Pelbagai pihak menyelar tindakan Universiti  Islam Antarabangsa (UIA) menggantung perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz  Bari dan menyifatkan tindakan UIA itu sebagai tidak bertamadun.
Bekas  mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang kini mengikuti  program felo di Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS)  menyifatkan  tindakan pengurusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggantung  perkhidmatan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai “satu tindakan paling tidak  bertamadun dalam dunia akademik”, The Malaysian Insider dipetik.
“Saya membaca berita penggantungan Prof Dr Aziz Bari. Bagi saya itu adalah satu tindakan yang paling tidak bertamadun dalam dunia akademik.
“Ternyata perlantikan ‘kepimpinan baru di UIA’ itu tidak melambang ketokohan akademik, tetapi lebih kepada nilai-nilai politik,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Beliau yang juga adalah bekas penuntut UIA berkata, kepimpinan  pusat pengajian tinggi itu sekarang tidak di bawah orang yang terbilang  dari segi pemikiran dan dunia ilmu, sebaliknya orang yang berpotensi  melakukan tindakan yang melambangkan kejumudan fikiran yang bertentangan  dengan norma dunia akademik.
Prof Abdul Aziz Bari adalah pensyarah Fakulti Undang-Undang UIA dan telah berkhidmat di UIA sejak 22 tahun lalu.
Tambah  beliau, tindakan ke atas Aziz merupakan “sesuatu yang amat memalukan  dunia akademik kita.” “Tindakan ini tiada asas ilmu sama sekali sebab  dalam dunia ilmu setiap orang berhak berbicara atas asas fakta dan ijtihad. Tindakan ini adalah tindakan mengampu,” kata beliau lagi.
Asri yang juga tenaga akademik Universiti Sains Malaysia menambah, “setahu saya rektor UIA sekarang merupakan ahli MAIS (Majlis Agama Islam Selangor).”
“Saya  bimbang ada kepentingan konflik dalam tindakan terhadap Prof Aziz,”  kata beliau sambil menambah, Malaysia hanya mencampak diri ke zaman  kegelapan Katolik yang membakar tokoh-tokoh akademik protestan atas  tuduhan derhaka kepada istana dan heresy kepada agama.”
Katanya, sebagai lepasan UIA, beliau rasa telah berlaku kesilapan besar dalam pengurusan akademik di universiti itu hari ini.
“UIA  yang patut bertaraf pusat pendidikan dunia, telah bertukar menjadi  pejabat agama yang penuh kesempitan fikiran,” tambah beliau.
Sementara  itu harakahdaily pula melaporkan bekas pensyarah kanan di UIA yang kini   anggota Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr Muhammad Fadzli Hassan  (gambar) meluahkan rasa terkilan dan juga menganggap tindakan  menggantung Prof Ab Aziz Bari sebagai tidak bertamadun.
“Saya  cukup terkilan, sepatutnya pakar undang-undang perlembagaan itu sebagai  aset negara kerana berani mengupas dalam konteks yang sedikit berbeza.
“Tetapi UIA terpaksa akur kepada BN, menghalang percambahan pemikiran. Inilah malangnya apa yang berlaku sekarang.
”Kerana  tindak tanduk seumpama itulah UIA sehingga kini gagal dan terhalang  daripada menjadi universiti yang berkualiti,” katanya.
Timbalan  Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, berasa  terganggu dan sedih dengan tindakan UIA yang menggantung Prof Dr Abdul  Aziz Bari.
Mengulas melalui laman Twitternya, Saifudin berkata beliau telah mengarahkan UIA memberi laporan bertulis kepada beliau.
"Saya terganggu dan sedih. Saya sudah meminta UIA memberikan laporan bertulis," katanya.
Sementara  itu,  sekumpulan mahasiswa yang tidak berpuas hati dengan tindakan UIA  terhadap Aziz Bari akan mengadakan demonstrasi esok.
Pengerusi  Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Syukri Abdul Razab yang dipetik  FMT berkata, demonstrasi itu akan diadakan dihadapan pintu masuk utama  UIA pada pukul 9 pagi esok, selain bercadang menghantar memorandum  kepada Rektor UIA, Prof Datuk Dr Zaleha Kamarudin (gambar) menggesa agar  penggantungan itu ditarik semula.
Menyifatkan tindakan  itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip  ‘kebebasan akademik’, UIA sebagai institusi pendidikan tinggi seharusnya  mempertahankan Aziz Bari atas dasar kebebasan berpendapat.
“Sebaliknya mereka tunduk kepada tekanan dan terus menghukumnya. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan kepada Aziz Bari sahaja tetapi semua pengamal akademik,” katanya.
Selain  SMM, demonstrasi itu akan turut disertai kumpulan mahasiswa lain  termasuk Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan  Mahasiwa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Pro-Mahasiswa (Pro-M), Gerakan  Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), serta Persatuan Mahasiswa  Universiti Malaya.
Sementara itu, dua laman peminat Facebook dilancar bagi membantah tindakan terhadap Aziz Bari yang juga Pakar Perlembagaan itu.
Facebook  "Kami Bantah Penggantungan Dr Aziz Bari" dan “10,000 mahasiswa  menyokong penuh Profesor Dr Abdul Aziz Bari” setakat petang ini sudah  mempunyai lebih 2,000 peminat.
