Thursday, November 8, 2012

Lajim 'Under Cover' Agen UMNO?

TINDAKAN UMNO menubuhkan Jawatankuasa Khas Elak Sabotaj Parti ini merupakan satu langkah yang paling baik dan dengan sendirinya mendapat sambutan yang menggalakan di kalangan semua pihak, termasuk ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN).

Memang langkah ini cukup bijak kerana dengan adanya jawatankuasa seumpama itu akan mengekang ahli-ahli UMNO mensabotaj parti semasa pilihanraya umum kerana sudah pastinya ada ADUN dan Ahli Parlimen UMNO yang bakal tersingkir kerana prestasi buruk atau skandal seks, rasuah dan salahguna kuasa yang belum dilepaskan.

Lumrahnya yang tersingkir atau tidak dicalonkan semula akan merajuk dan berkecil hati, lantas mereka akan melakukan sabotaj termasuk menaja atau turun sebagai calon bebas untuk menentang calon Barisan Nasional (BN).

Senario mensabotaj parti sudah menjadi seperti 'PESTA ANGPAU' di Sabah dan telah berlaku pada setiap pilihanraya umum terutama PRU 12 yang lalu (2008) seperti yang diakui sendiri oleh Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Liew Vui Keong kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan LDP Tanjung Papat dan Elopura baru-baru ini.

Menurut V.K.Liew, senario ini pernah berlaku apabila mantan ADUN Merotai Tan Sri Liew Yun Fatt tidak dipilih semula untuk bertanding di kawasan Merotai maka lantaran merajuk dan marah lantas bertindak meletakan seorang anggota atau ahli daripada LDP bertanding untuk menentang calon BN.

Disebabkan pucuk pimpinan LDP mengetahui siapa dalangnya, kemudian kedua-dua orang yang terbabit dalam kegiatan mensabotaj parti itu yang dianggap bukan saja membelot kepada LDP, bahkan sekaligus menderhaka kepada Barisan Nasional (BN).

Sabahkini.Net memang sentiasa mengikuti perkembangan dan senario politik Sabah yang kini sedang bergolak di mana-mana parti politik, termasuk parti komponen BN/UMNO dan Pakatan Rakyat.

Beberapa isu yang kini sedang hangat dipertikaikan kerana awal-awal lagi UMNO menerusi Jawatankuasa Khas Elak Sabotaj Parti telah memberi amaran keras kepada keseluruhan ahli UMNO bahawa sesiapa yang telah didapati terlibat mensabotaj parti mereka, akan disingkir serta merta daripada menjadi ahli UMNO.

Sabahkini.Net akan menyelongar dan membongkar serba sedikit isu yang menjadi tandatanya kepada seluruh rakyat di Sabah khususnya kepada ahli komponen parti BN.

Persoalannya, kenapa Datuk Hj Lajim Hj Okin yang keluar dari BN bukan sahaja meletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan; bahkah Ketua Cawangan, Ketua Bahagian UMNO, Pengerusi Perhubungan Barisan Nasional (BN) Beaufort, namun masih kekal sebagai ahli UMNO sehingga diberi surat tunjuk sebab, tetapi masih belum ada sebarang pemecatan dilakukan UMNO.

Kini, sudah terang lagi bersuluh bahawa Lajim sudah mensabotaj UMNO dan BN kerana masih lagi ahli UMNO dan berkempen ke sana kemari menghentam kerajaan BN memburuk-burukan kepimpinan UMNO/BN.

Tetapi ramai hairan kenapa UMNO masih belum mengambil tindakan tatatertib sehingga ramai yang membuat pelbagai tohmahan bahawa Datuk Najib tidak menyingkir Lajim daripada UMNO/BN kerana akan dijadikan 'Under Cover' agen untuk UMNO/BN dalam Pakatan Rakyat.

