BAPA mangsa bunuh, Borhan, menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi memaklumkan bahawa Polis Keningau enggan menerima laporan polis yang bakal dibuatnya untuk mendesak polis menjalankan siasatan dan mendakwa bekas teman lelaki anaknya, Inspektor Ahmad Rizal yang dipercayai suspek utama membunuh anaknya, Kartini Binti Borhan.
“Mereka kata tidak perlu buat laporan kerana Inspektor Ahmad Rizal telah membuat laporan dan polis sedang menjalankan siasatan,” kata Borhan yang kecewa kerana hasratnya untuk mendesak Inkues berhubung kematian anaknya tidak diendahkan polis Keningau.
Bagaimanapun kata Borhan, beliau tidak berputus asa dan akan membuat laporan polis di Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat kerana yakin anaknya menjadi mangsa ‘Cover-Up’ polis.
Tegas Borhan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sewajarnya menubuhkan Unit Khas untuk menyiasat punca kematian anaknya dan beliau akan mendesak agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya yang bukan sahaja dibunuh dengan kejam, malah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.
“Semoga kematian Kartini akan mendedahkan rahsia yang disimpan selama ini dan kami akan menampilkan saksi untuk membuktikan bahawa Kartini dibunuh dan saspek utama ialah seorang Pegawai Polis yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri dan mencemar imej kepolisan di Malaysia,” kata Borhan yang kesal kerana Balai Polis di Keningau sudah menjadi pejabat mafia.
Dalam pada itu, siasatan wartawan Sabahkini.net di Keningau mendapati bukan sahaja Polis Keningau cuba menutup kes berkenaan, malah ada kumpulan Mafia yang sedang memasang umpan untuk melencongkan bukti dan mencipta tertuduh baru bagi menyelamatkan Inspektor Ahmad Rizal yang disyakki melakukan jenayah berkenaan.
Keningau dipercayai sedang memburu seorang bekas pesalah yang mempunyai rekod jenayah iaitu Samsuddin Abu @ Buyung untuk dijadikan sasaran bagi membebaskan Inspektor Ahmad Rizal yang turut mengalami kecederaan, kononnya ditikam ketika cuba menyelamatkan Kartini.
Tinjauan Sabahkini.net mendapati ada jiran yang terpaksa menginap di hotel atau rumah keluarga yang agak jauh daripada rumah mereka kerana bimbang polis akan menjadikan mereka ‘kambing hitam’ atau menjadikan mereka saksi palsu; terutama beberapa jiran yang menyaksikan kejadian berkenaan yang dipercayai berlaku antara jam 12.30 hingga jam 1 pagi.
Sabahkini.net tidak dapat mendedahkan bukti yang diperolehi kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis dan mengambil keputusan tidak mendapatkan ulasan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah kerana kes masih dalam peringkat siasatan; sekalipun polis cuba menjinakkan keluarga mangsa dengan mendakwa rompakan sebagai motif pembunuh Kartini.
Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)
Tuesday, October 4, 2011
Polis Enggan Terima Laporan Bapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Harap Encik Borhan akan mendapatkan keadilan untuk anaknya yang sudah meninggal.
ReplyDeleteTakziah diucapkan kepada keluarga Kartini.
ReplyDeletekes kematian anaknya perlu disiasat dgn teliti.
ReplyDeletekeraguan timbul dalam transparensi tugas polis menyelesaikan kes ini. harap siasatan akan dilakukan semula.
ReplyDeleteA complicated murder case with hidden secrets.
ReplyDeleteBila melibatkan orang yang ada kuasa/berpengaruh, siasatan menjadi sukar.
ReplyDeletenampaknya kes ini seperti ini memang rumit.
ReplyDeleteapa pun, harap kes ini akan disiasat dengan teliti..
ReplyDeleteKadang-kadang si MUTALIB M.D (sabahkini) ada tipu-tipu buat pemberitaan.
ReplyDeleteTakziah kepada En. Borhan.. semoga mendapat keadilan sewajarnya..
ReplyDeletekeraguan bagi kes ini sudahpun tersebar di media.. tidak ada guna bersembunyi.. baik pihak polis lakukan sahaja siasatan berdasarkan laporan keluarga mangsa..
ReplyDeleteAku dah agak dah mesti ada yang tak kena sejak mula2 berita ni kuar dulu...
ReplyDeleteHarapkan Pagar... Pagar Makan Padi.... Harapkan Polis... Polis perosak rakyat sendiri..
Kenapa pula tidak boleh buat laporan, setiap orang ada hak mereka untuk melaporkan apa yang perlu. Polis keningau seperti ada yang tersimpan.
ReplyDeleteBapa mangsa berhak membuat laporan bukannya kekasihnya. Jadi polis harus menerima laporan itu. Janganlah memalukan dan membuat rakyat tidak percaya dengan polis lagi.
ReplyDeletebulih aga ba tu siapa pembunuhnya.. cuma x bukti ja
ReplyDeletebayangkan kalau da ahli kluarganya yg dperlakukan mcm 2???!!!spandai2 tupai mlompat akhirnya jatu ke tanah jga 2...pasti akan trbukti!!
ReplyDelete