Dipercayai mengulas sokongan  mahasiswa itu, Saifudin juga melalui Twitternya berkata, terpulang  kepada mahasiswa tersebut kerana itu hak mereka.
"Sekiranya rakyat dan pelajar mahu memberi sokongan kepada Aziz Bari, itu hak mereka," katanya. -gb
Friday, October 21, 2011
Pelbagai Pihak Kecam UIA Gantung Aziz Bari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Harap tindakan yang sewajarnya akan diambil tentang kes ini.
ReplyDeleteKerajaan perlu membuat apa yang betul untuk menangani isu ini dengan berkesan.
ReplyDeleteharap tindakan yang diambil adalah tepat.
ReplyDeleteapa pandangan pihak2 yang tidak bersetuju dengan penggantungan Prof Dr Abdul Aziz Bari ini terhadap kenyataan kontroversi beliau.. beri la sedikit pandangan berkenaan dengan isu itu, bukan setakat mempertikaikan penggantungan perkhidmatan ini..
ReplyDelete"Menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip ‘kebebasan akademik’,"
ReplyDeleteadakah kenyataan kontroversi Prof Dr Abdul Aziz Bari itu dibuat dalam bidang akademik atau luar bidang akademik?
buat keputusan yang wajar dan rasional. negara luar sedang memperhatikan Malaysia. lihat saja perhimpunan Bersih dulu.
ReplyDeleteada kebebasan bersuara dan memberi pendapat. kenapa perlu disekat?
ReplyDeleteKenapa kalau UMNO hina sultan tak kena tindakan umpamaya kami nak Diris natang kes berlaku di Trangganu semasa perebutan MB ( antara UMNO dan UMNO)begitu juga X PM DR Mahatir menherdik Raja penuh penhinaan di Media ketika itu.So mungkin Neji buta hati dan mata tidak dapat melihat dengar secara waras berkenan hal ini itulah kalau otak sumbat semuanya tak percaya tapi kalu kerajaan semua betul macamlah kerajaan nie tuhan pulah.
ReplyDeleteRasanya, benarkah wujud kebebasan bersuara di negara ni?
ReplyDeleteSemua ini double standard! Ada pihak yang terang2 buat kenyataan provokasi, tetapi TIADA langsung tindakan diambil. Poodah!
ReplyDeleteInilah yang akan berlaku jika hal2 dilibatkan dengan politik.
ReplyDeleteTapi jika keputusan sudah diambil kita tidak boleh berbuat apa2.
ReplyDeleteDr. Bakri Aziz ini masih mentah lagi, dia sudah berkhimat sebagai pakar undan-undang UIAM. . tapi UIAM masih jauh ketinggalan dari 200 Universiti terbaik di Dunia... Apa yang menghairankan pensyarah-pensyarah dari Universiti terbaik Dunia tidak seperti Dr. Bakri Aziz yang berlagak pendai. . sama juga Timbalan Menteri Pelajaran, sama2 bodoh juga.... saya sokong tindakan UIAM dan amat tepat sekaLI...
ReplyDeletekena berhati2 semasa buat kenyataan.
ReplyDeletetapi kita kena sedar yang tindakan Aziz Bari yang mempersoalkan Sultan Selangor adalah sgt kurang ajar dan tidak berasas..Biarpun dikatakan Jais kekurangan bukti tetapi itu adalah tanggungjawab Jais yg menerima laporan dan Sultan menyatakan sokongan terhadap tindakan Jais.Ini soal agama dan kelihatan Aziz Bari yg bersikap populis..mengatakan tindakan Sultan tidak konsisten..Ini tidak wajar.
ReplyDeletedear pemerhati:
ReplyDeletesttment prof aziz x berasas? mana respon sultan apabila utusan melaporkan perkara2 tembirang n sensitif? sultan tidur semasa ibrahim ali melancarkan provokasi kaum n agama? sultan sdg khayal dgn syabu ketika membenarkan UMNO memutuskan bahawa 'allah' hanya boleh ada di sabah/sarawak n x di malaya? adakah pihak pengurusan U berpolitik @ x membenarkan critical thinking n hanya mahukan yg 'yes man' shj? klu itulah hakikatnya, kita perlu membuat sambutan besar2an sbb x ada 1 pun U di malaysia yg berada dlm senarai 400 U terbaik di dunia...
harap pekara ini akan diuruskan dengan sebaiknya agar tidak berpanjangan.
ReplyDeleteMungkin kenyataan Aziz perlulah ditapis sedikit. Kita haruslah hormat akan raja-raja kita. Raja adalah ketua Negara kita.
ReplyDeleteSokong dengan Wazxiran,kenyataan Aziz Bari yang selama ini cukup terkenal kearah pembangkang bukanlah suatu kenyataan bersifat akademik tetapi lebih berkecenderungan politik dan menimbulkan suasana yang kurang menyenangkan.
ReplyDeletePro. Abdul Aziz Bari seorang yang suka berterus terang apa yg. benar dikatakan benar dan yg. salah tetap salah. Ini yg. tidak disukai oleh UMNO/BN.
ReplyDelete