Friday, November 23, 2012

ADUN Umno didakwa hambur kenyataan seksis


Seorang wakil rakyat pembangkang Datuk Mohd Isa Abu Kasim mencetus ketegangan di persidangan DUN Selangor hari ini apabila beliau didakwa menghamburkan kenyataan seksis terhadap anggota exco Elizabeth Wong.

Mohd Isa dalam perbahasan itu antara lainnya berkata beliau gembira kerana exco berkenaan terus menjaga kawasan rizab hutan untuk menghalang pencerobohan.

"...(Tapi) jangan sampai lupa jaga hutan diri you sendiri," katanya lagi.

Beliau sebelum itu mencabar Elizabeth supaya mengemukakan saman terhadap akhbar The Star berhubung laporan mengenai dakwaan pencerobohan ke atas kawasan rizab hutan Taman Templer.

Wong ketika menyambung ucapannya selepas itu menyifatkan kenyataan Isa itu sebagai cubaan untuk bertindak "nakal-nakal" terhadapnya.

"Tak apalah. Ini adalah perangai Umno-BN. Kita sudah sedar, tak payah jawablah.

"Anda dan saya tahu. Tak apa, nak hina wanita, hinalah. Ini Umno-BN," kata Wong.

Dalam satu sidang media selepas itu, Wong berkata golongan wanita perlu menolak wakil rakyat BN atas sikap yang ditunjukkan oleh Mohd Isa.

Isu berkenaan turut dibangkitkan exco hal ehwal wanita Rodziah Ismail dalam perbahasannya selepas itu, dengan menyifatkan kenyataan Mohd Isa sebagai "seksis dan lucah" dan menggesa Isa dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan. -MK

6 comments:
Write comments
  1. serabaii! hehe hehehe

    ReplyDelete
  2. tanpa lucah, fitnah dan rasuah, siapalah UMNO kan?

    ReplyDelete
  3. Hehe.. aku harap Elizebeth dpt memaafkan si Isa, ni.. dia bukan sekolah tinggi pun.. sebelum jadi YB, keja technician jer.. tapi kalo check bio kat website BN.. perghh ada degree... ni kena siasat!! sumething wrong sumwhere..!! dasar pembangkang UMNO..mcm tuh lah.. mereka menganggap wanita hanya utk seks saja..pegi Indon siap booking GRO utk sesi dangdut.. hehe itulah wajah sebenar pemimpin UMNO selangor..

    ReplyDelete
  4. Anonymous said...
    November 23, 2012 9:22 AM

    Kalau tak bercakap pasal lucah, Rogol dan Liwat bukan pemimpin UMN(BN) namanya. Sbb itulah kita tak hairan puak yg pro UMNO(BN) pun suka sebut benda2 lucah sperti ni. Maklumlah belajar dari pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  5. Biasalah pemimpin UMNO(BN). Mula2 tak mengaku. Bila dah ada bukti kukuh mula berdolak-dalih. Itulah cara pemimpin UMNO menipu rakyat. Bagaimana nak mempertahankan Islam..

    ReplyDelete
  6. Isa Kasim..tak pandai berhujah.. jadi dia melucah...bila menjadi pembangkang, buatlah bangkangan bermakna.. bukan menunjukkan kebangangan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.