Tuesday, November 27, 2012

Sokongan Melayu meningkat, kedudukan Johor goyah

Berdasarkan analisis Pusat Penyelidikan PAS (PPP) terhadap kajian-kajian yang dibuat oleh beberapa pihak termasuk oleh kumpulan penyelidikan di bawah Majlis Profesor Negara (MPN) seperti yang diumumkan oleh Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin baru-baru ini, peluang untuk Pakatan Ralyat menawan Johor adalah seimbang.

Meskipun negeri Johor sebelum ini dianggap sebagai “fix deposit” Barisan Nasional (BN) dan kubu kuat UMNO, penemuan-penemuan hasil daripada kajian-kajian tersebut menunjukkan perubahan yang memberansangkan, kata Dr Zuhdi Masduki, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataannya hari ini. Beliau mengulas kenyataan MPN yang mendakwa BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

PPP, kata Dr Zuhdi, menyimpulkan peluang untuk PR menawan Johor adalah cerah sekiranya usaha berterusan dilakukan untuk menarik pengundi-pengundi Melayu di samping mengekalkan momentum perubahan pengundi-pengundi Cina di negeri tersebut.

13 kerusi tidak selamat

Berdasarkan analisis PPP, sokongan akar umbi BN di 13 kerusi Parlimen di Johor adalah berada di bawah 50% iaitu Segamat, Labis, Ledang, Bakri, Muar, Batu Pahat, Keluang, Gelang Patah, Teberau, Pasir Gudang, Johor Baharu, Pulai dan Kulai.

Kemenangan sesuatu parti di kawasan-kawasan berkenaan akan bergantung kepada pengundi-pengundi atas pagar termasuklah mereka yang hanya di saat akhir membuat keputusan.

Daripada kawasan-kawasan tersebut, lapan kawasan pula memperlihatkan sokongan akar umbi BN berada di bawah 44 % yang biasanya di ketegorikan sebagai kawasan kelabu hitam bagi BN.

"Kebanyakan kawasan-kawasan tersebut adalah kawasan campuran, iaitu perbezaan antara komposisi pengundi Melayu dan Bukan Melayu tidak besar," kata Dr Zuhdi.

Sepertimana yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah universiti awam, sokongan pengundi-pengundi Melayu di Johor kepada Pakatan meningkat antara 3 % - 5 %, katanya.

"Berdasarkan analisis PPP pula, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat 2 % - 3 % kepada Pakatan, yang kebanyakannya datang daripada pengundi-pengundi muda dan golongan kelas pertengahan," beritahu Dr Zuhdi.

Peningkatan sokongan pengundi Melayu ini ditambah pula dengan perubahan besar sokongan pengundi Cina, akan menjana peralihan (swing) undi yang amat signifikan, sehingga dijangkakan tidak kurang 7 lagi kerusi parlimen boleh jatuh kepada PR di samping kerusi PR yang sedia ada.

"Penemuan ini hampir selari dengan penemuan kajian MPN yang menyatakan 9 kerusi parlimen di Johor dalam kategori hitam bagi BN," katanya.

Pola sokongan pengundi-pengundi di Parlimen ini, katanya, turut mempengaruhi pola sokongan di peringkat DUN.

Hanya 26 DUN putih BN

Berdasarkan analisis PPP, dari segi kawasan DUN di negeri Johor pula, hanya 26 kerusi DUN di negeri Johor yang dikategorikan sebagai kawasan putih bagi BN, manakala selebihnya kelabu dan hitam.

Kerusi-kerusi DUN yang dikategorikan sebagai putih bagi BN di Johor ialah Buluh Kasap, Kemelah, Bukit Serampang, Jorak, Serom, Bukit Naning, Sungai Balang, Semerah, Sri Medan, Semarang, Parit Yaani, Parit Raja, Penggaram, Senggarang, Mahkota, Kahang, Panti, Pasir Raja, Sedili, Johor Lama, Penawar, Tanjung Surat, Tiram, Benut, Pulai Sebatang dan Kukup.

"Bagaimanapun kedudukan ini, tidak mengambilkira isu-isu terkini seperti kes RAPID di kawasan Parlimen Pengerang yang melibatkan DUN Penawar dan Tanjung Surat, serta cadangan menamakan calon Menteri Besar Melayu oleh PR," tambah beliau.

Tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar Johor oleh PR memberi impak besar kepada peralihan sokongan pengundi terutama golongan muda dan kelas pertengahan, beritahu beliau.

