Friday, November 16, 2012

Umno Tiada Penggerak Wanita?

Umno kini sedang menghadapi masalah ketiadaan tokoh wanita untuk dijadikan ikon atau idola oleh kaum wanita di dalam parti tersebut. Kekosongan ini amat dirasai oleh Umno dan ia merupakan satu kekurangan bagi parti berideologi nasionalis itu. Kalau sebelum ini ketua wanita Umno menjadi ikon dan pengerak utama tetapi tradisi itu sudah tidak ada lagi dalam Umno.

Sejak ketua wanita Umno, Sharizat Abdul Jalil dipalitkan dengan tahi lembu suaminya, wanita Umno tidak ada tokoh dan heroin. Walaupun wanita ada timbalannya, Kamaliah Ibrahim tetapi, kehadiran Kamaliah tidak menonjol. Beliau yang berimej Islam katanya tidak berapa dikenani oleh Umno. Begitu juga Kamliah sendiri malu dengan apa yang menimpa ketua pergerakan itu.

Mungkin Kamaliah terkejut dengan skandal menimpa suami ketuanya itu. Beliau mungkin tidak terfikir kalau wanita juga 'berjerabu' dengan penyelewengan dan rasuah seperti jantan-jantan lain dalam Umno. Aduh...

Pernah dilaporkan Kamaliah dikatakan berkata, wanita Umno tidak mahu dijadikan lembu. Tidak pasti pula mengapa terlepas kata-kata demikian. Pembisuan atau sikap pasif Kamaliah kini menunjukkan wanita Umno dalam krisis, menghadapi krisis nilai dan moral. Kamaliah membisu saja semasa isu Sharizat dengan lembu lakinya meletus.

Beliau yang sepatutnya menjadi galang ganti, berada di hadapan, tetapi tidak berbuat begitu mungkin kerana bua hampis dan hanyir kencing lembu menyebabkan dia loya dan alahan.

Kesan dari apa yang menimpa Sharizat dan rasa alahan Kamaliah menyebabkan wanita Umno kini lemah tidak aktif dan boleh dikatakan diam langsung. Tidak ada apa-apa projek dari wanita Umno untuk menghadapi pilihan raya. Biasanya menjelang pilihan raya wanitalah yang ke depan dan bersungguh serta muncul dengan berbagai projek untuk memancing dan menuba rakyat khasnya kaum wanita supaya terus mabuk kepada Umno.

Umno merasa akan kekurangan ini. Dan nasib malang ini menjadi lebih malang lagi apabila isteri perdana menteri yang biasanya menjadi penggerak kepada kaum wanita di luar parti dan didalam kerajaan juga tidak dapat berfungsi dengan baik. Masalah atau isu yang membelit Rosmah Mansor menyebabkan dirinya tidak mampu untuk 'memetuk' wanita negara ini bersama Umno.

Beliau sendiri jarang muncul dalam majlis-majlis awam kerana diminta tidak berbuat begitu disebabkan kemunculannya memberi kesan negatif kepada Umno. Di mana-mana orang 'bersumut' mengenai Rosmah Mansor yang dipenuhi dengan berbagai ragam. Dari kisah permata cincin RM24 juta sampailah kepada sikapnya yang 'menangasi' suami. Kisah pembunuhan Altantuya juga masih mengejar Rosmah. Kandati sudah ada keputusan mengenai tragedi itu namun kisah dan tragedi itu masih tersebut-sebut di mulut.

Sikap Rosmah yang mengada-ngada dan kadang kalanya lebih dia dari Najib menyebabkan kaum wanita tidak senang dan dapat menerima beliau sebagai isteri perdana menteri. Walaupun sudah berbakul diminta berubah, tetapi Rosmah tetap mahu menjadi primadona politik Umno. Penampilannya menaungani Najib sebagai PM menjeluakkan orang ramai. Rosmah menjadi salah satu liabiliti kepada Umno lebih kurang sama saja dengan Mahathir.

Nasib malang Umno ini ditambahi pula dengan kurang bertenaganya puteri Umno yang menjadi ekor kepada Umno. Kesemarakan dan wangian puteri Umno beberapa tahun ke belakangan ini tidak sehebat puteri Umno dibawah pimpinan Azalina Othman Said dan juga Noraini Ahmad. Rosnah Shakirin yang menjadi ketua sekarang ini seakan hilang fokus dan tidak tahu hendak meletakkan puteri Umno di celah mana.

Rosnah lebih berjaya sebagai timbalan menteri kesihatan yang saban hari mengajar wanita agar kuruskan badan tetapi gagal sebagai wanita penggerak puteri Umno. Tiada program besar dianjurkan oleh puteri Umno melainkan ketuanya saja nanti sambut kata-kata pimpinan atasan.

Kerana menyedari situasi ini ada usaha pihak tertentu didalam Umno untuki memperkenalkan isteri Muhyiddin Yassin, Noraini Abdul Rahaman sebagai idola dan penggerak wanita didalam Umno. Noraini yang berpakaian sopan dan mencerminkan wanita Melayu sebenar dikatakan mampu untuk menjinakkan kaum wanita untuk terus mendempek Umno.

