Friday, October 7, 2011

BN Boleh Kalah Dalam PRU13 - Chandra Muzaffar

Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

“Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

“Pada saya, kekalahan BN di banyak kerusi pada masa itu bukan atas sebab pembangkang kuat tetapi kerana berlaku masalah dalam BN sendiri,” katanya.

Antara sebab itu, kata Chandra yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (sebelum ditukar kepada PKR) ialah kerana pemimpin BN sering menganggap mereka berada dalam zon selesa dan akan sentiasa mendapat sokongan rakyat.

“Mereka terlupa pada masa itu faktor ekonomi tidak berpihak kepada mereka. Kenaikan harga minyak menyebabkan hidup rakyat semakin terhimpit, menyebabkan mereka marah kepada kerajaan. Undi protes banyak membantu memenangkan calon pembangkang pada pilihan raya itu,” katanya.

Chandra berkata, pemimpin BN bagaimanapun kini dilihatnya sudah tersedar bahawa mereka perlu sentiasa mendekati rakyat untuk memastikan apa yang berlaku pada PRU-12 tidak lagi berulang.

“Kita dapat lihat keadaan semakin baik bagi BN yang dibuktikan menerusi kemenangan dalam beberapa pilihan raya kecil kebelakangan ini,” katanya.

Menurut Chandra, undi orang Melayu yang kembali semula kepada BN semakin meningkat, begitu juga orang India.

“Ini menunjukkan BN berada di landasan yang betul,” katanya.

Berbanding kerusi Parlimen yang menurutnya BN berpeluang untuk kembali menguasai majoriti dua pertiga, Chandra bagaimanapun mengakui sukar untuk meramal keupayaan BN merampas semula pemerintahan negeri yang kini di bawah PR.

Pada 2 Oktober lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kenyataan meramalkan peluang BN untuk menang dan kekal berkuasa jika PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, boleh dianggap tipis.

Katanya, ini berikutan masih wujud pelbagai gejala negatif dalam parti komponen utama BN, Umno seperti budaya cantas mencantas yang kini berada pada tahap kritikal.

18 comments:
Write comments
  1. Kita tunggulah dan lihat, masih awal lagi untuk membuat spekulasi.

    ReplyDelete
  2. Jika BN takut hilang sokongan nanti, baik mereka berusaha lagi untuk mengekalkan keyakinan rakyat.

    ReplyDelete
  3. rakyat yang menentukan siapa menang dan kalah.

    ReplyDelete
  4. dan kita tunggu ja PRU diadakan.

    ReplyDelete
  5. Rata-rata tidak berpuas hati dengan BN/UMNO yang disifatkan mula bongkak dan besar kepala.

    ReplyDelete
  6. Jika kerajaan mahu kekalkan kedudukan, perbaiki prestasi kerja mereka dan dekatkan diri dengan rakyat.

    ReplyDelete
  7. masalah dalaman parti komponen BN perlu diatasi dengan profesional dan singkirkan budaya cantas mencantas.

    ReplyDelete
  8. kebelakangan ini memang terdapat ketidakpuasan hati rakyat dalam pelbagai perkara. Najib perlu bijak menangani masalah ini dan mendapatkan kembali kepercayaan rakyat.

    ReplyDelete
  9. semua pihak harus sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan rakyat dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

    ReplyDelete
  10. apa pun, biarlah rakyat yang membuat pilihan mereka sendiri..

    ReplyDelete
  11. Undi adalah kuasa rakyat jadi biar masa saja menentu segalanya. Cakap sekarang ni cuma ramalan kenyataan akan datang belum tentu lagi.

    ReplyDelete
  12. Kemungkinan memang ada. Sama2 kita tunggu dan lihat saja.

    ReplyDelete
  13. ala kalau komentar tunggu pilihanraya, biar rakyat buat pilihan mereka sendiri...baik jangan ...di buka ruang ini, tidur lagi baik, ini ruang cambahan fikiran...atau ramalan berasas oii...

    ReplyDelete
  14. ala kalau komentar tunggu pilihanraya, biar rakyat buat pilihan mereka sendiri...baik jangan ...di buka ruang ini, tidur lagi baik, ini ruang cambahan fikiran...atau ramalan berasas oii...

    ReplyDelete
  15. kalau ramalan pasal politik, banyak sudah berlegar2 di media.. boring sudah saya baca.. jarang juga yang tepat..

    ReplyDelete
  16. buang undi saja la

    ReplyDelete
  17. Kalah menang memang adat petandingan. Kalau semua orang menang siapa yang kalah?

    ReplyDelete
  18. disbbkan sabah jd negeri termiskin n menternak ramai PATI, undi sy tatap anything but BN...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.