Umno hari ini berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya, dengan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa sepanjang 66 tahun memperjuangkan Melayu dan Islam, Umno tidak pernah menganiaya mana-mana kaum.
"Justeru, Umno akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama.
"Inilah keadilan Umno. Inilah kesaksamaan Umno. Pejuang Umno tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan Umno," tegasnya ketika merasmikan serentak perhimpunan agung tiga sayap Umno - Wanita, Pemuda dan Puteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.
Kepada mereka yang hadir di PWTC dan rakyat di luar sana, Muhyiddin berkata: "Inilah janji Umno dan Barisan Nasional."
"Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang.
"Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama," katanya.
Muhyiddin juga meminta mereka merenung dan menilik apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh Umno dan Barisan Nasional.
"Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya.
"Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata,." tambahnya.
Dalam jaminan Umno untuk bangsa Melayu, Muhyiddin berkata parti itu terus komited untuk membela bangsa Melayu di mana usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh perdana menteri.
"Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit.
"Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. Insya-Allah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020," tegasnya.
Begitu juga dengan perjuangan Islam, yang menurut Muhyiddin Umno tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam.
"Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik.
"Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita.
"Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan Umno untuk memartabatkan Islam," tambahnya.
Menurutnya lagi, matlamat Umno mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah "perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini".
"Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci Umno mesti kita perkukuhkan," katanya.
Umno di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara dan "Umno telah merasai denyut nadi rakyat".
Mengenai pilihan raya umum, Muhyiddin berkata parti itu sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara.
"Sebagai timbalan presiden dan pengarah pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah.
"Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan Umno dan Barisan Nasional. Insya-Allah," tegasnya.
Sehubungan itu, Muhyiddin mengingatkan bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan parti. -MK
Tuesday, November 27, 2012
Umno janji bela bangsa Melayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BENAR KE UMENGOK MENOLONG ORANG MELAYU ?????APA SUDAH JADI NEGERI KELANTAN...SIAPA YANG ADA DAN SIAPA YANG MENERAJU...90% ORANG MELAYU...ADA UMENGOK MENOLONG NYA...HANYA DAPAT PENGHINAAN SERTA CEMOHAN DARI PEMIMPIN2 UMENGOK...BUKAN ITU SAHAJA ROYALTI MINYAK PON MEREKA TIDAK DAPAT MENIKMATI UNTUK MEMAJUKAN NEGERI NYA......INILAH MELAYU UMENGOK YANG MUDAH LUPA.....
ReplyDeleteJanji UMNO dengan janji Israel sama..!!.. bila bila masa akan memungkiri janji..!! toksah rakyat percaya pada pembohongan berkali kali.. kita ada maruah dan jatidiri.. sekali ditipu boleh dimaafkan tapi berbelas kali.. kita ..rakyat...tipu UMNO pulak kali ni..!!
ReplyDeleteperahu sudah ku siapkan..
ReplyDeletedayung memang dah di tangan.
hanya menanti arahan juragan!!!!
*BN & UMNO
yess!!!
ReplyDelete3.3 juta ahli umno dan lebih 8 juta ahli BN keseluruhannya dah bersedia, YAB dato Sri!!! kami setia & patuh
Perahu sudah siap membawa para penyokong abu sayap ke Sabah?
ReplyDeleteBangsa lain tak belakah Muhyiddin gendut?
ReplyDeletePatutlah Sabah negeri termiskin di Malaysia sebab UMNO hanya bela Melayu! Dusun, bajau,brunei etc peduli apa!
ReplyDeleteNovember 28, 2012 12:30 PM :
ReplyDeleteyg lebih memalukan, ada jg org dusun yg menghadiri perhimpunan UMNgOk n turut melaungkan "HIDUP MELAYU"!!!
Aku kesian apabila penyokong umno merelakan perbuatan jijik pemimpin mereka berleluasa. Kata mereka " biarlah mereka kaya, bukannya orang lain,orang melayu jugak!!!!"
ReplyDeleteMereka lupa bahawa kekayaan tersebut datangnya dgn cara yg menyalahi hukum & undang2. Mereka juga buta apabila tidak mengambil tahu senarai org kaya di Malaysia serta siapakah mereka itu ...rakyat bawahan diperah keringatnya tetapi,org2 yg pandai mengampu, yg berkempentingan , sanggup jual agama, sanggup menjadi pak sanggup dll akan ditatang dgn segala kemewahan... Walluakhlam...
Psst....Bagi golongan pemimpin BeeNd, mereka akan tetap berusaha utk membutakan mata & hati rakyat yg tidak mahu berfikir... Mereka akan bercakap bab ugama walaupun mereka cetek agama, mereka akan bercakap bab undang2 walaupun mereka tidak patuh kpd undang2, mereka akan bercakap bab rasuah walaupun mereka begitu kotor terpalit dgn kes rasuah ,mereka bercakap utk membantu melayu walaupun selama 50 tahun lebih memerintah mereka tidak beramanah & menekan bangsa mereka sendiri. Mereka tahu bahawa KALAH ADALAH MUSIBAH BUAT MEREKA!!!!!
Dari JKK hingga PM semuanya cakap nk bela melayu, tapi yg jadinya bangsa tersebut bertambah layu. Jika dilihat cara hidup mereka, jkk pun hidup begitu mewah sekali. Pemberian bantuan dipilih2nya,. spt biasa,keluarga merekalah yg membolot segala bantuan yg ada.Utk mereka2 yg masih tertipu akau sgt2 kesian kerana hati mereka masih lagi tertutup...Hmmm...
ReplyDeletePsst....Wajib jatuhkan BeeNd, supaya mereka tersedar dari ketagihan merompak duit rakyat, menipu, menyalahgunakan kuasa,merosakkan sistem pentadbiran negara, membelakangkan rukun negara & yg paling kejinya menolak hukum Allah serta merendahkan martabat pembela agama Islam!!!
Cakap-cakap pemimpin umno ni umpama katak yang menyalak panggil hujan......tak ada sikit pun perasaan pada umno. Ibarat orang sakit tenat, kami cuma mampu doakan agar cepat-cepat mampos je la......tak payah nak mintak tolong sapa-sapa. TEruskan la menyalahkan Anwar Ibrahim, PR...PKR....lagi la cepat umno mampos....
ReplyDelete