Adakah tindakan Lajim ini berbuat demikian hanya sebagai gimik politik dan sandiwara semata-mata untuk menarik perhatian rakyat di negara ini, khususnya di Sabah kerana sehingga kini Lajim belum mengumumkan perletakan keahliannya daripada UMNO.

Ramai pembaca Sabahkini.Net yang menghantar email berharap agar senario kedudukan Lajim dijelaskan sebelum menjadi barah di dalam UMNO dan mendorong ramai meninggalkan UMNO dan menjadi ahli dua parti.

Salam Hormat,

SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

41 comments:
Write comments
  1. ringkas saja bah, sekarang lajim telah secara terang terangan sokong perjuangan pakatan. sekiranya lajim berubah hati ataupun sememangnya lajim cuma dijadikan alat untuk menghancurkan pakatan, maka lajim akan rosak binasa. nasib lajim akan jadi mcm ibrahim ali, umno tak mau, pakatan pun tak mau. rasanya lajim tak mahu jadi mcm ibrahim ali.

    dalam hal ini, cuma lajim sahaja yg tahu apa sebenarnya yg bermain dalam fikirannya. setakat ini, pihak pakatan rakyat sememangnya sudah menerima lajim sebagai sebahagian daripada jentera utk menumbangkan BN pada PRU nanti.

    tetapi, sekiranya lajim cuma bermain wayang saja dan akhirnya mengubah sentimen kpd pakatan rakyat maka 2 pihak yg akan terima akibat buruk.

    1. Rakyat pasti akan menyangka BN yg merancang apa yg lajim lakukan sepertimana kejadian yg berlaku di perak. dengan ini, rakyat akan mencemuh UMNO/BN kerana menggunakan strategi kotor yg ternyata hanya memperbodohkan rakyat saja.
    2. Lajim sendiri yg akan rosak dan pastinya akan kehilangan penyokong dan hayat politik beliau akan berakhir. pendek kata, sampai bila2 pun, org tak akan percaya kepada beliau lagi.

    dalam hal ini, pihak yg akan terima kesan buruk ialah UMNO/BN dan bukan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Syaitan jangan jadikan kawan atau pemimpin.

    ReplyDelete
  3. Nampaknya Lajim ini ditentang kehadirannya kepada PR. Kesian Lajim niat tidak kesampaian.

    ReplyDelete
  4. Perlu diingat juga yang mana Lajim keluar daripada UMNO disebabkan oleh Anu-War juga itu. Anu-War berjanji akan memberikan jawatan tertinggi jika pakatan menang nanti.

    ReplyDelete
  5. cakap apapun yg pasti lajim tetap niatnya baik hidup PR. ABU

    ReplyDelete
  6. Adanya jawatankuasa tu pasti ahli2 akan lebih menjaga pertuturan. jangan sampai sabotaj parti

    ReplyDelete
  7. Setiap ahli perlu menjaga disiplin

    ReplyDelete
  8. Lajim pasti ada agenda tersendiri

    ReplyDelete
  9. PRU13 semakin dekat, nama2 calon pasti akan diumumkan. Tapi yang pasti tiada tersenarai nama Lajim

    ReplyDelete
  10. Pembelot harus disingkirkan

    ReplyDelete
  11. Let see the people will still support and vote for Lajim?

    ReplyDelete
  12. Masing-masing ada agenda peribadi dicapai.

    ReplyDelete
  13. Lajim membawa kesan negatif kepada BN.

    ReplyDelete
  14. No doubt lajim has his own agenda, but, Im sure the rest have the same too. As long as its benefit to the people, nothings wrong.

    ReplyDelete
  15. Lompat parti adalah kebiasaan sahaja. Tidak perlu bereaksi besar.

    ReplyDelete
  16. Lajim pasti dalam dlema, menyesal dia keluar UMNO awal.

    ReplyDelete
  17. Lajim tak relevan lagi. zaman dia dah berakhir.