Malangnya pula usaha itu sudah dikesani oleh pihak tertentu di dalam Umno dan ada tindakan-tindakan untuk menghalang Noraini tampil atau berperanan seperti diharapkan. Katanya ke mana saja Noraini pergi beliau akan diikuti oleh segerombolan para SB baik yang rasmi dibekalkan oleh kerajaan dan juga SB yang dibekalkan oleh Rosmah.

Rosmah dikatakan begitu cemburu dengan penampilan Noraini yang dikatakan lebih menonjol dan diterima umum berbanding dengan dirinya. Ekoran sekatan dan pemantauan berkenaan Noraini pula agak tersekat dan malu-malu untuk beperanan bagi membantu Umno. Kesimpulannya di dalam Umno hari ini tidak lagi ada serikandi yang membangkitkan perasaan wanita untuk terus berjuang dan berkorban untuk Umno.

Oleh Mohd Sayuti Omar

9 comments:
Write comments
  1. Yeker Kak Ijat.? Ni statement dari hati nurani ker atau dari teks ucapan..? jika apa yg laki dan anak buat pon kau tak tau.. bererti kau telah gagal sebagai ibu dan isteri..keganasan terhadap wanita bukan isu baru..undang undang telah sedia ada.. malah diwujudkan sebuah kementerian khas utk wanita...jangan hanya bersuara bila ada kes profile tinggi dimuka akhbar itu retorik ...

    ReplyDelete
  2. Ni Najib kena tanggungjawab psl dia menteri wanita.. kakaka..

    ReplyDelete
  3. Kes Menteri wanita tak sambong jadi menteri kerana lembu, kira penderaan terhadap wanita juga ke kak Jat???

    ReplyDelete
  4. Kan cantik kalau Menteri Wanita yang berlainan jantina bg ulasan tentang keganasan terhadap wanita....pasti gempak dan kena kutuk kaw-kaw...

    ReplyDelete
  5. Kalau Najib pergi ke Kementerian Wanita dia kena pakai skirt atau baju kurung tu!

    ReplyDelete
  6. MSO adalah penulis upahan..kami tak kisah pun.


    MSO, bagaimana dgn PKR dan Star, ye? Wanita Umno BN mmg sentiasa bersiaga. Kami hanya mendiam diri kerana kami patuh dgn arahan pucuk pimpinan! Patah tumbuh hilang berganti. Setakat ini kami semua kukuh di bawah Kak Jat. Kak Jat pesan jangan mengaibkan orang walaupun makin banyak kesilapan & kesalahan pembangkang! Moga wanita yg tak putus asa ini, bertarung semula dgn YB Izzah di Parlimen Lembah Pantai.


    Buat Kak Jat, kami mmg berdisiplin dgn apa2 arahan parti. Tan Sri Rafidah banyak membantu secara ikhlas biarpun tidak memagang jawatan penting dalam Umno BN. Bersatu, bersetia, berkhidmat.

    ReplyDelete
  7. Kak Ijat kata dia tak tau apa yg suaminya lakukan?? Kah kah kah..tolol punya statement. Makcik cleaner kat Wisma AVON di PJ pun tau apa yg laki dia buat. Inikan pulak kak Ijat seorg peguam/YB/professioanl, masakan tak tau. Si Rosmah tu...malu aku masa majlis sambutan idul Adha kat Seri Perdana tempohari. Trkial2 mnyanyi di High Table ikut rentak lagu yg brkumandang dr stage. Malu bukan apa, ada juga Datin Seri Dr S Hasmah dan Tun M brsamanya. Mereka brdua seolah2 tak percaya apa yg berlaku pd si Rosmah tu dan trsenyum kecil mmerehatikan gelagat Rosmah. Malu aku weiii. Lepas tu,apalagi naik ke pentas le dia dgn najib brjoget. Si rais anak yatim tu..apa lagi. Kan pembodej no satu negara, takkan tak naik sama. itu le beza parti Islam dgn parti syaitan yg dikenali. Kalu Pak lah jatuh kerana Khairy kini tak mustahil Najib kecundang kerana Rosmah ni.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  8. Rakyat dah pilih pembangkang dah skrg,apa pun umnobn lakukan dah tak merubah pendirian rakyat.Terimalah rakyat tolak umnobn...change!!!

    ReplyDelete
  9. Kalau rakyat di Neg 9 tu dah nampak terbalik kot kpd PR...alamat nak mampos le UMNO. kalau Kelantan atau Kedah atau TGanu ke, biasa le. Ini negeri asas UMNO. Kalau Sabah dgn OMNOnya maka Neg 9 tu tebal UMNOnya. Maka kalau rakyat tu dah celik akal...yg tu UMNo kena AWAS.

    **Bokeh UMNO Seri Monanti

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.