"Sebenarnya perlantikan Menteri Besar Johor di kalangan kaum Melayu bukanlah isu kerana sememangnya Undang-undang Tubuh Negeri Johor perkara 31 dan perkara 34 telah menetapkan sedemikian. Bagaimanapun, ramai pengundi Melayu yang tidak menyedari perkara ini, menyebabkan mereka bimbang kalau PR menawan Johor," jelasnya.

Katanya, tindakan menamakan calon Melayu sebagai Menteri Besar oleh PR sememangnya memberikan kesan positif.

Salahudin 74 %

Menurut kajian MPN terhadap “Tingkah Laku Pengundi” dalam memilih pemimpin negeri Johor, Salahuddin Ayub memperolhi kedudukan yang tertinggi iaitu 74 % diikuti Mazlan Aliman 71 %. Pemimpin-pemimpin UMNO tertinggal di belakang termasuk Menteri Besar Johor sekarang.

Berdasarkan penemuan-penemuan di atas, hasil analisis PPP terhadap kajian-kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak, peluang PR untuk menawan Johor adalah seimbang.

Kedudukan PR, katanya, semakin cerah dengan bangkitnya isu RAPID di Pengerang dan peningkatan pengundi Melayu disebabkan keyakinan terhadap kepimpinan Melayu Johor dari kalangan PR.

Selain daripada itu, beberapa isu yang besar seperti isu FELDA, Projek Wilayah Iskandar dan kepememimpinan bersih adalah berpihak kepada PR.

Oleh sebab itu, perluang PR untuk menawan Johor disebabkan perkembangan-perkembangan mutakhir ini adalah semakin cerah, tegas beliau lagi. -HD

8 comments:
Write comments
  1. Tindakan yg amat tepat dgn menamakan calon mb (salahuddin & mazlan) Pakatan. Kajian mpn menunjukkan bahawa salahuddin mendahului disegi sokongan pengundi, diikuti oleh mazlan. & mb skrg tertinggal dibelakang. Dgn hanya bersandarkan populariti calon mb pun Pakatan dah mendahului sokongan, belum nak kira kerusi yg bakal didominasi. Ini jelas menunjukkan bahawa kubu umno sendiri pun dah x menjadi kubu, bahkan kemungkinan besar bertukar menjadi 'kubur' bagi umno dlm PRU13! Hidup Pakatan!!...

    ReplyDelete
  2. Trend kebangkitan rakyat telah merebak merata2, termasuk dikubu kuat umno sendiri. Ia diibaratkan ombak gergasi TSUNAMI yg menunggu masa utk membadai kem umno/bn sehingga rebah kebumi. Begitu ketentuan Ilahi, maka begitu jua ia bakal terjadi. Allaaahuakbar!...

    ReplyDelete
  3. anwar sentiasa kalah berbahas dengan KP Umno - YB KJ dalam parlimen hingga menangis2! ini nak main2 kekuatan Melayu di Johor!! PAS dalam rekod PRK selepas PRU 12 merosot shj. nyatalah parti yg syubhah ini (Murtad ok, Arak ok, LGBT ok, Rumah2 Urut ok) lemah dan amat memerlukan bantuan PKR dan DAP untuk menang. tp eksyen!!!??

    apamacam???

    ReplyDelete
  4. PR ni...asyik mau menang psiko aje lahh

    ReplyDelete
  5. Samalah di Sabah ni,kebangkitan rakyat mula berubah...terima kasih PR,membuka minda kita.

    ReplyDelete
  6. Kalau BN kalah calon2 yg kalah ni yg akan menanggung beban hutang bank. Takkan Najib dan Udin nak tanggung hutang. Safie Afdal mau ke?

    ReplyDelete
  7. Anonymous said...November 28, 2012 8:30 AM

    anwar sentiasa kalah berbahas dengan KP Umno - YB KJ dalam parlimen hingga menangis2!
    ( Kau ingat Anwar itu bodoh macam kau, kau ingat pembaca itu bodoh macam kau kata Anwar kalah berbahas di parlimen sampai menangis2, guna otak itu sikit jangan tunjuk kebodohan anda di sini ingat persidangan parlimen itu tertutup tidak diketahui oleh rakyat!)

    ReplyDelete
  8. Yg kata Anwarsampai nangis kena gasak oleh Khairy tu...mesti kes tengok tou-tube.

    Tetuan Wales & Petruss

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.