalam keadaan teramat teruk., kerajaan negeri Barisan Nasional memberikan jaminan bahawa projek penambahbaikan jalan sepanjang tiga kilometer akan disempurnakan menjelang akhir September.

Akan tetapi, apabila saya menuju ke Kg Pinaurat di Matunggong dan Kudat pada hari Ahad, detik seakan-akan terhenti pada tiga bulan lalu di Ulu Kukut kerana tidak terdapat sebarang tanda penambahbaikan pada keadaan jalan yang teruk itu.

Malah Najib sendiri tidak berani menyebut tentang keadaan buruk jalan di Ulu Kukut ketika lawatannya ke Kudat bulan lepas, dan beliau memilih untuk mengumumkan bahawa satu kajian telah dijalankan ke atas lebuh raya pantai RM800 juta dari Tuaran menghubungkan Kota Belud ke Kota Marudu dan ke Kudat – memintas Ulu Kukut sepenuhnya.

Adakah perdana menteri juga telah berputus asa untuk menyiapkan penambahbaikan jalan raya di Ulu Kukut, yang dipercayai merupakan projek bernilai RM70 juta, dan adakah Ulu Kukut akan menjadi bukti nyata kegagalan kerajaan negeri BN Sabah pada PRU13?

-LIM KIT SIANG

17 comments:
Write comments
  1. Betul jugak teori ni. 1Borneo ni sekarang adalah penyumbang kepada 45% kerusi parlimen kpd BN/UMNO. Andai kata BN dpt 40% je pun kerusi parlimen dr 1Borneo...cukop utk bentuk kerajan secara 'simple majority'. Sebab apa, 40% dr 1Borneo dan takkan tak dpt 15% dr seluruh Semenanjung. Tapi harus diingat, SPR harus bkrja lebih kuat utk jadi barua umno. Kalu ndak,malingkup,bah.

    ReplyDelete
  2. mmg jalan ulu kukut tak penah elok..dok buat parit sebesar parit rumah, mane nak boleh tampung air ujan, pastu jln yg tak berturap lebih dr 3 kilo...terang2 bn menipu..pastikan rakyat sabah tidak tertipu dan terus tertipu..

    KAMI SOKONG PAKATAN RAKYAT!

    ReplyDelete
  3. Pandangan sdr LKS adalah pandangan dari sudut DAP dan PR.. tapi tidak dinafikan itu adalah pandangan yg wajar dan mengambarkan realiti sebenar diSabah...siapa yg akan meneraju pucuk pemerintahan Malaysia akan ditentukan disaat saat akhir dgn Sabah sebagai negeri yg paling mencuri perhatian...kalah atau menang akan ditentukan dinegeri dibawah bayu ini...jika berdasarkan sentimen terkini.. Sdr. LKS tidak tersilap utk meramalkan bahawa Sabah boleh menjadi hak PR.. dan memenangi paling kurang 14-16 buah kerusi dari 25 buah kerusi yg dipertandingkan...Kegagalan UMNO Sabah kerena mereka tidak memperdulikan kebajikan rakyat.. sedangkan Sabah mempunyai kekayaan yg lebih dari cukup utk mengerakkan sosio ekonomi rakyatnya.. tapi kelemahan manusia.. mereka menggunakan kekayaan itu utk kepentingan sendiri dan kroni...akhirnya rakyat sudah hilang sabar.. selain hak mereka dinafikan.. tindakan merampas tanah adat dianggap sudah tidak boleh diterima.. peluang PR cerah kerana rakyat mahukan perubahan.. tapi jika ditanya pada pemimpin UMNO dan BN Sabah.. mereka akan menafikannya.. kerana........pernahkan UMNO berkata jujur pada rakyat..???

    ReplyDelete
  4. inilah masa rakyat sabah mendapat 20% hasil royalti minyak....jangan biar pemimpin umno ngokkkk yg menikmati mencuri duit anda itu....mereka berseronok2 di KL memiliki segala kemewahan ...rakyat sabah masih minum air telaga...mashaallah..

    ReplyDelete
  5. PRU13 akan menajdi medan pertarungan yg hebat terutama seakali negeri Sabah. PR mesti memilih calon yg bukan sahaja mampu menang, tetapi akan tetap setia walau apa pun suasana keputusan PRU13 itu nanti, agar mereka tidak menjual maruah wakil tersebut dgn wang ringgit. Calon PR juga mesti mereka yg sanggup mengorbankan harta dan wang ringgit tanpa bergantung kpd wang dari parti. PRU13 menantukan nasib rakyat Sabah yg telah lama dan sedang dijajah oleh PTI. Bantuan tangki air, BR1M hanya penyelasian masalah rakyat jangka pendek. Rakyat jangan sekali-kali diperbodohkan oleh BN untuk selama-lamanya, cukuplah. Inikali kita tuukaar!

    ReplyDelete
  6. sabah anak tiri bn.... sepatutnya sabah adalah negara terkaya kat malaysia....apa yang sabah tak ada? minyak, balak, ladang kelapa sawit terbesar kat dunia, antara pulau tercantik didunia, tanahnya yang subur, sungainya yang air tak pernah susut,....mna hilang habis duit?