    ReplyDelete
  18. Baru-baru ini dunia politik negara sekali lagi digegarkan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin melepaskan semua jawatannya di dalam UMNO, tapi sengaja tidak meletak jawatan di dalam kabinet Malaysia.

    ReplyDelete
  19. Selain itu, dia juga bersama 2 – 3 orang pemimpin BN Sabah juga dikatakan bakal menganjurkan sebuah majlis yang dikatakan menyokong Pakatan Haram di negeri bumi kenyalang itu dan menjemput Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormatnya.

    ReplyDelete
  20. Tindakan tersebut disambut riang gembira oleh ramai pemimpin Pakatan Haram, khususnya Anwar Ibrahim, Nik Aziz, Tian Chua dan ramai lagi. Kononnya, Lajim Ukin merupakan “perintis” perubahan di Sabah.

    ReplyDelete
  21. Di sebalik insiden pengkhianatan Lajim Ukin itu, saya merasa cukup bersyukur bila direnung tentang hikmah yang tersirat di mana akan berkuranglah seorang pemimpin yang boleh dikatakan tidak ikhlas di dalam perjuangan UMNO.

    ReplyDelete
  22. Inilah masanya kita mahu menilai dan melihat tentang siapa kawan dan siapa lawan, siapa setia dan siapa pengkhianat, siapa ikhlas dan siapa berkepentingan, serta siapa yang benar-benar bersama UMNO/BN dan siapa yang benar-benar “musuh di dalam selimut”!

    ReplyDelete
  23. Dalam ertikata lain, pada saya, seseorang yang bersifat “oppoturnis”, khianat, tidak ikhlas, tidak tetap pendirian dan tidak setia pada perjuangan tidak layak untuk berada di dalam UMNO, apatah lagi berjawatan besar dan menjadi pemimpin UMNO Bahagian atau kabinet Kerajaan.

    ReplyDelete
  24. Justeru itu, tindakan Lajim Ukin itu sekurang-kurangnya akan mengurangkan lagi bilangan pengkhianat yang sedang bersembunyi di dalam UMNO dan merosakkan parti keramat itu dari dalam.

    Sesungguhnya kita menyedari bahawa UMNO itu tetap bersih dan gagah.

    ReplyDelete
  25. UMNO selama ini cuma dikotorkan oleh para pemimpinnya yang tidak berguna serta merosakkan seperti Anwar Ibrahim, Lajim Ukin dan ahli-ahli PKR yang dulu merupakan golongan yang kecewa dan opportunis selain mempunyai kepentingan agenda diri sendiri di dalam perjuangan mereka.

    ReplyDelete
  26. Sekiranya dilihat dari sudut sejarah misalnya, Anwar Ibrahim dahulu dilihat cukup berwibawa, bersih dan mempunyai pengaruh yang cukup kuat di dalam UMNO dan di kalangan anak-anak muda ketika itu.

    Namun setelah dilondehkan satu persatu bersama bukti-bukti yang sangat menyakinkan, maka jelaslah Anwar lebih molek jika dilihat sebagai “syaitan yang bertopengkan manusia”, berselindung di sebalik ayat-ayat Al-Quran yang dia sendiri tidak amalkan.

    ReplyDelete
  27. Saya sebenarnya sangat bersyukur kepada Allah setelah Anwar dikeluarkan dari UMNO dan dia tidak lagi mampu merosakkan UMNO dari dalam. Begitu juga perihalnya dengan Lajim Ukin dalam pengkhianatan terbaru ini.

    ReplyDelete
  28. Saya suka melihat seorang yang tidak mampu lagi menyembunyikan pengkhianatannya untuk terus berada di dalam UMNO dan merosakkan imej parti keramat yang selama ini mentadbir negara dengan baik serta menjaga kebajikan rakyat mengikut garis norma yang terbaik.

    ReplyDelete
  29. Terima kasih saya ucapkan kepada Lajim Ukin di atas perletakan jawatannya itu dan sekurang-kurangnya para ahli UMNO serta kepimpinan parti di Beaufort tidak perlu bersusah payah untuk menendang pengkhianat parti itu keluar dari parti pada pemilihan agung UMNO yang akan datang.

