Sekurang-kurangnya 260 mangsa saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mahu mencabar pelaksanaannya sistem itu dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia.
Menyatakan bantahan di kaunter penerimaan saman itu di pejabat Agung PAS hari ini, mereka menjadikan peguam Kempen Anti Saman Ekor (Kase) sebagai wakil mereka di mahkamah.
“Kase menerima lebih 60 permohonan tidak termasuk melalui emel melibatkan lebih 200 orang.
“Tujuan Kase bukan untuk kurangkan nilai saman tetapi bela mereka yang dizalimi sistem AES melalui khidmat guaman percuma,” kata Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar.
Kes terawal didengar pada 6 Disember ini di Mahkamah Majistret Jalan Duta jam 8 pagi manakala terakhir ialah Januari tahun depan.
Mulai 1 Disember ini, Kase akan membuka kaunter setiap dua minggu antara 12 hingga 1.30 tengah hari.
Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Pemuda PAS, Ahmad Zamri Asa’ad Khuzaim pula, berkata mangsa AES harus berani tampil mempertahan hak mereka.
Ini kerana, katanya, saman terhadap Orang Kena Saman (OKS) tidak jelas, selain pelaksanaan AES yang bermasalah.
“Saman itu mengelirukan apabila ada saman diterima menggunakan seksyen 79(2) tetapi kesalahan dinyata sebagai melebihi had laju.
“Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas,” katanya.
Mangsa AES, katanya dinasihati tidak bimbang dengan perkataan saman kerana ia adalah saman paling kecil dalam negara.
“Kalau bawa ke mahkamahpun, tak perlu duduk dalam kandang. Mereka yang duduk dalam kandang hanya untuk mereka yang terlibat dengan kes jenayah,” katanya
Beliau mengajak mangsa AES tampil mendaftar dengan Kase untuk mendapat khidmat guaman percuma dan mencabar kes itu di mahkamah. -KD
Thursday, November 22, 2012
Mangsa AES Mahu Cabar Kerajaan Di Mahkamah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10% saman untuk tuan penasihat?
ReplyDeleteUtk makluman..KERAjaan BN dah gelabah dimana ada ura2 saman AES tu akan dberi diskaun. Sekejap nak buat,sekejap tangguh dan tau2 telah terlaksana tapi saman2nya pula akan dikaji utk terima diskaun. Memang kerajaan JAHAT BeEnd ni patut di usir dr peta politik tanahair. SIAL.
ReplyDelete**yassir arafat
1 untuk engkau.. 1 untuk aku, 2 untuk engkau 2 untuk aku, 3 untuk engkau, 3 untuk aku.. lepas 3 apa? hentam sajalah, hentam sajalah untuk kau , hentam sajalah untuk aku, lepas hentam sajalah.. bedallah untuk kau, bedallah untuk aku, ehh .. dalam dunia mana ada huruf bedallah, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk kau, ehh.. dalam dunia mana ada huruf bedallah untuk aku..............AES
ReplyDeleteHaah, itu baru demokrasi.....Demokrasi apa???..... Demokrasi terpimpin....Terpimpin kepala hotak kau!!!
ReplyDeleteini boleh mendatangkan marah...3 Abdul
ReplyDelete