    ReplyDelete
  7. Pempimpin yang hebat adalah pemimpin yang senang bersama rakyat dan susah pun bersama rakyat. Sabah berhak menjadi negeri yang terkaya di Malaysia, menikmati kemudahan infrastruktur kelas dunia, dan menikmati ketenangan hidup tanpa PATI. Kuasa penentu ditangan SABAH,
    jangan tergari oleh petualang-petualang bangsa yang hampir dah mati.

    ReplyDelete
  8. Wahai rakyat Sabah...jangan di tipu lagi sudah laaaa....jangan di perkotak-katik lagi sudah laaaaa.....fikir habis-habisan....memang kuasa di tangan SABAH, tapi jangan jadik MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...tengok muka pun sudah tahu penipu.

    ReplyDelete
  9. Ada ka patut jalan yg sejauh 0.9 km dibuatnya dgn kos RM14 juta lebih. Tak patut..tak patut. Rakyat harus ingat,apa2 perkara yg melibatkan UMNO...harganya ndak ada ribu ringgit. Paling komang pun ratusan ribu kalu ndak jutaan ringgit. Apa nak jadi dgn Malaysia Tanahair ku. UMNO yg ajar kktgn kerajaan menipu dlm pembelian barang2 atau pembinaan infrastruktur, maka ndak pelik la kalu skru driver yg harga RM7.00, bila dtg ke Pusat GiatMara hrga akan jadi RM70.00. Itu yg dlapurkan oleh Ketua Audit Negara dlm LKANnya baru2 ni. Itu laporan utk tahun 2011. Takkan ndak berlaku utk tahun2 sebelumnya lagi spt 2010,2009,2008 dan selanjutnya. Mcm ni kerajaan yg mati2an barua umngok pertahankan. Tengok dKelantan, ada lebihan dlm bajet 2011 sebanyak RM43 juta. Lebihan bukan defisit.

    ReplyDelete
  10. Tapi MP sabah tidak akan dpt Jawtn Kabinet yg bagus spti Menteri Pelajaran, menteri kewangan, perdagangan antarabangsa dan kerja raya. Asik2 Johor saja yg dpt byk jwtn menteri. Macam mana Sabah nak maju. TPM itu lagilah jauh panggang dari api.

    ReplyDelete
  11. jangan berangan-angan..... selagi pengundi hantu belum dihapuskan, UMNO tetap berkuasa oleh kerana kuasa pengundi drpd PTI.

    ReplyDelete
  12. Jika betul penggiraan LKS maka harapan PR ke putrajaya tidak akan tercapai d PRU13, Chedet telah nampak keadaan begini pada 80han itu sebab Umno ditubuhkan diSabab dan projek IC dijalankan. Nampak bagaimana Umno risau kuasa jatuh kepada rakyat Malaysia yang ada agenda politik yang berbeza sampai ketahap bolih serahkan kuasa kepada pengdatang

    ReplyDelete
  13. Bn dan umno pergi mampus dan keluar dr tanah sabah,,

    ReplyDelete
  14. Mana pergi Ketua Pemuda UMNO Sabah utk hapuskan PATI ? Ntah2 ketua pemuda tu pon PATI. Mana perginya RCI ?

    ReplyDelete
  15. Jgn dilupa tipudaya dan helah jijik dari SPR....kat tempat aku kami dah pakat....jumpa jer muka meragukan masa ngundi nanti...pendekata makan tak habis lah...tak kira tua muda jantan betina...kalau berasa sanggup jadi pengundi hantu...bersedialah utk terima balasan nya...Ini Kali Lah...!

    ReplyDelete
  16. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali. Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.'
    Bangsa melayu dah lama jatuh & agama Islam pun dah lama tersisih dari pentadbiran kerajaan hasil 55 thn bn memerintah. Apakah hasan ali nak seru spaya rakyat terus mengundi umno/bn demi terus merenjatkan kemajuan bangsa melayu khasnya & rakyat malaysia 'amnya?? & jugak menyebabkan agama Islam terus tersisih dari kerajaan yg mengasingkan pemerintahan dari agama??
    Bangsa melayu dah lama bangkit dari lamunan yg panjang wahai ha
    san ali. Mereka bangkit bersama2 rakyat malaysia utk mengubah pucuk kepimpinan negara, setelah sekian lama mereka tertipu. Cukuplah melayu, melayu, melayu wahai hasan, ini jelas sikap assobiyyah yg lama ditanam umno dlm minda melayu. Umat Islam sejati seharusnya memikirkan Islam lebih dari sgala2nya, bukan bangsa yg dilebih2kan. Mulianya bangsa melayu pun krn agama Islam, bukan sebaliknya. & utk kesejahteraan bangsa melayu & rakyat malaysia keseluruhannya, fikiran melayu, melayu, melayu seharusnya dipinggirkan. Sebaliknya kebenaran & keadilan utk rakyat yg harus diutamakan. Maka dgn itu baru malaysia akan muncul sbagai negara yg aman damai, tanpa sebarang prejudis perkauman...

    ReplyDelete
  17. Syabas ke Sabahan yg dah celik akal barfikir utk ambil pemimpin PR mmarintah nanti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.