Di sebalik desas-desus Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat, DAP mendakwa isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi "pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia." Ramai membuat spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan Mei atau Jun.
Dalam perutusan sempena ulang tahun ke-46 penubuhan DAP, Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng berkata, kunjungan para pemimpin Barisan Nasional (BN) ke setiap untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalahgunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.
"Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka.
"Pemimpin-pemimpin PR seperti (Ketua Umum) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden Pas Mat Sabu (Mohamad Sabu) dan saya sendiri telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila kami menghadiri acara-acara awam," katanya dalam perutusan yang diedarkan kepada media.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh seorang penyokong BN di Pahang baru-baru ini.
"Ini bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal," katanya lagi.
"Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah. Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,000 sebagai sogokan," kata beliau.
Lim Guan Eng
Guan Eng juga berkata, kewujudan politik DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu iaitu "Duit, Media, Jentera Kerajaan" dan "Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR dan juga Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya" dalam PRU13.
Katanya, walaupun komponen Pas, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan soal kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu.
"Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-olah ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka, dan keengganan untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan baru-baru ini peralihan pengundi secara senyap ke kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim," katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik BN ini supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.
Guan Eng mahu semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha bagi memastikan PR memenangi pilihan raya supaya dapat kekal berkuasa di kerajaan-kerajaan negeri dan "harap-harap juga di Kerajaan Persekutuan."
Monday, March 19, 2012
DAP ramal PRU13 'pilihan raya paling kotor'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PR sudah berkira-kira taktik apa untuk digunakan dalam PRU13.
ReplyDeleteMasa pun semakin dekat, keputusan PRU13 pasti akan meninggalkan banyak sejarah untuk negara.
ReplyDeleteNampak terdesak membuat tuduhan terhadap kerajaan, adakah Pakatan benar-benar telus jika mereka ditakdirkan memerintah, jangan keterlaluan untuk mengada-adakan tuduhan, namanya manusia mana yang benar-benar telus, temberang saja. HIDUP BN.
ReplyDeleteBN menang sebelum ni sebab salah guna jentera agensi kerajaan.. Gentle la.. Jgn guna agensi kerajaan! Suburkan demokrasi mcm negara maju. Buat debat dan semua parti boleh sampaikan manifesto dlm tv dan akhbar. Ada beran???
ReplyDeletebulan berapa...tahun bila pun jika sudah tersurat bn akan kalah terok..tidak perlu banyak sangat analisa..nujum..nujum meramalkan bulan june..apa bezanya dan apa gunanya bulan enam tarikh pru ke-13..jika saat itu bn kalah banyak kerusi..kemanisan tentu tidak ada pada bulan june..atau bulan-bulan seterusnya..sudah yakin benarkah bn bulan june kata pemutus rakyat sokong 100 peratus kepada bn...jika tidak awas..pasti akan ada yang tewas dan kecundang..
ReplyDeleteSemuanya bergantung kepada SPR dan JPN! Jika mereka tidak telus, maka PRU13 ini tidak bermakna.
ReplyDeleteSemoga SPR boleh memastikan PRU-13 akan dijalankan dengan bersih dan adil untuk memastikan sistem demokrasi kita berkesan.
ReplyDeleteSemoga senarai nama pengundi akan dibersihkan sebelum PRU-13 diadakan untuk memastikan hanya mereka yang berhak mengundi akan dibenarkan.
ReplyDeleteDAP ni ramalan mereka yang negatif sahaja. SPR dah tubuhkan PSC bagi pastikan piliharaya akan berjalan dgn adil dan bersih.
ReplyDeleteTidak perlulah DAP mahu mengatakan bukan-bukan. Dari dulu lagi DAP suka cakap bukan-bukan tapi menang juga. Tengok di Sarawak sendiri DAP lebih diterima dari parti PKR dan PAS.
ReplyDeletesebagai penduduk sabah, kita juga sepatutnya mengikuti perkembangan seperti rakan kita d semananjung......dlm hidup kita ...kita nak kan yang terbaik untuk generasi kini dan akan datang.
ReplyDeleteINI KALI LAH!!!
ReplyDeleteKalau bukan kita, siapa lagi?
Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Sokong ASALKAN BUKAN UMNO/BN (ANYTHING BUT UMNO/BN) - ABU!!!
kalu sia nak menang, apa2 cara pun sia akan buat, yang penting sia menang, walupun menang tipis, janji menang.....ne la kata2 di hati c kuku besi.
ReplyDeletebagaimana pula dengan fitnah2 yang dilemparkan pemimpin2 pembangkang kepada pemimpin2 BN?? pemimpin2 pembangkang juga tidak kurang hebatnya menggunakan taktik kotor untuk merampas kerajaan..
ReplyDelete