    ReplyDelete
  30. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Belum pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair dimana ahli politik tanpa segan silu mengaku yang dirinya "winnable candidate". Ketika menjawab beberapa soalan dari wartawan Sinar Harian, Datuk Seri Lajim Ukin bersungguh-sungguh cuba mempromosikan diri beliau dengan membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang disenangi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  31. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Berdasarkan wawancara tersebut, Lajim memberitahu wartawan bahawa beliau keluar meninggalkan UMNO dan Barisan Nasional kerana budaya cantas-mencantas yang kononnya diamalkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman. Selain itu, Lajim juga membangkitkan isu bekalan air, elektrik dan masalah banjir di kawasan beliau (Beaufort). Secara jujurnya, alasan-alasan ini tidak cukup untuk membuktikan yang beliau adalah "winnable candidate".

    ReplyDelete
  32. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Tidak sangka pula, sebelum dan selepas Lajim meninggalkan BN, beliau tetap tegar menggunakan pendekatan simpati untuk meraih sokongan/undi. Ketika masih dalam BN, dia minta dirinya dipecat, selepas keluar dari BN, dia tuduh pula yang dirinya dicantas oleh Pengerusi BN Sabah.

    ReplyDelete
  33. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Jika benar Lajim menjadi mangsa budaya cantas-mencantas yang kononya diamalkan oleh Datuk Musa Aman, bagaimana beliau boleh memegang jawatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta mengekalkan kerusi MP Beaufort sehinggalah beliau sendiri keluar meninggalkan BN July lalu? kedudukan "kukuh" beliau sepanjang berada dalam BN tidak sedikitpun menggambarkan yang beliau dicantas.

    ReplyDelete
  34. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Berkenaan dengan kes PRU 2008 dimana Ketua Wanita Umno Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun melawan beliau, kenapa bukan waktu itu sahaja beliau meninggalkan BN? kenapa perlu tunggu selepas hampir 4 tahun atau lebih tepat lagi ketika PRU13 semakin hampir? bukankah ini menunjukkan beliau mempunyai agenda lain selain dari perkara-perkara yang beliau bangkitkan dalam wawancara ini?

    ReplyDelete
  35. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Berkenaan dengan masalah bekalan air, elektrik serta banjir; Bullet ingin bertanya kepada Datuk Lajim Ukin tentang dimana hilangnya peruntukkan lebih dari RM100 juta ringgit yang TELAH disalurkan oleh kerajaan bagi meningkatkan pembangunan prasarana di kawasan Parlimen Beaufort sepanjang Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9)?? Datuk Lajim Ukin sendiri yang mengumumkan peruntukkan ini pada 26 November 2009.

    ReplyDelete
  36. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Pada 22 April tahun lepas pula, Lajim ada buat kenyataan seperti berikut;
    "bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah."

    Jika benar Datuk Lajim dicantas pada tahun 2008, bagaimana dia boleh buat kenyataan seperti di atas pada tahun 2011? adakah beliau semakin tidak waras, nyanyuk atau diracuni fikirannya oleh Anwar Ibrahim?

    ReplyDelete
  37. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin yang boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:
    "sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media."

    ReplyDelete
  38. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin yang boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:
    "Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi."

    ReplyDelete
  39. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin yang boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:
    "Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun."

    ReplyDelete
  40. Lajim akui dirinya Winnable Candidate

    Antara kenyataan lain Datuk Lajim Ukin yang boleh diibaratkan sebagai meludah ke langit sebelum beliau keluar meninggalkan BN ialah seperti berikut:
    "kerajaan Persekutuan turut memberi jaminan bahawa Sabah merupakan negeri yang diberi keutamaan untuk dibangunkan termasuk dalam Rancangan Malaysia ke-Sepuluh."

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.